Elias Hj Idris

Berita ini tidak akan dilaporkan oleh mana-mana media tempatan - terutama pada masa PRK ini.

Mengikut data dari Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) yang dikeluarkan semalam, ekspot sawit ke India jatuh lagi pada bulan Oktober.
Ia bertambah teruk berbanding bulan September dan mencatat kejatuhan 60% berbanding bulan Ogos.

Minggu lepas saya kritik Teresa Kok yang kata Malaysia tidak patut bimbang dengan boikot sawit oleh India dengan alasan ia cuma nasihat daripada persatuan India dan bukan daripada kerajaan India.
https://www.facebook.com/…/photos/a.29478…/10156471647805952

Saya tunjukkan bahawa negara India merupakan negara pembeli sawit yang terbesar dan jumlah import sawitnya adalah jauh lebih besar berbanding China dan Kesatuan Eropah.

Masa itu saya beri bukti bahawa boikot India ini akan berlaku kerana ia merupakan boikot separa rasmi kerana ia tidak pula dibantah oleh kerajaan India.

Saya juga tunjuk bukti daripada MPOB untuk menunjukkan eksport ke India sudah jatuh 44% pada bulan September dan diramal ia akan bertambah teruk bermula bulan Oktober.

Dan saya juga tunjuk bukti daripada MITI bahawa keseluruhan ekspot sawit untuk bulan September sudah jatuh berbanding bulan sebelumnya dan juga berbanding bulan yang sama satu tahun dahulu.
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php…;

Jika harga sawit mengalami pemulihan pun, ia tidak akan bermakna apa-apa jika negara pembeli utama tidak membelinya daripada kita. Pihak yang dapat manfaat adalah negara jiran kita (sebab meraka tidak celupar mulut!).

Walaupun mulut ahli-ahli politik di atas pentas ceramah kata eksport sawit naik tetapi realitinya ialah data daripada dua sumber rasmi kerajaan - MITI dan Lembaga Sawit - jelas menunjukkan eksport sawit telah jatuh dengan teruk sekali.
0 Responses