Elias Hj Idris
Ramai orang yang menuduh sesat fahaman wahdatul-wujud ini kerana kejahilan mereka dalam menyatakan bahawa, wahdatul-wujud menafikan ithnaniyat al-wujud (dua jenis kewujudan, iaitu kewujudan Allah s.w.t. yang qadim dan kewujudan makhluk yang bersifat baharu).

Sebenarnya, wahdatul-wujud menurut kaum sufi tidak pernah menafikan dua jenis kewujudan, iaitu: wujud qadim (kewujudan Allah s.w.t.) dan wujud baharu, iaitu kewujudan makhluk [al-mumkinat]. Namun, wahdatul-wujud menegaskan bahawa, kewujudan makhluk yang baharu itu merupakan kesan yang terzahir daripada kewujudan Allah s.w.t. kerana wujud makhluk bukanlah dengan diri mereka dan bukan juga dari diri mereka sendiri. Namun, wujud makhluk yang terbatas dan baharu bukanlah wujud Allah s.w.t. yang qadim, cuma kewujudan mereka daripada kewujudan dan penciptaanNya. Kewujudan makhluk tidak mutlak, tidak mustaqil (terasing) dan makhluk tidak berdiri dengan diri mereka sendiri, sebaliknya bersandar kepada kekuasaan Allah s.w.t..

Hal ini samalah seperti kekuasaan makhluk, di mana kekuasaan makhluk yang terbatas daripada kekuasaan Allah s.w.t. juga, tetapi kekuasaan makhluk bukanlah seperti kekuasaan Allah s.w.t.. Begitulah sifat-sifat yang lain.

Dua jenis kewujudan tidak pernah menafikan bahawa, wujud yang baharu itu pada hakikatnya daripada wujud Allah s.w.t. yang qadim, tetapi bukanlah wujud yang baharu itu, adalah wujud yang qadim secara zatnya. Kalau bukan daripada Allah s.w.t., maka daripada siapa pula wujud yang baharu itu? Mustahil daripada zat-zat makhluk itu sendiri kerana makhluk-makhluk tidak berdiri dengan diri mereka sendiri.

Sesiapa yang tidak memahami perincian dalam masalah ini, pasti tidak dapat membezakan secara jelas, antara wahdatul-wujud yang batil, dengan kefahaman para sufi yang menafikan wujud hakiki terhadap selain Allah s.w.t. yang turut diberi nama sebagai wahdatul-wujud.

Para ulama' Al-Asya'irah yang menyerang para sufi yang dikatakan sebagai pembawa wahdatul-wujud seperti Ibn Arabi dan sebagainya, menyamakan wahdatul-wujud golongan sufi yang sebenarnya suatu ungkapan terhadap wahdatus-syuhud semata-mata, dengan wahdatul-wujud falsafiyah yang dipelopori oleh ahli falsafah Yunani, padahal jika sesiapa yang mengambil mafhum sebenar tentang ungkapan-ungkapan para sufi berkenaan wahdatul-wujud daripada perkataan para sufi tersebut daripada para sufi juga, pasti memahami perbezaannya.

Asas pada penyaksian kepada wahidiyatul-wujud bermula setelah seseorang itu menghayati tauhidul af'aal (iaitu semua perbuatan daripada perbuatan Allah s.w.t.) yang mana, hanya Allah s.w.t. yang Maha Esa dalam perbuatan-perbuatanNya, dan dalam memberi pengaruh kepada sekalian makhluk. (Inilah lingkungan ilmu tasauf yang saling melengkapi ilmu fiqh dan tauhid)


 
Persoalan:

Ada yang kata wahdatul-wujud ini sesat; ada yang kata tidak. Kalau benar ulama tersohor Al-Fansuri dan Ar-Raniri mengamal fahaman wahdatul-wujud, siapalah kita untuk mengatakan wahdatul-wujud sesat?

Jawapan;

Kefahaman yang sebenar tentang wahdatul-wujud menurut kaum sufi yang benar adalah suatu kefahaman yang murni dan bertepatan dengan aqidah Islam iaitu, melihat seluruh wujud makhluk tidak wujud dengan diri mereka sendiri, tetapi wujud dengan Allah s.w.t. (dengan bantuan dan kekuasaanNya).

Adapun orang-orang yang jahil yang cuba menyesatkan kaum sufi dalam masalah ini, sebenarnya tidak memahami wahdatul-wujud dengan maknanya yang sebenar menurut fahaman kaum sufi berkenaan.

Begitu juga, golongan orang yang sesat dalam fahaman wahdatul-wujud dengan mendakwa ketuhanan diri, mendakwa hulul dan ittihad, merupakan golongan yang tertolak di sisi kaum sufi itu. Kefahaman mereka bukanlah kefahaman kaum sufi terhadap wahdatul-wujud kerana kaum sufi memahami wahdatul-wujud dengan maksud wahdatus-syuhud, bukan dengan maksud hulul (Tuhan menempati makhluk) dan ittihad (Tuhan bergabung dengan makhluk).

Golongan yang sesat ini juga akhirnya mendakwa sudah sampai kepada Allah s.w.t. dan mencapai darjat makrifat, lalu mendakwa bahawa dirinya sebagai tuhan, kerana tuhan wujud dalam setiap makhluk. Hasil daripada dakwaan itu, mereka mendakwa diri mereka tidak perlu melakukan syariat dan ketaatan kerana mereka adalah tuhan, atau tuhan sudah wujud dalam diri mereka. Ini suatu kesesatan yang nyata, yang diengkari sendiri oleh para sufi yang benar.

Para ulama' sufi seperti Imam Ibn 'Arabi r.a., Imam Abdul Karim Al-Jili r.a., Sheikh Ibn Al-Faridhi r.a., Sheikh Ali ibn Wafa dan sebagainya, berlepas tangan daripada fahaman sesat ini, bahkan turut membantah kesesatan ini secara keras.

Imam Ibn 'Arabi berkata dalam Al-Futuhat pada bab Al-Isra':

"Sesiapa yang mendakwa akan hulul, bererti dia telah sesat. Ini kerana, orang yang berkata tentang hulul itu berpenyakit yang tidak dapat diubati. Sesiapa yang membezakan antara di antara diri kamu dengan diriNya, maka kamu telah menetapkan dirimu dan diriNya. Tidakkah kamu mendengar sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi: "Maka Aku jadi pendengarannya yang Dia mendengar dengannya". Dia menetapkan dirimu dengan menunjukkan dirimu dalam hadith tersebut. Sesiapa yang mendakwa ittihad merupakan orang yang athies, seperti yang mendakwa hulul juga, merupakan orang yang jahil dan melampau. Ini kerana dia menisbahkan hal yang mustahil. Sesiapa yang membezakan dirinya dengan Allah s.w.t., maka dialah yang benar."

Malangnya ada pihak yang menuduh Imam Ibn A`rabi ini sesat dan kafir kerana tidak meletakkan makna wahdatul wujud itu kena pada juzuknya mengikut pandangan Ibn Arabi itu sendiri dan ahli sufi yang benar. Semua pendapat itu adalah rekaan, pengeliruan yang sesat dan tidak benar dari segi maknanya, rendah dari segi nilai falsafahnya, dan begitu asing dari suasana keIslaman, yang menggambarkan dari segi makna dan bentuknya hanya sengaja direka-reka..

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali r.a. sendiri berbicara tentang maksud wahdatul-wujud ini menjelaskan;

"Setiap makhluk tiada berdiri dengan dirinya sendiri. Ia berdiri dengan selainnya (iaitu berdiri dengan kekuasaan Allah s.w.t.). Ia (makhluk) tersebut dari sudut dirinya sendiri adalah batil. Ini kerana, hakikatnya (hakikat makhluk) itu, dengan selainnya (iaitu dengan hakikat Allah s.w.t.), bukan dengan dirinya sendiri. Oleh yang demikian, tiada yang hak (benar) pada hakikatnya melainkan Allah s.w.t. yang Maha Hidup lagi Maha Mentadbir, yang tiada menyerupai sesuatu. Dialah yang berdiri dengan diriNya sendiri, sedangkan selain daripadaNya, berdiri dengan kekuasaanNya. Maka, Dialah Al-Haq dan selain daripadaNya adalah batil (pada hakikatnya)."
Imam Al-Ghazali r.a. berkata lagi tentang penyaksian wahdatul-wujud dalam pandangan para sufi (Al-Ihya' tajuk As-Syauq):

"Sesiapa yang kuat pandangan mata hatinya, maka keadaannya akan menjadi seimbang, di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah s.w.t.. Dia tidak lagi mengenal selain daripada Allah s.w.t. (tidak fokus kepada yang lain-ini hal fana'). Maka, ketika itu dia mengetahui (bukan dengan pengetahuan akal semata-mata, tapi dengan penghayatan) bahawa tiada yang wujud kecuali Allah s.w.t.. (Dia mengetahui) perbuatan dirinya merupakan kesan daripada kekuasanNya, yang mana ianya wujud daripadaNya. Maka, tiada wujud bagi perbuatan-perbuatannya kalau tanpaNya. Sesungguhnya wujud itu milik Allah s.w.t. semata-mata, yang mana denganNyalah, sekalian makhluk itu wujud. Sesiapa yang dalam keadaan ini, tidak akan melihat satupun perbuatan, melainkan dia melihat Pembuatnya yang hakiki (iaitu Allah s.w.t.)…"

Inilah kefahaman para penghulu sufi dan ahli tasawwuf yang benar, berkenaan dengan wahdatul-wujud. Siapakah yang berasakan dirinya lebih berilmu daripada Hujjatul-Islam Imam Al-Ghazali r.a. takkala berani menyesatkan kaum sufi hanya kerana tidak memahami maknanya dengan makna yang benar?


Maksud dari kata "Aku adalah Allah"

"Aku adalah Allah" jelas bagi sesiapa yang telah mengenali Allah dengan sebenar-benarnya, meyakini ketuhanan Allah, menyedari sebenar-benarnya maksud penghambaan terhadap Allah dan merasai ketuhanan Allah dalam diri dan kehidupan dirinya berada dalam tadbir dan takdir Allah.

Bersih di dalam dirinya daripada  segala fitnah dunia, jelas pada akalnya kejadian alam dan kewujudan dirinya dan berusaha mencari Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu menyampaikan kepada manusia sesuai dengan kadar kefahamannya".

Daripada hadith ini kita dapati, di mana antara manhaj dakwah Rasulullah s.a.w. adalah dengan memerhatikan kepada siapakah Baginda s.a.w. ingin berinteraksi dan Baginda s.a.w. akan berinteraksi kepadanya sesuai dengan kadar akal dan kefahamannya. Jadi, kepada Rasulullah s.a.w. kita jadikan contoh dalam menyampaikan dakwah.

Dalam ilmu tasawwuf ini, ada tiga jenis perbahasan;

i) Asas-asas mengenal ilmu tasawwuf.

Ia berkaitan dengan asas-asas pengenalan terhadap ilmu tasawwuf, maka ia merupakan suatu perbahasan dalam rangka memperkenalkan kepada orang tentang apa itu tasawwuf, kedudukan tasawwuf dalam Islam, sejarah perkembangan tasawwuf dan sebagainya. Ia juga dikenali sebagai Pengantar ilmu Tasawwuf. Ia perlu disebarkan secara umum kerana masyarakat Islam seluruhnya perlu mengetahui hakikat sebenar ilmu Tasawwuf Islami agar mereka tidak terkeliru dengan dakyah musuh-musuh Islam yang cuba menjatuhkan ilmu Tasawwuf Islami.

ii) Tasawwuf praktikal, atau amali.

Perbahasan kedua pula adalah ilmu berkaitan dengan ilmu-ilmu praktikal dalam tasawwuf seperti perbahasan tentang taubat, zuhud, ahwal, maqam dan sebagainya. Ia juga perlu diajarkan kepada umum sesuai dengan kefahaman orang yang sedang kita berbicara dengannya. Ia perlu disampaikan kepada umum kerana ia perlu diamalkan oleh seluruh umat Islam, terutama bagi mereka yang sudah mempunyai mursyid yang membimbing dalam perjalanan menuju Allah s.w.t..

iii) Ilmu-ilmu zauqi (yang dirasai oleh hati yang sudah mencapai muamalah dengan Allah s.w.t.)

 Perbahasan ini ialah tentang zauq (perasaan-perasaan hati) yang merupakan natijah daripada seseorang yang sedang berjalan menuju Allah s.w.t. mahupun seseorang yang sudah sampai kepada perjalanan pada kebersamaan Allah s.w.t.. Maka, ia kalaupun dibincangkan kepada orang yang tidak sampai tahapnya, tanpa sebarang tujuan ilmiah atau tanpa sebarang kemaslahatan, maka ia boleh menyebabkan orang tersebut terfitnah samada kerana salah faham terhadap apa yang cuba disampaikan lalu sesat ataupun dia terus mendustainya sama sekali.

Adapun masalah wahdatul-wujud, istilahnya sendiri bukanlah daripada kaum sufi, tetapi daripada kaum pengkritik golongan sufi yang tidak faham ungkapan-ungkapan zauqi Sheikhul Akbar Ibn Arabi dan sebagainya. Namun, penghayatan daripada ungkapan zauqi Sheikhul Akbar Ibn Arabi dan para wali Allah yang lain, maka itu juga termasuk dalam perbahasan jenis ketiga itu, yang mana sangat sedikit manfaatnya untuk dibincangkan kepada mereka yang bukan ahlinya. Keadaan ini sama sepertimana seorang guru matematik yang mengajar kanak-kanak di tadika tentang ilmu algebra. Memang benar, algebra adalah sebahagian daripada ilmu matematik, tetapi ia satu cabang ilmu yang tinggi jika dibandingkan dengan tahap kanak-kanak tadika tersebut.

Apa yang paling penting, zauq (rasa) tersebut sebenarnya asasnya pada ilmu sifat 20. Ia merupakan terjemahan sifat 20 ke dalam kehidupan melalui proses zikir dan mujahadah. Apa yang penting adalah seseorang mendalami ilmu aqidah Islam, lalu mengambil mursyid yang kamil untuk membimbingnya menuju Allah dan insya Allah, Allah s.w.t akan membantunya untuk sampai kepadaNya.
57 Responses
  1. edino Says:

    Assalamualaikum,pendapatan tuan itu benar.itu ilmu hakikat,orang awam xkan smpai akal utk memahaminya jika tanpa mujahadah n syuhud,perlu faham sifat 20 dulu n blajar sgl yg fardhu ain,bguru yg mursyid. Rahsia hakikat x dbenarkan dbuka pd umum hnya utk ahli shj krn ia akan mnjadi fitnah dan boleh dhukum mengikut syariat. Zahir itu nmpak(luar)sdgkn hakikat itu isi yg ddlm. t,kasih


  2. fuad Says:

    Ini bukan masalah tidak dibenarkan dibuka pada umum... tetapi orang awam telah salah anggap tentang wahdatul wujud dengan mengatakan bahawa ianya adalah sesat. Pemahaman ini bukan sahaja terjadi pada orang awam, tetapi juga telah disesatkan oleh fatwa JAKIM sendiri.

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 April 2000 telah membincangkan Wahdatul Wujud. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam.

    Bersetuju dengan Fatwa rasmi Negeri Johor yang telah diputuskan pada tahun 1948 oleh S.S. Syed Alawi Tahir Al-Hadad seperti berikut:

    " Mengikut pendapat ijma ulama' fahaman Wahdatul Wujud adalah kufur. Sesiapa yang mempercayai dan mengamalkannya adalah murtad. Jika pengamal fahaman tersebut mempunyai isteri, isterinya tertalak dan anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal"

    Ini adalah penilaian yang salah dengan hanya mengambil satu pandangan sahaja, tanpa merujuk kepada pendapat orang lain atau mendengar sendiri penerangan daripada orang yang mengamalkannya seperti tok guru pondok.


  3. kamarzaman Says:

    Manusia adalah alam shagir bagi alam yang besar (alam kabir) & juga contoh mendekatkan faham bagi ketuhanan.
    Kita ambil 2 orang lalu kita masukkan kedalam kotak fikiran kita. Kita namakannya si A dan si B. Kita jadikan diri kita si A lalu kita pukul si B. Apakah perbezaan diantara si A dan si B? Tidakkah si A itu kita dan si B itu bukan kita walaupun di dalam kotak fikiran yg sama.
    Sekarang kita andaikan bahawa si A dan si B berada dlm ilmullah. Siapakah si A dan apakah perbezaannya dgn si B?
    Wahdatulwujud bukanlah sesuatu yg berkenaan dgn makhluk tetapi Tuhan itu sendiri. Makrifah bukanlah sesuatu yg boleh dituntut tetapi pautan dgn org makrifah(buhul tali Allah) adalah wajib. Wahyu (anbiya) dan ladunni(awliya) adalah dtg dari Allah kpd hamba-hamba pilihannya.
    Renung-renungkanlah si A dan si B yg ada di dlm kotak fikiran diatas untk mendekatkan faham.


  4. Anonymous Says:

    Lebih baik tak perlu belajar fahaman ini kerana boleh mengelirukan dan boleh cenderung jadi sesat.


  5. Anonymous Says:

    Yang Nak Kenal , Yang Nak Di Kenal, Yang Nak Mengharamkan dan Yang Tidak Mahu Mengharamkan tidak lain dari Dia juga.


  6. Anonymous Says:

    hahahaa....


  7. Anonymous Says:

    diorang ambik paham secara zahirnya saja..


  8. Unknown Says:

    Bagaimanakah Rasulallah naik berjumpa ALLAH tanpa wahdatul wujud?
    Dimanakah kenyataan Tuhan yang "laisakamislihishaiunwahuwasssamiunbasir" tanpa wahdatulwujud?
    Bagaimanakah kita berurusan dgn Tuhan tanpa wahdatulwujud?
    Bagaimanakah orang ma'rifah mengenal Tuhan tanpa wahdatulwujud?
    Barangsiapa yg menolak wahdatulwujud, sesungguhnya dia telah menolak Isra' dan mi'raj Rasulallah.
    Wahdatulwujud hanyalah ada pada pengetahuan Anbiya dan awliya. Tauhid tidak akan terpakai tanpa ma'rifah (mengenal)
    Kalau awak fikir tentang babi, awak takkan jadi babi. Walau babi ada dlm kepala awak, awak tetap bukan babi.Semua perkara ada dalam ilmu ALLAH. Takkan ALLAH kesemua perkara tersebut? Namun siapa boleh menghalang jika Tuhan nak jadi salah satu dari benda-benda yg ada di dlm ilmunya. Contohnya manusia. Kan manusia Khalifah pengganti. Bukan semua, hanya Anbiya dan Awliya.


  9. Anonymous Says:

    Mustahil bg Tuhan menjadi sesuatu atau merupai sesuatu ~ hulul. Dia wujud tanpa ruang dan masa, tanpa juzuk dan had ~ tanpa pergantungan. Taaluq Sifat Allah hanya atas makhluk, sedang Allah tetap qadim - kekal.


  10. Anonymous Says:

    ALIM, ILMU MAKLUM... Dari sudut Mutlak-Nya, Dia Allah itu ngak bisa diketahui, melaenkan kita hanya mengatakan Dia cuma "Ada/Wujud" semata. Namun bermula dasarnya Khaliq dan Makhlok itu di Alam Kesatuan (Wahdatul Wujud) didalam Ilmu Allah yg Maha Qadim itu jua. Diibaratkan sebutir Noktah, dimana didalamnya terpendamnya ungkapan hakeqat "Alim-Ilmu-Maklom..."

    TANZIH DAN TASYBIH-NYA ALLAH... Dari wajah Tanzih-Nya (Kemahasucian) Allah, Maha Suci Dia dari dikafiatkan ato diserupakan dgn Alam. Tetapi dari wajah Tasybih-Nya (Pendzahiran Alam) Dia mentajallikan Diri-Nya dlm Alam, karna Alam bergantong pada-NYa. Karna pergantongan inilah Insan Rahsia Allah itu mula bisa merasa dan menghampiri-Nya lalu mengenali-Nya. Bukankah Dia lebeh hampir dari Urat Semereh kamu...???

    Kata Sufi Agong Syeikhul Akhbar Ibnul Arabi, ngak ada konsep Hulul dsbnya itu kalo mengikut teori beliau. Ibarat besi yg dilebor, Si-Sufi cuma melihat merasakan Hakeqat Api. Apabila api reda Si-Sufi sedar dia cuma Hakeqat Besi itu jua.. Katanya matalamat akhir "Perjalanan Mistik" Para Sufi itu cuma menimbulkan kesedaran akan "Kesatuan Azali" itu jua. Ungkapan ini ngak bisa ditadbirkan secara nalar akal, koq akan ramei orang yg sesat melarat. Maka mahulah kita jadi "Orang Mistik" itu dulu... .....Allahu'alam Wasalamu.....


  11. Unknown Says:

    well jgn bilang berfaham wahdatul wujud sesat/kafir, dll.

    walisongo ajah ga berani bilang syekh siti jenar sesat(itu wali loh) apalagi yg msh merasa d bawah tingkatan walisongo

    yang bilang sesat cuma masyarakat yang ga mengerti apa yg di sampaikan syekh siti jenar

    sebnarnya manusia makhluk yg lebih baik dari makhluk lain dan bisa lbh menganal tuhan drpda makhluk lain

    well, wali/rosul bukan hanya ber SQ tinggi saya yakin mereka pintar, ber IQ tinggi
    mereka sadar mengenal tuhan dalam tahap lebih baik ga bsa di dalam msh merasakan batasan (ruang/waktu)

    karena tuhan tidak memiliki batasan, tidak ada batas
    dan memang kenyataanya tidak ada batas antara tuhan dgn makhluk

    para wali/rosul mereka ingin mengenal tuhan lebih baik dengan jalan berusaha merasakan meniadakan batasan tersebut

    "kosong adalah isi, isi adalah kosong"
    kata tersebut d dalam ajaran budha menurut saya berusaha bahwa meniadakan batasan, tetapi karena kita adalah makhluk kita ga akan lepas mutlak dari rasa merasakan adanya sutu batasan (ruang dan waktu)

    "segala sesuatu yang bapak punya adalah aku punya"
    " segala miliku adalah milikmu dan milikmu adalah milikku"

    -Kata-kata ini bagi org kristen berpendapat bahwa yg segala dimiliki tuhan, yesus juga punya, dan mengapa menganggap yesus itu tuhan

    padahal nabi isa memiliki ilmu wahdatul wujud juga, berusaha meniadakan adanya batasan, tapi org yang ga ngerti yah berfikirnya lain, dan malah menuhankan dia

    nabi muhamad,, juga pernah berkata
    "aku adalah ahmad tnpa mim"

    well, jadi jangan heran mereka bisa sakti", karena mereka bisa menganal dan merasakan tuhan lebih baik dari kebanyakan orang

    terima ga terima saya sudah berusaha menyamapikan, tidak ada paksaan









  12. Alhamdulillah... sudah banyak yg memahami. Sila diperluaskan bidang capaiannya lagi.


  13. Unknown Says:

    ya, elias sekarang sudah banyak yang memahami bahwa betapa kufurnya perkataan wahdatul wujud tersebut. tugas anda di blog hanya ingin menutupi kerusakan dari aqidah wahdatul wujud, dan menafsirkannya dengan tafsiran-tafsiran dari anda sendiri dengan menyembunyikan fakta dari aqidah itu sendiri,. apalah arti seorang fansuri dan raniri kalau seandainya mereka jauh dari al-qur'an dan sunnah, soal, siapa yang menjadi sandaran anda mereka atau al-qur'an dan sunnah. jelaskan satu dalil dalam alqur'an atau sunnah yang menyebutkan paham itu, apakah ibn arabi lebih paham syari'at daripada sahabat abu bakar, umar, utsman, dan ali. sesuatu yang buruk harus dikatakan buruk, tidak boleh menyembunyikan keburukan, apabila belum tahu, pelajari islam lebih dalam, banyak baca buku, perbandingan, jangan sampai menyepelekan syari'at,. syari'at ini tetap akan ada yang membela sepanjang masa.


  14. Anonymous Says:

    ya, elias sekarang sudah banyak yang memahami bahwa betapa kufurnya perkataan wahdatul wujud tersebut. tugas anda di blog hanya ingin menutupi kerusakan dari aqidah wahdatul wujud, dan menafsirkannya dengan tafsiran-tafsiran dari anda sendiri dengan menyembunyikan fakta dari aqidah itu sendiri,. apalah arti seorang fansuri dan raniri kalau seandainya mereka jauh dari al-qur'an dan sunnah, soal, siapa yang menjadi sandaran anda mereka atau al-qur'an dan sunnah. jelaskan satu dalil dalam alqur'an atau sunnah yang menyebutkan paham itu, apakah ibn arabi lebih paham syari'at daripada sahabat abu bakar, umar, utsman, dan ali. sesuatu yang buruk harus dikatakan buruk, tidak boleh menyembunyikan keburukan, apabila belum tahu, pelajari islam lebih dalam, banyak baca buku, perbandingan, jangan sampai menyepelekan syari'at,. syari'at ini tetap akan ada yang membela sepanjang masa.


  15. Anonymous Says:

    ya, elias sekarang sudah banyak yang memahami bahwa betapa kufurnya perkataan wahdatul wujud tersebut. tugas anda di blog hanya ingin menutupi kerusakan dari aqidah wahdatul wujud, dan menafsirkannya dengan tafsiran-tafsiran dari anda sendiri dengan menyembunyikan fakta dari aqidah itu sendiri,. apalah arti seorang fansuri dan raniri kalau seandainya mereka jauh dari al-qur'an dan sunnah, soal, siapa yang menjadi sandaran anda mereka atau al-qur'an dan sunnah. jelaskan satu dalil dalam alqur'an atau sunnah yang menyebutkan paham itu, apakah ibn arabi lebih paham syari'at daripada sahabat abu bakar, umar, utsman, dan ali. sesuatu yang buruk harus dikatakan buruk, tidak boleh menyembunyikan keburukan, apabila belum tahu, pelajari islam lebih dalam, banyak baca buku, perbandingan, jangan sampai menyepelekan syari'at,. syari'at ini tetap akan ada yang membela sepanjang masa.


  16. Unknown Says:

    ya, elias sekarang sudah banyak yang memahami bahwa betapa kufurnya perkataan wahdatul wujud tersebut. tugas anda di blog hanya ingin menutupi kerusakan dari aqidah wahdatul wujud, dan menafsirkannya dengan tafsiran-tafsiran dari anda sendiri dengan menyembunyikan fakta dari aqidah itu sendiri,. apalah arti seorang fansuri dan raniri kalau seandainya mereka jauh dari al-qur'an dan sunnah, soal, siapa yang menjadi sandaran anda mereka atau al-qur'an dan sunnah. jelaskan satu dalil dalam alqur'an atau sunnah yang menyebutkan paham itu, apakah ibn arabi lebih paham syari'at daripada sahabat abu bakar, umar, utsman, dan ali. sesuatu yang buruk harus dikatakan buruk, tidak boleh menyembunyikan keburukan, apabila belum tahu, pelajari islam lebih dalam, banyak baca buku, perbandingan, jangan sampai menyepelekan syari'at,. syari'at ini tetap akan ada yang membela sepanjang masa.


  17. Muhammad Hanif, sape yg ajar kamu nak cari ilmu agama dgn membaca buku?


  18. Anonymous Says:

    Assalamualaikum. Saudara Elias, penjelasan saudara itu dah betul dan tepat berkaitan salah faham wahdatul wujud. Tapi hanya mrk yg ahli shj yg akan faham. Ya memang benar ramai yg menyatakan ilmu hakikat dan makrifat itu sesat sbb kejahilan mereka yg bukan ahli. Selain itu, gelaran sesat ini juga timbul akibat kejahilan ahli sendiri yg bila sampai satu tahap mengaku dirinya Allah dan tdk perlu lg menjalankan syariat Allah. Ini terjadi kerana dia menyatakan dirinya sudah bersatu dgn Allah dan yg berkata2 itu bukan dirinya tetapi Allah melalui dirinya yg zahir. Perlu diingat Allah tdk bersatu dgn makhluk tetapi Allah dan makhluk tdk pernah bercerai. Penerangan/penjelasan guru2 hakikat dan makrifat yg kurang jelas juga kadang2 membuatkan anak murid tersilap faham. Nak bertanya takut diherdik sang guru maka akhirnya duduklah si murid dgn pemahamannya sendiri. Jadi kpd sesiapa yg menuduh sesat sesuatu fahaman itu, belajar dan fahami dulu Sifat 20. Jika masih belum kuasai Sifat 20 maka tak perlulah menuduh sesat. Adapun fatwa sesat kpd sesuatu fahaman itu adalah bertujuan utk mengelakkan org ramai menjadi sesat kerana ilmu hakikat dan makrifat tdk akan difahami oleh mereka yg tdk dipilih Allah. Kerana yg nak bg faham itu hanya Allah. Maaf jika ada yg tersilap. Apapun yg baik dan buruk itu semuanya dari Allah.


  19. Anonymous Says:

    Syariat tanpa hakikat KOSONG......... Hakikat tanpa syariat BATAL....


  20. Black Ops Says:

    DOKTRIN WAHDATULWUJUD / KESATUAN WUJUD... @ "Jelaskan satu dalil dlm AlQuran atau Sunnah Nabi yg menyebut fahaman WahdatulWujud itu"...

    Bermula kalimah "BISMILLAH..." itulah dalil pertama dan utama yg boleh menjurus kepada fahaman WahdatulWujud dlm AlQuran itu. Oleh kerana corak penerangannya berbeza2, maka timbul kekeliruan dlm kefahamannya. Bukti luarannya carikan dulu "Quran Yg Berjalan" dan Sunnah Nabi yg jadi ikutan dan berkekalan itu. Itulah salah satu antara dalil2 permulaan pengertian awalan WahdatulWujud itu.. Wallahu'alam...


  21. Anonymous Says:

    DOKTRIN WAHDATULWUJUD (KEESAAN WUJUD)....

    (1) DALIL ALQURAN : Rasulullah SAW telah jalani Alam Pertapaan diGua Hiraq, Jabal Nur, selama 44 hari. Maka Wahyu Pertama yg turun adalah Surah Al'Alaq (Segumpal Darah) : "IkraqBismiRabb..." Bermula dari kalimah "Bismi" itulah yg menguasainya, namun terpendem tersembunyi ia dlm huruf "BA". Dari kebesaran huruf "BA" itu pula ternyata kalimah "Bismillahirrohmannirrohim". Hari2 setiap Muslim baca ucap kalimah "Bismillah.." tetapi itu apa yg tersurat...

    (2) DALIL SUNNAH NABI : Selaen Sunnah Nabi jalani Alam Pertapaan diGua Hiraq Jabal Nur, ada terdengar dikhabarkan satu riwayat. Tatakala ada masa2nya Nabi Muhammad SAW ditanya oleh para sahabat akan perkara2 dan soklan2 yg berat2. Baginda hanya ambil sebatang ranting. Lalu dilukis atas padang pasir satu bentuk bulat. Diakhiri dgn satu Titik Noktah ditengah2 bulatan tersebut, terpendam satu lambang tersembunyi yg amat tersirat..

    Maka dua (2) dari dalil AlQuran dan Sunnah Nabi SAW itu, tersembunyi klu2 Kata-Kunci ato Kod Pembuka bagi menjurus kepada permulaan pengertian WahdatulWujud (Keesaan Wujud). Koq dari situ Ahlul Hakeqat, para Ariffbillah, para Sufi menyelami apa makna2 lambang2 yg tersembunyi tersirat. Jauhari jua yg bisa ngerti nilainya Manikam. Mereka orang seni utk Allah, membawa manusia mendekatkan dirinya dgn Khaliqnya. Manusia ngak bisa jadi Tohan, comaan menyedarkan semula kesatuan sejak azali itu yg telah dilopai...

    Sebenernya "seluruh Kitab AlQuran" dan "seluruh jiwa ragawi Rasulullah SAW" itu, itulah bukti2 serta dalil2nya WahdatulWujud (Keesaan Wujud).... Wallahu'alem.....


  22. Black Ops Says:

    DOKTRIN WAHDATULWUJUD (KEESAAN WUJUD)
    MENURUT FAHAMAN SYEIKHUL AKHBAR IBNUL 'ARABI

    Menurut Ibnul 'Arabi "Wujud" itu hanya satu sahaja. Sebab itu doktrin beliau terkenal dgn gelaran "WAHDATULWUJUD (KEESAAN WUJUD)". Wujud Yg Hakiki (sebenar) itu ialah Allah SWT (Allahuwa AlWujud AlHaqq). Wujud Mutlak atau pun digelar Wujud Semesta (AlWujud AlKulli) itu adalah satu Realility atau Hakikat yg menjadi sumber bagi semua yg wujud (yg ada) itu. Dari Wujud itulah yg terbitnya segala yg berwujud (Maujud). Wujud Mutlak itulah asal dan sumber segala yg Maujud itu.

    "Mutlak" yg dimaksodkan disini ialah dlm pengertian :
    (1) Wujud yg tidak terhad kepada bentuk tertentu, tetapi ada dlm semua bentuk.
    (2) Bukan terkandung dlm semua bentuk, tetapi melampaui semua bentuk.
    (3) Wujud yg bebas merdeka sendirinya dan tidak bergantong kepada apa jua.
    (4) Kadang2 dikaitkan dgn "Haqiqatul Haqaiq" (Hakikat bagi segala Hakikat).

    Wujud Mutlak itu juga disebut Al'Ama (yg gelap) karna tiada siapa yg bisa tahu akan Hakikat Wujud Yg Mutlak itu. Wujud Mutlak itu juga digelar AlNuqtah (Titik atau Noktah) karna Allah atau Wujud itu diibaratkan sebagei Noktah. Dari Noktah itu timbul garisan, huruf2, perkataan2 dan ayat2. Garisan, huruf2, perkataan2 dan ayat2 itu ibarat makhlok sekelian. Wujud Mutlak itu juga digelar Markaz AlDa'ra (pusat bulatan). Satu ibaratnya ialah garis keliling bulatan itu diibaratkan sebagei Insan sekelian. Jari2 bulatan keliling bulatan itu diibaratkan sebagei jalan (tareqat) menuju Allah, dan Noktah itu diibaratkan sebagei Wujud Mutlak itu. Bukankah semua Insan dan Makhlok sekelian datang dari Allah, makanya akan kembali kepada Allah.... Sumber segala sesuatu itu ialah Wujud Mutlak dan Hakiki itu. Wujud Mutlak itu dlm pengertian satu Hakikat atau Wujud yg adanya disamakan dgn Zat-Nya (Maujudun Bi Wujudin Huwa 'Aynuhu) - Wujud yg adanya pasti atau wajib (Wajibul Wujudi LiZatihi).

    Sesuatu itu dikatakan wujud jika terzahir dlm sesuatu peringkat (awalim/maratib) wujud. Ada 4 maratib wujud. Sesuatu itu dikatakan wujud jika ia berada dlm satu, atau lebeh, atau semua peringkat tersebut. Jika tidak termasuk dlm peringkat tersebut, makanya itu bererti ianya tidak wujud.
    (1) Wujud sesuatu dlm alam nyata.
    (2) Wujud sesuatu dlm ilmu.
    (3) Wujud sesuatu dlm perkataan.
    (4) Wujud sesuatu dlm tulisan.

    Menurut Ibnul 'Arabi hanya ada dua (2) perkara terlintas dlm fikiran kita iaitu (PERTAMA) "Wajibul Wujud" (Yg Pasti Ada) yaitu Allah sendirinya. (KEDUA) dan satu lagi " 'Adum" (Tidak wujud). Bagi Ibnul 'Arabi tidak ada istilah "Mumkinul Wujud" (wujud yg mungkin), iaitu adanya dan tidak adanya adalah mungkin saja. Dlm Doktrin Ibnul 'Arabi tidak ada tempat bagi "Mumkinul Wujud", meski pun "Ayan AlThabitah" (perkara yg terpendem dlm Ilmu Allah) itu sebagei Mumkinul Wujud. Pada Hakikatnya "Ayan AlThabitah" itu adalah Wajibul-Wujud, dlm pengertian 'Ayan2 yg terpendem itu mesti dizahirkan. (1) Ahli Falsafah menggelar 'Ayan itu sebagei "Wajib AlWujudi BilGhayr" (wujudnya jadi wajib oleh yg laen). (2) Ahli Makrifah (Orang2 'Ariff) menganggap " 'Ayan AlThabitah" itu sebagei "Wajibul Wujud" juga, karna ianya terpendem dlm Ilmu Allah dan mesti dizahirkan. Oleh itu pada hakikatnya, ianya adalah "Wajibul Wujud" juga. Inilah apa yg dipandang dirasa oleh Para 'Ariffbillah....

    .................

    (Sedikit ringkasan terjemahan - Bapak Abdul Majid Khatib...)


  23. Anonymous Says:

    Salam ,
    ADA adalah ADA ,
    ADA bukan tiada
    ADA tak bercampur tiada
    SELAIN ADA TIADA.


  24. Penulisan yang sangat menarik.
    Saya menghayati satu persatu isi yang ingin disampaikan@dijelaskan.
    Terima kasih.


  25. Anonymous Says:

    kita mencari allah atau allah yang memanggil kita..


  26. Abu Says:

    Semua yg datang bukan dari Quran, Sunnah dan kaedah pemahaman keduanye sebagaimana sahabat Rasul faham adalah BATIL.


  27. Anonymous Says:

    Jangan melampaui Rassullullah dalam setiap pemikiran maupun perbuatan..sekiranya tersesat kembalilah pada Al-Quran dan Sunnah...soal tidak solat bila telah tahu bagai kononnya adalah terang terang melampaui batas dan terang2 kufur sebab sabda Rassullullah di antara wasiat terakhir baginda ialah: berpesan jangan sesakali tinggalkan solat. Tasauf ini ada banyak jalannya, Yahudi, buddha, hindu juga punya tasaufnya masing2..so berhati2lah memilih jalan


  28. ALLAH terlebih dahulu mencintai kita dari kita mencintai kita.Ketaatan itu dari ALLAH jua.Hidayat dari ALLAH jua


  29. Unknown Says:

    bila dah meninggal nanti ada ke di Tanya soalan wahdatul wujud?....oleh para malaikat.


  30. Unknown Says:

    bila dah meninggal nanti ada ke di Tanya soalan wahdatul wujud?....oleh para malaikat.


  31. sonner Says:


    Fahaman yg bole mnyesatkn..pikir yg berat2.. for wat?xprlu semua ni..wat je ap yg nabi suh dan larang..mudah.


  32. Manisnya gula bila boleh dirasai...
    Pahitnya petawali bila boleh dirasai
    Pedasnya lada bila boleh dirasai
    Rasa bila dirasai
    Bila xrasa apa2 orang akan kata macam2..hanya hati yang melalui merasai jalan ini.


  33. Anonymous Says:

    Begitu mudah manusia terkena talbis iblis. Segala ajaran selepas Rasulullah perlu ditimbang dengan neraca AQ dan As-Sunnah. Jelas terang hadis Rasulullah bahawa baginda meninggalkan AQ dan As-Sunnah yang mana manusia takkan tersesat andai berpegang kuat dengan keduanya. Banyakkan belajar mengenai ulumul AQ dan ulumul hadis bagi mengetahui maksud sebenar segala kandungan AQ dan As-Sunnah, bukannya melalui tafsiran batil melalui pemikiran sendiri. Di situ kita akan mencapai segala kebenaran dan hakikat ajaran tulen dan murni yang dibawakan Rasulullah. Bukannya hanya banyak belajar falsafah yang hanya memeningkan diri sendiri.


  34. Unknown Says:

    ajaran wahdatul wujud itu benar klo d diskusikan sesama ahli dg kata lain ilmu setingkat.... tetapi klo di sampaikan pada orang awam d takutkan menjadi sesat......


  35. Unknown Says:

    d ibaratkan siswa yg belum tahu apa-apa sudah d kasih ilmu tingkat tinggi, padahal dlm mencari ilmu ada tingkatanx..... wassalam...


  36. Unknown Says:

    ilmu semacam itu tidak pernah d ajarkan melalui lisan maupun tulisan, ilmu itu harus d pelajari dari dasar (syariat).


  37. Unknown Says:

    Secara mudah..tanpa menyebut fahaman mana, kebanyakan aliran sufi berakhir tidak ada selain allah.tiada manusia, tidak ada surga,neraka,malaikat,tiada alquran dan tiada apa pun selain dia.

    Apa benar sahabat ku para sufi sakalian?

    Sahabat ku jangan lah bersandar akal dan ilham atau yang kamu katakan wahyu.


  38. Unknown Says:

    Bila difikir mengunakan akal memang nampak benar, tampa sahabat sakailan sedari penolakan alquran sudah bukan islam.sahabat sudah ada dalam agama yang baru bukan? Hentikan akal mu pada ke esaan tuhan, dan percaya lah wujudnya mahluk, jangan difikir bagaimana tuhan menjadikan mahluk.angap ia kuasa mutlak allah kerana dia tuhan..


  39. Unknown Says:

    Sahabat sufi ku sakalian, letakkan lah tiada apa pun selain pada allah pada kalimat lailahhaillallah, dan wujud mahluk sewujudwujudnya pada kalimah muhammadarrasulullah malaikat saitan surga neraka yg gaip yg nyata ,alquran itu wujud sahabat ku sufi sakalian. Maaf jika menyingung sahbat sufi sakaliam, angap s@ja saya manusia yg belum sampai. Tapi fikirkan lah kemana saya yg tidak sampai ini pergi setelah mati sahabat sufi ku sakalian


  40. Unknown Says:

    Sahabat sufi ku sakalian, letakkan lah tiada apa pun selain pada allah pada kalimat lailahhaillallah, dan wujud mahluk sewujudwujudnya pada kalimah muhammadarrasulullah malaikat saitan surga neraka yg gaip yg nyata ,alquran itu wujud sahabat ku sufi sakalian. Maaf jika menyingung sahbat sufi sakaliam, angap s@ja saya manusia yg belum sampai. Tapi fikirkan lah kemana saya yg tidak sampai ini pergi setelah mati sahabat sufi ku sakalian


  41. Anonymous Says:

    Tuan Elias, adakah benar fahaman wahdatul wujud itu, kalau dapat diringkaskan adalah fahaman bahawa hakikat wujud makhluk (alam ini dan segala isinya termasuk ruang dan waktu) ialah daripada KESELURUHAN/SEMUA zat Allah?


  42. Anonymous Says:

    gkgkgkgkgkgkgkgkgkgk :v


  43. Alhamdulillah,
    Assalamu'alaykum,
    Hanya insan yang diberi kefahaman tentang Allah oleh Allah yang merasai dan memahami nikmat memahami Allah, Allahu'alam.
    Wasalam.


  44. Anonymous Says:

    hendak bercakap pastikan tahu apa bidang ilmu yang dibincang. kalau tidak pernah mengkaji baik jangan komen. aku ini orang yang bodoh. aku ingin belajar. dalam belajar aku menerima. selepas terima aku mengaji dan mengkaji. yang baik aku ambil, yang buruk aku ambil pengajaran. ilmu Allah itu luas. sayang kalau ilmu Allah itu diterhadkan oleh akal yang dangkal.


  45. Unknown Says:

    Iktikad perlu dijaga.


  46. Unknown Says:

    Iktikad sebagai ahli sunnah wal jamaah. Tu yg paling penting. Baru nmpk Allah taala tu.


  47. Unknown Says:

    Askm
    Ilmu mcm ni kena mngalami pembukaan makrifat ilmu yg ada dlm tareqat dan tasauf,hanya org yg mngalami saja rasa,jd org lain mmg susah nak faham walau ilmu agama mereka tinggi..

    Wujud makhluk adalah wujud bayang2,
    Harus hukum wujud,tidak kekal,..
    Sdgkn wujud Allah adalah qidam,baqa'

    Perlunya kembali kpd sifat 20,sifat 20 terpakai utk ilmu syariat,tareqat,hakikat..sifat 20 telah menjawab 72 golongan yg terpesong dari ASWJ..

    wallahu alam


  48. Unknown Says:

    Hukum Allah mnjadikan Alam(selain diriNya) adalah Harus,
    Hukum Allah Wujud adalah Wajib,seperti dlm Sifat 20 ,yg pertama Wajibul Wujud..


    Maaf ckp,ramai ustaz zmn ni kurang ilmu tauhid,..mungkin sbb pelajaran d universiti lebih pentingkn Feqah..

    Wallahu alam


  49. Unknown Says:

    Hukum Allah mnjadikan Alam(selain diriNya) adalah Harus,
    Hukum Allah Wujud adalah Wajib,seperti dlm Sifat 20 ,yg pertama Wajibul Wujud..


    Maaf ckp,ramai ustaz zmn ni kurang ilmu tauhid,..mungkin sbb pelajaran d universiti lebih pentingkn Feqah..

    Wallahu alam


  50. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1037653686293358&substory_index=0&id=133270150065054
    Buku ini memperjelaskan hakikat Wahdatul Wujud sebagai inti agama dalam kalangan ahlillah ASWJ


  51. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1038855246173202&id=133270150065054
    Buku yang membersihkan salah faham dan kekeliruan mengenai konsep Wahdatul Wujud


  52. Anonymous Says:

    Nabi ibrahim as sudah cari tuhan hingga semua benda yg hebat kat alam ni sudah dikaji dan difikirkannya adakah itu tuhan...akhirnya dia tidak temui apa lagi benda yg paling hebat kat alam ini utk dijadikan tuhan utk dipercayainya...lalu dia terfikir satu benda kat alam ini yg belum difikirkan olehnya...iaitu dirinya sendiri...lalu dihadapkan dirinya itu kpd wajahnya sendiri...maka bermula era agama yang hanif...iaitu agama yg benar...sekadar mencuba2


  53. Unknown Says:

    Bila yang menganut faham wihdatul wujud itu sudah mengenal "haqiqat" sehingga tidak lagi memerlukan shalat, maka inilah "talbisul Iblis".
    Faham inilah yang sesat. Rasulullah Saw shalat sampai kaki pecah-pecah. Rasulullah SAW berperang sampai berdarah-darah. Ibadah itu dilakukan fisik bukan khayalan jiwa atas nama haqiqat-makrifat.

    Kembalilah ke jalan yang benar wahai saudaraku.


  54. Unknown Says:

    Bila yang menganut faham wihdatul wujud itu sudah mengenal "haqiqat" sehingga tidak lagi memerlukan shalat, maka inilah "talbisul Iblis".
    Faham inilah yang sesat. Rasulullah Saw shalat sampai kaki pecah-pecah. Rasulullah SAW berperang sampai berdarah-darah. Ibadah itu dilakukan fisik bukan khayalan jiwa atas nama haqiqat-makrifat.

    Kembalilah ke jalan yang benar wahai saudaraku.


  55. Unknown Says:

    Itu bukan dalil. Itu permainan logika.
    Islam itu tidak dengan logika yang dicari-cari.

    Rasulullah SAW dan para sahabat maqomnya lebih tinggi daripada mereka yang mengaku "wihdatul wujud", tapi mereka tetap beribadah secara fisik, berjalan dengan kaki berdarah-darah dalam peperangan, tidak mengandalkan karamah. Sementara orang yang berpaham "wihdatul wujud" bersandar pada khayalan iblis. Memiliki karamah berhaji tanpa perjalanan badan/fisik. Shalat tanpa gerakan fisik. Na'udzu billah.
    Bila paham wihdatul wujud ini merasa paling baik daripada Rasulullah SAW dan Sahabat-sahabat, maka inilah kesesatan yang nyata.

    Kalau Rasulullah SAW mengajarkan wihdatul wujud, tentu Rasulullah SAW dan sahabat tidak perlu berperang, tidak perlu berhijrah, cukup menunjuk saja musuh-musuh islam itu langsung Mati, cukup memerintahkan malaikat untuk menangani musuh2. Seperti kisah-kisah kehebatan syekh Siti jenar.

    Kembalilah ke jalan yang benar, bertobatlah saudaraku...


  56. Unknown Says:



    Rasulullah SAW dan para sahabat maqomnya lebih tinggi daripada mereka yang mengaku "wihdatul wujud", tapi mereka tetap beribadah secara fisik, berjalan dengan kaki berdarah-darah dalam peperangan, tidak mengandalkan karamah. Sementara orang yang berpaham "wihdatul wujud" bersandar pada khayalan iblis. Memiliki karamah berhaji tanpa perjalanan badan/fisik. Shalat tanpa gerakan fisik. Na'udzu billah.
    Bila paham wihdatul wujud ini merasa paling baik daripada Rasulullah SAW dan Sahabat-sahabat, maka inilah kesesatan yang nyata.

    Kalau Rasulullah SAW mengajarkan wihdatul wujud, tentu Rasulullah SAW dan sahabat tidak perlu berperang, tidak perlu berhijrah, cukup menunjuk saja musuh-musuh islam itu langsung Mati, cukup memerintahkan malaikat untuk menangani musuh2. Seperti kisah-kisah kehebatan syekh Siti jenar, kisah wali-wali thoriqot atau Sufi.

    Kembalilah ke jalan yang benar, bertobatlah saudaraku...



  57. Anonymous Says:

    ingin mengenal Allah...bacalah Al quran... baca kalam Allah...