Oleh: Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (Sirul Asrar)
Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya.
Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan. Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya.
Dalam hadis Qudsi Dia berfirman: "Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya wajah-Ku".
Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya: "Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci". "Mula-mula Allah ciptakan qalam". "Mula-mula Allah ciptakan akal".
Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, iaitu kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah.
Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan". - Al-Maaidah: ayat 15
Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya. Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.
Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya, "Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku".
Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. 'Muhammad' adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal-usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya. Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy.
Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.
"Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah". - Surah Tin: ayat 15
Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal).
Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan 'roh pemerintah'. Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan 'roh rohani'. Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi 'roh manusia'. Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.
"Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi". - Surah Ta Ha: ayat 55
Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.
"Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku.". - Surah Shad: ayat 72
Sampai masanya roh-roh itu terikat dengan badan, dengan darah serta daging dan lupa kepada asal-usul kejadian dan perjanjian mereka. Mereka lupa tatkala Allah ciptakan mereka pada alam arwah Dia telah bertanya kepada mereka: "Adakah aku Tuhan kamu? Mereka telah menjawab: "Iya, bahkan!." Mereka lupa kepada ikrar mereka itu. Mereka lupa kepada asal-usul mereka, lupa juga kepada jalan untuk kembali kepada tempat asal mereka.

Janin ketika berusia 24 minggu dalam kandungan;
8 minggu selepas roh ditiupkan

Firman Allah Ta'ala dlm sebuah Hadis Qudsi : "KUNTUM KUNZUN MAKHPHIAN.." - "Aku adalah Perbendaharaan Tersembunyi. Aku suka Diri-Ku dikenali dan dicintai. Maka Aku jadikan Makhluk supaya mereka itu mengenali dan mencintai akan Daku..." Jika perasaan cinta itu ngak ada, maka apakah rahsia harta tersembunyi itu ngak bisa diketahui.... Allahu'alam.....