Elias Hj Idris




*MENGENAI USUL MEMINDA AKTA 355 BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH SEDIA ADA*

Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Usul persendirian yang telah dibawa oleh YB Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dibentangkan di Parlimen. Usul yang dibawa ialah bagi meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah sedia ada.

Bagi membetulkan persepsi yang disebarkan oleh beberapa pihak, usul ini sebenarnya bukan bertujuan untuk mewujudkan undang-undang baru sepertimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak selama ini.


*Pindaan terhadap Akta 355 ini, bermatlamat untuk memperkasakan bidang Perundangan Syariah yang sedia ada, kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa dan berakar kukuh kepada sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam Islam.*


Pindaan ini akan meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah Syariah yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan. Kuasa merotan sebanyak maksimum 6 kali sebatan, denda tidak lebih RM 5000 dan penjara tidak lebih dari 3 tahun, antara perkara yang akan disentuh di dalam pindaan yang dibentangkan ini.


Sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Perlembagaan, melalui cadangan pindaan usul persendirian ini hanya terpakai kepada orang-orang Islam di dalam negara ini dan tidak memberi kesan langsung kepada golongan Bukan Islam, selagi hak beragama yang diamalkan bersikap aman dan damai terhadap Islam. Ia juga tidak ada kena mengena dengan Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan yang pernah dicadangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini.
Sebagai menghormati Kedudukan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dan Sumpah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang diwajibkan memelihara Agama Islam pada setiap masa, saya menyeru semua pihak supaya menghormati hak-hak yang telah diiktiraf untuk dilaksanakan serta dijalankan menurut Perlembagaan ini.


*Y.B MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM*
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
27 MEI 2016
0 Responses