Elias Hj Idris
** Keterangan berikut adalah suntingan dari kitab 'Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar' oleh Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه 

Maka berkata Shaikhuna; tentang

Nur Muhammad (iaitu hakikat Muhammad) - atau ringkasnya asal kejadian.

Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukaiNya dan Semoga kamu memperolehi keredaanNya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman;

“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.

Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sabdanya:

“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakanNya sebagai ruh suci”.

“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
“Mula-mula Allah ciptakan akal”.

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم; kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah.

Dia dinamakan Nur, cahaya suci kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah.

Allah Yang Maha Tinggi berfirman;

قَدْ جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِينٌ

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”. -  Al-Maaidah, ayat 15

Dia dinamakan aqal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya.

Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.

Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda صلى الله عليه وسلم menyatakan hal ini dengan sabdanya;

“Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”.

Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh daripada roh baginda صلى الله عليه وسلم di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.

Solat: Dalam usaha mencari jalan kembali

Kejadian Insan berupa jasad dan ruh

Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.

ثُمَّ رَدَدْنَـهُ أَسْفَلَ سَـفِلِينَ

“Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”.  -  surah Tin: 5

Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam Lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘Roh Sultani' (ruh pemerintah)’.

Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani’.
Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka pun menjadi ‘roh manusia’.

Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.

مِنْهَا خَلَقْنَـكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى

“Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”.  -  surah Thoha: 55

Selepas peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan (iaitu tubuh dan dengan kehendakNya mereka pun masuk.

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى

“Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”.  -  surah Shad: 72
Lupa Asal usul kejadian dan perjanjian

Sampai masanya roh-roh itu terikat dengan badan, dengan darah dan daging dan lupa kepada asal-usul kejadian dan perjanjian mereka. Mereka lupa tatkala Allah ciptakan mereka pada alam arwah Dia telah bertanya kepada mereka;

“Adakah aku Tuhan kamu?"

Mereka telah menjawab; "Iya, bahkan!.”

Mereka lupa kepada ikrar mereka itu. Mereka lupa kepada asal-usul mereka, lupa juga kepada jalan untuk kembali ke tempat yang asal mereka. Tetapi Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun - sumber kepada segala keselamatan dan pertolongan bagi sekalian hambaNya. Dia mengasihani mereka lalu Dia hantarkan kitab-kitab suci dan rasul-rasul untuk mengingatkan mereka tentang asal-usul mereka.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَى بِـَايَـتِنَآ أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَـتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ

“Dan Sesungguhnya Kami telah utuskan Musa (membawa) ayat-ayat Kami (sambil Kami mengatakan): hendaklah kamu keluarkan kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan mereka kepada hari-hari Allah”.  -  surah Ibrahim: 5

Iaitu ‘ingatkan roh-roh tentang hari-hari di mana mereka tidak terpisah dengan Allah’.

Utusan Allah - menunjukkan jalan kembali kepada Allah!

Ramai rasul telah datang ke dunia ini, melaksanakan tugas mereka dan kemudian meninggalkan dunia ini. Tujuan semua itu adalah membawa kepada manusia perutusan, peringatan serta menyedarkan manusia daripada kelalaian mereka. Tetapi mereka yang mengingatiNya, yang kembali kepadaNya, manusia yang ingin kembali kepada asal-usul mereka, menjadi semakin berkurangan dan terus berkurangan ditelan zaman.

Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan suci berterusan sehingga muncul roh Muhammad yang mulia, yang terakhir di kalangan nabi-nabi, yang menyelamatkan manusia daripada kehancuran dan kelalaian. Allah Yang Maha Tinggi mengutuskannya untuk membuka mata manusia; iaitu membuka mata hati yang ketiduran. Tujuannya ialah mengejutkan manusia dari kelalaian dan ketidaksedaran dan untuk menyatukan mereka dengan keindahan yang abadi, dengan penyebab, dengan Zat Allah.

Allah berfirman;

قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِى أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِى

“Katakan: Inilah jalanku yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku kepada Allah dengan pandangan yang jelas (basirah)”  -  surah Yusuf: 108

Ia menyatakan jalan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Baginda صلى الله عليه وسلم dalam menunjukkan tujuan kita telah bersabda;

“Sahabat-sahabatku adalah umpama bintang di langit. Sesiapa daripada mereka yang kamu ikuti kamu akan temui jalan yang benar”.

Pandangan yang jelas (basirah) datangnya daripada mata kepada roh. Mata ini terbuka di dalam jantung hati orang-orang yang hampir dengan Allah, yang menjadi sahabat Allah. Semua ilmu di dalam dunia ini tidak akan mendatangkan pandangan dalam (basirah). Seseorang itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang tersembunyi pengetahuan yang mengalir daripada kesedaran Ilahi.

وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا

“Dan Kami telah ajarkan kepadanya satu ilmu dari sisi Kami (ilmu laduni)”.  -  surah Kahfi: 65

Tuksu... turut mengajarkanku tentang ilmu ini
(dia pun dari kalangan pejuang Melayu terawal - dari Pahang!)

Bergabung di dalam kafilah Kerohanian

Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari orang yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu. Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alam mutlak.

Wahai anak-anak Adam, saudara-saudara dan saudari-saudari!

Bangunlah dan bertaubatlah kerana melalui taubat kamu akan memohon kepada Tuhan agar dikurniakanNya kepada kamu hikmahNya. Berusaha dan berjuanglah. Allah memerintahkan;

وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَـوَتُ وَالاٌّرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ - الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ وَالْكَـظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَـفِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti. Yang menderma di waktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan”.  -  surah Imraan: 133 -134.

Masuklah kepada jalan itu dan bergabunglah dengan kafilah kerohanian (tariqat ahli sufi) untuk kembali kepada Tuhan kamu. Pada satu masa nanti jalan tersebut tidak dapat dilalui lagi dan pengembara pada jalan tersebut pun sudah tidak ada lagi. Kita tidak datang ke bumi ini untuk merosakkan dunia ini. Kita dihantar ke mari bukan untuk makan, minum dan buang air. Roh penghulu kita menyaksikan kita. Baginda صلى الله عليه وسلم berdukacita melihat keadaan kamu.

Baginda صلى الله عليه وسلم telah mengetahui apa yang akan berlaku kemudian hari apabila baginda صلى الله عليه وسلم bersabda;

“Dukacitaku adalah untuk umat yang aku kasihi yang akan datang kemudian”.

Maka setakat di sini tamatlah petikan kitab...

Pengajaran dan catatan penting untuk renungan:

a. Nur Muhammad (hakikat Muhammad) - adalah makhluk Allah yang pertama di jadikan oleh Allah Ta'ala. Inilah pegangan yang sah daripada Ahlus Sunnah wal Jamaah.

b. Segala makhluk lain adalah dijadikan daripada Nur Muhammad.

c. Ruh seluruh manusia dari Adam a.s sehingga manusia terakhir telah dijadikan oleh Allah dan berada di alam lahut. Apabila seseorang ditaqdirkan untuk lahir ke muka bumi, maka rohnya akan ditiupkan ke dalam rahim ibunya. Inilah maknanya Allah menurunkan manusia ke alam paling rendah. (alam ajsam, alam kebendaan).

d. Keterangan ayat Qur'an .... “Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”. (Al-Maaidah: 15) adalah bukti Nur Muhammad sebagai kejadian asal bagi segala makhluk, sebagaimana tafsir ulama Ahlus Sunnah.

e. Manusia wajib mencari jalan kembali kepada Allah dengan mengikut perintah Nabi صلى الله عليه وسلم zahir dan batin. Ketika diri zahir Nabi tiada lagi di dunia nyata, maka wajib mencari para pewaris Nabi yang meneruskan 'risalah' kenabian. Mereka wujud pada setiap zaman dan akan tetap wujud sehingga ke hari kiamat!

Susunan:Tok Kelana
http://kerjayahalal.blogspot.com/search/label/A4-%20PEWARIS%20NABI%20SEBENAR

Menuju ke akhir zaman- kiamat, bilangan pewaris Nabi akan berkurangan sehingga sangat sukar untuk bertemu mereka. Keadaan ini bertambah buruk dengan adanya ulama dunia-ulama jahat, ahli-ahli kerohanian yang sesat yang memberi fatwa-fatwa sesat dan menyesatkan!
26 Responses
  1. Anonymous Says:

    sungguh mantap dan berilmiah...syukran tuan...satu blog yang sangat berguna buat diri..


  2. Alhamdulillah... sama2 menyebarkan.


  3. Unknown Says:

    Apalah malang nasib umat manusia yg percaya Hakikat Nur Muhamad... Apa perlunya NUR dlm penciptaan manusia. Apakah Allah tidak boleh berdiri dengan sendiri? Kesian kamu umat akhir zaman jika ini iktikad kamu.. rugi dunia serta akhirat jika ini pegangan Ahli sunnah... Tidah cukup maha lagi Tuhan jika masih bersandarkan pada NUR Muhamad


  4. Anonymous Says:

    abu bakar
    sinar mentari takkan mengaku ianya sang matahari..cuma ia diberi keizinan untuk menerangi..


  5. Anonymous Says:

    HAKEQAT NUR MUHAMMAD - ASAL KEJADIAN...

    Memanglah Tuhan Maha Kuasa menjadikan sesuatu hanya dgn berfirman "Kun" (Jadi) "Fayakun" (maka jadilah ia)... Tapi pada paham akal kita, Tuhan jadikan sesuatu itu ada rangkaian sebab musababnya, Bang Abu oiii...

    "Selamat Mengakhiri Ibadah Puasa & Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maap Zahir & Batin" pada semua. Salam....


  6. mudasufi Says:

    Orang yang kurang atau tidak faham dapat disuluh ilmunya melalui cara dia memberi ulasan terhadap sesuatu perkara.

    Sedangkan kefahaman itu sendiripun bukanlah milik makhluq. Kita difahamkan sekiranya dikehendakki olehNYA, maka jadi faham dan asyiklah setiap diri yang faham..!

    Ada orang awam,khawas dan khawas sul khawas. Semuanya memiliki tahap ilmu dan iman yang berbeda... mengikut keizinanNYA.

    Salam syawal.


  7. Orang yg tak mengaji bab hakikat tkkn percaya bab ini. Pelbagai tuduhan n cemuhan ditimbulkan.
    Apa boleh buat, sekadar itu saja yg Allah swt izinkan utk pengetahuan n ilmunya.


  8. Unknown Says:

    Nabi bawa syariat dan hakikat..dua dua x boleh berpisah..kepada yg x mengaji jgn menuduh apa yg anda xtaw..betul kata abg Elias takat tu je Allah bgi kefahaman ilmu nya..Allhamlillah syukur Allah beri nikmat pda kita utk makrifatNya..


  9. Anonymous Says:

    Muhammad adalah bermaksud terpuji maka tuhan Jadikan ia dalam setiap manusia...maka dengan apakah barulah manusia itu jadi terpuji...ilmu setinggi langit pun kalau amalan utama ini tiada maka manusia tidak kembali ke asal...inilah yang Nabi amalkan tapi ia sendiri tidak menerangkan pada umatnya...


  10. Anonymous Says:

    DOKTRIN HAKEQAT MUHAMMAD... Ada satu Hadis Qudsi berbunyi : "Aku adalah Nabi tatakala sebelum Adam dijadikan antara air dan tanah liat..." Para Sufi amat percaya akan maksod tersirat Hadis ini. Hakeqat Muhammad ato Nur Muhammad itu ada banyak Wajah / Hadrat2.. Salah satunya dibilang "Asal Kejadian"... Allahu'alam....


  11. Anonymous Says:

    Salam
    Abang Abu kalau tuhan berdiri dengan sendiri abg Abu berdiri dengan apa?
    Kalau tak mengucap dan tak percaya dikira kafir...kalau mengucap tapi tak percaya dikira kufur...mungkin abg Abu tinggi fahamnya terus kepada ALLAH..tapi nak terus kepada Allah mesti ada anak tangga...
    BELAJARLAH TAK RUGI



  12. Miss N Says:

    Hafidz Ibn Taimiah dan Ibn Katsir menyatakan, "semua hadist yang menyatakan bahawa kejadian yang pertama sekali ialah Nur Muhamad adalah palsu dan diada-adakan dengan ittifaq ahli ilmu hadist(al-Aatsaru al-Marfu'ah'ah ms 23)


  13. Anonymous Says:

    NURUN ALA NURIN / HAKEKAT NUR MUHAMMAD..
    Sebelumnya Nur Muhammad ianya bernama Ahmad,
    Sebelum bernama Ahmad ianya terpendam dlm Ahad.
    Apabila ternyata terzahir bernamalah dia Muhammad.


  14. Anonymous Says:

    Alhamdulillah....moga kita diberi kefahaman...
    Yt


  15. norhayati Says:

    tolong jelaskan pada saya tentang tujuan penciptaan dan tanggungjawab seorang hamba...


  16. Anonymous Says:

    Tujuan penciptaan itu Tuhan punya suka SiHamba ngak bisa bertanya.
    Tanggungjawab SiHamba hanya menjunjung titah perintah Tuhannya.
    Bukan mengikut bisekan Iblis yg menjauhkan Hamba dari TuhanNya.
    Namun ada kedengaran "Kuntun Kunzun Makhphian.." Dia berbicara,
    Aku Perbendaharaan Tersembunyi Aku suka dikenali dicintai bermula,
    Aku ciptakan makhluk supaya mereka kenali cintai akan Daku titahNya.
    Maka penciptaan makhluk pertama itulah Nur Muhammad diberi nama.
    Bukankah dibilangkan kalo tidak kenal makanya tidak ada ertinya cinta.
    Hanya rasa cinta sejati bisa mengikat erat antara Hamba dgn TuhanNya.
    Sebaik2nya duduk diMaqam Hamba jadilah "Hamba Allah Yg Beriman..."


  17. Anonymous Says:

    HAMBA ALLAH YG BERIMAN... Tidak bisa menjadi seorang "Hamba Allah" selagi maseh belum ketemu dgn dia itu sebener2 "Hamba Allah Yg Beriman"... Kalu kita maseh kuat lagi beraku, keakuan yg beraku2an itu lagi, yg itu maseh sombong kosong penuh keegoan maseh ngak bisa tunduk mengalah lagi. Bisakah dibuang keakuan kita yg sombong itu..?? Keakuan-mu itu tidak bisa dibuang, karna dia itu sebahagian dari diri-mu. Tetapi dia bisa diasuh dilentur semula keasalnya, memang asalnya dia SiHamba, tatakala diAlam Antah Berantah diAlam Perceraian Pertama. Dimanakah letaknya itu "SiAku-mu"? SiAku-mu itu kalu bekerjasama dgn nafsu seraqah-mu dia bisa lagi jadi pembelit penipu. Dimanakah pula letaknya itu "SiHamba-mu"..??

    SiHamba itu dia kenal lagi tahu diDiri, dia tahu naseb diuntong, dia tidak sombong. Mmmm... ini bukan seperti itu cerita "Ipoh mali tatak sombong, yamin kencing tatak kuat munyi". Itu pelaris cari makan ma itu pasal tatak sombong. SiHamba itu tidak sombong karna dia asalnya dari Yg Pengaseh lagi dari Yg Penyayang. SiHamba itu tegas keras akan perkara2 yg ditegah dilarang oleh Tohan. SiHamba itu tegas patuh setiap suruhan perintah-Nya Tohan. Dimanakah sebener2nya keberadaannya itu SiHamba dan siapakah dia sebenernya itu SiHamba..?? SiHamba itu makin lama dia tunduk semakin dia berisi. Tetapi hanya SiMalaun itu jua yg tegak berdiri yg sombong ibarat lalang hampa dan kosong... Bukankah SiHamba itu dulu telah sadar tahu diDiri dan tahu naseb diuntong..??

    Barang siapa ngak pernah alami bercerai dia ngak bisa ngerti ertinya bersatu. Barang siapa telah bercerai betapa perit derita lamanya edah serta gila talak dgn talak satu. Sesudah tamat edah kapan rujuk bersatu ketemu rindunya SiHamba dia seperti sang bayi kelaparan susu. Menjelang dewasa SiHamba hanya junjong titah perintah Tuhannya Yg Satu... Wallahu'alem.....


  18. Black Ops Says:

    HAMBA ALLAH YG BERIMAN... Riwayatnya dikiaskan seperti dlm kesah Pak Moses mencari salah seorang dari antara Hamba2 Tohan bagi mendalami Bab Iman. Yg dimaksodkan antara Hamba2 Kami itu dialah seorang "Hamba Allah Yg Beriman", yaitu Nabi Allah Khidir AS, yg telah dikurniakan diajarkan Ilmu Dari Sisi Kami (Ilmu Laduni). Tempat pencariannya kehadirannya diPertemuan 2 Lautan.. Mampukah Pak Moses menjejakinya, mematuhi syarat2 perguruan, mengharongi perbatasan2 hingga khatam tamat sampei kedestinasi perjalanan? Antara salah satu syaratnya jangan bertanya, mahulah bersabar, apa yg berlaku depan mata. Karna sifat "Sabar itu dibilangkan sebahagian daripada Iman"...

    Diperbatasan pertama dan kedua kesalahan Pak Moses bertanya itu dan ini, namun bisa dimaapkan oleh Nabi Khidir AS, karna itu maseh berupa utk kepentingan Syariat. Kapan diperbatasan ketiga, pertanyaan Pak Moses sudah berupa kepentingan diri peribadi, yg sangat berlawanan dgn jalan Hakeqat. Akhirnya Pak Moses terputus perguruan dan perjalanan, setelah Nabi Khidir AS melafazkan cerai jatoh talak dgn talak satu. Kalo Pak Moses bener2 kenal siapa dia Nabi Allah Khidir AS, nescaya dia terus rujuk serta merta bagi meneruskan perjalanan perguruan sebelum tamat edahnya... Kesahnya seperti tersurat, tersirat lagi tersembunyi dlm Surah AlKahfi (Gua) pada Bab Ke2 Ayat : 60-82...

    Begitulah satu gambaran perjalanan pengembaraan mistik, yg penuh dgn lambang2 serta Hikmah2 yg tersirat. Namun yg tersembunyinya jalan2 bagi mencari dan mengenali itu "SiHamba". Jalan "SiRaja" yg sombong, lupa daratan, tidak tahu didiri, ego ngak pernah bisa tunduk2 pada Sumbernya, sudah jelek, sudah sering dituruti dilalui disalah bawakan. Hinggakan hamba rakyat ramei yg menderita memberontak. Pada kita semua Ummat Muhammad dari pancaran "Nur Muhammad", ada itu SiRaja dan ada itu SiHamba. Carilah itu SiHamba dan turutilah itu jalannya Hamba. Jalannya SiHamba itu dia kenal didiri dia tahu diuntong. SiHamba itu sentiasa menjunjong titah perintah-Nya Allah... Sebener2 "Hamba Allah Yg Beriman" itu, dialah "Muhammad bin Abdullah (Hamba Allah)".... Wallahu'alem.....


  19. Unknown Says:

    aku persoalkan firman allah didalam penjelasan anda surat shad 72
    yg berbunyi aku tiupkan roh ku sedangkan dalam alquran berbunyi aku tiupkan roh (ciptaan)ku silah buat betul2 jika memberih pendapat


  20. Anonymous Says:

    Oooo... baruk arinik akuk tahuk...
    patut lah nama kamuk hehe.. salah uddin


  21. Anonymous Says:

    Catatan sekadar maklumat...diri sendiri pun x faham apa yg ditulis.. copy and pase shj.. jadi burung kakak tua..x mengerti apa yg di tuturkan...


  22. Ahmad Says:

    Mohon diberitahu jika sudi..

    Adakah Roh manusia berasal daripada Nur Muhammad juga? Roh Nabi Muhammad SAW pula bagaimana?

    Maaf menggangu.


  23. teddy lisa Says:
    This comment has been removed by a blog administrator.

  24. Barangkali yang komen ni semua guru2 belaka wkwkkw


  25. Anonymous Says:

    Hadis-hadis yang berhubung dengan Nur Muhammad tidak ada satupun yang sahih, bahkan tidak ada satupun yang dhaif.

    https://www.darulkautsar.net/darulkautsar-net/world/isu-semasa-world/menyingkap-rahsia-di-sebalik-kejadian-nur-muhammad.html