Elias Hj Idris
Manusia diciptakan dari Nabi Allah Adam a.s. dan Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah. Hanya Adam a.s dijadikan daripada hakikat tanah manakala manusia dijadikan daripada air mani yang terpancar daripada dua tulang sulbi manusia.

Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74;

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan roh (ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir"

Didalam Surah At-Thariq : 5-7;

"Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (ke dalam rahim). Yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan"

Nabi bersabda;

"Semua kamu berasal dari Nabi Adam dan Adam dijadikan daripada tanah."

Menurut riwayat, ketika Allah swt menitahkan kepada malaikat Jibril a.s supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk mencipta Adam a.s, bumi tidak membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail pula turun ke bumi bagi mendapatkan tanah sebagaimana malaikat Jibril. Jawapan bumi tetap sama sebagaimana Jibril lalu Allah memerintahkan pula kepada malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang sama.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah berfirman;

"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah swt.

Lalu Allah swt berfirman lagi;

"Ya Izrail, pertama engkau yang Kutugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail berasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Allah berfirman lagi;

"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."


Jenis-jenis tanah yang digunakan dalam penciptaan Nabi Adam a.s

Menurut riwayat tanah yang diambil dan digunakan untuk menjadikan Adam a.s mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk menjadikan Adam a.s itu ialah sebagaimana berikut;
-  tanah tapak Baitul Maqdis;

-  tanah dari Bukit Tursina;

-  tanah Iraq;

-  tanah Aden;

-  tanah Al-Kautsar;

-  tanah tapak Baitullah;

-  tanah Paris;

-  tanah Khurasan;

Babylon

-  tanah (Babylon);

-  tanah India;

-  tanah syurga;

-  tanah Tha'if;

Menurut Ibnu Abbas;

Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.

Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

Dahinya dari tanah Iraq kerana di situ tempat sujud kepala.

Mukanya dari tanah Aden kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar di mana tempat menarik perhatian.

Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.

Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

Perutnya dari tanah Babylon . Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu-daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadat, bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.


Proses kejadiannya;

Ketika Allah jadikan Adam, tanah-tanah tersebut dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran ke dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah.

Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" . Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam a.s masih berada di syurga, ter sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Apabila Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah; di kepala ialah dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Di bawah ialah sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Pada tubuh itu juga dijadikan lima buah pancaindera;

-  Mata alat penglihatan

-  Hidung alat penciuman

-  Telinga alat pendengaran

-  Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.

-  Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke bawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya ke kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dirinya. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat yang mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia terbersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan 'Alhamdulillah'. Itulah ucapan Adam a.s yang pertama kalinya ke hadrat Allah swt. Allah pun berfirman, 'Yarhamukallah' yang membawa erti 'semoga engkau diberi rahmat Allah'. Oleh itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat kita mengucapkan 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya disunatkan mengucap 'Yarhamukallah'. Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja dia mahu bangun. Padahal bahagian bawah badannya itu masih tanah dan keras.

Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Seketika itu Adam a.s terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian baginda diarak oleh para malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga sebagai tempat mula-mula Adam a.s. tinggal.

Siti Hawa telah dijadikan oleh Allah swt dari tulang rusuk kiri nabi Adam ketika berada di dalam syurga. Ketika mereka makan buah larangan atas pujukan iblis maka tertanggallah pakaian mereka dan akhirnya diturunkan oleh Allah swt ke bumi. Menurut riwayat Nabi Adam a.s turun di India. Namun mengikut sesetengah riwayat di Mekah dan terpisah dengan Siti Hawa. Akhirnya mereka bertemu di Padang Arafah, di atas bukit 'Jabal Rahmah' - di 'Padang Perkenalan'.

Umur Nabi Adam a.s menurut satu riwayat adalah 930 tahun dan mengikut riwayat yang lain 934 tahun. Ketinggiannya adalah 60 hasta dan ukuran tapak kaki Adam a.s sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir ialah 11 jengkal. Siti Hawa telah melahirkan anak sebanyak 40 kali dan setiap kali beranak ia kembar lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian mengikut syariat yang ada pada waktu itu maka dibenarkan berkahwin adik-beradik, tetapi dengan syarat bukan dengan kembar yang lahir sekali - sama-sama.

Disusun Oleh: Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah
(Unit Penerangan dan Penerbitan) JAIS.
16 Responses
  1. entry yg sgt menarik ..menambah ilmu pengetahuan. Perkongsian yg sgt baik.


  2. Anonymous Says:

    Sudah kehendak Allah mencipta Adam dan Hawa untuk ditempatkan ke dunia dan adalah rahsia Allah iblis tidak tunduk kepada Adam. Jikalah iblis mengetahui bahawa jasad Adam itu mengandungi Ruh (jiwa kecil dari Allah) sejarah dunia tidak akan berlaku. Allah mencipta tanpa sia-sia akan segala ciptaan-Nya termasuk Iblis. Menghina iblis adalah menghina ciptaan dan penciptaan Allah .... MrDn


  3. Anonymous Says:

    Asal usul kejadian Lembaga Adam,
    ditempa dari 7 kepal Tanah Mekah.
    Asal usul kejadian anak cucu Adam,
    Bani Adam dari Di, Wadi, Mani, Manikam....


  4. Anonymous Says:

    KEJADIAN SITI HAWA... Apakah bener kejadian Siti Hawa itu diciptakan dari tulang rusuk kiri Adam..?? Kalo begitu koq udah luak sebilah tulang rusuk kiri Adam. Sedangkan cermin Adam itulah kita Manusia ngak kira Pria ato Wanita dibilang Bani Adam. Dari sudut anatomy tulang rusuk Pria dan Wanita sama jumlahnya, setiap jantina ada 24 bilah tulang rusuk kiri dan kanan.. Maka dibilang Siti Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam yg bengkok itu, koq ada makna dan lambang2 yg tersirat...


  5. Anonymous Says:

    KEHIDUPAN ADAM DAN HAWA DALAM SYURGA... Maka hiduplah Adam dan Hawa dlm Syurga, tetapi kedua mereka diberi peringatan jangan sekali2 dihampiri Pohon Larangan. Maka Iblis menjelma dlm ular lalu menyusup masuk dlm Syurga menggoda Adam dan Hawa. Akhirnya keduanya terhasut tergoda hingga termakan Buah Larangan. Lantas Adam dan Hawa dihukum keluar dari Syurga, turun dicampak kedunia. Dimanakah Adam dan Hawa tercampak..?? Antara Adam dan Hawa siapakah lebeh dahulu diturunkan kedunia..??

    Maka ada pendapat mengatakan Adam dicampak keIndia. Maka koq dari sini ujudnya bangsa Tahi Adam. Ada pendapat lain mengatakan Adam tercampak kePulau Serindit, itulah Ceylon ato Sri Langka. Maka diatas sebuah bukit disitu dipercayai bermulanya Adam menjijakkan kakinya pertama kali kebumi. Maka dinamakan ia "Adam's Peak". Atas tanda hurmat pada Adam, maka terdirilah pelbagei rumah ibadat dari pelbagei agama, dari pelbagei bangsa keturunan dan rumpun anak cucu Adam... Dimanakah pula tempatnya Hawa turun dicampak kedunia...???


  6. Anonymous Says:

    KEHIDUPAN ADAM & HAWA DIBUMI... Adam tercampak kedunia dibumi pada malam Jumaat nan gelap gelita. Setelah Adam tersedar malam hari sudah balam2 cahaya berembang menandakan sudah dekat masuk waktu subuh. Lalu diwahyukan kepada Adam supaya segera mandi tobat cuci diri dan mengambil air wudhuk untuk mendirikan Solat Subuh. Maka dari peristiwa ini, maka dianggap Hari Jummat hari Ke6 itu dibangsakan hari bagi Nabi Adam AS. Begitu juga Solat Suboh 2 Rakaat dibangsakan Solat bagi Nabi Adam AS. Maka Nabi Adam AS mendirikan Solat Suboh 2 Rakaat kerana kesalahannya termakan Buah Larangan...

    Sebelum bersolat mengapa Nabi Adam AS diwajibkan mengambil Air Wudhuk..?? (PERTAMA) Basuh muka sebab mata Adam terpandang keelokan Buah Larangan. (KEDUA) Basuh kedua tangan hingga kepergelangan siku sebab tangan Adam telah memegang Buah Larangan. (KETIGA) Basuh ubun2 sebab akal Adam dilupakan Iblis hanya ingat Buah Larangan. (KEEMPAT) Basuh kedua telinga sebab Adam mendengar hasutan bisikan Iblis makan Buah Larangan. (KELIMA) Basuh kedua kaki hingga buku lali kerana kaki Adam melangkah menghampiri Pohon Larangan...

    Maka kita Manusia sebagei anak cucu Adam, yaitu Bani Adam mahu tidak mahu tetap mewarisi fitrah lakuan hidup Adam ketika dibumi. Melaenkan jika ada orang yg mengaku kejadiannya dari Tahi Adam. Ato yg mengaku kejadiannya dari Ape / Mawas sebageimana Theory Charles Darwin yg menyesatkan Ummat Islam. Ato jika ada orang yg mengaku dia berasal dari keturunan Muntah Lembu, dsbnya. Karna warisan pusaka peninggalan Tok Adam sebagei Bapak Manusia Pertama itulah dinamakan "Kadim Idhofi Zamani"...

    Bageimanakah pula kisahnya pasangan dan isteri tercinta Nabi Adam AS, yaitu Siti Hawa? Setelah terhukum terpaksa berpisah, kebumi manakah Opah Manusia yaitu Siti Hawa tercempak...??? Allahulam....

    (Sedikit kutipan & editan dari Kitab Mengenal Ruh - Syeikh Thaleb Naem As-Saufi, Kg Kucai)


  7. Anonymous Says:

    ASAL-USUL KEJADIAN MANUSIA... Asal-Usul kejadian Nabi Adam AS, Siti Hawa dan keturunannya Bani Adam ada dibayangkan dlm Al-Quran, secara ajaib sekali. Apakah bener setelah Adam terkeluar dari Syurga, pertama2 kali Adam menjijakkan kakinya kebumi dikhabarkan tercampak dipuncak Bukit Serindit..?? Lantas Anak Cucu Adam meyakini hingga dibilangkan disitulah "Adam's Peak"...

    Atas kepercayaan ini, maka Anak Cucu Adam yg telah berkembang berbagei bangsa dan rumpun, serta menganuti berbagei2 Agama, telah mendirikan Rumah2 Ibadat masing2 dikawasan puncak bukit tersebut, sebagei tanda menghurmati Adam Bapak Pertama bagi Manusia... Apakah kesah Adam dan Hawa itu berupa satu mitos ato ada makna2 dan lambang2 yg tersembunyi..?? Maka terpulanglah pada keariffan masing2 utk memahaminya...

    Namun sejarah awal penciptaan Lembaga Adam dan kewujudan Siti Hawa semuanya bermula berkisar diMekah. Makanya sejarah mereka juga berakhirnya dikawasan Mekah. Maka bermulalah sejarah kezahiran beberapa pasangan2 Anak Cucu Adam dikawasan Bumi Arab Mekah. Karna "Titik Kaabah" diMekah itulah "Pusat Bumi" bermula tersiratnya sejarah... Wallahu'alam....


  8. Asu Says:

    Saya percaya Islam agama yang benar.Sebenarnya setiap manusia sedar bahawa Tuhan ada.Ketika kita menderita atau hampir mati secara tak sedar kita memohon pertolongan pada yang Esa.
    Biarlah...agama mereka dengan agama mereka, kita dengan agama kita. Saya percaya hanya Allah SWT sahaja,dan Muhammad SAW pesuruhNya. Hanya Allah SWT sahaja maha Adil.
    Saya setuju bahawa Islam bermula ketika Nabi Adam A. S. Cuma istilah perkataan masa tu bukan perkataan 'Islam'. Bahasa dunia cuma wujud lepas peristiwa Babil. Saya rasa bahasa Aram mungkin dekat dengan bahasa Adam A.S.
    Penyembahan banyak tuhan dan berhala dan lain-lain memang wujud ketika generasi 3 Nabi Seth lagi. Dan juga pada ketika Islam masih dikenali dengan nama Zalasthura(agama langit)pun sudah ada agama berasaskan penyembahan patung berhala. Walaupun masa tu manusia hidup ribuan tahun pun tak cukup bijak menentukan kebenaran yang tulus.


  9. Anonymous Says:

    ....ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA....

    (1) Kejadian Muhammad daripada 4 anasir yaitu : UJUD, ILMU, NUR, SYUHUD.
    (2) Kejadian Adam daripada 4 anasir yaitu : TANAH, AIR, API, ANGIN.
    (3) Kejadian Manusia daripada 4 anasir yaitu : DI, WADI, MANI, MANIKAM.

    Maka ketiga kejadian itu berlaenan, tetapi berasal daripada satu beneh.

    (1) Muhammad berasal dari Allah karena anasirnya : UJUD, ILMU, NUR, SYUHUD.
    (2) Adam berasal dari Muhammad karena anasirnya : TANAH, AIR, API, ANGIN.
    (3) Manusia berasal dari Adam karena anasirnya : DI, WADI, MANI, MANIKAM.

    Al-Hadis : "Aku daripada Allah, dan orang Mukmin itu daripada aku.."
    Dan lagi : "Benda yg ulung dijadikan Tuhan ialah Nur aku. Dan semua benda
    itu adalah daripada Nur ku...". Bermakna hanya orang2 Mukmin yg diakui oleh
    Muhammad. Oleh itu kenalilah dan jadikanlah diri masing2 sebagei Mukmin
    Sejati supaya bisa beroleh Bangsa Muhammad.... Allahu'alam.....


  10. Black Ops Says:

    ....ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA....

    Firman Allah Taala : " Dan tidak Aku jadikan Jin dan
    Manusia melainkan supaya mereka itu menyembah
    kepada-Ku." ( Surah Az-Zariyaat : Ayat 56 / 60 )...

    Maka berhimpun kepada kita Manusia itu 4 perkara :
    (1) Tiada Bapak tiada Ibu, asal kejadian Nabi Adam.
    (2) Ada Bapak tiada Ibu, asal kejadiannya Siti Hawa.
    (3) Tiada Bapak ada Ibu, asal kejadiannya Nabi Isa.
    (4) Ada Bapak ada Ibu, asal kejadian kita Bani Adam.

    Maka permulaan Adam sebagai Bapak Pertama Manusia.
    Maka pusaka Adam itu dinamakan Kadim Idhofi Zamani.
    Maka kembar Adam itu pula dinamakan ia Adam Suri....
    Hingga giliran Nabi Ibrahim pula sebagai Bapak Manusia...

    Maka tamatlah sudah sedikit Hikayat Buah Khuldi.
    Bisa dibaca tetapi ngak usah 100 % percaya YA....
    Apakah kefahamannya....???? Wallahu'alemmmm....

    ( Rujukan Kitab Mengenal Ruh - Syeikh Taleb Naem
    AsSaufi & Ajaran Syeikh Ainullah.... )


  11. Unknown Says:

    https://www.youtube.com/watch?v=prTeNuW0WbM


  12. Unknown Says:

    https://www.youtube.com/watch?v=prTeNuW0WbM cuba tgk penjelasan maulana asri


  13. Jamil Says:

    https://youtu.be/prTeNuW0WbM


  14. Unknown Says:

    Palsu tu, "Tiada Asal"


  15. Usu Ucop Says:

    Kisah Penciptaan Nabi Adam di Laman Web JAIS.. Tidak Sahih!

    Dengarkan huraian oleh Ustaz Maulana Muhd Asri Yusuf.

    https://www.youtube.com/watch?v=prTeNuW0WbM&feature=youtu.be

    Berikut link ke artikel tersebut. (http://www.jais.gov.my/article/asal-usul-kejadian-manusia)[IANYA TELAH DIPADAM.. ALHAMDULILLAH] Namun bagi mereka yang ingin membaca salinan artikelnya yang sempat diarkibkan, boleh dibaca pada pautan ini:
    (https://web.archive.org/web/20170503183204/https://www.jais.gov.my/article/asal-usul-kejadian-manusia)

    Semoga tiada sangkaan dan tuduhan kami mereka2 cerita. Kami masih bingung bagaimana seseorang yg berilmu yang ditugaskan di bahagian Dakwah di institusi agama yg besar sebegini boleh menyebarkan kisah tidak sahih sebegini tanpa sebarang semakan? Ini menimbulkan persepsi buruk terhadap kualiti ilmuan2 yg bekerja di bawah institusi agama seperti JAIS ini. Kami harap pihak JAIS lebih berhati2 dan melakukan semakan terlebih dahulu terhadap sebarang artikel/soaljawab/dalil yang digunakan sebelum ianya diterbitkan.

    Bagi yang malas nak buka web tersebut, berikut kami lampirkan artikelnya di sini..








  16. Azree Says:

    Kepada si fulan yg post article ni, minta buang jika anda takut akan Allah. Ini adalah riwayat israeliyat yg tidak ada asal dalam agama kita. Jgn bawa kisah yg palsu ni utk menggambarkan Nabi kita Adam AS. Untuk makluman, JAIS telah menarik balik article ini dan semoga yg post pun dpt buat benda yg sama agar x menjadi dosa yg berpanjangan pada beliau. Nabi kita Muhammad SAW bersabda, "cukuplah seseorang itu digelar pendusta jika dia cerita semua perkara yg dia dengar". Kita perlu berhati2 dan semak dulu bila dengar riwayat2 yg ganjil mcm ni.

    Wallahualam