Elias Hj Idris
Datuk Sosilawati & 3 lagi dah pergi tetapi kita macam mana ketika nak mati...adakah kita mendapat hidayah oleh Allah untuk mengucap kalimah lailahaillalah sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari:


Dari Abu Dzar R.A meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

"Tiada seorang hamba yang mengucapkan kalimah lailahaillallah kemudian dia mati dalam keadaan beriman kecuali dimasukkan ke dalam syurga. Aku bertanya: walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda SAW menjawap:walaupun dia berzina dan mencuri. Aku bertanya lagi:walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda SAW menjawap:walaupun dia berzina dan mencuri. Aku mendesak sekali lagi:walaupun dia berzina dan mencuri?walaupun dia berzina dan mencuri."
('Ala Zakmi- Wahai Abu Zar dia pasti akan memasuki syurga).

Diambil dari kitab Muntakab Ahadith Bab Iman mukasurat 18 dan 19.
8 Responses
  1. H.Sakinah Says:

    Assalamualaikum Pakcik Elias,

    Hidayah dan kematian yang husnul tersebutlah tanda rahmat Allah kan?

    Bagaimana pula dengan kes-kes 'mati mengejut'-bunuh diri kerana tak tertahan dengan tekanan. Daripada hadis, kita akan diazab di neraka ikut cara kita bunuh diri tu, selama-lamanyakan? Ini perkara menyedihkan (menakutkan)dan tertanya-tanya bagaimana agar diri tak tergelincir... Apapun setiap kematian adalah pengajaran sehinggalah kita pun turut 'tamat belajar'.


  2. Anonymous Says:

    belum tentu sarina bunuh diri. Walaupun perbuatan itu adalah dosa besar, tapi pelakunya tidfak dihukum sebagai kafir..tetap disolatkan dan diuruskan secara Islam..


  3. H.Sakinah Says:

    Alhamdulillahla..Betul tu, bukan sama seperti orang kafir. Saya serun bile mereka dok judge macam2.


  4. Ayat ada menerangkan agar kita menjauhkan diri drp kebinasaan; godaan iblis pun kebinasaan. Bunuh orang pun dilarang, inikan pula bunuh diri - bapa kpd kebinasaan.

    Itu sbb dgn Allah, kita kena tunduk & menyerah diri.


  5. Kes Sarina, kita tak tau camne kedudukan. Mendekatkan diri dgn kebinasaan pun dilarang - mati mengejut menjelaskan yg seseorang tu belum bersedia utk mati. Maknanya banyak hal taubat yg masih tergantung; tak beres.


  6. Bkn setakat menjadi kafir, buat dosa pun dah dikira terlalu besar kesan 'insult'nya.

    Allah swt mmg dah larang, tapi kita buat. Apa jenis orangnya kita ni?

    Namun Allah swt ttp beri jua peringatan - diutuskan para Nabi & 4 kitab.


  7. H.Sakinah Says:

    Apa yang dimaksudkan godaan iblis pun kebinasaan, boleh tolong terangkan? Terfikir selalu, bagaimana kalau kita dah melawan sang iblis tapi tetap terkalahkan?


  8. Mana ble kalah dgn iblis?

    Itulah gunanya istighfar, bkn sekadar ucapan pemanis bibir tapi mengandungi makna mendalam - permohonan ampun drp godaan. Ada satu saat 'hening' - tika permohonan itu diterima-Nya.

    Rasa 'hening' itulah yg mendamaikan jiwa. Tonggang-langgang iblis lari.