Elias Hj Idris
Sengketa besar yang selalu timbul antara kaum fuqaha dan kaum sufi ialah tentang hal keramat dan alam misali. Alam misali merupakan suatu nilai daripada alam yang tertinggi sucinya. Kaum sufi percaya ada satu alam lagi di antara alam jasad dan alam ruh. Alam ini ialah alam misali atau alam khayal. Ia disandarkan pada firman Allah swt dalam Surah Maryam, "Fa tamassala lahaa basyaran sawi" yang bererti, "Maka menjelma kepada Maryam seorang lelaki yang sempurna."

Sebenarnya, yang menjelma kepada Maryam itu adalah malaikat Jibril sendiri kerana dia biasa turun kepada nabi-nabi dalam bentuk jelmaan atau asli. Biasanya, pada taraf pertama dia menjelma dalam bentuk rupa seorang badwi atau rupa Dihyah bin Khalilah Al-Kalbi dsb. Penjelmaan itulah yang dinamakan alam misali.

Jin juga dapat menjelma dengan pelbagai rupa, juga dapat lahir dalam pelbagai bentuk, besar, kecil dalam pelbagai berat timbangan - dengan warna yang pelbagai juga. Kaum sufi mengatakan sifat-sifat menjelma ini benar ada pada malaikat dan jin. Namun manusia yang taat akan Allah adalah lebih utama daripada malaikat dan jin.

Iman yang telah mencapai ke darjat ta'abbudi yang fana pada Zat

Apabila iman seseorang itu telah sampai ke suatu darjat ta'abbudi yang fana pada zat Allah maka ingatannya karam tenggelam dalam lautan menyembah dan mencintai Allah. Ruhnya akan menjadi besar yang akan dapat memberikan ketentuan kepada jasadnya yang ada. Ruhnya juga dapat memelihara jasad tersebut lalu dapat mengubahnya menurut bentuk, rupa, gambar dan warna yang dikehendaki.

Pendapat ini menjadi pegangan orang sufi di mana dasar kepercayaan mereka - iaitu percaya dengan ruh bahawa ruh lebih atas dan berkuasa ke atas tubuh jasmani. Dengan tidak berasa ragu - ruh manusia itu dapat menguasai tubuhnya dalam erti kata yang sempurna, dan semakin kuat ruh manusia itu, maka semakin besar kekuasaan dan tekanannya ke atas jasmani manusia.

Bukti lain - apabila seseorang manusia itu marah atau berdukacita serta dalam ketakutan - di mana ini berkait dengan hal yang berhubung dengan ruhani, maka sekelian sifat itu bisa mempengaruhi akan jasadnya - dari lemah dan gaya gerak tubuhnya. Ini menandakan kerja-kerja ruhaniah itu mempengaruhi jasad manusia.

Maka sifat-sifat yang terjadi pada alam misali itu menjadi ukuran bagi kesucian jiwa orang-orang yang berhubungan dengan hal tersebut.
2 Responses
  1. Unknown Says:

    lalu bagai mana caranya jika kita ingin ke alam misali?


  2. Black Ops Says:

    Bermula Lahut Jabarut Malakut qadim azali abadi 3 Alam-Nya Tuhan.
    Alam Nasut - Ruh Mithal Ajsyam Insan 4 Alam tanazzul menyatakan.
    Alam Mithal diantara Alam Ruh dgn Alam Ajsyam disitu keberadaan.
    Alam Mithal sesuatu dlm angan2 akal Bapa alam kehendak permulaan.
    Alam Ajsyam sesuatu dlm kandongan rahim Ibu alam serba penanggongan.
    Alam Insan disitu akhirnya kesempurnaan perhimponan pendzahiran...
    Bagaimana kita bisa menyelami semula Alam Mithal
    tidak ketahuan.
    Ada perkhabaran dgn bimbingan Guru Mursyid disitu awalan pencarian.
    Kunci AlFatah Perbendaharaan Tersembunyi mahulah dulu dibukakan....