Elias Hj Idris


Adalah jelas bahawa GMT Bukan di Greenwich, tetapi di Ka'abah.

Ka'abah sebagai rumah Allah di mana jutaan umat muslim merinduinya untuk berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.

Istilah Ka’bah adalah bahasa Al-Quran dari kata 'ka’bu' yang bererti 'mata kaki' atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dengan 'Ka’bain' yang bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata 'mata bumi' atau 'sumbu bumi' ataupun kutub pusingan utara bumi.

Angkasawan Amerika, Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat daripada planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian ilmiah.



Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi; dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”


Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib - seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'abah. Apa yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung). Hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih terus berlanjutan.


Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi tersebut mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Ka'abah di planet Bumi dengan Ka'abah di alam akhirat, khususnya di arasy.


Makkah Pusat Bumi

Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta yang mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya dia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.


Untuk tujuan itu, dia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu dia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.
Setelah dua tahun melakukan pekerjaan yang sukar dan berat itu, dia yang dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Dia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.



Dia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).

Dari gambar-gambar satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an telah menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah ia menunjuk ke arah Makkah.


Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan bermaksud untuk membuktikan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut;

‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya yang menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain itu hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.


Makkah atau Greenwich

Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahawa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.

Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Makkah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.


Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit

Ada beberapa ayat dan hadits Nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Makkah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Makkah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’abah itu berada adalah di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)
1 Response
  1. Anonymous Says:

    TAPAK KA'ABAH DIKOTA SUCI MEKAH....
    Dibilang orang disitulah bermulanya titik awal sejarah,
    Penciptaan Lembaga Adam dari 7 kepal Tanah Mekah,
    Sebab itu permukaan Tanah Mekah bageikan berkawah,
    Cuba teka kemana diangkut Jibrail dibawa berpindah...???