Elias Hj Idris
Sebaik membaca artikel berkenaan ramalan kononnya profesor ulung merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin bahawa Barisan Nasional cuma mampu memperoleh 120 kerusi sekiranya pilihanraya umum diadakan, sangat tidak bertanggungjawab.

Di sini saya berikan hujah balas berdasarkan apa yang diperkatakan Shamsul.

1) Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Fakta: BN menang 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat 82 kerusi, bukannya 84. Fakta ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Shamsul tidak mengkaji keputusan pilihanraya, jauh sekali menganalisis keputusan mengikut parlimen dan DUN.

2) Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala KEADILAN (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Fakta: Kesemua fakta betul kecuali KITA sudah tidak mempunyai kerusi berikutan ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar dari KEADILAN kemudian menjadi wakil Bebas sebelum menyertai KITA, dipecat pada September lalu.

3) “Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

Fakta: Sekali lagi Shamsul berbohong. Pakatan kini sudah memperolehi 114 kerusi berdasarkan dua kerusi SAPP dan dua kerusi yang BN hilang berikutan perletakan jawatan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing. Satu lagi kerusi bakal diperolehi menerusi penyertaan seorang lagi ahli parlimen BN dari Sabah, tidak lama lagi.

4) Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.

Fakta: Daripada 166 kerusi parlimen di Semenanjung, BN tidak boleh memperolehi lebih daripada 85 kerusi kerana beberapa kerusi di Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan bakal ditawan Pakatan Rakyat. Dengan meletakkan Pakatan Rakyat memperolehi satu pertiga kerusi di Sabah dan Sarawak, jumlah keseluruhannya ialah 20 kerusi. Bagaimana Shamsul boleh memberi fakta pincang seperti ini? Apakah dia berani meletakkan 120 sedangkan dia sendiri tahu BN sudah hilang pengaruh di Felda dan kebangkitan anak muda?

5) “Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.

Fakta: Ini pembohongan paling besar Shamsul dalam segala banyak pembohongan. Populariti NAJIB ALTANTUYA kini cuma 56 peratus dan BN kini hanya 43 peratus berdasarkan kajian Merdeka Center pada Ogos lalu. Dari mana datang peratusan sokongan Anwar sedangkan Merdeka Center sendiri atau mana-mana pusat kajian seperti UMCEDEL tidak membuat kajian khusus tentang Anwar? Apakah dia hanya seronok sendiri menghentam Anwar dan terus memuji langit Najib Altantuya yang memberi dia makan selama ini?

Keseluruhannya, kesemua fakta yang dibentangkan profesor tahap 'kangkung' ini langsung tidak boleh diterima pakai melainkan ia hanya dibuat untuk meneruskan khidmatnya sebagai profesor di Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terus mengampu Najib Altantuya bagi mengekalkan kedudkannya paling BANGSAT sepenggal lagi!


Sumber: jalanpulang1978.blogspot.com
Elias Hj Idris

Di antara kelakuan sesat Rafidhah (dibaca: Syi’ah) adalah memukul dada, menampar-nampar pipi, memukul bahu, menghiris-hiris kepala mereka dengan pedang sampai menumpahkan darah. Semua ini dilakukan pada hari ‘Asyura, 10 Muharram. Hal ini dilatarbelakangi kecintaan mereka pada Husain bin ‘Ali bin ‘Abi Tholib. Mereka sedih atas kematian Husain, cucu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang mati dibunuh.


Kenapa Kelakuan Mereka Dikatakan Sesat?

Perlakuan sesat Syiah

Setiap perkara muhdats yang tidak pernah dicontohkan dalam Islam, tentu saja sesat. Hal-hal semacam di atas jelas suatu kemungkaran dan telah dilarang oleh Nabi kita, Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dalam Islam tidak boleh dilakukan perbuatan semacam itu baik kerana kematian seseorang yang dianggap mulia atau kematian seorang yang syahid di jalan Allah. Kita tahu bahawa di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam banyak di antara para sahabat yang mendapati syahid seperti Hamzah bin Abdul Muthollib (bapa saudara Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam), Zaid bin Haritsah, Ja’far bin Abi Tholib, ‘Abdullah bin Rowahah. Namun tidak pernah di masa beliau waktu itu mereka melakukan seperti yang dilakukan oleh puak Rafidhah. Law kaana khoiron, la-sabaqunaa ilaih, seandainya perkara tersebut baik, tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lebih dahulu melakukannya.

Cuba lihat pula bagaimana ketika Nabi Ya’qub ‘alaihis salam ditimpa musibah dengan hilangnya Yusuf ‘alaihis salam, apakah beliau sampai memukul-mukul dadanya? Apakah Nabi Ya’qub sampai menampar wajahnya sendiri? Apakah sampai ingin menumpahkan darahnya dengan mengores-ngores di badan? Apakah sampai dijadikan ‘ied (perayaan) atau hari berduka seperti yang dilakukan puak Rafidhah? Amalan yang dilakukan puak Rafidhah ini tidak lain hanyalah warisan daripada zaman jahiliyah, masa suram sebelum kedatangan Islam. Sedangkan Islam dengan tersangat jelas telah melarangnya.

 
Hadits yang membicarakan tentang berduka yang terlarang

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّة

“Tidak termasuk golongan kami siapa saja yang menampar pipi (wajah), merobek saku, dan melakukan amalan Jahiliyah.” (HR. Bukhari no. 1294 dan Muslim no. 103).

Namun lihatlah bagaimana yang dilakukan oleh puak Rafidhah di hari ‘Asyura. Apa yang mereka lakukan jelas bukan datangnya dari ajaran Islam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam begitu pula para sahabat radhiyallahu ‘anhum tidak pernah melakukannya. Mereka tidak pernah melakukannya ketika ada yang meninggal dunia. Padahal wafatnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lebih daripada kematian Husain radhiyallahu ‘anhu.

Selengkapnya di Rumaysho.com: http://rumaysho
Elias Hj Idris
Tulisan ini adalah daripada terjemahan kitab AL-KHOMEINIAH/KHOMEINISMA karangan ulamak terkenal di abad ini Saied Hawwa… Dan telah diterjemahkan oleh Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin Felo MANHAL PMRAM


**Adakah kita tidak merenung kejadian yang berlaku di Syria dahulu, al-Khomeini juga telah memberikan bantuan kepada kerajaan Syria yang dipimpin Hafiz al-Assad (yang diteruskan sekarang oleh anaknya Basya al-Assad) yang membunuh umat Islam kerana kepentingan politik dan pegangan Syiahnya – Said Hawa

**Telah jelas bahawa al-Khomeini dan pengikutnya telah memerangi dan berlaku zalim kepada para sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan sekalian Sunni. Mereka dengan sewenang-wenang mencemuh dan mencerca bahkan sehingga mengkafirkan sahabat-sahabat agung dalam kacamata Islam. Mereka telah menghalalkan darah-darah umat Islam lain dan harta mereka adalah halal untuk dirampas – Said Hawa

**Aqidahnya bukan aqidah kita, ibadahnya bukan ibadah kita, sistem hidupnya bukan sistem hidup kita. Ini adalah kerana pendirian asal mereka adalah untuk menyalahi dan berselisih dengan kita (ASWJ). – Said Hawa

**Demi melunaskan hasrat, al-Khomeini telah merancang beberapa strategi dengan bekomplot demi mencapai keinginannya untuk memerintah Negara-negara Islam yang lain. Pasti kita akan dapati mereka pernah mewujudkan kerjasama dan pakatan yang aneh secara sulit antara Iran dan beberapa negara serta pemerintahan besar dunia. Antaranya dengan Syiah Nusairiah Syiria, Israel, Soviet Union dan Barat (Amerika)- Said Hawa

**Ada beberapa pegangan dan pendirian pelik Syiah yang dipelopori oleh al-Khomeini bakal mengancam kebangkitan semula umat Islam. Kerinduan umat islam kepada Khilafah Islamiah akan terkubur seandainya ada dikalangan Ahli Sunnah wal Jamah yang menyokong baik tindakan-tindakan pelik al-Khomeini tersebut dan menyanka bahawa Iran itu adalah sebuah Daulah Islam yang sebenar- Said Hawa

**Jangan terpedaya dengan helah al-Khomeini. Apa yang didakwanya bahawa Iran adalah sebuah “Komuniti yang Hak, Komuniti yang Merdeka, Komuniti yang Kuat”, sedangkan slogan sebuah Gerakan Islam sebenar adalah berdasarkan aqidah yang sahih (Ahli Sunnah wal Jamah) – Said Hawa

**Idamlah kamu semua akan sebuah daulah Islam yang Hak, jangan ditipu oleh al-Khomeini yang mengispirasikan daulah Islam yang batil yang akan membawa umat Islam terkebelakang. Cukuplah sekadar al-Khomeini yang melakukan kebiadaban dengan jalinan persepakatan dan saling tolong menolong bersama Israel. Dia selama-lamanya tidak akan keluar daripada Iran melainkan setelah melakukan pelbagai kekacauan, kerosakan dan wala’ (tunduk) kepada musuh-musuh Allah.” – Said Hawa

……………………………………………….

Setelah kita membaca keseluruhan tulisan Said Hawa yang telah diterjemahkan di bawah ini, maka fahamlah kita dengan lebih jelas apakah sebenarnya Syiah dan kesesatan yang terdapat dalam ajarannya; di mana kita dapat membezakan Islam dan Syiah. Kita dapat mengenali Islam yang tulen dengan Syiah yang sesat. Kita tidak boleh ditipu oleh mereka yang mengatakan sangat mencintai ahlul-bait kerana ahlul-bait bukanlah Syiah dan bukanlah orang-orang yang berpaling daripada Khulafa ar-Rasyidin. Ketaksuban yang diwujudkan ini menyebabkan mereka ‘membenci’ Khulafa ar-Rasyidin. Sebenarnya, Yahudilah yang memainkan peranan besar dalam menimbulkan bibit-bibit kemunculan golongan syiah bermula pada zaman Khulafa ar-Rasyidin Abu Bakar r.a. Pengusiran Yahudi daripada Madinah, serta kekalahan Yahudi dalam Peperangan Khaibar menyemarakkan dendam mereka ke atas Islam.

Dan yang paling jelas sekali setelah membaca tulisan Said Hawa ini kita dapat mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di Syria sekarang ini. Apa yang berlaku di Syria adalah kesempatan, persengkongkolan dan kerjasama Syiah Iran, Syiah Lubnan, Syiah Iraq bersama Syiah Nusairi Basyar untuk menghapuskan Sunni di bumi Islam Syria.

……………………………………………………………………………………

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 1)

Sesungguhnya cinta kepada ahli keluarga Nabi s.a.w. merupakan kefardhuan kepada tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan. Akan tetapi telah tersebarnya pengaruh dan dakyah-dakyah pelik sepanjang sejarah dengan pelbagai pegangan aqidah yang fasik dan pendirian-yang buruk lagi jahat menyebabkan kecintaan kepada Ahli Bait Nabi s.a.w disalah ertikan.

Sejak muncul Ayatullah al-Khomeini, ramai yang beranggapan bahawa dia pemimpin yang berkarisma dan mampu membawa proses penjernihan serta membebaskan ajaran syiah daripada aqidah yang palsu dan tipu.

Namun dia terus menggubal kerajaannya dengan menyebarkan fahaman syiah acuannya (Khomenisme) secara meluas dengan pelbagai penyelewengan dan pengubahsuaian yang pelik dan ganjil. Akibatnya konsep taqrib (pendekatan) antara syiah dan sunni semakin tidak menemui jalan penyelesaian.

Maka seharusnya bagi setiap penuntut ilmu membongkar kebenaran dan menjelaskan keadaan sebenar tentang sikap melampau dan kebiadaban mereka terhadap Islam, Rasul dan umatnya. Ia supaya kita tidak tertipu dan dijauhi daripada penyelewengan tersebut yang boleh membawa kepada gugurnya iman kita.

Al-Khomeini telah mencampur-adukkan dalam manhaj gerakan dakwahnya dengan dakyah kebatinan, bermuka-muka dengan konsep taqiyyah dan mendapatkan pertolongan daripada zoroastrianisme (pemuja-pemuja api) untuk menjayakan rancangan dan tujuannya.

3 tujuan utamanya:

*  merosakkan aqidah umat Islam;
*  menghapuskan petanda Islam dan memutar-belitkan petunjuk-petunjuk yang mulia;
*  emenuhi keinginannya untuk menguasai dan memerintah

Kitab kecil ini mengandungi dua bab: bab pertama menceritakan tentang aqidah dan pegangan-pegangan pelik oleh al-Khomeini, manakala bab kedua pula menjelaskan beberapa pendirian pelik beliau. Penutup kitab bakal menerangkan kepada pemuda-pemudi di kalangan umat Islam supaya berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana kebenaran yang ada padanya dan keadilan yang sejagat.

BAB PERTAMA: Antara Pegangan Syiah Yang Diseleweng Oleh Ayatullah Khomeini

Sejak tersebarnya pengaruh syiah yang mempunyai pelbagai tafsiran dan pandangan agama yang pelik-pelik menyebabkan banyak kerosakan berlaku, lebih-lebih lagi dalam aspek aqidah. Adapun pengaruh tersebut kadang-kadang mampu membawa kepada kekufuran.

Setelah itu timbullah pelbagai firqah (puak/kumpulan) dalam syiah seperti Ismailiah, Nusairiah, Alawiyyah, Druze dan lain-lain yang merupakan puak batiniah yang bersepakat dalam mengkafirkan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah dan syiah Isna ‘Asyar.

Sesungguhnya syiah Isna ‘Asyar (yang diimani oleh al-Khomeini) banyak berselisih dalam pelbagai masalah usul dan furu’ dengan puak-puak tersebut namun mereka itu tetap dianggap rakan karib dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.

Antara aqidah dan pegangan pelik yang diimani oleh Khomeini secara ringkas:

1. Melampau dalam berpegang kepada 12 Imam mereka (konsep imamah)

Sebagaimana maklum bahawa pengikut agama Kristian (setelah agama mereka diubah) menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai tuhan, begitulah juga al-Khomeini dan pengikutnya, mendakwa imam-imam mereka itu maksum (daripada tersalah, lupa, lalai, tidak pernah lakukan dosa) bahkan wajib bagi setiap pengikut syiah menganggapnya sebagai perkara usul yang perlu diimani.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Kulaini dalam kitabnya 'Usul al-Kafi' (kitab yang paling muktabar selepas Al-Quran di sisi syiah) mereka mengatakan bahawa imam-imam mereka lebih tinggi kedudukan daripada para nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w.[2]

Mereka juga berpendapat bahawa imam-imam mereka menyamai dengan ilmu Allah dalam mengetahui perkara-perkara ghaib. [3]

Hal tersebut telah dinyatakan sendiri oleh Khomeini dalam kitabnya: “Adapun perkara yang wajib berpegang dalam mazhab kita bahawa tidak ada yang boleh menyamai kedudukan imam-imam kita walaupun oleh mana-mana malaikat dan nabi sekalipun yang diutus.”[4]

2. Berpegang bahawa Al-Quran telah diubahsuai dan diputarbelitkan

Mereka berpendapat bahawa Al-Quran telah dipinda dengan beberapa tambahan dan pengurangan. Aqidah ini muncul secara jelas ketika kurun ke-2 Hijrah. Kemudian ia dihidupkan kembali pada era kerajaan Safavid oleh Mirza Hussien al-Nuri al-Thabarisi pada kurun ke-13 Hijrah melalui kitabnya 'Faslu al-Khitab fi Ithbat Tahrifi Kitabi Rabbil Arbab'. Di dalamnya memuatkan lebih daripada 2,000 riwayat yang dianggap syiah sebagai sudah diseleweng.

Imam al-Kulaini ada menyatakan dalam kitabnya: “Sesungguhnya apa yang benar pada kita sekarang adalah mushaf daripada Fatimah sahaja”[5]

Begitu juga Imam al-Baqir ada menyatakan: “Sesungguhnya banyak dan jelas tentang pengurangan Al-Quran dan penukarannya”[6]

Al-Khomeini ada menyatakan dalam Kasyful Asrar: “Perkara ini amatlah mudah bagi mereka (sahabat-sahabat Nabi), bahawasanya mereka semua telah mengeluarkan sebahagian daripada riwayat dan ayat-ayat Al-Quran dan memindah masuk daripada kitab-kitab Samawi lain dengan penyelewengan”.

3. Pandangan mereka terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w.

Telah bersepakat kesemua pengikut syiah bahawasanya tidak boleh behujjah (tidak boleh dijadikan hukum dan panduan) daripada sunnah Nabi kecuali apa yang selari dengan pegangan mereka. Mereka menyatakan bahawa umat Islam keseluruhannya telah murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja (Ali bin Abi Thalib, Hasan, Hussin, Fatimah).

Banyak daripada hadith yang sampai kepada tahap Mutawatir[7] mereka menafikannya daripada Nabi s.a.w. Begitu juga hadith-hadith sahih yang tidak selari dengan pandangan mereka lalu dikatakan palsu.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Hassan Ali Kasyif al-Ghita’: “Adapun periwayatan Hadis Nabi s.a.w. yang sanadnya melalui Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hattan, Amru bin al-As, di sisi Syiah Imamiah, tidak mengiktiraf kedudukan mereka”.[8]

Al-Khomeini dalam kitabnya ada menyebut: “Bahawasanya Abu Bakar al-Siddiq telah mereka-reka hadith palsu, begitu juga Samurah bin Jundub”[9]

Sebagai ganti kepada sunnah yang didustakan, mereka beriman pula dengan pendapat-pendapat khurafat yang dinisbahkan kepada para imam-imam mereka sebagaimana yang terdapat dalam Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini. Majoriti riwayat di dalam ‘kitab suci’ syiah ini adalah riwayat marfu’ yang dinisbahkan kepada para imam oleh perawi yang ada di antaranya hidup beberapa kurun selepas imam berkenaan!

Al-Khomeini mengangkat riwayat-riwayat khurafat ini ke martabat Al-Quran dengan kata-katanya: “Sesungguhnya pengajaran para imam adalah seperti pengajaran Al-Quran yang wajib dilaksana dan dipatuhi”.

3. Pandangan mereka terhadap para sahabat Nabi s.a.w.

Mereka secara terang-terangan mencerca para sahabat Nabi s.a.w. Mereka telah mengecap sesat dan terang-terangan melafazkan laknat kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Abu Ubaidah, Abdurrahman bin ‘Auf, Sayyidah ‘Aisyah dan lain-lain. Bahkan sesetengah mereka ada yang mengkafirkan sahabat.

Al-Khomeini ada menyebut: “Adapun kita tidak bersama dengan kedua-duanya (Abu Bakar dan Umar) terhadap apa yang mereka berdua telah bersalahan dengan Al-Quran dan bermain-main dengan hukum-hukum Allah, apa yang yang dihalal dan diharamkan dalam Al-Quran adalah daripada pandangan mereka berdua, mereka berdua telah menindas Fatimah dan bermusuh dengan anak cucunya, bahkan apa yang kita dapati daripada mereka berdua itu adalah jahil dengan hukum Allah dan agama”[10]

Mereka tetap berpegang bahawa Nabi s.a.w. telah melantik Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah selepas kewafatan baginda dengan berpegang kepada hadith Nabi s.a.w. Namun para sahabat telah mengingkari dan mengkhianati Ali melalui arahan Nabi lalu memilih Abu Bakar sebagai pengganti.

4. Merendah-rendahkan kedudukan Nabi sebagai Rasul.

Pada pandangan mereka, wajib bagi Nabi s.a.w. mempunyai sifat taqiyyah (berolok-olok demi melepaskan diri sebagaimana sifat munafik dengan perbuatan atau lisan) kerana takut apabila menerima ancaman dan ugutan dalam melakukan dakwah. Bahkan harus bagi Nabi nyatakan kekufuran demi menjaga nyawa baginda.

Mereka menyamakan kedudukan Nabi s.a.w. dengan Ali bin Abi Thalib. Bahawa Nabi s.a.w. bersama-sama dengan Ali ketika peristiwa Isra’ Mi’raj dan masing-masing menerima wahyu. Cume bezanya adalah Nabi s.a.w. secara musyahadah (bersaksi dengan mata kepala akan dzat Allah yang Maha Agung) adapun Ali mendengar kalamullah al-Qadim sahaja.[11]

5. Mengingkari dan menyalahi daripada ijma’

Antaranya adalah mereka mengharuskan nikah mut’ah[12] yang menyalahi dengan ijma’ (Imam Malik, Hanbali, Syafie, Hanafi dan semua imam-imam Muslim kecuali syiah).

Sedangkan Ibn ‘Abbas pernah menyatakan dalam khutbahnya yang diriwayatkan oleh Sa’ied bin Jabir bahawa: “Sesungguhnya nikah mut’ah itu seumpama bangkai, darah dan daging babi (yang haram dimakan)”.

Ia seumpama memperdagangkan wanita dengan beberapa perjanjian berbentuk kontrak dan sedikit bayaran demi memuaskan nafsu. Boleh dijual beli tanpa harga diri sedangkan Islam mengambil berat tentang keturunan dan maruah.[13]

7. Pendirian Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah

”Syiah Isna ‘Asyar berpendapat, sesiapa sahaja yang tidak beriman kepada 12 imam mereka maka diharamkan baginya syurga dan wajib masuk neraka. Bagi mereka, Al-Quran dan Sunnah telah diubahsuai maka harus untuk menyalahi dan menyanggahi kedua-duanya.

Al-Khomeini dalam kitabnya: “Bahawa boleh jadi nas-nas daripada Ahli Sunnah wal Jamah terbahagi kepada dua: Selari dengan Al-Quran dan Sunnah, bersalahan kesemuanya”.[14]

Sebab itulah mereka tidak berpegang dengan sunnah Nabi dan fatwa imam-imam mujtahid seperti Imam Malik, Hanbali, Syafie dan Hanafi bahkan mereka menyarankan untuk mengingkarinya. Apabila bergaul dengan pengikut Ahli sunnah wal Jamaah mereka anggap samalah bergaul dengan Yahudi dan Kristian yang wajib untuk diperbalahinya.

8. Melampau mereka terhadap memuja Fatimah al-Zahra’

Dalam kitab-kitab syiah ada menyebutkan bahawa Fatimah al-Zahra’ juga menerima wahyu daripada Allah Taala seusai ayahnya (Rasulullah s.a.w.) menerima wahyu. Al-Khomeini menambah dalam kenyataannya bahawa Fatimah al-Zahra’ diangkat kedudukannya sehingga sebaris bersama Nabi-nabi a.s.

Kenyataannya ketika menghuraikan Usul al-Kafi: “Setelah wafat Rasulullah 75 hari, telah datang Jibril menemui Fatimah dengan mengucapkan takziah dan memberitahu perkara-perkara yang akan berlaku nanti (sebagaimana wahyu yang diterima oleh Rasulullah)”.Al-Khomeini mendakwa bahawa keberjayaannya dalam Revolusi Iran adalah sebahagian daripada apa yang diberitakan Jibril kepada Fatimah.

Dia berkata lagi: “Turunnya Jibril kepada kepada seseorang bukanlah perkara yang remeh-temeh melainkan terhadap mereka yang benar-benar agung, ini boleh dinisbahkan tingkatan yang pertama (paling agung) sebagaimana turunnya Jibril kepada Isa, Musa, Ibrahim dan seumpama mereka para Nabi dan Rasul”.[15]

……………………….

[1] Ayatullah Khomeini lahir di Khomein pada 24 oktober 1902. Khomein, merupakan dusun yang terletak di Iran Tengah. Keluarga Khomeini adalah keluarga Sayyid Musawi, keturunan Nabi melalui jalur Imam ketujuh syi’ah, Imam Musa Al-Kazhim.

[2] Kitab Hayatil Qulub oleh Imam Muhammad al-Baqir al-Majlisi: juzu’ 3 m/s 10

[3] Kitab Usul al-Kafi oleh Imam Muhammad bin Yaakub al-Kulaini: m/s 287

[4] Kitab al-Hukumah Islamiyyah oleh Ayatullah Khomeini: m/s 52

[5] Usul al-Kafi: m/s 239

[6] Kitab Mir’aatul Qulub oleh Muhammad al-Baqir al-Majlisi: m/s 253

[7] Mutawatir ialah Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh ramai sahabat yang tidak mungkin bersepakat para sahabat untuk menipu dan memalsukannya.

[8] Kitab Aslu al-Syiah wa Usuliha oleh Syeikh Muhammad Husain Ali Kasyif al-Ghita’:

m/s 79

Beliau juga daripada syiah Isna ‘Asyar namun beliau banyak menyingkapkan pelbagai kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan oleh syiah Isna ‘Asyar.

[9] Kitab Kasyful Asrar karangan Ayatullah al-Khomeini: m/s 112

[10] Kasyful Asrar: m/s 107-108

[11] Kitab al-Syiah baina al-I’tidal wal Ghuluw oleh Dr. Anuar Hamid Isa: m/s 90

[12] Nikah mut’ah adalah nikah untuk melepaskan keinginan nafsu dan bersedap-sedap. Hukum ini telah dinasakh dan Ijma’ mengharamkan pada zaman sekarang. Jika dilakukan juga ianya menjadi zina.

[13] Al-Syiah baina al-I’tidal wal Ghuluw: m/s 163

[14] Kitab al-Ta’adil wa al-Tarjih oleh Ayatullah al-Khomeini: m/s 82

[15] Pada hari Ahad bersamaan 2/3/1986 ketika sambutan kelahiran Sayyidah Fatimah al-Zahra

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 2)

BAB KEDUA: Pendirian-pendirian Pelik Syiah yang diasaskan oleh al-Khomeini

Pelbagai cerita dan kisah menunjukkan syiah bersekongkol dengan pengkhianat agama sehingga sanggup bergabung tenaga dengan golongan kafir semata-mata untuk menjayakan misinya, lebih-lebih lagi dalam mencetuskan pertembungan yang hebat dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.

Antara mereka yang tidak akan dilupakan dalam memori umat Islam adalah Nasiruddin al-Tusi yang pernah menolong Hulagu Khan demi menggulingkan khalifah Abbasiah semata-mata kerana bermusuhan dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.[1]

Begitu juga Muhammad Ibn ‘Alqami yang telah mengkhianati khalifah Abbasiah ketika itu demi menolong Tatar menjatuhkan pemerintahan Abbasiah[2]. Kedua-dua mereka adalah merupakan menteri kepada al-Mu’tasim Billah.

Setelah Monggol berkuasa menjatuhkan kerajaan Abbasiah, mereka berdua dilantik sebagai Gabenor sebagai penghormatan dan imbalan ketika zaman pemerintahan Monggol.

Namun al-Khomeini dalam kitabnya ada menyebutkan dengan mengagung-agungkan pengkhianat kepada umat Islam: “Sekian orang akan merasa kerugian atas kehilangan al-Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.[3]

Sultan Abdul Hamid[4] dalam peringatannya: “Sesungguhnya permusuhan antara kerajaan Safavid (syiah) dan Uthmaniah (sunni) bukanlah untuk kepentingan umat Islam tetapi merupakan keperluan kepada kufur dan kaumnya.”

Kita sebenarnya tidak menginginkan persengketaan antara syiah dan sunni, akan tetapi al-Khomeini telah mencetuskan kembali konflik tersebut bahkan menjadikannya sebagai satu kewajipan kepadanya sehingga mengundang kerugian kepada umat Islam seluruhnya.

Begitulah kanvas sejarah telah memprtontonkan kepada kita pengkhianatan syiah Safavid yang bekerjasama dengan Belanda menentang kerajaan Islam Uthmaniah. Bahkan sebelum itu mereka telah berperanan menjatuhkan kerajaan Abbasiah lalu berterusan ke zaman Salahuddin al-Ayyubi bersama kerajaan Syiah Fatimiah.

Seterusnya membawa kepada jangka masa yang panjang dan diteruskan lagi oleh al-Khomeini sekarang.

Pendirian pelik dan konflik yang telah dilakukan oleh al-Khomeini/Khomeinisma:

1. Semangat ingin menguasai dunia Islam dan berusaha ingin menyebarkan fahamannya.

Apa yang berlaku di Turki, Lubnan dan Syiria, begitu juga proses Revolusi Iran, peperangan di Iraq, merupakan langkah awal bagi al-Khomeini untuk mengusai dunia Islam dan menyebarkan fahamannya. Mereka mula membenihkan pelbagai propaganda dan memaksa sunni untuk bersama memeluk syiah.

Mereka telah mewujudkan Gerakan Amal Syiah[5] dan Gerakan Hizbullah[6]merupaka gerakan bersenjata syiah yang kononnya diasaskan di Lebanon untuk membantu rakyat Palestin yang ditawan dengan mendapatkan bantuan daripada Syria. Namun tujuan sulit sebenar mereka adalah untuk mengadakan proses penjernihan daripada rakyat sunni secara sulit di Beirut melalui cara ketenteraan[7].

Mereka juga mendapatkan bantuan daripada kerajaan syiah Syria untuk penyingkiran kelompok sunni di Tripoli (Lebanon Utara). Dalam masa yang sama, bantuan ketenteraan melalui Gerakan Amal Syiah dan Hizbullah disalurkan kepada Israel untuk membasmi sunni di bumi Palestin.

Dendam mereka kepada sunni yang membuak menggalakkan kerajaan syiah Syria juga berusaha sedaya upaya membantu penyingkiran Kerajaan Turki dengan menolong parti-parti berhaluan kiri dan Armenia. Mereka masuk meresap ke dalam pelbagai pertubuhan dan kumpulan-kumpulan yang melampau sebagai propaganda menimbulkan provokasi kepada kerajaan Uthmaniah.

Syiah juga melalui perancangannya untuk menghapuskan kelompok sunni di Sind, salah satu wilayah di Pakistan, dengan menyertai parti-parti di sana dan mewujudkan gelombang penentangan terhadap sunni agar mereka dapat kekal dan berpengaruh di Pakistan.

Catatan paling hitam penah berlaku apabila tercetusnya peperangan syiah Iran dan sunni Iraq sehingga Iran mengugut dan mengancam bagi mendapatkan teluk-teluk yang bersempadanan.[8] Ia nyata meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada umat Islam daripada perang saudara yang berlaku itu.

Itulah revolusi yang telah dilakukan oleh puak syiah demi meluaskan pemerintahan mereka dan menguasai seluruh semenanjung Tanah Arab dan Dunia Islam.

2. Strategi pakatan yang jahat (Tahaluf)

Demi melunaskan hasrat, al-Khomeini telah merancang beberapa strategi dengan bekomplot demi mencapai keinginannya untuk memerintah negara-negara Islam yang lain. Di sana dalam sejarah telah tercatat bahawa al-Khomeini melalui kerajaan Republik Iran melakukan banyak pakatan.

Pasti kita akan dapati mereka pernah mewujudkan kerjasama dan pakatan yang aneh secara sulit antara Iran dan beberapa negara serta pemerintahan besar dunia. Antaranya dengan syiah Nusairiah Syiria, Israel, Soviet Union dan Barat (Amerika).[9]

Apa yang kita dapati, terdapatnya delegasi daripada Soviet Union yang datang ke Iran, begitu juga delegasi Iran sentiasa mengunjungi Soviet Union.

Semua ini adalah bukti daripada keinginan dan hasrat al-Khomeini demi mendapatkan seluruh dunia Islam dalam menyebarkan fahamannya dan mengusai dunia umat Islam dengan pelbagai cara dan bermacam-macam pakatan rahsia. Ia benar-benar bertentangan dengan slogan dan dakwaannya ketika mula-mula mencetuskan era Revolusi Iran dahulu.

3. Kemajuan umat Islam dan kekayaan mereka dirampas

Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini. Al-Khomeini mempergunakan hasil bumi negara dan menguasai ekonomi rakyat untuk melunaskan kehendaknya yang ingin berkuasa.

Dia sanggup mencagarkan pelbagai janji demi meminta pertolongan daripada kerajaan-kerajaan besar dunia ketika itu (Russia) dalam tempoh dan jangka masa yang panjang sehinggalah berkahirnya peperangan.[10]

Peperangan tersebut tidak ada keuntungan langsung kepada kebangkitan Islam melainkan memberi pengaruh dan keluasan kepada kuasa-kuasa besar ketika itu untuk menebus balik apa yang dipinjamkannya dengan beberapa siri perkomplotan dan kerjasama.

Bahkan kebangkitan umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan syiah dalam gelanggang kebangkitan umat Islam pasca moden.

4. Melembabkan kebangkitan Islam

Sebelum kedatangan al-Khomeini, dunia Islam ketika itu sedang membina tenaga dan posisi masing-masing di setiap penjuru dunia umat Islam demi kebangkitan Islam.

Namun, apabila muncul al-Khomeini, dia telah membawa satu gambaran buruk kepada sebuah bentuk pelaksanaan sistem Republik Iran teokratis. Ini telah melembabkan kebangkitan umat Islam apabila dalam dustur (perlembagaan) yang dipindanya banyak membawa kepada ketidakseimbangan politik umat Islam ketika itu.

Penglibatan syiah di persada gelanggang kebangkitan umat Islam pasca moden ini tidak menunjukkan sesuatu perubahan positif melainkan umat Islam dimusibahkan dengan pelbagai kerugian. Pihak yang untung hanyalah syiah semata-mata.

Ketika mana ada tangan-tangan mujaddid dan reformasi yang ingin mengembalikan kedaulatan Islam, lalu disekat dan dibantutkan perancangan tersebut dengan pelbagai cara dan helah.

Antara strategi dan perancangannya sejak awal lagi adalah dengan meletakkan mazhab syiah sebagai tunjang dan akta dalam perlembagaan negaranya. Minoriti daripada pihak sunni di sana dinafikan hak-hak mereka.

Sebagaimana yang diketahui, tidak ada walaupun satu daripada mesjid kepada penduduk sunni. Begitulah sepanjang tempoh pemerintahannya, dia menyempitkan pengamalan bagi puak-puak yang tidak sealiran dengan mazhab mereka dengan pelbagai kekangan tanpa diberikan peluang.

Dalam pentadbirannya, kesemua kanak-kanak telah dikerah dan dipaksa untuk direkrut sebagai tentera sebelum mencapai usia dewasa. Kehidupan remaja mereka dikekang dengan pelbagai latihan ketenteraan.

Al-Khomeini sentiasa menghadang telinga dan menutupnya daripada mendengar rintihan suara-suara yang menginginkan hak mereka yang diabaikan daripada didengari. Apa yang kita dapati sekarang bahawasanya dunia sedang mencemuhnya dengan pelbagai cacian dan penghinaan akibat daripada kekerasaan sistem perundangan yang dipeloporinya.

5.  Pura-pura (taqiyyah) dan Persenjataan.

Kebanyakan daripada puak syiah, mereka telah memanipulasi konsep taqiyyah (berpura-pura) melebihi daripada apa yang diharuskan dalam syariat Islam. Apa yang kita dapati selepas Revolusi Iran, al-Khomeini mengharuskan penipuan dan kepua-puraan dalam apa jua keadaan sehingga menjangkau kepada penglibatan senjata api.

Apa yang berlaku, pemerintahan puak al-Nasiriah di Syria, Gerakan Amal Syiah, Gerakan Hizbullah, kerajaan Iran menggunakan konsep taqiyyah tersebut untuk mengadakan kerjasama dan kesepakatan bersama Israeil secara rahsia untuk mendapatkan bekalan persenjataan. Itulah yang berlaku sekarang.

Mereka sentiasa bertaqyyiah dalam slogan memerangi golongan-golongan anti Islam dan isme-isme berhaluan kiri namun apa yang berlaku adalah sebagai mengaburi mata umat Islam semata-mata. Sedangkan mereka bersembunyi dengan penipuan tersebut untuk menjaga modus operandi utama mereka dalam menawan seluruh dunia Islam.

Kita boleh lihat apa yang telah dan sedang berlaku di Syria, Turki, Pakistan, Afghanistan dan lain-lain negara umat Islam. Mereka meresap masuk secara sulit dalam parti-parti dan kumpulan-kumpulan NGO di sana. Mereka menjalankan beberapa perancangan dan strategi secara halus bagi menguasai kelompok-kelompok tersebut untuk mencapai kehendak mereka.

Nasihat Saied Hawwa kepada pemuda-pemudi Islam

“Seharusnya umat Islam menyedari penipuan-penipuan yang telah dilakukan. Apa yang dirancang oleh al-Khomeini merupakan pengkhianatan besar-besaran ke atas umat Islam. Kegilaan ingin menguasai dalam dirinya merupakan jenayah besar kepada Islam. Berhati-hatilah umat Islam daripada disengat dalam satu lubang sebanyak dua kali.

Begitulah sebagaimana dinyatakan, beberapa pegangan dan pendirian pelik syiah yang dipelopori oleh al-Khomeini yang kelak mengancam kebangkitan semula umat Islam. Kerinduan umat Islam kepada Khilafah Islamiah akan terkubur seandainya ada di kalangan ahli Sunnah wal Jamah yang menyokong baik tindakan-tindakan pelik al-Khomeini tersebut dan menyangka bahawa Iran itu adalah sebuah daulah Islam yang sebenar.

Jangan terpedaya dengan helah al-Khomeini. Apa yang didakwanya bahawa Iran adalah sebuah “Komuniti yang Hak, Komuniti yang Merdeka, Komuniti yang Kuat”, sedangkan slogan sebuah Gerakan Islam sebenar adalah berdasarkan aqidah yang sahih (Ahli Sunnah wal Jamah).

Wahai para pemuda, idamlah kamu semua akan sebuah daulah Islam yang Hak, jangan ditipu oleh al-Khomeini yang mengispirasikan daulah Islam yang batil yang hanya akan membawa umat Islam terkebelakang.

Cukuplah sekadar al-Khomeini yang melakukan kebiadaban dengan jalinan persepakatan dan saling tolong menolong bersama Israel. Dia selama-lamanya tidak akan keluar daripada Iran melainkan setelah melakukan pelbagai kekacauan, kerosakan dan wala’ (tunduk) kepada musuh-musuh Allah.”

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Bahawasanya Dajjal akan keluar daripada Khurasan, bersamanya 70 ribu daripada kota Yahudi Isfahan (Khurasan)”.[11]

Bersambung pada Bab Penutup… (nasihat Saied Hawwa supaya berpegang dengan aqidah ahli Sunnah al Jamaah)

[1] Peperangan tersebut berlaku selama 40 hari sehinggalah pada tanggal 10 Februari 1259. Setelah itu, Baghdad dikuasai sepenuhnya secara rasmi oleh Mongol.

[2] Imam ibn Kathir menyatakan bahawa 800,000 atau 1,000,000 umat Islam terbunuh.

[3] Kitab al-Hukumah al-Islamiah oleh Ayatullah al-Khomeini: m/s 128

[4] Sultan Abdul Hamid adalah sultan ke-34 bagi kerajaan Khilafah Uthmaniah. Beliau merupakan sultan terakhir yang memerintah dengan kuasa mutlak dalam khilafah Uthmaniah sebelum jatuhnya pada tahun 1924 M.

[5] Gerakan Amal Syiah diasaskan di Lebanon oleh Musa al-Sadr pada tahun 1975 M disebabkan konflik bersenjata. Beliau berpegang dengan mazhab Syiah Ja’fariah.

[6] Gerakan Hizbullah adalah sebuah parti politik di Lebanon yang beroreantasikan persenjataan. Ia diasaskan pada tahun 1982 oleh Hassan Nasrallah melalui inspirasi Revolusi Iran 1979 M.

[7] Peristiwa ini berlaku di Lebanon pada 1982. Pengusiran besar-besaran sunni di sana melalui persepakatan antara syiah Isna ‘Asyar, Syiah Nasiriah, Druze, dan Israel dengan memerangi Organisasi Pembebasan Palestin.

[8] Peperangan ini dikenali dengan Perang Teluk Pertama. Ia berlaku pada tahun 1980-1988

[9] Akhbar al-Ra’y al-Am bertarikh 24 April 1988 melaporkan penjualan senjata Israel kepada Iran di sepanjang tahun 1980-1987 dan melaporkan daripada Perdana Menteri Israel, Syamir sendiri tentang bantuannya kepada Iran. Katanya: “Menjadi kewajipan kepada Israel menjaga hubungannya dengan kepimpinan ketenteraan Iran. Sesungguhnya peperangan yang berterusan melemahkan Iraq, musuh tradisi Israel. Peperangan itu menyebabkan lebih banyak lagi pembahagian negara-negara Arab”.

[10] Perang Teluk Pertama (Iran-Iraq) pada tahun 1980-1988.

[11] Hadis sahih riwayat Imam Tarmizi. Ulama’ bersepakat bahawa Isfahan itu adalah Khurasan yang merupakan kota ketiga terbesar di Iran.

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 3)

Nasihat al-Mursyied Saied Hawwa terhadap pengaruh Khomeinisma

Ibn Umar pernah menyebut tentang keadaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w: “Sesungguhnya kami telah hidup dalam satu jangka masa yang kami telah membawa keimanan dalam diri sebelum Al-Quran (sebelum al-Quran memperincikan secara menyeluruh tentang manhaj/sistem kehidupan)”.

“Perkara mula-mula disebut dalam surah al-Fatihah adalah berkenaan aqidah, kemudian berkenaan ibadah dan yang ketiga tentang manhaj (sistem) hidup. Apa yang kita cuba ketengahkan di sini adalah tentang kelompok aqidah yang sahih dan benar di sisi Allah itu adalah acuan utama Islam kepada umatnya; berpegang dengannya, tindakannya, pendiriannya dan barulah kepada seluruh sistem hidupnya.

Dalam satu hadith daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah brsabda: “Akan berpecah umatku kepada 73 kelompok, semuanya akan ke neraka melainkan satu kelompok, lalu para sahabat bertanya: Siapakah mereka Ya Rasulullah ? Nabi menjawab: Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya (islam yang tulen)” -  Riwayat Sunan Tarmizi

Akan tetapi al-Khomeini berbeza dengan kita. Aqidahnya bukan aqidah kita, ibadahnya bukan ibadah kita, sistem hidupnya bukan sistem hidup kita. Ini adalah kerana pendirian asal mereka adalah untuk menyalahi dan berselisih dengan kita (ASWJ).

Kepada golongan intelektual diharap agar membuka mata kalian semua supaya dapat melihat keburukan rancangan al-Khomeini. Dipohon secara bersungguh-sungguh agar para ilmuan boleh menggunakan mata pena dan lidah mereka untuk mencegah pengaruhnya.

Ini kerana “wabak taun” yang dibawa oleh al-Khomeini telah mula meresap masuk ke dalam negara-negara Islam yang lain (Malaysia juga tidak terlepas).

Umat Islam mestilah bersama membuka kembali tanah Iran dengan aqidah yang tulen, bukan sebagaimana tindakan syiah yang mereka-reka acuan aqidah sendiri. Kita juga wajib untuk menghentikan penindasan dan pelbagai ugutan yang dilakukan mereka ke atas umat ini.

Setiap “slogan transformasi” oleh al-Khomeini dan sekutunya merupaka pegkhianatan terhadap Allah, Rasul-Nya dan sekalian orang mukmin. Adakah kita semua masih buta untuk melihat dengan kedua mata kita dan masih pekak untuk mendengar terhadap apa yang telah berlaku di sebalik sorotan sejarah yang lepas dan peristiwa yang berlaku sekarang?

Sesungguhnya mereka itu sesat lagi menyesatkan kaum muslimin. Mereka tidak sesekali akan dimaafkan terhadap konflik dan persengketaan yang telah diadaptasikan oleh mereka sendiri.

Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. melalui hadith qudsi pernah bersabda: “Allah berfirman : Sesiapa yang memusuhi wali-waliKu (sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan penolong-penolong agama Allah), maka Aku isytiharkan perang terhadapnya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah Taala: “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang akan menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun melainkan Allah, sehinggalah kamu tidak akan diberikan pertolongan”.(Surah Hud : 113)

Telah jelas bahawa al-Khomeini dan pengikutnya telah memerangi dan berlaku zalim kepada para sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan sekalian sunni. Mereka dengan sewenang-wenangnya mencemuh dan mencerca bahkan sehingga mengkafirkan sahabat-sahabat agung dalam kacamata Islam. Mereka telah menghalalkan darah umat Islam lain dan harta mereka adalah halal untuk dirampas.

Adakah tidak kita lihat bahawa di Iran, 1/3 daripadanya adalah kelompok sunni namun tidak diberikan pengiktirafan kepada mereka untuk mendapatkan hak. Mesjid tidak dibina, bantuan ekonomi tidak disalur, pemimpin tidak dilantik melainkan hanya beberapa orang sahaja yang mewakili suara rakyat sunni di Iran dalam dewan parlimen, namun dikunci mulut dan dirantai tengkuk mereka.

Adakah kita juga tidak melihat apa yang telah dilakukan kepada sunni di Lebanon, sama ada sunni Lebanon ataupun rakyat Palestin yang berteduh bagi mendapatkan perlindungan di sana.

Adakah kita tidak merenung kejadian yang berlaku di Syria dahulu, al-Khomeini juga telah memberikan bantuan kepada kerajaan Syria yang dipimpin Hafiz al-Assad (yang diteruskan sekarang oleh anaknya Basya al-Assad) yang membunuh umat Islam kerana kepentingan politik dan pegangan syiahnya.

Adakah itu semua memadai untuk menyedarkan kita? Ataupun kita akan memaafkan mereka atas tipu-daya dan helah jahat yang telah dilakukan mereka?

Mereka itu adalah musuh kepada Islam, musuh kepada umat Islam, musuh kepada rakyat mereka, serta musuh kepada tanahair mereka.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kelepasan daripada-Mu terhad al-Khomeini dan pengiku-pengikutnya, aku mohon kelepasan daripada penguasaannya, sekutu-sekutunya dan daripada menjadi sekutunya.. Ya Allah, erkenankanlah doa kami.”


Diterjemahkan oleh: Muhammad Zuhairi bin zainal Abidin

Felo MANHAL PMRAM
Elias Hj Idris
Elias Hj Idris
Jahil yang membawa kepada murtad!

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad melabelkan Umno sebagai parti murtad kerana mendakwa parti itu menolak Islam daripada dasar perjuangannya.


Menurutnya bukan sahaja Umno, malah mana-mana pihak yang memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.

“Timbul masalah murtad, katanya sebab paderi Kristian, tapi saya kata tidak (kerana) orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam.

“Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam. Macam lekehkan benda salah…macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?

“Murtad ini bukan (hasutan) daripada paderi Kristian, tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad. Agama apa Umno pakai? Apabila umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka (adakah) Umno itu Kristian, Buddha atau tak ada agama?” katanya kepada pemberita pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini.

Haa... yang ni memang sengaja cari pasal - murtad!

Diminta penjelasan sama ada beliau menjatuhkan hukum murtad kepada Umno selepas mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Abdul Aziz berkata: “Tak kira siapa pun…tak kira kalau tok guru (agama) sekalipun, kalau murtad…murtad lah.

Mempermainkan syahadah... murtad!

“Usahkan Umno, tok guru berserban atau berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara hati (niat bahawa) Islam tak guna… (maka) dia murtad walaupun tak ada mufti beritahu. Kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna…dia murad.”



Sian Umno... tak pasal2 je!

Ditanya pada pandangannya adakah Umno telah memperlekehkan Islam sehingga layak dilabel sebagai murtad, Menteri Besar Kelantan itu berkata: “Tak lekeh apa - dia buang Islam.”

Sebelum ini Nik Abdul Aziz pernah menimbulkan kontroversi apabila menuduh Umno dengan pelbagai gelaran, termasuk melabelkan parti itu sebagai kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam.


http://penpasksgb.blogspot.com/2012/11/nik-aziz-umno-parti-murtad.html

p/s: Diharap semua baca full text..bukan ikut media utama seperti Utusan.
Elias Hj Idris

Today the international media specially western media - they are saying that..."All muslims are not terrorist but all terrorist are muslim."

But if you go back to the history of the world you will find 100% falsehood in this statement. For example, in the history of the world who has killed a maximum of innocent human beings.

1) Adolf Hitler

Do you know who was he? He was a Christian. But media will never say that Christians are terrorist.

2) Joseph Stalin (called as Uncle Joe)

He has killed 20 million human beings including 14.5 million who were starved to death. Was he Muslim?

3) Mao Tze Dong (China)

He has killed 14 - 20 million human beings. Was he muslim?

4) Benito Mussolini (Italy)

He has killed 400,000 human beings. Was he muslim?

5) Asoka (India)

In Kalinga battle he has killed 100,000 human beings. Was he muslim?

6) Embargo Put By President George Bush (United States of America)

In Iraq alone 1/2 million children has been killed. Imagine that this people were never called terrorist by the media. Why?

And Added...

When America takes 1 million lives in Iraq for oil: were they muslims?

When India kills 500,000 lakhs people in Kashmir, rape their women: were they muslims?

When Serbs rape Muslim women in Kosovo/Bosnia: were they muslims?

When Russians killed 200,000 Chechens in bombings: were they muslims?

When Jews kick out Palestinians and take their land: were the Jews muslims?

When American drones kill entire family in Afghanistan/Pakistan: were they muslims?

When Israel kills 10,000 Lebanese civilians due to 2 missing soldiers: were they muslims?

As muslims retaliate and show you how did you treat us: "terrorism?"

It seems like the word "terrorism" is only reserved for muslims.

There are millions and millions of muslims all over the world since centuries, if Islam encourage terrorism and kills the innocence, everyone will be finished. Today the majority of non-Muslims are afraid by the words of 'jihad'.
'Jihad' is an Arabic word which comes from root of Arabic word, 'jahad' which means 'to strive' or 'to struggle'.
To strive or to struggle' against evil and for justice, it does not mean killing innocents. The difference is that we stand against evil, not with evil. 

Please inform to a maximum of people as possible so that they'll know the truth.

-  A.C

Elias Hj Idris

Tunku Abdul Rahman: UMNO Mahathir Khianati Saya, Fitnah Saya, Curi Harta Kami…

Pendedahan ini tidak disiarkan di kaca TV Malaysia semasa di awal kekuasaan rejim Umno -Mahathir untuk mengelakkan kisah lama terbongkar. Saksikan kebenaran dalam klip video pendek di bawah ini:

http://cabang-sipitang.blogspot.com/2012/06/tunku-abdul-rahman-mahathir-khianati.html

Kata Tunku Abdul Rahman,

“Mahathir buat satu surat kepada saya, tapi dah diedar beratus ribu salinannya kepada semua orang. Tentera, polis, orang-orang kebanyakan ni… diedarkan. Dia maki saya dalam surat itu dengan berbagai-bagai perkataan.”

“Saya ini dibenci oleh semua orang Melayu. Dibenci oleh pegawai-pegawai kerajaan. Dibenci oleh askar Melayu. Dibenci oleh polis dan sebagainya. Di situ nampaknya, caranya, tujuannya nak bagi orang semua benci kepada saya, buang saya, ubahkan pemerintahan Malaya ini.”
“Dia kata saya ni pro-Cina. Saya berjuang begitu lama dan susah payah, adakah nak angkatkan Cina saja. Ini semua untuk nak bagi tempat dalam kalangan orang Melayu. Itulah tujuan perjuangan saya ini. Dia kata saya pro-Cina, saya buat itu ini bagi Cina, macam-macamlah dia kata. Jadi, tunjuk di situ khianatnya.”

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

“Mahathir dipecat dari Umno sahaja, kami tidaklah buat apa-apa. Kami cuma pecat saja dia. Tapi kalau dia (Mahathir) tentu dia buat macam sekarang ni, kurung dalam penjara.”

Tindakan UMNO Baru dengan budaya memfitnah dan memburuk-buruk lawan seteru politiknya sudah lama dipraktikkan sejak krisis politik Mahathir dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.

Krisis Perlembagaan 1988 juga disebabkan oleh tindakan Tun Mahathir sendiri yang memperlihatkan sekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.
Elias Hj Idris
Daripada jaketkulit (TKO)

Sebenarnya, golongan Wahhabi ni cukup 'allergic' pada [b]cahaya, cahaya [/b]ni. Apa tidaknya, asal-usul salasilah golongan ini pun adalah pecahan daripada golongan penyembah matahari (api),  iaitu yahudi/zionis/freemason!


Oleh sebab mereka nak sangat berhujah dengan youtube/wikipedia, jadi kita nak minta tolong tengok la juga video youtube ni... :roll: :wink:



Elias Hj Idris
ISLAM Memang Terbela di bawah UMNO; dulu kini dan selamanya.




Walau agak panjang tetapi berbaloi untuk dibaca.

Inilah kisah seorang bapa sebagai ketua keluarga yang bertungkus-lumus cuba mempertahankan aqidah anak dan maruah keluarga namun dia kecewa dengan 'sistem' yang ada dalam negara Islam bernama Malaysia ini.

Betapa lemahnya sistem pendaftaran negara... tiada langsung rasa ingin menyelamatkan akidah sesama muslim. Itupun jika anda masih ingat akan kisah Hartina yang murtad..

Inilah cerita yang dilontarkan oleh bapanya - Hj Kamarudin kepada wartawan sebuah majalah.


Kisah Awal Hartina

Assalamualaikum. ......... .. .kita baca la apa yang ditulis ni....buat pedoman kita dan keluarga kita....... kes hartina moga kita semua jadikan sebagai pengajaran dan jenguk2 lah anak2 kita, adik2 kita, saudara2 seIslam kita....Trully, kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi. Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah 'Muslimah' sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim, abang sepupunya En Borhan Abd.Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.

Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam. Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17 tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian,

Mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan. Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh, iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan.

Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami, kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".

Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer di Kampar.Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur . Pada tahun 1993 dia bertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu. Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.

Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi ke rumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Disebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate (En. Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setiba di rumahnya, kami dapati rumah berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja. Kebetulan saya memang ada kunci spare, jadi saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.
Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India . Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiran saya kawan yang dimaksudkan itu ialah lelaki India tersebut.

Walaupun kami datang setiap bulan, namun kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.

Melihat keadaannya, saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?"

Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996.

Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu. Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.

Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam, sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan, Kampar.

Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki, tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki itu bekerja di Public Bank di Jalan Klang Lama.

Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka. Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tidak dapat hidu.

Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21 Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00 petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30 malam.

Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor. Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja.

Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam.

Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran. Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India. Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.

Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermakna saya telah terlewat dua hari. Ia juga bermaksud hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang.

Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut, baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup. Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung. Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.

Saya bersama isteri berpandangan sendiri. Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah.

Apa yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan pendaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu?

Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis.
Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu. Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.

Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawab menukarkan nama anak saya; saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa tuan tidak memaklumkan kepada saya?"

Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI, pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik ke sana ke mari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu.

Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.

Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Klang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.

Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya. Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.

Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu-bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar telah berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya?

Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak. Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.

Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.

Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14 April, kira-kira pukul12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.

Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya. Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.

Jadi pada 20 April 1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan. Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama Islam Perak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina. Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan. Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah di hadapan tuan kadi.

Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur .

Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina. Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu. Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki. Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak RM30juta daripada Kerajaan Negeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka.

Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.

Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya. Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara-mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculik isterinya.
Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.

Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di Batu Caves untuk menguruskannya. Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada.

Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa. Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.

Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya. Bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri. Saya tinggalkan rumah dan perniagaan saya berbulan-bulan.

Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Walau bagaimana banyak laporan yang saya lakukan, namun tiada langsung tindakan susulan yang diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu oleh pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada?

Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka. Empat minggu kawan saya mencari, dan pada minggu keempat baru jumpa.

Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang diri, tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya itu Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.

Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.

Menerusi laporan yang saya buat, saya mengatakan yang pihak si lelaki itu telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.

Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk kami meminta mereka memberi keterangan diri pula. Bila mendapat keterangan diri, baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya.

Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April 1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan namanya kembali ke nama Hindu.

Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 baru dia menukar kembali namanya ke nama Hindu. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.

Sebelum daripada itu saya ada menelefon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.
Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.

Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak, saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.

Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata, "Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam. Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.
Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Sri Sentosa itu kepada mereka.

Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan.

Katanya: "Kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah. Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungkin ada dalang di belakangnya.

Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan; kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina ke balai.

Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.

Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3,000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi, hanya duduk di rumah sahaja.

Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1 Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul di hadapan tempat saya berniaga.

Apa niat sebenar mereka?

Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14tahun.Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum.

Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi ke arahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi. Mana tahu jika hatinya terbuka untuk kembali semula kepada Islam.

Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.

Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu. Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang.
Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan. Saya jatuh tersungkur. Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.

Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya. Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.

Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.

Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?"

Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan di dalam lokap selama lapan hari.

Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu. Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan. Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang Rajeswaran.

Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapanya.
Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2,000.00 seorang. Selepas itu saya hanya berihat sahaja di rumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berihat di rumah, saya terus berhubung dengan peguam untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran.

Setelah empat bulan berihat, saya mendapat surat dari mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan. Rajeswaran adalah saksi ketiga.

Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.

Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya,orang pertama yang disyaki adalah saya.

Berikutan dengan itu saya telah ditahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998. Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki. Apa yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16 tahun?

Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari. Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya.

Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.

Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis.

Kami telah disoal, Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.

Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu. Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.

Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa? Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit disiksa dengan teruk. Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk.

Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsu menjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.

Selepas dua minggu saya di bebaskan, sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga.

Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.

Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini?

Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya" .

Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah.

Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam.

Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu. SUMBER

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka itu tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (al-Nahl. 16: 106) :



Lagi Kisah Murtad Di SINI
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/11/kisah-kartina-kamaruddin-yg-murtad.html

**Inilah jasa paling besar Umno terhadap orang Melayu dan Islam... elok ia dijadikan bahan renungan di mana menurut Mufti perak, Hj Harussani seramai 250,000 orang Melayu telah murtad (setakat 1996) - tahniah Umno! - Penulis
Elias Hj Idris
Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia:


Gambar hiasan: Tiada kena-mengena dengan mereka
yang masih hidup atau yang telah pun mati!
Kalau ada pun mungkin secara kebetulan...

1. Al-Anaanah: Banyak keluh kesah. Perempuan yang selalu berasa tidak cukup, apa yang diberi semua tidak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta padanya tetap tidak cukup. Malah dia tidak redha dengan pemberian daripada suaminya.
Dia tetap asyik ingin memenuhi kehendak nafsunya saja tanpa menghiraukan perasaan suami, tidak hormat kepada suami apa lagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tidak pernah puas. Ada saja yang tidak cukup padanya.

2. Al-Manaanah: Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tidak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tidak tahu mengenang budi, tidak bertanggungjawab, tidak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi segala bentuk perlindungan kepadaadanya.

3. Al-Hunaanah: Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Dia sentiasa tidak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah: Suka memaksa. Bila dia hendakkan sesuatu benda maka dipaksa suami melakukannya. Pagi, petang, siang dan malam asyik menekan dan memaksa suami. Ada kalanya dibuat dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin memberi malu kepada suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya saja, bukan sebagai pemimpinnya. Apa yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dirinya saja.

5. Al-Hulaaqah: Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak dsb.

6. As-Salaaqah: Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asyik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar pada matanya. Pada zaman sekarang ini bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tetapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Apa yang jelas isteri jenis ini asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan hati yang mendengarnya.
Elias Hj Idris


Adalah jelas bahawa GMT Bukan di Greenwich, tetapi di Ka'abah.

Ka'abah sebagai rumah Allah di mana jutaan umat muslim merinduinya untuk berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.

Istilah Ka’bah adalah bahasa Al-Quran dari kata 'ka’bu' yang bererti 'mata kaki' atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dengan 'Ka’bain' yang bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata 'mata bumi' atau 'sumbu bumi' ataupun kutub pusingan utara bumi.

Angkasawan Amerika, Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat daripada planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian ilmiah.



Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi; dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”


Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib - seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'abah. Apa yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung). Hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih terus berlanjutan.


Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi tersebut mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Ka'abah di planet Bumi dengan Ka'abah di alam akhirat, khususnya di arasy.


Makkah Pusat Bumi

Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta yang mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya dia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.


Untuk tujuan itu, dia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu dia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.
Setelah dua tahun melakukan pekerjaan yang sukar dan berat itu, dia yang dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Dia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.



Dia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).

Dari gambar-gambar satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an telah menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah ia menunjuk ke arah Makkah.


Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan bermaksud untuk membuktikan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut;

‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya yang menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain itu hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.


Makkah atau Greenwich

Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahawa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.

Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Makkah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.


Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit

Ada beberapa ayat dan hadits Nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Makkah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Makkah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’abah itu berada adalah di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)
Elias Hj Idris
Ini dia video kat Restoran Syeikh Huang-ti bertempat di 76F, Jalan Tupai, 34000 TAIPING, Perak.