Elias Hj Idris
[1] KALIMAH TASAWWUF :

Perkataan tasawwuf tidak ditemui dalam mana-mana sumber wahyu samada al-Qur’an atau Hadith. Malah, ianya tidak digunakan oleh Rasulullah ﷺ, para sahabat dan juga tabi’in.
Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Nasr al-Sarraj;
“Kami tidak mendengar nama
al-Sufiyyah pada zaman para
sahabat Nabi ﷺ, begitu juga
selepasnya ... gelaran sufi itu
tidak diberikan kepada mana-mana
Sahabat Nabi ﷺ.”
[Lihat al-Luma’, m. 42]

Ada sembilan pandangan berkenaan asal-usul bagi kalimah tasawwuf. Ia dikatakan berasal daripada kata akar;
- al-safa’
- al-safw,
- al-sifat,
- al-saff,
- al-sufanah,
- sufat al-qafa’,
- Sufah bin Murr,
- al-suf; dan,
- sufia.
[Lihat Kalimah Sufi: A ‘Arabiyyah hiya am Yunaniyyah dalam Ta’rifah, i [Julai 1931], m. 264; al-Tasawwuf: Thawrah al-Ruhiyyah fi al-Islam, m. 29]
...

[2] KEPELBAGAIAN KATA AKAR BAGI
KALIMAH TASAWWUF :


Antara kata akar yang dikaitkan dengan tasawwuf adalah:
- Ini kerana, seorang Sufi adalah yang
menghiasi diri dengan segala sifat
yang terpuji dan meninggalkan segala
sifat tercela.
- Nama yang diberikan kepada
sebahagian fakir miskin dalam
kalangan orang Islam pada masa
awal Islam. Mereka adalah antara
orang-orang yang tidak mempunyai
rumah, tinggal di ruang luar Masjid
Nabawi pada ketika itu. Para Sahabat
Nabi yang tinggal di "Suffah" antaranya
adalah Abu Darda’, Abu Zar al Ghifari
dan Abu Hurairah.
- Ia bererti bulu iaitu sejenis pakaian
yang diperbuat daripada bulu binatang
yang menjadi pakaian kebanyakan
ahli tasawuf pada zaman dahulu
kerana pakaian jenis itu merupakan
pakaian yang paling digemari oleh
para anbiya’ dan para siddiqiin serta
juga merupakan syiar kepada orang
yang zuhud.
- Dinisbahkan kepada seorang lelaki
bernama al-Ghauth bin Mar bin Ad
bin Thabikhah bin Ilyas bin Mazar
yang sentiasa mengasingkan diri
daripada masyarakat kerana
bermunajat kepada Allah SWT di
Masjid al-Haram. Beliau lebih dikenali
sebagai "Suffah bin Murah", terutama
nya ibunya yang sentiasa memanggil
nya "Sufah".
- Membawa maksud suci. Ia merujuk
kepada tumpuan tasawwuf untuk
penyucian jiwa (tazkiyyatunnafs).
- Bermakna saf atau barisan samada
di medan perang ataupun barisan
hadapan ketika mendirikan solat.
Ini disebabkan kerana kebanyakan
para ahli sufi sentiasa berada dalam
barisan hadapan semasa menunaikan
solat di masjid dan juga mereka suka
memenuhi saf-saf hadapan ketika
berperang.
Pun begitu, kesemua kalimah ini secara etimologi dan tatabahasanya tidak sesuai dipadankan dengan kalimah tasawwuf kecuali kalimah al-suf. Oleh sebab itulah kebanyakan ahli tasawwuf menyatakan bahawa asal kalimah tasawwuf adalah daripada kata akar "al-suf".
[Lihat al-Risalah al-Qusyairiyyah, 2/550-551; al-Ta’aruf li Mazhab Ahl al-Tasawwuf, m. 28-35]
...

[3] TASAWWUF DARI SUDUT ISTILAH :


Sebagaimana Tasawwuf dari sudut bahasa, para ulama’ juga mempunyai pelbagai pandangan tentang definisi Tasawwuf dari sudut istilahnya.
Syeikh Ahmad Zarruq berkata, istilah Tasawwuf telah dihuraikan dengan dua ribu definisi. Ini kerana ketulusan untuk menghadapkan diri kepada Allah SWT dapat dicapai dengan pelbagai kaedah.
[Lihat Qawa’id al-Tasawwuf, m. 2]
Walaupun begitu, semua definisi menjurus kepada pengertian yang sama iaitu "ILMU PENSUCIAN JIWA".
Ibn ‘Ajibah menyatakan;
“Ia adalah ilmu yang diketahui
dengannya jalan untuk mencapai
kesempurnaan batin ke hadrat
Raja bagi segala raja, mensucikan
batin dari segala sifat kekejian,
mengisikannya dengan pelbagai
kelebihan yang mulia".
- Awalnya adalah ILMU;
- Pertengahannya adalah AMAL;
- Akhirnya adalah KURNIAAN ALLAH
SWT.
[Lihat Ma’arij al-Tashawwuf ila Haqa’iq al-Tasawwuf, m. 4]
Syeikh Ahmad Zarruq mendefinisikan Tasawwuf sebagai :
- “Tasawwuf adalah Ilmu yang bertujuan
untuk memperbaiki hati dan bertumpu
hanya untuk Allah semata-mata".
- "Fiqh adalah ilmu yang bertujuan
memperbaiki amal, memelihara
aturan dan menampakkan hikmah
dari setiap hukum".
- "Sedangkan ilmu Tauhid adalah ilmu
yang bertujuan mewujudkan dalil-dalil
dan menghiasi Iman dengan keyakinan,
sebagaimana ilmu perubatan untuk
memelihara badan dan ilmu Nahu
untuk memelihara lisan.”
[Lihat Qawa’id al-Tasawwuf, m. 6]
Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi mendefinisikan tasawuf adalah;
“Sesuatu yang dengannya diketahui
hal ehwal kebaikan dan keburukan
jiwa".
...
[4] INTIPATI TASAWWUF:

Intipati utama Tasawwuf adalah adalah sebagaimana sabda Nabi ﷺ dalam menerangkan IHSAN :
أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
Maksudnya :
“Engkau beribadah kepada ALLAH
seakan-akan engkau melihat-NYA,
dan jika engkau tidak melihat-NYA,
sesungguhnya DIA melihatmu.”
Mengenai hadith di atas, Imam Tajuddin al-Subki berkata,
“Tasawwuf diisyaratkan dengan Ihsan.
Selain ilmu-ilmu itu (Aqidah, Fiqh dan
Tasawwuf), kalau ia tidak kembali
kepada ilmu-ilmu tersebut (ISLAM,
IMAN dan IHSAN), ia adalah di luar
syariah.”
[Lihat Tabaqat al-Syafi’iyah al-Kubra,
1/117]

Samada ianya disebut Tasawwuf, IHSAN atau Tazkiyyatunnafs, ia tetaplah membawa kepada maksud yang sama iaitu ilmu dan amal berhubung penyucian diri bagi mencapai maqam yang tertinggi dari sudut Ruhiyyah dan mencapai redha Allah SWT.

Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersih dan suci jiwanya.
Ekstrak AL AFKAR #86
- Edit Daeku SinBad
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TASAWUF TIADA DI ZAMAN NABI ﷺ ?
- Disember 17, 2019

Tohmahan yang sering dihalakan kepada “Tasawuf” ialah istilah itu tidak ditemui samada dalam al-Qur’an atau al-Hadith.
Memanglah, istilah itu tidak akan ditemui dalam al-Hadith atau al-Qur’an, sebab pada masa Nabi ﷺ ilmu-ilmu Islam masih pada peringkat awal dan belum berkembang?

Hatta di zaman Nabi ﷺ pun al-Qur’an belum dikumpulkan dalam sebuah Kitab seperti mana yang kita ada hari ini. Tetapi itu tidak bermakna ilmu-ilmu tersebut tidak wujud atau salah, tetapi sebaliknya hanya nama ilmu itu sahaja sebagai suatu disiplin ilmu khusus belum muncul. Namun, intipati, semangat dan ajaran ilmu itu sudah sebati dalam masyarakat di awal Islam lagi.
Kita akan temui perkara yang sama juga berlaku kepada nama-nama ilmu lain seperti Ilmu Aqidah, Ilmu Fekah, Ilmu Tajwid, Ilmu Ulum al-Hadith dan lain-lain juga belum muncul tetapi itu tidak bermakna umat Islam di kalangan generasi awal Islam tidak memiliki aqidah yang sahih atau fekah yang benar atau membaca al-Qur’an dengan tajwid yang salah.

Ketiadaan ilmu tersebut secara khusus disebabkan ketiadaan keperluan kerana Baginda ﷺ masih hidup dan sebarang permasalahan boleh terus dirujukkan kepada Baginda ﷺ.
Ambil sebagai contoh "Ilmu Nahu Arab" hari ini juga tiada di zaman Nabi ﷺ sebagai suatu disiplin ilmu khusus kerana orang Arab secara semulajadi memang fasih dalam bahasa Arab tanpa perlu disusun secara sistematik nahu atau tatabahasa. Mereka penyair dengan penguasaan bahasa Arab yang tinggi dan indah walaupun ramai yang "Ummiy" yakni buta huruf.

Tetapi apabila berlaku migrasi dan percampuran orang-orang Arab bergaul dengan orang-orang bukan Arab ("Ajam") yang tidak fasih bahasa Arab, maka berlaku kesalahan dalam tatabahasa Arab di kalangan "Ajam" maka pada ketika itu dirasakan perlu disusun secara khusus Tatabahasa Arab atau Ilmu Nahu ini.

Sejarah mencatatkan Abu al-Aswad Al-Duwali (67 H) daripada Bani Kinanah adalah orang pertama yang menyusun Ilmu Nahu Arab atas perintah Amirul Mu’minin Khalifah Sayyidina ‘Ali RA.

Pernahkah kita mendengar ada hadith yang menyebut tentang segala hukum tajwid seperti Ikhfa’, Idgham dll? atau kategori-kategori hadith seperti Sahih, Dhaif, Palsu atau Mursal dll? Tentu tidak.
Begitu juga halnya dengan Tasawuf, walaupun nama ilmu itu belum ada di zaman Nabi ﷺ dan para sahabat, namun mereka semuanya sudah beramal dengan tasawuf dalam kehidupan seharian mereka. Cuma tidak dipanggil dengan nama “ilmu tasawuf” secara khusus.
Sebab itu salah seorang imam tasawuf, Imam Abū al-Ḥassan al-Būshanjī (w.348H/959M) pernah menyebut,
“Tasawuf hari ini nama tanpa hakikat,
dahulu ianya hakikat tanpa nama”.[1]

Sheikh Hamza Yusuf, seorang ulama terkenal dari Amerika Syarikat dalam salah satu Youtube yang disiarkan bertajuk: “Tasawwuf (Islamic Spirituality)” menyebut hampir kesemua ulama termasuk Ibn Taymiyyah (w.1328M) sampailah Muhammad ibn Abdul Wahab (w.1793M) mengakui bahawa tasawuf adalah salah satu cabang ilmu dalam Islam.

Yang diperselisihkan hanyalah “kandungan/amalan” ilmu tersebut.
Seperti mana halnya ilmu perubatan ada yang dipanggil Homeopati, Western Medicine atau Chinese Medicine dll.

Persoalan sama ada kita bersetuju dan menerima atau tidak bersetuju dengan cara perubatan tersebut itu merupakan persoalan lain, tetapi kita kena mengakui wujudnya disiplin-disiplin ilmu perubatan sedemikian.

Begitulah halnya ilmu tasawuf itu juga adalah sebahagian daripada ilmu dalam tradisi Islam. Nama tidak penting seperti mana kaedah yang berbunyi,
“kita tidak bertelingkah dalam hal
istilah” (لا مشاحَّة في الاصطلاح) yang
penting hakikatnya dan tasawuf
dipanggil dengan pelbagai nama
antaranya: Ilmu IHSAN, Ilmu Hakikat,
Ilmu Batin, Ilmu Penyucian/Penawar
Hati, Ilmu Akhlak, Ilmu Tazkiyyah
atau apa sahaja namun ia tidak
merubah hakikat ilmu tasawuf
tersebut tetap wujud dalam ajaran
Islam".


NOTAKAKI :
[1] التصوف اليوم اسم بلا حقيقة وقد كان
من قبل حقيقة بلا اسم
Kemaskini :
- 20 Disember 2019; 07:00
2 Responses
  1. Unknown Says:

    I was wondering if you ever considered changing the layout of your blog? Its very well written; I love what youve got to say. But maybe you could a little more in the way of content so people could connect with it better. Youve got an awful lot of text for only having one or two images. Maybe you could space it out better?
    Good article, I Just Love Hello Kitty BTW!!!
    I recognize many people have an interest in this particular subject and that i cant deny Im also one of them. Whenever youll find additional debate in regards to this topic then simply it will be additional appealing and I might want to imagine of precisely what you would write regarding the up coming content. If you will distribute even more corresponding article, just inform me as I most certainly will would like to be able to go through about it.
    What is captcha code?, pls provide me captcha code codes or plugin, Thanks in advance.
    love-binding-spell-caster


  2. Hillary Says:

    Great blog yoou have here