Elias Hj Idris

Di antara kelakuan sesat Rafidhah (dibaca: Syi’ah) adalah memukul dada, menampar-nampar pipi, memukul bahu, menghiris-hiris kepala mereka dengan pedang sampai menumpahkan darah. Semua ini dilakukan pada hari ‘Asyura, 10 Muharram. Hal ini dilatarbelakangi kecintaan mereka pada Husain bin ‘Ali bin ‘Abi Tholib. Mereka sedih atas kematian Husain, cucu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang mati dibunuh.


Kenapa Kelakuan Mereka Dikatakan Sesat?

Perlakuan sesat Syiah

Setiap perkara muhdats yang tidak pernah dicontohkan dalam Islam, tentu saja sesat. Hal-hal semacam di atas jelas suatu kemungkaran dan telah dilarang oleh Nabi kita, Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dalam Islam tidak boleh dilakukan perbuatan semacam itu baik kerana kematian seseorang yang dianggap mulia atau kematian seorang yang syahid di jalan Allah. Kita tahu bahawa di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam banyak di antara para sahabat yang mendapati syahid seperti Hamzah bin Abdul Muthollib (bapa saudara Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam), Zaid bin Haritsah, Ja’far bin Abi Tholib, ‘Abdullah bin Rowahah. Namun tidak pernah di masa beliau waktu itu mereka melakukan seperti yang dilakukan oleh puak Rafidhah. Law kaana khoiron, la-sabaqunaa ilaih, seandainya perkara tersebut baik, tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lebih dahulu melakukannya.

Cuba lihat pula bagaimana ketika Nabi Ya’qub ‘alaihis salam ditimpa musibah dengan hilangnya Yusuf ‘alaihis salam, apakah beliau sampai memukul-mukul dadanya? Apakah Nabi Ya’qub sampai menampar wajahnya sendiri? Apakah sampai ingin menumpahkan darahnya dengan mengores-ngores di badan? Apakah sampai dijadikan ‘ied (perayaan) atau hari berduka seperti yang dilakukan puak Rafidhah? Amalan yang dilakukan puak Rafidhah ini tidak lain hanyalah warisan daripada zaman jahiliyah, masa suram sebelum kedatangan Islam. Sedangkan Islam dengan tersangat jelas telah melarangnya.

 
Hadits yang membicarakan tentang berduka yang terlarang

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّة

“Tidak termasuk golongan kami siapa saja yang menampar pipi (wajah), merobek saku, dan melakukan amalan Jahiliyah.” (HR. Bukhari no. 1294 dan Muslim no. 103).

Namun lihatlah bagaimana yang dilakukan oleh puak Rafidhah di hari ‘Asyura. Apa yang mereka lakukan jelas bukan datangnya dari ajaran Islam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam begitu pula para sahabat radhiyallahu ‘anhum tidak pernah melakukannya. Mereka tidak pernah melakukannya ketika ada yang meninggal dunia. Padahal wafatnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lebih daripada kematian Husain radhiyallahu ‘anhu.

Selengkapnya di Rumaysho.com: http://rumaysho
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    10 MUHARRAM - SEJARAH PEMBUNUHAN AHLULBAIT NABI IMAM SAYYEDINA HUSSEIN AS... Sabda Nabi : "Barang siapa mencintai akan Al-Hussein, sesungguhnya seperti juga dia mencintai akan daku. Barang siapa membenci akan Al-Hussein, sesungguhnya seperti juga dia membenci dan memusuhi akan daku..." Tahukah kalian siapakah sebener2nya Imam Sayyedina Hussein itu..?? Rata2 Syiah dan Sunni (ASWJ) mengatakan Sayyedina Hussein AS adalah anak Imam Ali, lalu dibilang dia cucu Nabi. Cubak renongkan kenapa setelah dipenggal kepalanya dipisahkan dibawa keDamsyik, sedangkan jasadnya disemadikan diKarbala...???

    Hussein, Hussein, Hussein... betapa malang sunggoh naseb-mu diperlakukan begitu. Celakalah mereka itu yg terlibat secara langsong, ato mereka itu yg bersekongkol dgn Iblis dan Syaitan dlm pembunuhan "Anak Mukjizat Nabi" itu. Ato mereka itu sudah tahu berita konspirasi tersebut tetapi ngak mahu hadir membantu.. Akibat2nya gara2 terkena laknat "Sumpahan Nabi / Prophetic Curse" itu telah lama bermula. Hingga bangkitnya Imam Mahdi AS yg dinanti2kan itu membawa pencerahan. Setelah tersingkap itu kebeneran maka terhapus itu kepalsuan. Dunia Islam bakal mengetahui Nasab Ahlulbait Sejati dari Sulbi Nabi yg bakal Peneraju Akhirul Zaman ini... Allahu'alam....


  2. Anonymous Says:

    10 MUHARAM SAYYEDINA HUSSEIN "ANAK MUKJIZAT NABI" DIBUNUH KEJAM...

    Hari ini koq sudah masuk 10 Muharam, mencatitkan bulan Muharam sebagei bulan paling malang bagi Nabi SAW serta Ahlulbaitnya. Puak "28 Kapir Kurish" and the Gangs telah ada dizaman Nabi SAW itu lagi. Konspirasi2 licik kufur sesat mereka berbagei rupa. Hingga Rasullullah SAW diancam akan dibunuh, terpaksa baginda berpindah keluar dari Mekah keMadinah. Lantas sejarahnya ditutup, kononnya Nabi SAW berhijrah berpindah.

    Dizaman Imam Ali, muncul pula suku-sakat "28 Kapir Kurisy" darinya itulah Yazid Muawiyah and the Gangs dari Puak Sunni (ASWJ). Setelah Imam Ali wafat, Sayyedina Hussein pula menerajui. Sebelum 10 Muharam Yazid Muawiyyah Laknatullah pula mengatur langkah berkonspirasi, mahu hapuskan Nasab Genetic Nabi. Tanggal 10 Muharam, Sayyedina Hussein, Ahlulbaitnya serta pengikut2 setianya, terkepong, akhirnya mereka dibunuh kejam gugor syahid diPadang Karbala. AlFatehah buat semua yg gugur Syahid.... Yg terselamat hanya putranya Sayyedina Ali Zainal yg maseh bayi, dibawa oleh pengasuhnya bersama "Kitab Pusaka Muqaddam Nabi". Dari Sayyedina Ali Zainal Abideen itulah Baka penyambung pewaris Nasab Bloodline Nabi Muhammad SAW, hingga darinya bangkit "Sang Penyelamat Akhir Zaman" yg dinanti2kan itu.

    Tentera2 Yazid dari Puak Sunni (ASWJ) yg sekongkol membunuh "Anak Mukjizat Nabi", selepas peristiwa tersebut mereka terkena "Tulah" Prophetic Curse", terkena "badi" karna membunuh "Anak Mukjizat Nabi". Mereka diserang penyakit misteri "Separuh Gila". Lantas mereka tobat, akhirnya mereka masuk Syiah. Karna sesal bebal dosa besar mereka itu, itulah yg jadi amalan Syiah menderakan badan sendiri hingga berdarah. Hinggalah keturunan2 mereka itu, jiwa2 mereka maseh tidak tenteram, maseh terasa kesalahan2 dosa besar leluhur2 mereka itu, hinggalah kemasa kini. Puak ini tidak ramei, comaan hanya segelintel dari Mazhab2 Syiah yg banyak itu.

    Walo pun Puak Syiah tidak tahu siapa sebenernya itu "AlHussein Anak Mukjizat Nabi", namun Puak Syiah yg sangat2 mencintai Ahlulbait2 Nabi. Setiap kali menjelang 10 Muharam, disambut dgn meratapi kewafatan Imam Sayyedina Hussein "Anak Mukjizat Nabi". Puak Sunni (ASWJ) seronok2 meraikan 10 Muharam sebagei hari Asura mmm... enakan makan minum kekenyangan, betapa senangnya hati. Puak Syiah separuh mati, 10 Muharram sentiasa diingati, karna tujuannya menghapuskan dosa2 leluhur mereka itu. Lantas Puak Sunni (ASWJ) bilang tuduh, lehatlah hahaha... itulah kerjanya "Syiah Sesat DiHari Asyura...

    Siapakah yg sebener2nya yg tersesat melarat..?? Syiah itukah yg sesat? Ato Sunni (ASWJ) itukah yg sebener2nya kufur tersesat melarat? Masing2 tuduh menuduh berbunuh2an tumpah darah, masing2 cobak menegakkan benang basah.. Sedangkan sejarahnya yg tersirat, jawabannya telah diketahui, karna hahaha... "Imam Mahdi Sejati sentiasa memerhati - Zulqarnaen sikit2 mengkhabari, mengadili menghukumi.."