Oleh: ulitmayang
Apa yang dapat dipelajari dari kejadian tragis ini , mungkin inilah hasil buah tangan mantan PM Dr Mahathir; apabila beliau harus berbangga kerana berjaya mewujudkan corak sebegini dlm kesemua aktiviti di negara 1malaysia.
Masalah jenayah, dadah, gejala sosial, penghinaan terhadap agama, kehancuran sistem dlm pentadbiran negara - polis, pendakwaraya, hakim, spr dll. Salah urus-tadbir syarikat GLC seperti Petronas, Felda, Felcra, Risda, Tabung Haji dll adalah legasi tinggalan pemerintahan regim Dr Mahathir selama kurang lebih 22 tahun.
Pendek kata , tidak salah dan tidaklah keterlaluan sekiranya dikatakan tidak ada satu pun sistem yang tidak dirosakkan oleh Dr Mahathir. Segala-galanya rosak binasa, punah-ranah dan hancur lebur tidak berguna.
Namun beliau masih hidup di mana dengan mata dan kepala beliau dapat melihat sendiri hasil kerja tangannya selama ini; sesuai dengan doa arwah Ustaz Fadzil Noor, bekas Presiden PAS.
Menurut satu berita seperti yang dilaporkan di bawah;
1. Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih $100juta, kebanyakannya menerusi jalan penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan.
2. Ia merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan dan lot tanah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
3. Malah, peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk itu turut mempunyai beberapa perniagaan di Chennai, termasuk menjadi rakan kongsi jutawan India, Allal Kathan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang di Malaysia, 18 Januari lalu selepas menemui suspek di Banting atas urusan perniagaan.
4. Difahamkan, usaha mengesan mangsa dijalankan sejak lapan bulan lalu, namun gagal dan saudagar batu permata itu dipercayai telah menerima nasib yang sama seperti Sosilawati dan tiga rakannya itu.
5. Sumber memberitahu Berita Harian, sebagai pengamal undang-undang, suspek mahir dalam prosedur berkaitan pemilikan harta, selain licik menyembunyikan aset daripada dikesan pihak berkuasa jika kegiatan jenayahnya terbongkar.
6. Kebanyakan harta bukan diletakkan atas nama beliau, sebaliknya menggunakan nama proksi paling dipercayai termasuk kenalan rapat dan kalangan ahli keluarga. Suspek memang telah membuat persediaan awal dengan mengambil kira segala kemungkinan, termasuk jika kegiatan jenayahnya terbongkar.
7. Sumber yang pernah bekerja dengan suspek, berkata bekas majikannya itu menggemari kehidupan mewah, termasuk memiliki sekurang-kurangnya 15 buah kereta mewah jenis Mercedes Benz dan BMW.
8. Bagaimanapun, hanya sebuah kereta Toyota Camry yang didaftarkan atas namanya, manakala yang lain atas nama beberapa individu yang dipercayai sebagai orang kepercayaannya. Difahamkan, 9 buah kenderaan sudah dirampas oleh polis untuk tujuan siasatan, manakala enam yang lain telah disembunyikan sebaik sahaja suspek ditahan.
9. Kaedah sama turut digunakan dalam pemilikan hartanah, termasuk 10 buah rumah mewah, masing-masing 4 buah di Banting dan sebuah di Puchong, manakala selebihnya sedang dikesan.
10. Suspek mempunyai empat stesen minyak, termasuk yang terbaru di Kuala Lipis, Pahang yang dibeli menggunakan hasil penipuan. Pada dasarnya, memang beliau memiliki aset itu, tetapi atas dokumen memang tiada namanya. Sebagai peguam sivil, suspek cekap dalam jenayah kolar putih, terutama penipuan dokumen jual beli dan kontrak perjanjian, tetapi selalu terlepas daripada tindakan walaupun ada laporan polis dibuat terhadapnya.
11. Sumber yang berhenti kerja kerana tidak mahu bersekongkol dalam kegiatan jenayah suspek, berkata bekas majikannya turut terbabit dalam kegiatan kongsi gelap.
12. Biasanya, suspek akan dibantu satu kumpulan kongsi gelap dari Klang dalam kegiatan haram dengan sebahagian besar anggota kumpulan itu baru keluar dari Pusat Tahanan Darurat Simpang Renggam. Seorang saudara terdekat yang mahir dalam bidang teknologi maklumat akan memberi panduan kepadanya dalam urusan jual beli aset itu.
13. Beliau berkata, suspek kemudian akan merujuk kepada lima peguam kepercayaannya, termasuk adik lelaki yang juga suspek kedua kes pembunuhan Sosilawati supaya setiap perlakuannya tidak disabitkan kesalahan.
Nota: Oleh kerana isu ini menarik dan berprofil tinggi maka ia perlu disimpan/diletakkan di sini untuk rujukan masa depan.

Berita terkini jam 1.00 petang, arini Khamis 23/05/2013 : Setelah bertahun2 menanti apa keputusannya..?? Akhirnya pengadilan 4 orang Melayu yg teraniaya dibunuh dgn kejam telah terjawab sudah. Mahkamah telah memutuskan 4 Hindu terlibat yg membunuh didapati bersalah....