Ada satu bahagian dalam pembelajaran agama (tatau part mana?), minat dan kecenderungan kita dalam hidup ini akan Allah swt tunjukkan (tanpa sedar) sewaktu di penghujung usia nanti - sebagai tanda kita akan terdorong kepada 'husnul-khotimah' atau 'su'ul-khotimah'.
Contohnya, jika seseorang itu kaki nombor ekor mungkin gelagatnya akan semakin kerap dan licik dalam mengunjungi premis berkenaan (ada satu artis - kira-kira 20thn lalu mati dilanggar kereta ketika melintas jalan selepas membeli nombor ekor di Jalan Pahang).
Jika dia seorang yang tamak dengan duit, dia akan sewel dengan gelagat dok asyik mengira duit menggunakan reja-reja kertas yang dipotong. Atau macam almarhum seorang sultan yang kerjanya saban pagi menghirup bau wangi wang kertas baru dari dalam peti simpanannya.
Ada sorang kawan teman nampak dah mula ke situ... kemudian sejak makin tua ni baru dia nak sibuk dengan kereta-kereta mewah (baru sebulan lalu beli Porsche Cayenne, ni dok berura-ura nak beli Ferrari pula. Peliknya, urusan dia bukan sejauh JB, KB atau Alor Setar. Dia hanya akan berlegar sekitar rumah dan kilangnya saja. Pada masa-masa tertentu akan ke bandaraya - makan atau bertemua rakan niaga. Pada masa yang sama baru keluar hospital - potong kudis berpunca dr kencing manis di pipinya!). Berjemaah di mesjid - sorry la agak berat sikit.
Ada satu bekas OCS (polis) tu sambil dia berjalan ke mesjid pun kedua-dua tangannya menadah (macam orang meminta). Ada rakan-rakan yang menempelak, kononnya dia dulu kuat rasuah. Sikit waktu dulu cukup rajin - tak missed berjemaah di mesjid, tapi la ni sudah tidak pernah nampak, sedangkan dia masih boleh dikira sihat.
Atuk teman dulu... semasa hidupnya cukup asyik dengan kebendaan. Kalau ada cucu yang rajin beri duit, maka nama cucu itulah yang sering dijaja di mana saja. Ketika saatnya terlantar sakit pun dia masih dok kepung wang yang diberikan orang ketika ziarah, bimbang di'curi' dek cucu yang lain!
Anaknya yang tua, pak sedara teman gemar bermegah-megah dengan kehebatan diri dan anak-anaknya; rajin bercerita di merata kedai kopi. Di penghujung usianya... dalam keadaan tidak sedar dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris! Sedangkan dia tidak pernah tau pun cakap omputih. Bila dibacakan ayat kursi baru la dia mengendur dan normal kembali.
Kisah-kisah ini diungkit bukan dengan tujuan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sebagai iktibar kepada kita yang masih hidup ini. Ke mana kecenderungan kita (untuk tunduk-sujud kepada-Nya atau ada iring-iringan lain yang lebih utama?).
Teman sendiri pun sebagai penulis, bimbang akan berasa megah dengan kebolehan menulis itu, terutama dalam hal menyindir, candek dan menempelak orang dalam tulisan. Apa yang ditakuti nanti bukan rasa megah itu sangat, tetapi tempelak orang atau dimalukan secara terbuka sebagai balasanNya - tanpa kita berupaya melawan (membela diri!).
Jadi, sebagai ubat - kita kena memperbanyakkan istighfar, membunuh ego kesan kebolehan yang ada itu sambil dengan hati yang tulus memohon ampun, tunduk dan merendah diri. Itu kerja hati, yang orang tidak nampak (maka di situ perlunya amalan tasauf).
Perlu diingat, itu adalah tanda perebutan jalan - ke jalan Allah swt atau menuju ke jalan iblis sebagaimana janji iblis di banyak tempat dalam Al-Quran (Al-A'raaf: 17, Al-Hijr: 39, Al-Israak: 62, Shad: 82 dsb).
Banyak pihak beranggapan, segala-galanya bergantung kepada ketetapan Allah swt jua ("Barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tak adalah petunjuk baginya dan dibiarkanNya mereka dalam kedurhakaan serta dalam keraguan" - Al-A'raaf: 186). Itu tidak dinafikan, tetapi sebagai sifatNya Yang Maha Adil, Allah swt tetap berlaku adil kepada hambaNya yang satu lagi - iaitu iblis yang dilaknatNya.
Sebagai tandanya itulah sebahagian petikan ayat yang teman terterakan di atas itu. Ini yang banyak dilupakan oleh kita di mana Allah sentiasa memberi peluang kepada hambaNya; termasuk kita. Jika kita ingat kepadaNya maka iblis akan gagal. Jika kita lupa, iblis berkemungkinan akan berjaya dalam hasratnya untuk menyesatkan sekelian anak-cucu Adam a.s. (sesat di sini bukan sekadar ocokkan dalam hati agar menyeleweng saja, tetapi dalam bentuk bencana, kesusahan, segala kerja tidak menjadi, habuan sering terlepas dan paling biasa ada-ada saja punca duit nak terbang! Tiba-tiba rumah terbakar pun termasuk la juga!).
Dan... di akhir kejayaan (siapa menang?) di antara sang iblis dan hamba yang beriman itu maka ia menjurus kepada takdirNya (qada' Allah).
Apa yang perlu kita sedar puncanya itu dari mana dalam penetapan takdir Allah swt? Maka doa dan ikhtiar itu adalah senjata bukan untuk mengubah takdir, tetapi untuk mendapatkan rahmatNya (balasan baik) dalam 'pengakhiran' yang mungkin pada kita dikira sebagai kurang baik!
Nasib polis yang jatuh itu adalah natijahnya. Ketentuan yang berpunca daripada kebiasaannya dulu-dulu - menurut ketetapan Allah swt jua, tetapi dengan kehendak sang iblis sebagaimana janjinya dalam Al-Quran (Err... takkan mati camtu jatuh syahid kot?).
Kifarah balasan pun termasuk juga dalam ketentuan ini.
Dan kesemua itu telah ditetapkan sejak di azaliNya lagi. Jika ia menimpa diri kita, pertama sabar kemudian redha dan seterusnya tawakkal. Jika tidak tertahan sangat - ini ubatnya, 'La haula wala quuwwata-illa billah-il 'aliyyil-'aziim' (tiada daya dan kekuatan hamba melainkan Engkau saja Yang Maha Besar (lagi Maha Mendengar); segala yang mendatang itu kita serahkan kembali kepadaNya. Kita 'surrender'.
Astaghfirullah- il 'aziim.
Contohnya, jika seseorang itu kaki nombor ekor mungkin gelagatnya akan semakin kerap dan licik dalam mengunjungi premis berkenaan (ada satu artis - kira-kira 20thn lalu mati dilanggar kereta ketika melintas jalan selepas membeli nombor ekor di Jalan Pahang).
Jika dia seorang yang tamak dengan duit, dia akan sewel dengan gelagat dok asyik mengira duit menggunakan reja-reja kertas yang dipotong. Atau macam almarhum seorang sultan yang kerjanya saban pagi menghirup bau wangi wang kertas baru dari dalam peti simpanannya.
Kalau gila kereta... masa sedang sakit pun akan 'pegang' stereng,
siap dengan deruman enginnya sekali!
Ada satu bekas OCS (polis) tu sambil dia berjalan ke mesjid pun kedua-dua tangannya menadah (macam orang meminta). Ada rakan-rakan yang menempelak, kononnya dia dulu kuat rasuah. Sikit waktu dulu cukup rajin - tak missed berjemaah di mesjid, tapi la ni sudah tidak pernah nampak, sedangkan dia masih boleh dikira sihat.
Atuk teman dulu... semasa hidupnya cukup asyik dengan kebendaan. Kalau ada cucu yang rajin beri duit, maka nama cucu itulah yang sering dijaja di mana saja. Ketika saatnya terlantar sakit pun dia masih dok kepung wang yang diberikan orang ketika ziarah, bimbang di'curi' dek cucu yang lain!
Anaknya yang tua, pak sedara teman gemar bermegah-megah dengan kehebatan diri dan anak-anaknya; rajin bercerita di merata kedai kopi. Di penghujung usianya... dalam keadaan tidak sedar dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris! Sedangkan dia tidak pernah tau pun cakap omputih. Bila dibacakan ayat kursi baru la dia mengendur dan normal kembali.
Kisah-kisah ini diungkit bukan dengan tujuan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sebagai iktibar kepada kita yang masih hidup ini. Ke mana kecenderungan kita (untuk tunduk-sujud kepada-Nya atau ada iring-iringan lain yang lebih utama?).
Teman sendiri pun sebagai penulis, bimbang akan berasa megah dengan kebolehan menulis itu, terutama dalam hal menyindir, candek dan menempelak orang dalam tulisan. Apa yang ditakuti nanti bukan rasa megah itu sangat, tetapi tempelak orang atau dimalukan secara terbuka sebagai balasanNya - tanpa kita berupaya melawan (membela diri!).
Jadi, sebagai ubat - kita kena memperbanyakkan istighfar, membunuh ego kesan kebolehan yang ada itu sambil dengan hati yang tulus memohon ampun, tunduk dan merendah diri. Itu kerja hati, yang orang tidak nampak (maka di situ perlunya amalan tasauf).
Perlu diingat, itu adalah tanda perebutan jalan - ke jalan Allah swt atau menuju ke jalan iblis sebagaimana janji iblis di banyak tempat dalam Al-Quran (Al-A'raaf: 17, Al-Hijr: 39, Al-Israak: 62, Shad: 82 dsb).
Banyak pihak beranggapan, segala-galanya bergantung kepada ketetapan Allah swt jua ("Barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tak adalah petunjuk baginya dan dibiarkanNya mereka dalam kedurhakaan serta dalam keraguan" - Al-A'raaf: 186). Itu tidak dinafikan, tetapi sebagai sifatNya Yang Maha Adil, Allah swt tetap berlaku adil kepada hambaNya yang satu lagi - iaitu iblis yang dilaknatNya.
Sebagai tandanya itulah sebahagian petikan ayat yang teman terterakan di atas itu. Ini yang banyak dilupakan oleh kita di mana Allah sentiasa memberi peluang kepada hambaNya; termasuk kita. Jika kita ingat kepadaNya maka iblis akan gagal. Jika kita lupa, iblis berkemungkinan akan berjaya dalam hasratnya untuk menyesatkan sekelian anak-cucu Adam a.s. (sesat di sini bukan sekadar ocokkan dalam hati agar menyeleweng saja, tetapi dalam bentuk bencana, kesusahan, segala kerja tidak menjadi, habuan sering terlepas dan paling biasa ada-ada saja punca duit nak terbang! Tiba-tiba rumah terbakar pun termasuk la juga!).
Dan... di akhir kejayaan (siapa menang?) di antara sang iblis dan hamba yang beriman itu maka ia menjurus kepada takdirNya (qada' Allah).
Apa yang perlu kita sedar puncanya itu dari mana dalam penetapan takdir Allah swt? Maka doa dan ikhtiar itu adalah senjata bukan untuk mengubah takdir, tetapi untuk mendapatkan rahmatNya (balasan baik) dalam 'pengakhiran' yang mungkin pada kita dikira sebagai kurang baik!
Nasib polis yang jatuh itu adalah natijahnya. Ketentuan yang berpunca daripada kebiasaannya dulu-dulu - menurut ketetapan Allah swt jua, tetapi dengan kehendak sang iblis sebagaimana janjinya dalam Al-Quran (Err... takkan mati camtu jatuh syahid kot?).
Kifarah balasan pun termasuk juga dalam ketentuan ini.
Dan kesemua itu telah ditetapkan sejak di azaliNya lagi. Jika ia menimpa diri kita, pertama sabar kemudian redha dan seterusnya tawakkal. Jika tidak tertahan sangat - ini ubatnya, 'La haula wala quuwwata-illa billah-il 'aliyyil-'aziim' (tiada daya dan kekuatan hamba melainkan Engkau saja Yang Maha Besar (lagi Maha Mendengar); segala yang mendatang itu kita serahkan kembali kepadaNya. Kita 'surrender'.
Astaghfirullah- il 'aziim.
KITAB RAKAMAN - PAHALA DOSA & KIFARAH.... Setiap perbuatan baik atau mungkar, akan tercetak terhunjam kuat, samada terukir pada badan-diri serta ditangan kanan dan kiri yg melakukan. Maka bertobat memohon ampon pada Allah dari salah silap yg silam diwajibkan.... Maka latihan2 penyucian dlm tareqat2 kesufian itu hasilnya sangat menakjubkan. Tatakala dlm keadaan pasrah, mati sementara sebelum mati itu, daya2 Malakut itu bisa membangkitkan menyatakan. Segala lakuan baik atau tercela itu dgn sendirinya akan dilakunkan semula dipertontonkan. Diri sendirilah yg menyaksikan merasakan, samada tanda kegembiraan atau lakuan aib penuh sesalan yg memalukan.... Oleh itu janganlah ditunggu bertobat diketika usia tua setelah sudah tinggal nyawa2 ikan. Mudah2 Kitab Rakaman kita itu bisa putih berseh semula....