Ini adalah kisah Siti Noor Aishah Atam, yang didakwa keranan memiliki buku yang gagal diharamkan oleh KDN (Zahid Hamidi) sebelum Aishah membelinya di pasaran. Sedangkan ayahnya, seorang OKU daripada keluarga yang miskin, tetapi dilayan seperti manusia bangsat. Mereka ditipu oleh polis - bangsat apakah KDN di zaman Zahid Hamidi?
Apakah 12 tahanan pengganas LTTE dilayan seperti ini?
Dapatkah kaum Hindu menyedari betapa beruntungnya nasib keluarga LTTE yang ditahan sekejap, ditemukan dengan kelarga waktu menyambut perayaan Deepavali baru-baru ini serta dalam masa seminggu terus didakwa di mahkamah. Malah ada yang menulis surat meminta Peguam Negara membenarkan jaminan!
Jauh berbeza dengan layanan yang diterima oleh Siti Noor Aishah dan keluarganya.
Dari jauh aku lihat dia mengesat air mata. Bukan kerana bebanan yang menimpa, tapi rasa malu kerana terpaksa menyusahkan orang lain.
“Terima kasih banyak. Mak cik tak ada duit nak bagi, makcik malu dengan kamu. Semoga Tuhan balas jasa kamu”, kata ibu Siti Noor Aishah.
Mundar-mandir dia berjalan pergi menuju bas. Waktu itu aku lihat dia mengesat air mata, walau sebenarnya dia cuba sembunyikan halnya dengan berselindung di balik celah-celah kereta.
Pak Cik Atam terus menunggu di tepi kereta aku. Ingin dihulurnya duit, sedang aku tahu, orang tua itu seorang OKU, yang hanya menyara hidup anak-isteri hasil wang RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta wang pencen SOCSO sebanyak RM600, tak punya duit untuk diberikan.
Aku menolak bukan kerana aku berduit, tapi tak tergamak seorang manusia yang waras mengambilnya.
“Terima kasih banyaklah encik. Pak cik tak tahu dah nak mengadu dekat siapa? Di KL ni kami sekeluarga tak ada siapa-siapa nak mengadu,” sahut orang tua itu.
Pakcik Atam Jusof, dan isterinya, mak cik Saadiah Ibrahim adalah ibu dan ayah kepada Siti Noor Aishah, seorang bekas pelajar Universiti Malaya yang dituduh di bawah SOSMA kerana kononnya memiliki 12 buah buku yang diharamkan.
Mereka berdua ni aku hantar ke stesen bas sementara Shah Alam untuk pulang ke rumah mereka di Dungun, Terengganu. Siang tadi, baru sahaja anak mereka ditahan semula di bawah SOSMA, dan terus dihantar ke Penjara Kajang.
Tidak dapat aku bayangkan jika dua orang tua itu adalah ibu dan bapa aku.
Aku tidak tahu sialan apa yang merasuk dalam diri orang yang sanggup mendera mereka sekeluarga?
Siti Noor Aishah seorang pelajar pintar - menyambung ijazah di KUIN, kerana bahasa Arab diguna sebagai bahasa pengantar, walaupun sebenarnya telah menerima beberapa tawaran daripada universiti lain.
Beliau kemudiannya menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana dalam jurusan Usuluddin (Aqidah) di Universiti Malaya. Beliau seorang yang cukup suka membaca, malah sewaktu berjumpa dengannya, kami sempat bertanya apa harapan jika dibebaskan kelak?
“Saya harap minat saya untuk membaca tak dihalang,” jawabnya.
Aku sempat ke rumah mereka beberapa minggu yang lepas.
Rumah itu cuma ada satu bilik, dan bilik itu pun tidak berpintu. Ia cuma ditutup dengan langsir.
Aishah tidak pernah keluar dari rumah, sejak dikenakan sekatan rumah, dan dipakaikan dengan alat peranti eletronik (EMD), selepas ditahan buat kali kedua di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Sekatan ini dikenakan kepadanya selama 2 tahun.
Ketika kami sampai itulah baru dia keluar. Kata ibunya, wajah Aishah sedikit ceria.
Aishah merupakan anak sulung daripada 5 orang adik-beradik.Tiga orang adiknya, masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat sijil dan diploma - bekerja kilang di Senawang, Shah Alam dan Kerteh. Seorang lagi masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian.
Di antara kesemuanya, Aishahlah menjadi harapan keluarga, kerana diberi kesempatan untuk belajar lebih tinggi.
Aishah ditahan
22 Mac 2016, jam 12.25 tengah hari, sepasukan polis Bahagian Counter-Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, lengkap bersenjatakan M-16 menyerbu ke kediaman Siti Noor Aishah di Dungun, Terengganu. Aishah yang sedang tidur di biliknya, dibawa masuk ke dalam kereta polis dalam keadaan terpinga-pinga. 25 buah buku, termasuk telefon bimbit dirampas oleh polis.
“Masuk je dalam kereta polis, diorang dah mula soal siasat.
Polis tanya saya,
Mana bendera?
Mana bom?” kata Aishah.
Aishah kemudiannya dibawa ke IPD Dungun sebelum dihantar ke pusat tahanan yang dirahsiakan lokasinya selama 28 hari!
Bilik tahanan itu sempit, tidak bertilam dan tidak berbantal, di mana lampu dibuka 24 jam sehari.
Setiap hari, Aishah disoal-siasat selama 12 jam. Itulah rutin yang dijalaninya sepanjang 28 hari.
“Mereka tak pukul saya, tapi kalau jawapan yang saya beri tidak memuaskan hati, mereka ‘cuma’ suruh saya ketuk ketampi, jalan itik dan berdiri separuh duduk,” jelas Siti Noor Aishah.
“Sepanjang 28 hari itu saya beberapa kali mohon kepada polis, supaya menghubungi ayah saya, dan minta dilantik seorang peguam untuk mewakili saya. Polis jawab, mereka dah beberapa kali memaklumkan pada ayah, tapi tiada jawapan!”
POLIS TIPU AISHAH.... Realitinya polis tidak memaklumkan pada ayah Siti Noor Aishah.
Malah apabila ayahnya melantik peguam, polis memarahinya.
Mereka minta pak cik Atam TIDAK melantik peguam bagi mewakili Aishah.
Bangsat apakah ni?
Atas dasar ingin memudahkan kerja, kamu layan mereka macam sampah. Ayah mana yang akan biar anaknya merengkok dalam penjara tanpa pembelaan? Kalau benar sekalipun Aishah bersalah, kenapa kamu turut menghukum keluarganya? Demi duit? Demi pangkat?
Tamat tempoh reman 28 hari, Aishah di bawa ke Mahkamah Majistret Kemaman, pada 19 April 2016, dan dituduh dibawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana dikatakan memiliki buku-buku berunsur keganasan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas.
Aishah ditahan di Penjara Pengkalan Chepa selama lebih sebulan, kemudian dipindahkan ke Penjara Kajang selama hampir 5 bulan. Sepanjang perbicaraan berlangsung, Aishah tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Itu adalah prosedur di bawah SOSMA.
Pada 29 September 2016, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Sharif Abu Samah memerintahkan Siti Noor Aishah dibebaskan. Ia berpunca apabila pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa buku-buku yang dimiliki oleh Siti Noor Aishah itu telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Malah buku-buku tersebut masih tidak diharamkan sehingga ke hari ini!
“Apalah ertinya pemilikan buku-buku tersebut yang dikatakan mempunyai kaitan dan unsur-unsur pengganas menjadi suatu kesalahan ke atas sesiapa yang memilikinya, walhal pihak Kementerian Dalam Negeri gagal menjalankan fungsi sebenarnya untuk mengharamkan dan seterusnya menghapuskan buku-buku tersebut.” 29 September 2016, jelas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah di mahkamah.
Berikut adalah senarai buku-buku tersebut:
1. Visi Politik Gerakan Jihad
Penulis: Hazim Al-Madani & Abu Mush’ab As-Suri
Penterjemah: Luqman Hakim
Penerbit: Jazera
2. Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa dan siapa Zarqawi, Apa Rencana Mereka ke Depan?
Penulis: Fuad Hussein
Penterjemah: Ahmad Syakrikin
Penerbit: Jazera
3. Akankah Sejarah Terulang?
Penulis: Dr.Muhammad Al-Abdah
Penterjemah: Abas Mansur Tamam
Penerbit: Jazera
4. Deklarasi Daulah Islam Iraq
Penulis: Dewan Syariah Daulah Islam Iraq
Penterjemah: Abu Hafsh As-Sayyar & Abu Musa Ath-Thayyar
Penerbit: Islamika
5. Merentas Jalan Jihad Fisabillah
Penulis: Shaikh Abdul Qadir Abdul Aziz
Penterjemah: Hassan As-Sayyari
Penerbit: Pustaka Al Alaq
6. Misteri Pasukan Panji Hitam
Penulis: Muhammad Abu Fatiha Al-Adani
Penterjemah: H.Muhammad Harun Zein
Penerbit: Jasmin Publication
7. Turki Negara Dua Wajah
Penulis: Abdullah Azam
Penterjemah: Abdurrahman
Penerbit: Al Alaq
8. Masterplan 2020: Strategi Al-Qaeda Menjebak Amerika
Penulis: Fahmi Suwaidi
Penerbit: Jazera
9. Dari Usama Kepada Para Aktivis
Penulis: Syaikh Usamah Bin Ladin dan Syaikh Yusuf Al_Uyairi
Penterjemah: Umar Burhanuddin, Abu Hafs As Sayyar & Syahida Man
Penerbit: Kafayeh
10. Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan Al-Qaeda
Penulis: Ayman Az-Zawahiri
Penterjemah: Umar Burhanuddin
Penerbit: Kafayeh
11. Ketika Maslahat Dipertuhankan dan menjadi Taghut Model Baru
Penulis: Abu Muhammad Ashim Al Maqdisiy
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada
12. Seri Materi Tauhid for the Greatest Happiness
Penulis: Tiada

Mengikut kata ibu Siti Noor Aishah, Datuk Mohamad Shariff secara tegas mengarahkan supaya Siti Noor Aishah dibebaskan dan tidak ditahan semula.
“Kamu nak tahan dia semula ke? Kamu bebaskan dia segera”, kata Pesuruhjaya Kehakiman kepada pendakwaraya, menurut kata ibu Siti Noor Aishah.
Namun sebaik keluar dari mahkamah, Siti Noor Aishah ditahan semula di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Aku tak tahu apa yang berada dalam fikiran mereka? Kali ini, Aishah dituduh mengimport bendera ISIS ke dalam Malaysia. Tapi buktinya, TIADA!
Lebih daripada sebulan ditahan di dalam solitary confinement di bawah POCA, Siti Noor Aishah diarahkan untuk dikenakan tahanan rumah selama 2 tahun, dan dipakaikan alat peranti pemantauan eletronik (EMD). Dalam 2 tahun itu, setiap minggu Aishah perlu pergi melaporkan diri ke IPD Dungun. Aishah tidak boleh keluar dari kawasan sekatan.
Ada peluang pekerjaan untuk Aishah? TIDAK ADA.
Kami sempat ke rumahnya di Dungun, menemubual Aishah sambil makan petang bersama keluarga. Aishah sedikit ceria.
Keluarga kini berhutang ribuan ringgit, untuk membiayai kes Aishah. Manakala orang kampung, setiap kali akan bertanya perihal Aishah.
“Pakcik dah tak tahu nak jawab apa pada orang kampung. Pakcik sekarang bawa keratan akhbar ke mana-mana, setiap kali orang kampung tanya, pak cik tunjuk keratan akhbar ini.”
Pada 27 Mac 2017, mahkamah rayuan meluluskan rayuan pendakwaraya untuk kes Siti Noor Aishah di bawah SOSMA. Keluarga tidak tahu langsung, yang Aishah perlu ditahan semula pada hari itu.
Tidak ada permohonan tahanan dibuat kepada Aishah waktu dalam mahkamah.
Selesai perbicaraan, keluarga membawa Aishah keluar makan di restoran. Peguam pula sudah dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Namun ketika itulah baru ayah Aishah dihubungi Pegawai Penyiasat, supaya membawa semula Aishah ke mahkamah.
Aishah ditahan semula.
Rupa-rupanya Aishah ditahan semula. Sedangkan pak cik Atam, seorang OKU jelas tidak mampu berfikir secara lurus. Aku dihubunginya, bagi memaklumkan penahanan semula kes. Pagi itu aku tidak sempat ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya kerana terpaksa bergegas ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk satu lagi kes yang melibatkan kanak-kanak Rohingya berusia 15 tahun yang dipenjara sejak Disember sebelum itu.
Petang itu, aku bawa keluarga ke SUHAKAM untuk aduan. Perkara paling dirisaukan ialah kedudukan Siti Noor Aishah. Di mana dia berada waktu itu?
SUHAKAM menghubungi Pegawai Penyiasat untuk bertanyakan lokasi Siti Noor Aishah. Yang diterima hanyalah persoalan lain.
“Aishah ditahan siapa? Polis atau Mahkamah?” soal Pegawai Penyiasat pula kepada pegawai SUHAKAM.
Seperti bola kamu buat keluarga ini. Tendang ke sana ke mari. Kamu hukum Siti Noor Aishah, kamu hukum keluarganya sekali.
Kini Aishah ditahan di Penjara Kajang, sehinggalah perbicaraan selesai. Kalau menang sekali lagi pun, pendakwaraya boleh membuat rayuan dan Aishah akan ditahan lagi.
Inilah SOSMA; inilah tahanan tanpa bicara.
Mangsa yang ditahan, kebanyakannya orang miskin. Disiksa terus mereka. Keluarga mereka turut sama disiksa. Sampai bila? Kalau mereka bersalah, bicaralah dengan adil. Setiap orang ada hak untuk dibicarakan secara adil. Bukan kita yang perlu menjatuhkan hukuman!
Hari ini keluarga mereka, hari esok, mungkin kita pula.
Harap anda semua sudah membaca hingga ke noktah terakhir... semoga mendapat pemahaman yang jelas...
Kes ini turut dibawa ke sidang DUN Terengganu;
Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok, Kuala Terengganu.
30hb Mac 2017 namun senyap gitu saja.