Elias Hj Idris

Aiman Dhuha


"Telinga berdering (berdesing) adalah panggilan baginda Nabi Muhammad SAW."

Bayak orang bertanya, kenapa terkadang telinga kedengaran seperti bersuara "nging"?
 

Apakah sebabnya? 
Terjadinya perkara tersebut adalah kerana ada yang mengatakan ia tidak berpedoman, bertahayyul dan sangkaan buruk terhadap hal itu?

Sesungguhnya suara "nging" dalam telinga, itu adalah kerana Baginda Sayyidina Rasulullah SAW sedang menyebutkan bahawa orang yang telinganya bersuara "nging" di dalam perkumpulan yang tertinggi (Malail A'laa) dan supaya ia menjadi ingat kepada Baginda Sayyidina Rasulullah SAW dan seterusnya membaca selawat kepada Baginda saw.

Hal ini berdasarkan keterangan dari kitab ("Azizi 'Alal Jamiush Shagir")

"Jika telinga salah seorang daripada kalian bedengung (nging) maka hendaklah dia mengingati aku (Sayyidina Rasulullah SAW) dan membaca selawat kepadaku, serta mengucapkan "DzakaraLlahu man dzakaronii bikhair,"  yang maksudnya:

"Allah Subhanahu WaTa'ala akan mengingatkan, mereka yang mengingatiku dengan kebaikan."

Imam Nawawi berkata:
"Sesungguhnya telinga itu berdengung hanya ketika datang berita baik kepada Roh. Bahawa Sayyidina Rasulullah telah menyebutkan orang (pemilik telinga yang berdengung "nging") tersebut dengan kebaikan di 'Al Mala'Al A'la (majlis tertinggi) di alam roh."

Kitab "Azizi 'Alal Jamiush Shagir" oleh Imam Ali Bun Muhammad al-Azizi;
"Sampaikanlah pada orang lain, maka ini akan menjadi 'sedekah jariah' pada setiap orang.
Dan kemudian apabila dia mengamalkannya, maka kamu juga turut mendapatkan pahala sampai hari kiamat."


Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yg menyampaikan satu (1) ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikannya sudah tiada (meninggal dunia) namun dia akan tetap memperolehi pahala.

Amiin..ya Rabbal 'alamin....
1 Response
  1. Arwah ibu dlu pun sllu komplen telinganya berdesing... Kini kita pula yg mengalaminya. Kadang2 irritating jg, rimas pun ada.
    Untungnya, kita akan sering tersedar drp kealpaan... ragam dunia sekeliling.