Elias Hj Idris
Artikel ini adalah lanjutan daripada tuduhan Dr Mahathir terhadap TGNA tentang Islam nasionalis & serangan Lee Kuan Yew, Singapura terhadap pegangan orang-orang Melayu akan agamanya, Islam - keluaran 3 Februari, 2011 'Dr M: Islam Nik Aziz & L.K. Yew'

Perlu diingat, daripada kajian yang telah dibuat hanya tinggal 10% sahaja kalangan orang Melayu yang masih solat secara tetap. Ada lagi 10% hanya solat ikut teringat - kalau ada acara yang dia tidak dapat mengelak; itu pun ada yang solat tanpa wudhu'. Sedangkan ayat Allah swt dalam Surah Az-Zariyaat: 56 jelas menyatakan;

"Tidak Kujadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembahKu semata-mata."

Secara jelas, Dia jadikan kita untuk sementara hidup di atas dunia ini sekadar untuk menyatakan tahap 'penghambaan' kita terhadapNya; bukan untuk bercakap tentang globalisasi, transformasi, misi itu-ini dsb.  -  Elias Hj Idris.


Iktibar dari peristiwa Memali 1985 ialah umno mula menggunakan strategi yahudi zionis dalam menjatuhkan Islam dengan fitnah yang berterusan. Kemudian strategi menjatuhkan Islam dengan Islam di mana orang 'Islam' dalam PDRM digunakan untuk membunuh saudara seagama dan sebangsa dalam peristiwa Memali dilakukan. Anehnya, Tan Haprak lari berseronok di luar negara.

Azab sengsara yang ditanggung oleh umat Islam di Memali waktu itu teramat perit. Mereka kehilangan ahli keluarga apabila anak-anak menjadi yatim sebaik kehilangan bapa yang syuhada - kesemuanya angkara 'fitnah dan musnah' yang dirancang oleh Tan Haprak.

Dari laman web penjilat umno berkata bahawa 'Discovery Chanel' ada menyatakan bahawa Tan Haprak adalah orang yang ada di belakang peristiwa Al-Maunah di Bukit Jenalik dahulu. Saya pun belum tengok lagi siaran 'Discovery Chanel' berkenaan, tetapi daripada kata-kata penjilat umno yang menjadikan Tan Haprak sebagai idola telah membuktikan kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Noor dahulu bahawa kes Al-Maunah itu adalah 'sandiwara' (fitnah) yang di rekacipta oleh Tan Haprak itu.

Anggota kumpulan Al-Maunah

Sengaja nak bayangkan, Let Jen Zaini pun tidak tahu lagi pasal kecurian senjata oleh Al-Maunah, tetapi Tan Haprak sudah menubuhkan command centre di Kuantan dengan para menterinya, lama sebelum command centre di Bukit Jenalik itu didirikan oleh pihak tentera dan polis!

Berdasarkan arahan pula nyata kalah panglima tentera, di mana sebelum pukul 6.00 pagi segalanya mesti mau kasi settle. Maka terpaksalah C.O. sendiri masuk berunding dengan 'pengganas' Al-Maunah yang rata-ratanya adalah ahli PAS dan mempunyai matlamat perjuangan yang sama dengan PAS!

(Nota: Demikian apa yang berlaku terhadap 'Kumpulan Mujahiddin Malaysia' (KMM) yang kononnya bertapak di Kampung Seri Aman, Puchong selepas menangkap seorang ustaz, menantu imam yang lantang bersuara di mesjid Subang Airport. Apabila aktivis PAS di sini berkeras menafikannya, ia lalu dialih kepada sekumpulan pensyarah UTM, Skudai dari kalangan jemaah tabligh yang baru pulang daripada ijtima' tahunan mereka di India. 16 orang jemaah ditangkap, kemudian sebahagian besar daripadanya telah ditahan ISA. Ia sekadar untuk memberitahu Amerika Syarikat dan sekutunya serta dunia seluruhnya bahawa Malaysia telah berjaya menangani gerakan pengganas Islam di rantau sini - peng).

Memang sungguh tidak disangka apabila DSP Hadi berkata, arahan daripada Tan Haprak ialah - tamatkan insiden tersebut tanpa ada yang terbunuh (Dahsyat sungguh... ada orang yang PAS kata diktator itu boleh minta jangan ada yang terbunuh dalam insiden berkenaan! Kenapa tidak dihalakan sahaja jet pejuang MIG pergi bom Bukit Jenalik itu apabila kumpulan tersebut dituduh memberontak terhadap DYMM Yang Dipertuan Agong?). Ia membuktikan secara jelas bahawa Tan Haprak adalah dalang yang merekacipta fitnah dan penipuan terhadap umat Islam di Malaysia dengan tujuan memusnahkannya.

Lakon drama yang serba menjadi...

Sejak sekian lama Tan Haprak telah memfitnah PAS tanpa henti, ditambah kemudiannya dia mula memfitnah Anwar dan PKR (bekas orang umno!). Kemudian Tan Haprak mampu pula memfitnah Dollah Badawi sehingga jatuh tersembab dari tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri. Dan tanpa disedari sehingga kini Tan Haprak telah menghantar berpuluh agen rahsia ke dalam PAS dan PKR untuk memusnahkan kedua-dua parti itu dari dalam!

Kekalutan yang melanda PKR sekarang ini ialah kesan daripada pelan fitnah Tan Haprak untuk menjatuhkan PKR dengan cara 'fitnah dan musnah'. Ia sekaligus boleh mengheret PAS dan DAP untuk ikut melingkupkan Pakatan Rakyat. Ia sama dengan cara Tan Haprak yang mengunakan SB untuk menggorek rahsia keaiban musuh dan kemudian dengan mengunakan kaedah ugutan, kita yakin dan percaya bahawa wakil-wakil rakyat PR yang melompat itupun sudah terkena perangkap Tan Haprak melalui ejen-ejennya (SB).

(Nota: Contohnya itulah yang berlaku terhadap wakil rakyat PKR yang di'kena'kan dengan tuduhan rasuah 108 ekar tanah perumahan di Seri Iskandar; siap dengan wang rasuah yang ditinggalkan di atas meja dalam satu pertemuan. Kemudian mereka dihadapkan dengan kes 'sedekah' seks wanita China yang turut melibatkan beberapa orang tokoh yang lain. Mereka dibawa ke mahkamah, tetapi apabila menyatakan kesediaan untuk 'menyeberang', kes sudah jadi lain - peng.).

Seterusnya, ada buktinya PAS tentu boleh tersungkur dua tahun yang lalu jika agen Tan Haprak dapat menguasai pimpinan tertinggi dalam PAS. Namun Allah swt masih sayangi PAS kerana mengekalkan pejuang-pejuang Islam yang tulen; bukan dari kalangan agen Tan Haprak walaupun agen beliau itu telah pun berjaya menguasai banyak jawatan tertinggi di dalam PAS - sehingga terlibat dalam mencanangkan 'kerajaan perpaduan'.

Agak menghairankan apabila ada di antara pemimpin PAS yang taksub dengan Tan Haprak walaupun ia di Kelantan! Semua pihak sedia maklum bahawa Tan Haprak memang anti-TG Nik Aziz. Mursyidul Am itu sendiri memberitahu Kelantan tidak dapat melaksanakan hukum Hudud disebabkan oleh ugutan daripada Tan Haprak terhadap kerajaan negeri; kerajaan negeri akan menghadapi konsekuensnya.

Tan Mahathir yang licik itupun dapat dikenakan supaya pakai 'samotar'

Lebih menghairankan apabila pada PRU12 agen-agen Tan Haprak, iaitu Ibrahim Ali si katak lompat itu sebagai pengkhianat umat Islam boleh diberikan mandat untuk bertanding atas nama PAS! Bagaimana pulakah agen umno, kickdefella boleh masuk ke dalam kelambu strategi PAS? Apakah tidak ada kalangan ahli PAS yang sehebat agen umno, si kickdefella untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan sehingga dia sanggup dibayar RM4 juta. Akhirnya, ternyata bahawa dia yang mengkhianati PAS secara keseluruhannya!
'Blogger celaka', tetapi dia dibayar untuk celaka!

Sepatutnya PAS menyiasat siapa yang menjadi agen Tan Haprak di dalam parti PAS, seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga.

Politik 'perang' yang menggunakan taktik 'fitnah dan musnah' sebagai senjata sudah lama diamalkan oleh Tan Haprak di kalangan orang-orangnya sendiri. Beliau bisa memusnahkan musuh politiknya tanpa mengira sama ada mereka itu daripada parti pembangkang, PAS atau umno sendiri. Cuba lihat apa yang ditimpakan ke atas timbalannya sendiri; di mana Musa Hitam telah dijadikan kambing hitam berikutan peristiwa Memali. Kemudian Anwar Ibrahim yang sehingga kini masih terus difitnah dan diaibkan oleh Tan Haprak melalui pelbagai bentuk konspirasi.

Hang jaga baik-baik sikit, Dollah naa...!

Paling penting strategi yahudi zionis Tan Haprak 'fitnah dan musnah' itu telah turut berjaya menjatuhkan Dollah Badawi daripada jawatan Perdana Menteri! Itulah bahayanya strategi yahudi zionis yang digunakan. Adalah diyakini kemenangan anak Tan Haprak di Jerlun itu juga dipercayai menggunakan strategi dan taktik yang sama. Adalah sukar bagi seorang hingusan politik boleh menang atas tiket umno ketika tsunami politik sedang hangat melanda seluruh negeri Kedah!

Dalam arena politik, perang adalah perlu bagi kita sebagai umat Islam mengetahui strategi pihak lawan/musuh dan bersedia dengan strategi kita sendiri (Islam) untuk menyainginya. Jika Pakatan Rakyat berhasrat mahu langsung ke 'Putrajaya' maka ia perlulah menyaingi politik 'fitnah dan musnah' Tan Haprak ini dahulu. Di mana-mana pelusuk dunia, sekelian para diktator tetap dan akan menggunakan pendekatan yang sama; di mana kita semua sedia maklum Tan Haprak adalah seorang bekas diktator yang gagal di tengah jalan - huhh, 22 tahun juga la dia memerintah!

Perkasa, 'firaun kecil', 'little Napoleon' dan 'dinosaur' atau Brutus sekalipun tetap mempunyai 'link' pertalian kepada mentor atau tok gurunya; itulah Tan Haprak yang diketahui telah membasahi bumi Malaysia ini dengan darah orang-orang Islam dalam peristiwa Memali. Dia juga malah dipercayai telah mencipta 'fitnah dan musnah' dalam kes Al-Maunah (Ada ke tali gantungnya setinggi berdiri... yang diikat pada dahan pohon durian sebesar lengan. Itulah gambar utusan Malaysia - yang dilakonkan oleh wartawannya sendiri) dan banyak lagi yang lain.

Islam liberal yang dinaungi oleh anak betina Tan Mahathir melalui 'Sisters In Islam' munafik itupun turut mendapat pembelaan daripada sekelian gerakan musuh Islam. Selain menyerang Islam atas nama liberalisasi, sang munafik itu dilihat lebih menyayangi pesakit aids daripada agama Islamnya sendiri.

Secara mudah jika dikaji dan disiasat dengan lebih teliti 'firaun kecil' Zul Nordin, 'little Napoleon' Ahli Parlimen Wangsa Maju dan 'dinosor' bekas Mufti Perlis malah hampir kesemua wakil rakyat pengkhianat perjuangan (yang menjadi YB katak) serta 'blogger celaka' adalah agen tersembunyi Tan Haprak di dalam Pakatan Rakyat. Demikian juga dengan kumpulan 'Erdogan' di dalam PAS sendiri yang berpaksikan Tan Haprak turut berperanan memusnahkan PAS dan PKR dari dalam kain.

'Mengemudi Bahtera Perubahan Minda' - Dr Maza

Jika dilihat secara saksama tentang perihal Dr Asri, pasti kita akan tahu bahawa MAZA adalah agen Tan Haprak yang paling berbahaya. Di mana-mana pun terpampang begitu banyak gambar beliau bersama mentornya itu serta Shahidan Kasim mantan Menteri Besar Perlis yang melantik Dr Asri menjadi mufti bagi menggantikan ayah si Fathul Bahri (ulama muda umno yang baru dinobatkan). Jika umno berjaya mengubah 'mazhab' umat Islam di Malaysia ini mengikut cara di Arab Saudi mungkin umno bisa dapat mengalahkan PAS dan Pakatan Rakyat dengan lebih teruk - itulah Wahabbi in the making.

Anwar diperburukkan dengan kisah 'kahwin lari'!
"Aku takleh biaq hang dok terus camni, Nuar... kena dakwa!"

Jika dilihat sekarang timbul pula kisah Mufti Perak yang buat hal dengan mendedahkan keaiban beliau sendiri yang menikahkan Anwar Ibrahim dengan Dr Wan Azizah. Berita Anwar 'kahwin lari' serta dinikahkan oleh tuan kadi yang kini menjadi mufti 'Musang Berjanggut' (Dato' Nikah Kahwin!) mampu memberikan kesan dan cabaran yang lebih besar kepada Pakatan Rakyat untuk laluannya ke Putrajaya. Ia sama dengan fitnah umno ke atas jemaah Tabligh dalan kes 'Sudin ajaib' yang bernikah dengan kanak-kanak perempuan bawah umur di Kelantan itu!

Politik fitnah Tan Haprak ini telah menyebabkan umat Islam di Malaysia kehilangan semangat persaudaraan yang jitu. Bermula dengan peristiwa di Memali itu Tan Haprak telah menyemaikan sikap dan kesediaan Melayu membunuh sesama Islam. Pemecahan Islam juga dilakukan oleh beliau melalui ekonomi melalui dasar 'penswastaan' beliau sehingga umat Islam, terutama Melayu menghadapi tekanan ekonomi yang paling hebat. Tan Haprak dilihat terlalu ganas dengan pejuang Islam, tetapi amat berlembut penuh diplomasi dengan musuh Allah, khasnya yahudi zionis dan nasrani sehinggakan anaknya dapat membeli saham syarikat arak Filipina sejumlah RM2.9 billion.

Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dengan politik 'fitnah dan musnah' Tan Haprak ini sekiranya mahu berjaya dalam dalam PRU13. Seterusnya, agen-agen Tan Haprak perlu dikenalpasti dan dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Jika tidak peristiwa Memali II mungkin akan berulang di mana para ahli-ahli politik Pakatan Rakyat pula yang akan menghadapi Ops Lalang ke-2. Ia boleh dilakukan atas 'matlamat menghalalkan cara' tanpa mereka ambil peduli bahawa cara itu jugalah yang bakal menghancurkan matlamat.

Anwar Ibrahim dan 3 ahli parlimen lain kena gantung dari Parlimen apabila mendedahkan rahsia kerjasama zionis APCO dengan umno. Ia hanya baru sebuah intro sahaja daripada zionis APCO sebagai proksi umno dalam usaha memusnahkan Pakatan Rakyat. Hasilnya, BN sudah punya suara majoriti di parlimen dan terbuka ruang yang luas untuk sebarang pindaan yang akan memihak kepada kerajaan. Jadi jangan diharapkan laluan mudah PRU13 ke Putrajaya nanti selagi Pakatan Rakyat belum dapat mengatasi politik 'fitnah dan musnah' Tan Haprak itu.

Di antara cara untuk mengatasi politik 'fitnah dan musnah' Tan Haprak dalam PR ialah dengan menyingkirkan kumpulan 'Erdogan' dan sekutunya 'blogger' celaka seperti blogger 'BatuApi'. Pada awalnya kumpulan 'Erdogan' itu ialah kumpulan taksub Tan Haprak, tetapi akibat dasar 'fitnah dan musnah' Tan Haprak kumpulan ini lalu bertukar rupa menjadi ejen pro-Anwar. Demikian betapa hebatnya gerakerja politik 'fitnah dan musnah' Tan Haprak sehinggakan kesemuanya telah berjaya di'terbalik'kan dan pemimpin PAS pun begitu mudah untuk diperdayakan.

Kumpulan 'Erdogan' yang taksub Tan Haprak dalam PAS inilah yang bertanggungjawab mengupah 'blogger celaka' dari umno kickdefella sehingga memakan belanja jutaan ringgit. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap 'blogger celaka' yang kononnya penyokong PAS, terutama si Aduka Taruna. Sewaktu krisisnya memaki dalam kes kemangkatan Sultan Johor dahulu beliau pernah 'melarikan diri' ke Kelantan.


Aduka Taruna hina sultan: bakal jadi kes rujukan

Program 'Langgar Hadi': Kena 'penampar' di Mesjid Rhusila

Amatlah menghairankan kenapa dia mesti lari ke Kelantan; di tempat yang sama 'blogger celaka' umno kickdefella sedang berkhidmat? Ia juga adalah tempat pengkhianat Brahim al-Kataki yang diberikan laluan oleh PAS untuk bertanding dalam pilihanraya. Kini 'blogger celaka' agen Tan Haprak menyerang PAS dari dalam dengan menggunakan agenda 'fitnah dan musnah' dalam agenda Kerajaan Perpaduan; walaupun telah beberapa kali ia dijeritkan sebagai kes berkenaan telah 'tutup buku'.

Rasanya cukuplah Tan Haprak itu dibiarkan dan diberi peluang untuk meratah dan memfitnah Islam. Kini adalah masa untuk mengubah keadaan kaum Melayu sesuai dengan firman Allah swt dalam surah Al-Anfal ayat 53;

"Demikian itu sebabnya, kerana Allah sekali-kali tiada mengubah nikmat yang dianugerahkanNya kepada sesuatu kaum, kecuali jika mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

 ...dan surah Ar-Ra'ad Ayat 11 pun Allah peringatkan dengan maksud yang sama; berubah keadaan melainkan dengan usaha sendiri, di mana jika Allah menghendaki kejahatan itu pada sesuatu kaum, maka tiada apa yang dapat menolaknya?

"Kepada Allah sujud (tunduk) siapa yang di langit dan di bumi, dengan patuh atau terpaksa, dan sujud pula bayang-bayang mereka di waktu pagi dan petang."  -  ar-Rad: 15

p/s  Elok juga diperhatikan bagaimana  pemimpin PAS yang taksub dengan Tan Haprak akan membela Tuan Guru Nik Aziz. Atau sekurang-kurangnya menarik juga untuk dilihat bagaimana Dewan Ulama PAS akan membela Tuan Guru Nik Aziz dari agenda 'fitnah dan musnah' Tan Haprak yang membisa.

Nota: Ini adalah tulisan sdra perangsaraf di TKO - sebelum pru13.
0 Responses