Elias Hj Idris

Kekejaman Komunis Bintang Tiga...masih ada yang tidak tahu?

Bau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan

DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan siksa sakratul-maut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan. Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam aras paha. Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharaja lela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.

Bagi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri menyifatkannya sebagai tindakan membalas dendam Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga dikenali "Bintang Tiga" terhadap individu yang disyaki menjadi tali barut tentera Jepun. Tentera Jepun menguasai negara ini untuk tempoh tiga tahun lapan bulan.

“Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom pada 6 Ogos 1945. Sebaik mendapat khabar, komunis keluar daripada tempat persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang dipercayai bersekongkol dengan Jepun,” katanya.

Gambaran kekejaman "Bintang Tiga" dijelaskan beliau pada ceramah program Bicara Tokoh Darurat sempena pameran Darurat-Rentetan Sejarah 1948-1960 anjuran Muzium Negara yang berlangsung dari 30 Jun hingga 30 Ogos lalu. Shafie berkata, keadaan huru-hara di Malaya ketika itu menyebabkan hubungan antara kaum tegang biarpun keanggotaan PKM bukan setakat di kalangan kaum Cina saja.

“Hubungan antara kaum ibarat paku berselirat. Mereka terlalu berhati-hati baik dalam pergaulan mahupun percakapan kerana takutkan musuh dalam selimut."

“Si penjual sayur yang berjaja setiap pagi menjadi pembelot pada malam hari apabila membawa PKM mengepung kediaman penduduk yang lancang mengkritik komunis,” katanya.

Disebabkan tidak mahu ditimpa kesusahan, masyarakat ketika itu rela bergelap dan berkurung di rumah biarpun waktu maghrib belum pun menjelang.

Shafie berkata, ancaman PKM tidak dihadapi oleh orang Melayu saja, bahkan ada kaum Cina terutama suku Tionghua selalu menerima ugutan, diganggu malah harta mereka dirampas menyebabkan mereka memilih mendiami kawasan pinggir hutan. Perang Vietnam memburukkan keadaan kerana memberi ilham untuk menghasilkan jerangkap samar atau bobby trap kepada pengganas komunis. Pemberontakan komunis ketika itu di seluruh dunia sedang melalui fasa kedua dengan melakukan serangan lebih agresif dan membunuh.

“Permatang (laluan) tentera dan polis dipasang jerangkap samar menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban, kudung kaki dan tangan. Pemilik ladang dan lombong dikelar, tanaman getah ditetak, manakala kereta api yang membawa hasil komoditi itu diserang, diterbalikkan dan dibakar. Hakikatnya, ini cara komunis melumpuhkan ekonomi negara,” katanya.

Kekejaman komunis telah meragut kesabaran rakyat, terutama orang Melayu apabila balai polis diserang, dibakar dan menagih korban bukan saja di kalangan anggota bertugas, bahkan anak-isteri dibunuh tanpa belas kasihan. Balai Polis Bukit Kepong, Kuala Krai, Simpang Pertang dan Jalan Pekeliling musnah dihujani peluru dan bom tangan lantas membangkitkan kemarahan masyarakat, jelas Shafie ketika mengenang semula keganasan-keganasan yang dicetuskan oleh anak buah Chin Peng itu.

Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Zaini Mohd Saidi walaupun ketika darurat masih kecil dan berusia dua tahun, namun beliau mengerti kesengsaraan dan ketakutan yang ditanggung orang sekelilingnya. “Saya membesar dalam kekalutan, hilang kebebasan bahkan lebih teruk, melabelkan suku kaum tertentu sebagai komunis. Keadaan ketika itu sangat menekan perasaan sehinggakan untuk pulang ke kampung saya di Lenggeng, Negeri Sembilan dari Kuala Lumpur harus melalui tidak kurang 10 sekatan jalan raya, perintah berkurung dikenakan selepas jam 6 petang, manakala permit diperlukan bagi beras dan gula yang mempunyai berat lebih sekati,” katanya.

Namun, paling dikesali beliau ialah kesan pemberontakan komunis yang mencipta sentimen benci di antara kaum, khususnya Melayu dan Cina. “Angka korban darurat dianggarkan mencecah 2,542 orang membabitkan semua kaum terutama Melayu dan Cina."

"Pantang silap sikit ketika itu, akan tercetuslah perkelahian kaum yang berakhir dengan kematian,” katanya.

PKM di bawah pimpinan Chin Peng membiak ke angka 10,000 anggota pada akhir 1960an berbanding 400 anggota yang asal. Matlamat awal sekadar untuk memerangi kuasa Jepun sebaliknya melahirkan gerombolan gerila yang berniat jahat dan menimbulkan huru-hara.

“Generasi kini patut mengenang semula pahit getir perjuangan dan kesediaan anggota keselamatan berkorban nyawa demi negara. Azab dua tiga bulan berkampung di hutan tidak terungkap dengan kata-kata, namun itu sudah menjadi tugas kami untuk melindungi keselamatan rakyat,” katanya.


Fahami sejarah kemerdekaan


KEMERDEKAAN dikecapi pada hari ini bukan diperoleh secara mudah. Namun ia dibina dengan keringat, darah dan air mata. Penghayatan kemerdekaan tidak terhad dengan mengibarkan bendera, menganjurkan perarakan warna-warni, konsert dan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ semata-mata, tetapi sewajarnya rakyat dilatih mengenang semula perjuangan generasi terdahulu membebaskan negara daripada penjajahan, selain memahami proses bagaimana akhirnya kemerdekaan menjadi milik negara.

Pendudukan Jepun yang bertunjangkan slogan ‘Asia untuk Asia’ berjaya merobah senario politik Tanah Melayu apabila British tidak lagi dianggap sebagai kuasa imperialisme kebal. Bertujuan mengembalikan maruah peribadi, namun diwar-warkan atas nama membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun, British menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 8 Disember 1940. Namun, British tersilap perhitungan apabila PKM yang sepatutnya menyebelahi mereka sebaliknya bermaharajalela mengisi kekosongan tinggalan Jepun yang sedang kalut dengan kemelut pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1946.

Pengaruh fahaman komunis semakin meluas menjelang 1948. Malah, untuk merealisasikan wawasan penubuhan Republik Komunis Malaya, PKM menukarkan namanya kepada Malayan People Anti-British Army (MPABA) sekali gus menjadi platform melancarkan serangan lebih agresif untuk melumpuhkan British.

Tiga peringkat strategi dirangka komunis untuk mengambil alih Tanah Melayu bermula dengan menghasut kesatuan sekerja supaya mengadakan mogok.

Usaha ini gagal apabila British meluluskan Trespass Law (undang-undang pencerobohan) yang menyekat kesatuan memasuki ladang bagi tujuan berceramah dan menstruktur organisasi pekerja. Ordinan persatuan yang mewakili pekerja juga dipinda dan dikemaskini pada 12 Jun 1948, iaitu mewajibkan semua kesatuan sekerja mendaftar dengan pihak berkuasa. Strategi kedua PKM ialah menguasai bandar kecil, seterusnya mendirikan markas PKM yang diisytiharkan British sebagai kawasan putih. Bagi memastikan dasar dan rancangan mereka berjalan lancar, Gerakan Rakyat (Min Yuen) berciri serampang dua mata ditubuhkan. Gerakan Rakyat ini bertanggungjawab membekalkan makanan kepada ahli PKM yang melarikan diri ke dalam hutan selepas pengharaman parti itu, selain mengumpul maklumat berkaitan strategi kerajaan menghapuskan mereka.

Pemberontakan bersenjata terkandung dalam strategi terakhir. Melaluinya, anggota dilatih menguasai taktik perang gerila, selain menubuhkan unit kecil berfungsi menakutkan penduduk Tanah Melayu membabitkan pertumpahan darah warga British dan sekutunya. Kekejaman demi kekejaman yang dilakukan memaksa British mengambil pendekatan drastik mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.

Meskipun darurat menyusahkan rakyat kerana mengekang pergerakan, mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda, dari perspektif lain insiden darurat sebenarnya mempercepatkan lagi proses memerdekakan Tanah Melayu apabila British bersetuju ia ditadbir oleh anak tempatan.


KES-KES KEGANASAN KOMUNIS

· Serang hendap di Kelian Intan - 10 September 1947

Peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah. Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.

· Pembunuhan di Sungai Siput, Perak - 16 Jun 1948

Tragedi ini mengorbankan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah iaitu T.G Christian, A.E Walker dan J.M Allison. Pembunuhan ini menggemparkan penduduk tempatan, seterusnya jadi penyebab kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat di Perak. Ia adalah pengumuman darurat pertama sebelum ia diperluaskan ke seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Pembunuhan itu disifatkan sebagai kemuncak keganasan komunis yang mula berleluasa sejak tamat Perang Dunia Kedua di negara ini.

· Serangan ke atas kampung Jeram Choh, Johor - 18 Jun 1948

Ia dilakukan kira-kira 20 pengganas komunis yang lengkap bersenjata. Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengambil langkah mengumumkan perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.

· Tragedi lombong Batu Arang, Selangor - 12 Julai 1948

Lombong ini ditawan komunis sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara. Ia bukan saja mengakibatkan operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang dimusnahkan manakala lima pekerja berbangsa Cina terkorban.

· Sabotaj ke atas kuari Sungai Gepai, Tapah, Perak - 19 Januari 1950

Serangan membabitkan kira-kira 20 pengganas itu memusnahkan beberapa kenderaan dan peralatan kuari.

· Serang hendap di Seberang Perai - 22 Januari 1950

Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis termasuk seorang sarjan Inggeris manakala enam anggota polis Melayu cedera parah.

· Serangan di Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak - 4 Februari 1950

Kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

· Peristiwa Bukit Kepong - 23 Februari 1950

150 pengganas komunis yang diketuai Mat Indra menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi. Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.

· Serang hendap di Sungai Semur, Kelantan - 25 Mac 1950

Pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang. Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera.

· Pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu, Bukit Fraser - 6 Oktober 1951

Sir Henry, Pesuruhjaya Tinggi British pada 1948 hingga 1951 diberi tanggungjawab membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Dia dan isteri ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur untuk bercuti.

· Serang hendap kereta api, Tampin, Negeri Sembilan - 14 November 1951

Serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira sebatu dari Tebong berhampiran Tampin.

Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang. Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda.

· Pokok getah seluruh Tanah Melayu ditetak (1948 - 1951)

Ia adalah tindak-balas pengganas komunis terhadap pemilik ladang yang enggan bekerjasama dengan mereka. Perbuatan menetak pokok juga bertujuan melumpuhkan ekonomi yang ketika itu banyak bergantung kepada hasil pengeluaran getah.
Elias Hj Idris
1 hr
Ikram Zahari
Yang ditabur adalah abu seorang pengganas, pembunuh dan penjenayah perang.
Yang sedang berkembang biak hari ini adalah ideologi daripada abu tersebut.
Yang membawa masuk bukan beragama Islam.
Yang menyanjung, memuja dan mempertahankan adalah seorang dua makhluk PAN.
Yang membenar dan membiarkan diseludup masuk sedang membisu.
Yang menjaga undang-undang adalah orang yang berkepentingan.
Yang tidak mengizinkan dahulu kini sudah tidak bertaring.
Yang menderita dan berkorban nyawa sudah dilupakan.
Yang masih hidup berdepan ancaman.

Di masa depan, namanya bakal diabadikan dalam buku teks sejarah, “perjuangan”nya akan diiktiraf sebagai wira kemerdekaan dan tarikh lahirnya akan dijadikan cuti umum.
Para pentaksub dan pejuang-pejuang komunis dalam negara akan meraikannya dengan penuh bangga dan dalam suasana penuh keraian.
Kalau dahulu pengganas dan pembunuh yang bernama komunis itu bergerak secara senyap dalam hutan belantara, kini mereka sedang beroperasi secara terang-terangan dari puncak-puncak kuasa, dewan-dewan penggubal dasar dan polisi serta institusi-institusi penting negara.

Kalau dahulu seragam mereka berceloreng dan kasar, kini “seragam” mereka berjenama Giorgio Armani, jam tangannya berjenama Rolex, kenderaannya Lexus (atau BMW) dan telefon bimbitnya berjenama iPhone.

Angkuh dan sombongnya bukan kepalang, bagaikan mafia yang pantang dihalang.
“Comrades and friends” kepada "The Butcher Of Malaya" pula merata-rata di Tanah Melayu hari ini.

Adakah DAP, MCA dan Gerakan juga termasuk di kalangan "comrades and friends" itu?

“Anda boleh mengeluarkan seseorang itu dari seragam komunis, tapi anda tidak akan berjaya mengeluarkan komunis dari pemilik seragam itu”.


[p/s - Yang mula-mula melontarkan cadangan supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia adalah parti Gerakan.]


Mohd Luttfi - iPeguam
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2784581221565870&id=100000420574176
Elias Hj Idris
AGEN PUBLIC MUTUAL MEMBURUKKAN ISLAM

Bukan main lagi hina Islam ye.
Dah diberi peluang tinggal di negara majoriti Islam macam Malaysia, tapi masih biadap dan tak tahu bersyukur.
Sejak bila orang Islam ni meminta negara sendiri?.. Kami bukan macam bangsa kau yang dah duduk bertahun di Malaysia pun masih tak tau cakap Bahasa Kebangsaan, minta UEC dan masih biadap.
Malah siap memuji lagi tindakan China menghapuskan golongan "radikal" Islam.
Golongan mana tu?.. Etnik Islam Uighur ke?
Etnik Islam Uighur lah sebenarnya mangsa kekejaman China apabila berjuta disumbat dan didera dalam kem tahanan.
Ni lah dia saki baki komunis yang masih wujud di bumi Malaysia.
Mereka tidak akan puas hati selagi orang Islam tidak ditundukkan dan menjadi hamba mereka.
Malah, manusia macam ni sanggup menakut-nakutkan orang ramai terhadap Islam dengan manabur fitnah Islam itu ganas dan merosakkan negara seperti Perancis.
Orang macam ni kena buang kerakyatan hantar balik negara China yang dia duk puja tu.
Baru tau bersyukur sikit.
Tak guna betul.
Elias Hj Idris
Symphatiser; pemimpin Dap begitu beriya-iya...

Mohd Zubir Mohd Zubir

Jika DAP tak sokong komunis kenapa DAP begitu berita-iya mempertahankan Chin Peng?
Jika DAP tak suka komunis kenapa sibuk sebarkan idealogi dan mempertahankan komunis?
Jika DAP anti pengganas kenapa siap buat buku menyanjungi perjuangan Komunis?
Jika DAP menentang komunis kenapa iktiraf perjuangan komunis?
Jika DAP menentang komunis kenapa sebarkan Komik Propaganda Komunis ke sekolah?
Nampak atau tidak kecelaruan DAP, mereka cakap tak sokong komunis, tetapi tindakan mereka sebaliknya.

Masih butakah mata dan pemikiran kamu untuk menilai kebenaran?
Elias Hj Idris
Gahar Gilah




























PADA 12 Julai 1973 kira-kira jam 9 malam, enam pengganas komunis telah merempuh masuk ke dalam rumah seorang pegawai polis bernama ASP Chin Chin Kooi di Serdang, Kedah.
Kesemua mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Chin Kooi hingga menyebabkan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir – di depan keluarganya sendiri!

Dosa Chin Kooi di mata komunis adalah kerana pegawai polis itu amat aktif menyiasat dan membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya dalam ‘Gerakan Sedar’ di negeri itu.
Kegigihan dan kesungguhan Chin Kooi yang berjaya memusnahkan beberapa tempat persembunyian anggota PKM di kawasan Serdang dan Hutan Relau telah menyebabkan kumpulan itu nekad untuk mengakhiri riwayatnya.

Tiga bulan selepas itu, Detektif Sarjan Chong Kek Oh pula ditembak oleh anggota-anggota PKM di Sungai, Siput, Perak. Tahun yang sama juga menyaksikan mereka menembak mati Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon di Kuala Lumpur.

Pada 3 Januari 1974, PKM bertindak membunuh Detektif Konstabel Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak diikuti pembunuhan Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. Empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua mati ditembak di Chemor, Perak.

Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pula telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

Ini hanyalah secebis kisah bagaimana pegawai dan anggota polis berketurunan Cina yang mati dibunuh oleh PKM, itu belum dicampur daripada pasukan tentera.

Namun kita semalam dikejutkan dengan berita di mana lebih 150 orang yang hampir kesemuanya berketurunan Tionghua, dengan bangga telah membawa balik abu mayat bekas setiausaha agung PKM, Chin Peng dari Thailand sebelum menaburnya ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.
Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook berkata, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa.

Bagi memenuhi hasrat terakhir Chin Peng, kumpulan itu membawa abu mayatnya melalui tempat asalnya di Sitiawan dan kubur ibu-bapanya di Lumut sebelum menabur abu tersebut di laut dan hutan.

“Biarlah dia kembali ke laut dan gunung di tanah airnya, biarlah dia selamanya dengan kawan-kawannya yang berkorban untuk negara ini,” kata Kan Fook.

Begitu bangga nampaknya Kan Fook bercerita tentang kejayaan ‘mengembalikan’ abu mayat Chin Peng ini.

Namun sedar tak Kan Fook dan rakan-rakannya itu, bangsa merekalah di antara yang paling ramai dibunuh oleh PKM sewaktu pengganas-pengganas itu bermaharajalela?

Kalau dilihat pada sejarah ketika era Perang Dunia Kedua, kebanyakan kaum Cina di Tanah Melayu mendiami pinggir hutan bagi melarikan diri daripada pemerintahan Jepun yang kejam terhadap mereka.

PKM yang banyak bergerak di kawasan hutan tidak teragak-agak menyiksa dan membunuh kaum Cina ini yang enggan membantu atau membekalkan maklumat serta makanan kepada mereka.

Justeru, tidak hairanlah keganasan komunis pada darurat pertama (1948-1960) banyak direkodkan di negeri yang mempunyai populasi Cina cukup ramai seperti Perak, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan berbanding di negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

Kekejaman dan sikap tidak berperikemanusiaan PKM terhadap kaum Cina ini direkodkan pasukan keselamatan dan disaksikan sendiri oleh para pekerja estet. Kaum Cina disiksa akibat enggan bekerjasama malah penyiksaan lebih teruk dibuat kepada mereka yang secara terang-terangan menentang perjuangan PKM seperti guru, profesional dan ahli perniagaan.

Untuk rekod, sepanjang zaman darurat dari 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960, sejumlah 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan.

Di pihak pasukan keselamatan pula, sejumlah 1,865 nyawa terkorban dan 2,560 orang dicederakan.
Jadi kita hairan, bagaimana ada orang Cina seperti Kan Fook dan rakan-rakannya boleh bertindak sebegitu ‘bangga’ untuk membawa balik abu lelaki durjana yang pernah mengotorkan tangannya dengan darah orang-orang dari kalangan bangsanya sendiri?

Apapun kita jangan terperangkap dengan permainan ini.

Jangan hanya kerana kebiadapan Kan Fook dan rakan-rakannya telah menyebabkan kita sewenang-wenangnya menuduh orang-orang Cina lain juga bersekongkol dengan mereka.

Ini kerana majoriti orang Cina masih menolak fahaman komunis dan kita percaya sentimen itu akan kekal sampai bila-bila.

Cuma kita jangan sama sekali terleka kerana senjata utama komunis ketika ini bukan terletak pada senjata, tetapi pada pemikiran dan dakyah-dakyah yang disampaikan secara ‘halus’ apatah lagi dalam era segalanya di hujung jari ini.

Ingat, dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh komunis, memecahbelahkan perpaduan yang kita ada juga merupakan ramuan dan resipi mereka. Tiada yang lebih menggembirakan PKM selain daripada dapat melihat kita sesama kaum mencurigai di antara satu sama lain.

Bagi mereka, matlamat akan menghalalkan segala cara. Walapun cara itu jua yang menghancurkan matlamat.

Walapun di akhirnya, PKM telah meletakkan senjata – tetapi tidak pada cita-cita dan perjuangan mereka!
Elias Hj Idris

Dino Daniel LJ


Inilah kenderaan tentera yang ditembak oleh pengganas komunis di Hulu Legong pada tahun 82 yang mengakibatkan 9 anggota tentera terbunuh.

Perut mereka ditoreh dan isi perutnya sengaja diburaikan. Kemaluan dipotong, mata dicungkil, sementara kepala hancur dek peluru yang bersarang. J

Jenazah mereka dilentangkan di atas jalan, diikat pada wiper kereta dan lain-lain. 7 orang perajurit terkorban dan jenazah mereka dizalimi sekehendak hatinya. Serang hendap ini menjawab persoalan siapakah sebenarnya pengganas komunis? Adakah mereka pejuang kemerdekaan atau manusia berhati iblis dan berperi laku binatang?

Seperti yang diceritakan dalam buku "Serang Hendap Hulu Legong" oleh Lt. Kol Mohd Radzi Abd Hamid;
Anggota pertama iaitu Prebet Md Merdeka [pemandu trak] Volvo Mortar 2 tan, mayatnya telah dibogelkan dan diikat pada pengelap cermin trak. Telinganya pula dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup. Manakala kemaluannya dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut seperti orang sedang menghisap cerut. Kejam!


Mayat kedua, Lans Kopral Hashim [ketua kumpulan], badannya bersarang dengan hampir 25 butir peluru. Ketika diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-akan tidak ada pinggang. Kepalanya hancur di sebelah kiri akibat tembakan yang bertubi-tubi. Otaknya berterabur di atas jalan. Kedua-dua matanya dicungkil dan dibuang hilang entah ke mana. Mayatnya juga dibogelkan lalu diletakkan terlentang di atas jalan. Kemaluannya juga dikerat dan dua telur kemaluan diletakkan di atas mata kiri dan kanannya. Zalim!

Mayat ketiga iaitu Prebet Jamil TK terperosok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok senduduk; terlungkup dan seluarnya dilondehkan. Mayatnya disula dengan ranting-ranting pohon senduduk. Kedua-dua belah daging punggungnya hancur dek tembakan bertubi-tubi. Darah masih menitis perlahan-lahan ke tanah ketika jenazahnya diturunkan.
Elias Hj Idris
azi.
Gahar Gilah


CHIN PENG PERNAH MENJADI SETIAUSAHA KOMUNIS DI MALAYA
“MASIH jelas terbayang ibu dirodok dengan lembing oleh komunis! Ketika itu senjata bersepah seperti kayu api.”
Itu cerita seorang warga emas, Tik Sulong, 89, yang menjadi saksi bagaimana ibunya Temun Manang, adik lelaki berusia dua tahun dan seorang anak saudara yang masih kecil ditikam dengan lembing di hadapan mata.

Turut menjadi korban abang ipar serta seorang lagi anak saudara yang rentung selepas komunis membakar kediaman mereka dalam kejadian pada jam 6 pagi Sabtu, 10 Jun 1945 di Parit Sulong di Batu Pahat, Johor.

Ujar warga emas itu, setiap kali teringat kepada kekejaman, kezaliman dan penderitaan oleh komunis itu, air matanya pasti akan mengalir.

Mengimbau kejadian menyayat hati itu, Tik sekali-sekala menyeka air mata yang mengalir pilu di pipinya. Menurut Tik, ketika tragedi itu berlaku, ayahnya, Sulong Mohammad yang merupakan seorang ketua kampung tiada di rumah kerana ke kebun bagi memantau kerja-kerja menuai padi yang dilakukan pekerja-pekerja upahan.

Ceritanya, pagi itu mereka sekeluarga yang tinggal di rumah dua tingkat itu bangun awal pagi. Dia yang ketika itu berusia 15 tahun sempat membantu ibunya menyediakan pisang goreng untuk sarapan pagi.

Secara tiba-tiba mereka terdengar bunyi ketukan pintu bertalu-talu diikuti dengan bunyi tembakan senapang dan juga jeritan orang ramai memberikan amaran supaya lari kerana komunis sedang menyerang.

                                     
                       Lima daripada wanita ini menjadi mangsa dirodok lembing komunis


Menurut Tik, dia yang ketika itu berada di dapur bersama ibu dan adik bongsunya berusia dua tahun bergegas melarikan diri. Ibunya sempat mendukung adik bongsu dan mereka bertindak terjun ke kolam ikan di belakang rumah.

Jelas di ruang matanya melihat bagaimana anggota komunis dengan kejam telah menikam ibunya di bahagian perut dan kemaluan. Tikaman itu turut kena pada adik bongsunya menyebabkan percikan darah yang banyak.

Tambah Tik, jari ibunya turut dipotong setelah anggota komunis itu ingin mengambil beberapa bentuk cincin yang dipakai.

Tidak terhenti di situ, ekoran serangan itu, kakak sulungnya yang sedang berpantang bertindak terjun dari loteng rumah bersama anak lelakinya berusia empat tahun dan kejadian itu turut mengakibatkan anak saudaranya ditikam dengan lembing.

"Terus tikam. Mula-mula dia tembak, dari jauh dia tembak. Dia datang tembak pakai lembing, dia pakai lembing panjang tu. Nampak dia datang tu, terus terjun je."
Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila dia yang berada di sebelah ibunya tidak diapa-apakan. Masih segar di ingatan Tik suara ibunya yang merayu kepada anggota komunis itu agar tidak membunuh anak kecilnya.

Menurut Tik, dia menyorok di dalam air di sebalik rimbunan daun keladi kira-kira 20 minit sebelum kumpulan komunis Bintang Tiga itu beredar.

"Kekayaan Tuhan, dia pun tak nampak mak cik. Sama-sama dalam air, dalam paras pinggang. Itu sebenarnya kolam ikan, jadi rumput yang macam pelampung tu penuh, tak nampaklah."
Detik tragis itu tidak terhenti di situ apabila kediaman keluarganya turut dibakar menyebabkan abang ipar dan seorang lagi anak saudara berusia lapan bulan maut.

Masih segar di ingatan Tik bagaimana suara ibunya yang merayu kepada anggota komunis itu agar tidak membunuh anak kecilnya, juga jeritan anak saudaranya yang menggelupur kesakitan selepas sejengkal isi perut terkeluar angkara tikaman komunis itu.

"Memang mak cik nampak mak kena tikam, sebab dekat. Masa tu ‘Ya Allah ya Tuhanku, janganlah'.
"Bila tengok darah mak tu, dia tunggu. Dia potong pula jari mak, ambil cincin. Bila dia pergi, ada ramai orang yang datang."
Menurut Tik, ketika tanah air diancam komunis, kumpulan pengganas itu bertindak merampas senjata di rumah-rumah pasung (balai polis) manakala anggota polis pula dibunuh.

Selain rumah pasung dibakar, rumah ketua-ketua kampung atau naib ketua kampung juga menjadi sasaran mereka.
Elias Hj Idris
Apa rasionalnya, sekarang Dr Mahathir mempertahankan Chin Peng yang abu bangkainya dibawa masuk pada hari Malaysia 16 September lalu? Dulu dia yang menentang habis-habisan!
"Sekadar abu saja, apa yang dia boleh buat pun?"
"Takkan kita nak pi kutip balik abu yang dah ditabur tu - kutip dari laut Lumut dan dari gunung Titiwangsa?"
Soalnya mudah saja.
Klu korang nak penuhi wasiat pengganas tersohor tu, buat la secara diam-diam; seludup masuk pun cara diam. Tapi kenapa dihebohkan, sedangkan seluruh negara sentimen "benci" tu masih membekas, kecuali pada mereka yang berjiwa komunis!
Kalau takde apa-apa, kenapa tidak di'flush'kan dalam toilet saja!
Isu besar mereka; ada agenda jahat di sebaliknya  - pengarang.



Dr. Mahathir bin Mohamad

CHIN PENG
This article appeared in the New Straits Times, Oct 1, 2013

1. Attempts to declare Chin Peng a patriot, nationalist and freedom fighter reflect how far derailed some Malaysians are from what the Communist Party of Malaya represented and what was its real objective.
2. Firstly, it must be pointed out that the CPM continued with their insurgency long after Malaya and then Malaysia had gained independence in 1957.

3. In their fight against the Government of independent Malaysia, the CPM killed civilians and security personnel by the thousands without considering their role as defenders of independence or their innocence. Senior police officers were assassinated and police patrols were ambushed and gunned down.

4. Nationals of an independent country do not kill fellow nationals who were only doing their duty to provide security for the citizens who wanted just to earn a living, who wanted to live a normal life. Yet the CPM ignored the independence of the nation, the democratic rights of the people in its single-minded desire to create a communist dictatorship in Malaysia. The CPM were prepared to use extreme violence so as to install its leader Chin Peng, as the authoritarian ruler of the country.

5. To make it more horrendous, much of the atrocities and mutilations committed by Chin Peng and the CPM are not only on soldiers but many civilians were their victims.

6. Government records show that the CPM in a classic move infiltrated the trade unions and political parties so as to destabilise the nation and bring down its elected government.

7. In the 1969 General Elections, the CPM defied the government by holding a funeral procession to arouse hatred against the Alliance party. This contributed to the inter-racial tension and the subsequent riots.

8. Until the Haadyai agreement of 1990 the CPM guerrillas planted booby traps which caused many policemen and soldiers to lose their legs, arms and eyesight. Many were killed.

9. The agreement was to stop to the mindless killings of members of the security forces even though there was no possibility for the CPM to seize power in Malaysia. The agreement provided for the laying down of arms by the CPM insurgents. Many of the insurgents choose to live in Thailand. A few who wanted to visit relatives in Malaysia were allowed to do so. Those who pleaded that they were forced or were mislead into joining the CPM and wished to reside in the country were allowed to do so. The agreement was a practical solution to the problems faced by the nation and it was a solution also for the CPM which had lost all support in Malaysia following the government campaign to win the hearts and minds of the people.

10. The CPM would not have entered into the agreement if it still had substantial support of Malaysians. It must be admitted that certain extremist groups in the country still harbour the hope of a CPM-ruled Malaysia. Besides, after the visit of Tun Razak to China in 1974, the Chinese Government stopped supporting the CPM. It stopped radio broadcasts in support of the CPM that year. The nation celebrated this stoppage of China’s support for the CPM by giving the BN party a big majority in the 1974 elections.

11. All these point towards the fact that from the very start the war waged by Chin Peng and the CPM was with the objective of turning Malaya into a dictatorship with the CPM leader as the dictator.

There was no intention to give the people the right to choose their government. The CPM wanted to change British Colonial rule with a communist dictatorship, not an independent nation.

12. It is important to remember that Chin Peng never made any effort to register as a Malaysian citizen. He has therefore forfeited all rights as a Malaysian citizen. But it is entirely possible for his leftist supporters to try and rally around his burial place as a symbol for the resurgence of the MCP in Malaysia. Already race relations in Malaysia has deteriorated. With Chin Peng as a symbol it is most likely that race relations might explode in violence.

13. The Government is right in not allowing the burial of Chin Peng in Malaysia or bringing his ashes back.
Elias Hj Idris
Musuh Allah swt terdiri daripada orang-orang kafir dan munafiq.

Orang-orang kafir ini pun ada dua jenis; kafir fasiq (iaitu orang-orang Islam yang engkar - mereka yang batal imannya seperti tidak solat atau yang mempersendakan perintah Allah swt). Sejenis kafir lagi ialah kafir 'furuj' (iaitu mereka yang bukan-Islam dari kalangan kafir harbi).

Seterusnya, ialah orang-orang munafiq - jenis orang Islam yang cakap tidak serupa bikin; lain di luar, hitam gelemat di dalam; pepat di luar rencong di dalam - tidak yakin dengan Islam. Perasan lokoih dan rasa tidak selesa bila orang bercakap tentang Islam. Paling ketara adalah mereka dari kalangan ahli maksiat - kaki judi, kaki zina (womaniser), tonggak arak, riba kerana berhutang beli kereta, beli rumah atau beli perabot di Courts Mammoth!

Ada yang bermulut capul juga; "Ahh... orang Cina n India yang tak solat pun berjaya dan kaya-raya!"

Golongan kafir fasiq dan munafiq ini bukan sedikit implikasi yang membelit diri mereka. Pertama sekali terlucut hak mereka sebagai hamba Allah swt - di mana mereka itu lebih teruk daripada taraf binatang! Cukup teruk sebab sehina-hina binatang babi, di sisi Allah swt babi TIDAK ada dosa dan tidak akan diperhitungkan untung-jahat mereka di akhirat kelak.

Mereka itu adalah setan dalam wajah manusia, "Berkata iblis: Hai Tuhanku! Demi, sebab Engkau menyesatkanku, akan kuhiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) di bumi, (sehingga mereka nampak baik) dan demi, akan kusesatkan mereka itu kesemuanya."  -  Al-Hijr: 39

"Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas."  - Al-Hijr: 40

"Allah swt berfirman: Inilah jalan yang lurus bagi-Ku."  - Al-Hijr: 41

"Sesungguhnya, hamba-hamba-Ku tidak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka, kecuali orang yang mengikut engkau di antara orang-orang yang sesat."  - Al-Hijr: 42

Mereka ini terhindar daripada petunjuk (taufiq) dan dorongan (hidayah) Allah swt... dan seseorang itu hanya bisa kembali kepada Allah swt melalui kedua-dua taufiq dan hidayan ini BUKAN dengan ibadah mereka!

Di mana dalam surah Al- A'raaf: 186 Allah swt menjelaskan secara tegas, "Barang siapa yang disesatkan Allah, maka tak adalah petunjuk baginya dan dibiarkan-Nya mereka itu dalam kedurhakaan serta dalam keraguan." Ada anak kepada seorang adik penulis pernah merungut yang dia susah sekali untuk solat disebabkan ada 'suara-suara' gangguan, termasuk suara menempelak dan mencemuh bila dia nak mulakan solat. Penulis nasihatkan dengan pelbagai cara buat melawan gangguan tersebut. Malah sering mengajaknya solat bersama di mesjid tika kedengaran suara azan.

Dia tak sedar - 1 waktu solat yang ditinggalkan, selain daripada jatuh kafir fasiq azab yang bakal dilaluinya di akhirat kelak ialah 6,000 tahun akhirat dibakar dalam neraka Allah swt. Kalau sudah bertahun-tahun tidak solat... inilah yang dikatakan 'kekal dalam neraka jahannam' itu.

That's enough! Definitely, u r my anemy. Ia sejenis manusia yang usahkan nak berguna kepada agama atau negara - untuk diri sendiri pun tidak lepas! Musuh Allah ni, tetap musuhku walau anakku sndri.
Dalam surah At-Taubah: 73 Allah swt menjelaskan; "Hai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang kafir dan orang-orang munafiq dan keraslah terhadap mereka. Dan tempat mereka dalam neraka jahannam. Itulah tempat kembali yang jahat."
Itulah punca mengapa Nabi saw memerangi puak-puak kafir dan munafiq ini. Seterusnya, Allah swt mengingatkan lagi; "Janganlah engkau sembahyang atas seseorang yang telah mati di antara mereka selama-lamanya dan jangan pula engkau berdiri di atas kuburnya (buat ziarah). Sesungguhnya, mereka itu kafir terhadap Allah dan rasul-Nya, dan mereka mati, sedang mereka itu fasiq."  -  At-Taubah: 84


Punya la hina manusia sebegini di sisi Allah swt.

Maka di sisi Allah swt - ya sesuai dengan qudroh dan irodah-Nya belaka, Dia berkuasa menjadikan manusia itu lebih hina daripada binatang babi; contoh hinanya Fir'aun yang ternyata hebat membina Piramid dan Sphinx di Mesir pun dilaknatkan. Qorun yang kaya-raya itu ditenggelamkan sebagai sang kafir. Malah Mao Tze-dong, China komunis yang mengetuai lebih dua bilion umat manusia pun matinya kafir dan bakal kekal di dalam neraka jahannam.

So, apalah sangat 'kamu' cucu Tuk Inson yang tidak pernah ada jasa apa-apa pada Allah swt dan Islam? Then, sebagai ahli maksiat - sesiapa pun 'hilang' apa jua haknya di sisi Allah swt, termasuk hak mengampunkan apa jua dosa org terhadapnya!

Tapi tu la... bila Allah swt '...biarkan dia dalam kedurhakaan serta dalam keraguan' maka dengan muka tidak malu digunakannya nama Allah swt "... atas nama Allah swt mas takkan maafkan pak long dunia akhirat" bila terperasan yang dirinya difitnah, konon!

Keraguan yang bersarang kesan kejahilan.

Sama juga la dengan yang sekor lagi tu... mengata kat dirinya sendiri; bibirnya tebal seakan 'domoi' menatang babi. Badan dah la bulat - tidur siang, bangun jam 3.00ptg dan berjaga malam; bila masanya solat. Jumaat pun lepas...

"Awak ni bukn lh manusia, binatang kut!"



Nota:  Memang bangang  sangat la pi percaya cakap 2, 3 ekor staff yang bermasalah - bermasalah sejak di kedai dekat Pasar Kota lagi di mana musibat 2, 3 ekor tu la memang kaki buat hal. Percaya sangat cakap si dajjal berekor sehingga timbul pelbagai kemelut; mrk yg buat fitnah, reka cerita bg sedap mulut, tapi pak sdra sndri yg dituduh membuat fitnah - mengomel la si tolol dlm grup keluarga, bertele-tele mencerca, menghina, kondem sekehendak hati. Lupa budi baik n lupa yang pak sdra tu seorang penulis tersohor - yg miliki banyak n bermacam2 jenis peluru. Sekali di'temberak'nya peluru tersebut, haa... terus berkelintau mcm org sasau!

Ni bru terserlah skit saja 'belang' pak sdra sbg pejuang tegar - lembut jgn disangka dapat dikunyah, bertolak-ansur, jgn sangka mudah ditolak ke tengah ke tepi. Belum tengok lg jenis direbus tak empuk, didiang tak hangus tu!

Sndri tuduh and then sndri juga yg percaya! Emosional tak menentu sehingga timbul ungkapan ini;
"Awak ni bukn lh manusia, binatang kut!" .

Nampak cerdik, rupa2nya bahlol.
Erm... memang bahlol sungguh pun! Rascal.                                      
Elias Hj Idris
PENCERAHAN MUDAH SKANDAL TENDER 1.4B

Tender rundingan terus boleh diamalkan oleh kerajaan bagi menjaga kepentingan sesuatu perkara yang melibatkan kawalan subsidi & kualiti barangan. Ini termasuklah hal 'baja'
.
Sepatut proses ini dibuat secara tender "rundingan terus" kepada NAFAS bagi membolehkan kualiti material baja dikawal secara tuntas oleh kerajaan bagi meningkatkan hasil para petani.

Apabila dibuat tender terbuka, NAFAS gagal membida pada harga kompetitif berbanding dengan syarikat sdn bhd yang lain berdasarkan beberapa alasan teknikal.

Perlu diingat, NAFAS mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjaga kebajikan staf dan 900,000 lebih ahli mereka. NAFAS terlibat dalam agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera.

Keputusan lembaga mesyuarat telah bersetuju menganugerahkan tender tersebut kepada sebuah syarikat pembida yang berjaya. Namun, dikatakan YBM tidak mahu menandatangani 'surat setuju terima' memandangkan tender tersebut tidak dimenangi oleh NAFAS.

Dikatakan KSU kementerian terbabit telah menasihatkan daripada awal kepada YBM, permasalahan apa yang akan terjadi sekiranya 'tender terbuka' dibuat. Agenda pemerkasaan NAFAS akan terbantut.

YBM berdegil untuk meneruskan tender terbuka tersebut, dengan harapan NAFAS akan berjaya membida harga. Ternyata jangkaan YBM meleset sama sekali.

Kemungkinan KSU dipanggil untuk mengubah keputusan lembaga mesyuarat untuk membatalkan anugerah kepada syarikat yang berjaya tersebut, dan diberikan kepada NAFAS.

Semestinya KSU menolak cadangan ini kerana ia amat menyalahi etika dan integriti penjawat awam. KSU sedar akan risiko² yang bakal dikenakan terhadap beliau.

Pada 25hb November, KSU telah ditukarkan penempatan ke JPA, dengan bahasa mudahnya, 'dibekukan'. Persepsi yang difahami oleh rakyat, KSU tersebut dipindahkan kerana mendapat tekanan politik demi menjaga maruah yang tercalar oleh YBM akibat pendedahan skandal 1.4B ini.

Rumusan, Tindakan YBM yang bersifat populis semata-mata telah memakan diri sendiri dan mengheret NAFAS ke arah ketidakstabilan pentadbiran dan tekanan sandiwara politik Pakatan Harapan. Ia sesuatu yang 'memalukan'.

Pembelaan perlu dibuat ke atas penjawat awam & NAFAS. Campurtangan politik yang melampau dan populis ini memualkan rakyat dengan kerakusan mereka mencapai impian.

Pergerakan Pemuda Umno Negeri Kelantan menyeru SPRM sekali lagi membuka kertas siasatan terhadap isu ini bagi membela penjawat awam yang ditekan sekaligus membersihkan nama NAFAS daripada percaturan politik karut Pakatan Harapan.

Perlu diingat, 'matlamat tidak menghilangkan' cara. Cara yang bijak bisa menghalalkan "matlamat tidak menghalalkan cara. Cara yang bijak bakal menghalalkan matlamat".

Noor Hariri Mohamed Noor
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Kelantan
#SelamatkanPenjawatAwam
#PHKerajaanSeparuhPenggal
#MuafakatNasional
Comments
Write a comment...

Elias Hj Idris

Aspirasi Rakyat

Fahami Isu NAFAS

1. Perkuda NAFAS , ambil langkah populis perkenal 'Open Tender' , konon nak bagi rakan PH lain puji barang kali.
- nampak tak siapa mula khianat. Selama ni memang direct nego pun.

2. Bila kalah 'open tender' sampai NAFAS tak dapat , tiba-tiba tukar jadi direct nego. Teraniaya la pembida tender yang menang tu - dah buat zalim kepada pembida yang menang.

3. Bila dah kantoi pendedahan Wee Ka Siong (MCA) di parlimen.
- Terus main lagu berunsur perkauman , kononnya MCA nak ganggu NAFAS dengan 900 ribu peladang majoriti bumiputera. Hina betul cara bermain politik sebegini.
- Terus mengaku diri pejuang Melayu bumiputera , kemudian tuduh PAS & UMNO yang persoal isu urus tadbir sebagai cara nak zalimi NAFAS dan Peladang yang 900ribu tu.

4. Sekarang dah faham ke belum siapa PENGKHIANAT?

5. Terbaru netizen telah mula buka semula isu tindakan tergesa-gesa pinda undang-undang yang membolehkan 6 orang lantikan politik kroni menteri untuk jadi AJP.
- mengkhianati dan autokrasi atas hak bersuara peladang dengan pindaan tersebut.
- cytro Parti Amanah Negara mula main lagu bahawa wakil BN pun ada sebagai AJP. Kalaupun mereka BN mereka terpilih secara pemilihan sah oleh peladang.
- 6 orang itu masuk secara tidak demokratik melalui lantikan politik oleh menteri dengan pengesahan pindaan undang-undang yang dibuat tergesa-gesa.


6. Sekarang dah nampak tak siapa DUA KALI KHIANAT pada peladang-peladang 900 ribu?
Tiba-tiba mengaku hero peladang pula!

NAFAS UNTUK BELA PELADANG BUMIPUTERA?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Betul dah tindakan beri tender kepada NAFAS. Yang salahnya adalah menzalimi orang yang memenangi tender terbuka. Lebih baik tidak buka tender dari awal. Beri terus kepada NAFAS dari awal. Tak perlu nak malu kalaupun orang kata tak tunai manifesto. Kan kita jenis tahan malu.

2) Bermakna, direct nego yang diamalkan oleh kerajaan BN dahulu tidaklah salah sepenuhnya. Manakala manifesto PH untuk buat open tender konon untuk mengelakkan berlaku rasuah dan penyelewengan, adalah teori yang tidak tepat.

3) Teori dah tak betul. Lepas tu nak praktik juga teori cacat itu. Apabila dah apply, baru nampak kelemahannya. Terus overwrite kepada direct nego semula. Nampak sangat, ini adalah kelemahan kerajaan, terutama Menteri Pertanian.

4) Yang duk kaitkan dengan nasib 900k peladang dalam NAFAS bagai, itu adalah implikasi daripada keputusan kementerian yang tidak masak, tidak ada base yang kuat. Hanya bersandarkan teori "Open Tender Lebih Telus".

5) Sekarang, kerajaan terpaksa menanggung serangan daripada pembangkang. Dari mana pembangkang dapat maklumat? Tentulah daripada pihak yang menang dalam bidaan Open Tender tersebut, tetapi dibatalkan oleh kementerian kerana mahukan NAFAS juga memegang tender.

6) Tak ada siapa pun pertikai keperluan NAFAS mengambil tender tersebut. Tetapi apabila sudah terlajak buat open tender, ia adalah salah kerajaan sendiri. Menteri memang wajib cermin diri.
Sekian