Abu Daffa to MUTIARA NASEHAT SALAF
Apakah solat kita sesuai dengan sunnah?
Ingatlah bahwa di akhirat kelak amalan pertama yang akan di hisab adalah shalat.
“Bilamana solat seseorang itu baik maka baik pula amalnya, dan
bila mana solat seseorang itu buruk maka buruk pula amalnya.” (HR.
Ath-Thabarani)
Baiknya solat termasuk dalam tatacara solat sesuai sunnah Rasulullah. Jika tidak sesuai dengan sunnah bagaimana boleh dikatakan baik solat kita itu?
Cara melakukan shalat adalah sebagai berikut:
1) Berniat untuk solat (rukun solat)
Niat adalah maksud hati untuk melakukan sesuatu. Solat tidaklah sah
tanpa niat, dan shalat tidaklah diterima jika niat solat bukan kerana
Allah swt. Nabi shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
“Setiap amal
tergantung pada niatnya” (HR. Bukhari-Muslim).
Para ulama sepakat bahawa niat
adalah amalan hati, sehinggakan niat tidak perlu diucap. Ketika hati
sudah beri'tikad untuk melakukan solat, maka itu sudah niat yang sah. Nabi
shallallahu’alaihi wasallam juga tidak pernah mengajarkan lafaz tertentu
untuk niat solat.
2) Berdiri tegak menghadap kiblat (rukun solat)
Berdiri ketika solat wajib, ia termasuk rukun solat. Di antara dalilnya
adalah sabda Nabi shallallahu’alaihi wasallam:
“Solatlah dengan
berdiri, jika tidak mampu maka duduk, jika tidak mampu maka sambil
berbaring” (HR. Bukhari).
Hadis ini juga menunjukkan boleh solat dalam
keadaan duduk jika tidak mampu berdiri, atau berbaring jika tidak mampu
duduk. Wajib menghadap ke arah kiblat ketika berdiri, kecuali solat di
atas kenderaan. Bagi penduduk Makkah, wajib menghadap ke arah Ka’abah.
Adapun bagi penduduk luar Makkah, cukup mengarah ke arah kota Makkah
tidak harus pas ke Ka’abah. Pandangan mata ketika berdiri, lebih utama
memandang ke arah tempat sujud. Boleh memandang ke depan atau ke bawah,
dan terlarang keras memandang ke atas atau ke samping tanpa ada
keperluan.
3) Melakukan takbiratul ihram (rukun solat)
Caranya ialah dengan mengangkat kedua tangan sambil mengucapkan
“Allahu
akbar” dengan suara yang perlahan sekadar dapat didengar diri sendiri. Tidak sah
solat tanpa takbiratul ihram. Nabi shallallahu’alaihi wasallam
bersabda:
“Jika engkau hendak solat, ambilah wudhu lalu menghadap
kiblat dan bertakbirlah” (HR. Bukhari-Muslim).
Tangan diangkat sampai
setinggi pundak (sebagaimana hadits riwayat Ahmad (sahih)) atau pangkal
telinga (sebagaimana hadis riwayat Muslim.
4) Bersedekap
Setelah takbiratul ihram, tangan bersedekap. Hukumnya sunat. Caranya, iaitu dengan meletakkan tangan kanan berada di atas tangan kiri. Sahl
bin Sa’ad berkata:
“Dahulu orang-orang diperintahkan untuk meletakkan
tangan kanan di atas lengan kirinya ketika solat” (HR. Al Bukhari).
Ada
dua bentuk bersedekap yang boleh dipilih:
i) Al wadh’u
(meletakkan kanan di atas kiri tanpa melingkari atau menggenggam). Letak
tangan kanan ada di tiga tempat: di punggung tangan kiri, di
pergelangan tangan kiri dan di lengan bawah dari tangan kiri. Dalilnya,
hadis dari Wa’il bin Hujr tentang sifat solat Nabi,
“...setelah itu
beliau meletakkan tangan kanannya di atas punggung tangan kiri, atau di
atas pergelangan tangan atau di atas lengan” (HR. Abu Daud, shahih).
ii) Al qabdhu (jari-jari tangan kanan melingkari atau menggenggam tangan
kiri). Dalilnya, hadis dari Wa’il bin Hujr:
“Aku melihat Nabi
shallallahu’alaihi wasallam berdiri dalam solat beliau melingkari
tangan kiri dengan tangan kanannya” (HR. An Nasa-i, shahih). Adapun
mengenai letak sedekap, tidak terdapat hadis yang sahih dari Nabi
shallallahu’alaihi wasallam mengenai hal ini. Sehingga perkaranya
longgar, boleh di dada, boleh di perut atau juga di bawah perut, semua
ini ada contohnya dari salafus shalih.
5) Membaca doa istiftah
Hukum membacanya adalah sunat. Ada beberapa macam jenis doa istiftah
yang dibaca oleh Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam dan sahabatnya,
berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Di antaranya adalah doa:
“Allahumma baa’id bayni wa bayna khothooyaaya, kamaa ba’adta bayna
masyriqi wal maghrib. Allahumma naqqinii khothooyaaya kamaa yunaqqots
tsaubul abyadhu minad danas, Allahummaghsil khothooyaaya bil maa-i wats
tsalji wal barod” (HR.Bukhari-Muslim).
6) Membaca ta’awudz lalu basmalah
Setelah membaca istiftah, lalu membaca ta’awudz. Hukumnya sunat. Ada
beberapa bacaan ta’awudz yang sahih, di antaranya:
“a’uudzubillaahi
minas syaithaanir rajiim” (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf) atau
“a’uudzubillaahis samii’il ‘aliimi minas syaithaanir rajiim” (HR.
Abdurrazaq dalam Al Mushannaf). Ta’awudz dibaca secara sirr (lirih).
Para ulama berbeza pendapat apakah basmalah dibaca secara
jahr (keras)
atau
sirr (lirih). Yang rajih, lebih afdhal membacanya secara
sirr
(lirih), namun boleh sesekali membaca secara
jahr kerana riwayat dari
Abu Hurairah yang menyatakan bahawa beliau mengeraskan basmalah.
7) Membaca Al Fatihah (rukun solat)
Setelah membaca ta’awudz, lalu membaca surat Al Fatehah. Tidak sah
solat tanpa membaca Al Fatehah. Nabi shallallahu’alaihi wasallam
bersabda:
“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Faatihatul
Kitaab” (HR. Bukhari-Muslim).
Namun berbeza bagi makmum, para ulama
berbeza pendapat apakah makmum ikut membaca Al Fatehah ataukah diam
mendengarkan bacaan imam. Yang
rajih, jika makmum mendengar imam sedang
membaca (secara
jahr), maka dia wajib mendengarkan dan diam. Makmum tidak
membaca Al Fatehah ataupun bacaan lain. Jika makmum tidak mendengarkan
imam membaca (kerana dibaca secara
sirr), maka dia wajib membaca Al
Fatehah. Inilah pendapat jumhur ulama. Setelah membaca Al Fatehah,
disunnahkan mengucapkan “aamiin” dengan
jahr (keras).
“Aamiin” ertinya
“ya Allah kabulkanlah”.
8) Membaca surat dari Al Qur’an
Kemudian disunatkan membaca surat dari Al Qur’an (selain Al Fatehah)
yang dihafal, dengan
jahr (keras) di solat
jahriyyah (maghrib, isya’
dan subuh).
9) Rukuk
Dengan mengucapkan
“Allahu
Akbar” sambil mengangkat kedua tangan, sama seperti cara takbiratul
ihram, kemudian membongkokkan badan sehingga punggung dan kepala dalam
keadaan lurus, telapak tangan menggenggam lutut dengan jari-jari
direnggangkan. Dari Abu Humaid As Sa’idi mengatakan:
“Nabi
shallallahu’alaihi wasallam jika rukuk, beliau meletakkan kedua
tangannya pada lututnya, dan meluruskan punggungnya” (HR. Al Bukhari).
Ketika rukuk membaca doa:
“Subhaana rabbiyal ‘azhiim” (HR. Al Bukhari)
sebanyak 3x atau lebih.
10) I’tidal (bangun dari rukuk)
Bangun dari rukuk hingga berdiri tegak sambil mengucapkan:
“Sami’allahu
liman hamidah”, bagi imam atau orang yang solat sendiri. Bagi makmum
membaca:
“Rabbanaa walakal hamdu”. Sambil mengangkat kedua tangan
seperti cara mengangkat tangan ketika takbir.
11) Melakukan sujud pertama
Daripada kedudukan berdiri setelah i’tidal, turun untuk bersujud sambil
mengucapkan
“Allahu Akbar”. Para ulama berbeza pendapat apakah lebih
dahulu tangan ataukah lutut ketika turun. Yang rajih, wallahu a’lam sebagaimana riwayat dari Ibnu Umar:
“...bahwasanya ia turun sujud dengan
kedua tangannya sebelum lututnya” (HR. Al Bukhari secara mu’allaq, Abu
Daud).
Cara sujud adalah dengan menempelkan 7 anggota badan. Sebagaimana
sabda Nabi shallallahu’alaihi wasallam:
“Aku diperintahkan untuk sujud
dengan 7 anggota badan:
jidat (sambil menunjukkan kepada hidungnya), 2
tangan, 2 lutut, dan jari-jari kedua kaki” (HR. Bukhari-Muslim).
Hadis
ini menunjukkan bahawa hidung juga termasuk yang wajib ditempelkan.
Kemudian kedua tangan sejajar dengan pundaknya atau pangkal telinganya,
dengan jari-jari dalam keadaan rapat dan menghadap kiblat. Lengan dibuka
dan tidak menempel dengan badan.
“Nabi shallallahu’alaihi wasallam
jika solat (sujud) beliau merenggangkan kedua tangannya hingga terlihat
putihnya ketiak beliau” (HR. Bukhari-Muslim).
Namun ini dilakukan
semampunya tanpa mengganggu orang yang solat di sebelahnya. Ketika
sujud membaca doa:
“Subhaana rabbiyal a’laa” sebanyak 3 kali atau lebih.
Dianjurkan memperbanyak doa ketika sujud, kerana seorang hamba paling
dekat dengan Rabb-nya adalah ketika sujud.
12) Duduk di antara 2 sujud
Bangun dari sujud sambil mengucapkan
“Allahu akbar” tanpa mengangkat
tangan, kemudian duduk
iftirasy. Duduk
iftirasy adalah duduk dengan cara
menegakkan telapak kaki kanan dan posisi jari-jarinya menghadap kiblat.
Sedangkan kaki kiri dalam keadaan tidur dan diduduki oleh pantat. Kedua
tangan diletakkan di atas paha, jari-jari menghadap ke kiblat. Ketika
duduk, mengucapkan doa:
“Rabbighfirlii” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, An
Nasa-i. shahih).
13) Melakukan sujud kedua
Dari
posisi duduk, turun untuk sujud sambil mengucapkan
“Allahu Akbar”,
kemudian sujud dengan tata cara sujud yang sama seperti sujud pertama.
14) Melakukan duduk istirahat dan bangun menuju rakaat kedua
Dari posisi sujud, bangkit tanpa bertakbir, untuk duduk sejenak dengan
posisi duduk
iftirasy. Lalu bangun untuk berdiri menuju rakaat yang
kedua sambil mengucapkan
“Allahu Akbar” dan mengangkat kedua tangan
seperti cara mengangkat tangan pada takbiratul ihram. Takbir ini
dinamakan takbir
intiqal.
Intiqal ertinya berpindah, kerana takbir ini
dilakukan ketika berpindah dari satu rukun menuju ke rukun berikutnya.
15) Melakukan tata cara yang sama seperti rakaat pertama
Setelah melakukan takbir
intiqal, berdiri secara sempurna dan
bersedekap sebagaimana pada rakaat pertama. Kemudian seterusnya
melakukan hal yang sama seperti pada rakaat pertama. Perbezaan hanya
terletak pada beberapa hal;
Pada rakaat kedua dan seterusnya,
tidak disyariatkan membaca doa istiftah. Sebagaimana namanya, istiftah ertinya ‘membuka’, hanya disyariatkan pada rakaat pertama. Maka, setelah
takbir intiqal, langsung membaca basmalah dan seterusnya. Pada solat
yang jumlah rakaatnya lebih dari dua, maka rakaat ketiga atau rakaat
keempat, bacaan Al Fatihah dan bacaan surat tidak dikeraskan. Pada rakaat
kedua, pada solat yang rakaatnya lebih dari dua, setelah bangun dari
sujud yang kedua, tidak melakukan duduk istirahat melainkan duduk
tasyahud awal dan melakukan tasyahud awal. Pada rakaat terakhir,
berapa pun jumlah rakaatnya, setelah bangun dari sujud yang kedua, tidak
melakukan duduk istirahat melainkan duduk tasyahud akhir dan melakukan
tasyahud akhir.
16) Cara duduk tasyahud awal
Duduk dengan posisi duduk iftirasy, kemudian mengangkat jari telunjuk
kanan hingga lurus ke arah kiblat. Sambil membaca doa:
“At taahiyaatu
lillah was sholawaatu wat thoyyibaatu, as salaamu ‘alaika ayyuhannabiyyu
warohmatulloohi wabarokaatuh, assalaamu ‘alaina wa’alaa ibaadillaahis
shoolihiin, asyhadu allaa ilaaha illallooh wa asyhadu anna
muhammadarrosuulullooh” (HR. Bukhari-Muslim).
Dan ada beberapa bacaan
doa tasyahud lainnya yang sahih dari Nabi shallallahu’alaihi wasallam.
Dianjurkan untuk membaca shalawat saat tasyahud awal. Setelah tasyahud
awal, berdiri menuju rakaat ketiga sebagaimana telah dijelaskan.
17) Cara duduk tasyahud akhir
Para ulama berbeza pendapat mengenai posisi duduk tasyahud akhir,
sebahagian ulama menyatakan bahawa posisinya
tawarruk, iaitu duduk dengan
cara menegakkan telapak kaki kanan dan posisi jari-jarinya menghadap
kiblat. Sedangkan telapak kaki kiri berada di depan kaki kanan dan
bokong menyentuh lantai. Sebahagian ulama menyatakan, untuk solat yang
dua rakaat, maka duduk tasyahud akhir dengan posisi iftirasy. Namun
dalam masalah ini, perkaranya longgar. Kemudian mengangkat jari telunjuk
kanan hingga lurus ke arah kiblat. Sambil membaca doa tasyahud
sebagaimana pada tasyahud awal, lalu diwajibkan untuk membaca salawat:
“Alloohumma sholli ‘alaa Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad, kamaa
shollaita ‘alaa Ibroohiim, wa ‘alaa aali Ibroohiim, innaka
hamiidummajiid” (HR. Bukhori-Muslim). Terdapat juga lafaz lain yang
sahih dari Nabi shallallahu’alaihi wasallam.
18) Berdoa sebelum salam
Dianjurkan membaca doa sebelum salam. Iaitu doa:
“Allohumma inni
a’udzubika min ‘adzaabi jahannam, wa min ‘adzaabil qobri, wa min
fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnati masiihid dajjaal” (HR.
Muslim). Kemudian dianjurkan membaca doa apa saja yang diinginkan.
19) Salam
Dengan mengucapkan
“Assalamu’alaikum warahmatullah” sambil menoleh ke
kanan hingga pipi kanan terlihat dari belakang. Dan mengucapkan
“Assalamu’alaikum warahmatullah” sambil menoleh ke kiri hingga pipi kiri
terlihat dari belakang. Dan tidak terdapat hadis sahih mengenai
mengusap wajah setelah salam, sehingga hal ini tidak perlu dilakukan.
Semoga Allah Ta’ala memberikan taufiq kepada kita semua dan menerima
amal ibadah yang kita lakukan.
Wabillahi at taufiq was-sadaad.