Catatan ilmu supaya kita lebih faham erti terminologi yang dipakai:-
1) Imam Hanafi lahir: 80 Hijrah
2) Imam Maliki lahir: 93 Hijrah
3) Imam Syafie lahir: 150 Hijrah
4) Imam Hanbali lahir: 164 Hijrah
5) Imam Asy'ari lahir: 240 Hijrah
Mereka ini semua ulama salafus soleh @ dikenali dengan nama ulama salaf.
Apa itu salaf?
Salaf ialah nama 'zaman', iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad saw hingga 300 Hijrah.
1) Golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah itu disebut 'sahabat Nabi' kerana mereka pernah bertemu Nabi saw.
2) Golongan generasi kedua pula disebut 'tabi'in, iaitu golongan yang pernah bertemu sahabat Nabi saw, tetapi tidak pernah bertemu Nabi saw.
3) Golongan generasi ketiga disebut ssebagai 'tabi' tabi'in', iaitu golongan yang tidak pernah bertemu Nabi saw dan sahabat, tetapi ada bertemu dengan tabi'in.
Jadi Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid sahabat Nabi saw maka beliau adalah seorang tabi'in.
Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanbali, Imam Asy'ari pula berguru dengan tabi'in maka mereka adalah golongan 'tabi' tabi'in'.
Jadi kesemua imam yang mulia ini merupakan golongan salaf yang sebenar dan pengikut mazhab merekalah yang paling layak digelar ssebagai 'salafi' kerana ia bermaksud 'pengikut golongan salaf'. Maka beruntunglah kita di Malaysia (nusantara) yang masih berpegang kepada mazhab Syafie yang merupakan mazhab salaf yang sebenar dan tidak lari daripada kefahaman Nabi saw dan para sahabat.
Rujukan Wahhabi pula ialah kepada;
1) Ibnu Taimiyyah lahir 661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman salaf).
2) Albani lahir 1333 Hijrah (meninggal dunia tahun 1420 Hijrah @ 1999 Masehi, iaitu lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman salaf).
3) Muhammad Abd Wahhab (pengasas gerakan Wahhabi) muncul 1115 Hijrah (lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman salaf).
4) Bin/Ibnu Baz lahir 1330 Hijrah (meninggal dunia tahun 1420 Hijrah @ 1999 Masehi, iaitu sama sezaman dengan Albani yang lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman salaf).
5) Ustaimin lahir 1928 Masihi (meninggal dunia tahun 2001), iaitu lebih kurang 14 tahun lalu dia meninggal dunia, lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman salaf.
Mereka ini semua hidup di akhir zaman kecuali Ibnu Taimiyyah yang hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf dan zaman dajjal (akhir zaman). Jadi tidak ada seorang pun imam rujukan mereka yang ditaksubkan membuta itu hidup di zaman salaf.
Jelasnya, mereka ini semua berada teramat jauh dari zaman salaf, namun tersangat apabla puak-puak Wahhabi menggelarkan diri mereka sebagai 'salafi' (pengikut golongan salaf!). Sedangkan rujukan mereka kesemuanya merupakan manusia-manusia yang hidup di akhir zaman.
Jadi fikir-fikirkan dan renungilah siapa itu Wahhabi, bukan kerana mereka itu tidak membaca qunut subuh, di mana ada tiga mazhab lagi dalam ASWJ yang tidak membaca qunut disebabkan khilaf mazhab sahaja. Wahhabi ditolak bukan juga kerana mereka tidak membuat kenduri arwah kerana ada qaul dalam mazhab Syafi'i yang tidak menggalakkannya. Ia berpunca apabila Wahhabi adalah satu cara berfikir yang salah dalam membentuk satu gerakan ekstrem yang boleh memecah-belahkan masyarakat.
Kemuncak daripada ekstrem dan radikal Wahabisme ini boleh sehingga membawa kepada pertumpahan darah seperti yang dilakukan oleh IS, ISIL, ISIS, al-Qaeda, Taliban yang kesemuanya itu adalah didikan daripada fahaman Wahhabi.
Dakyah Wahhabi ini telah berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yang menyeru kononnya jangan 'taqlid', iaitu jangan mengikut secara membuta tuli; mereka menyeru kononnya 'kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Wahhabi sebenarnya adalah satu gerakan membid'aahkan amalan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka dengan merasakan bahawa hanya amalan mereka sahaja yang betul; hanya mereka sahajalah kononnya yang mengikut 'sunnah'!
Mereka adalah satu kelompok manusia yang tidak boleh berbeza pandangan, tidak menghormati ikhtilaf @ khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulama).
Wahabi menolak bahawa bid'aah itu ada DUA bentuk;
(i) Baik (hasanah)
(ii) Sesat (dolalah).
Bagi Wahhabi kesemua bid'aah adalah sesat belaka dan masuk neraka!
Oleh itu setiap bid'aah adalah mungkar dan bagi mereka ia wajib ditentang. Maka mereka pun membesarkan perbezaan pendapat dan melakukan kekecohan di seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada dan meraikan perbezaan pendapat.