Elias Hj Idris
Syeikh Siti Jenar, ulama yang penuh dengan kontroversi 

Irul Bongkeng
 to WARGA NAHDOTUL ULAMA
 
 
Nama asal Syeikh Siti Jenar adalah Sayyid Hasan ’Ali Al-Husaini, dilahirkan di Persia, Iran. Kemudian setelah dewasa mendapat gelar Syaikh Abdul Jalil. Ketika datang untuk berdakwah ke Caruban, sebelah tenggara Cirebon dia mendapat gelar Syeikh Siti Jenar atau Syeikh Lemah Abang atau Syeikh Lemah Brit.
Syeikh Siti Jenar adalah seorang sayyid atau habib keturunan daripada Rasulullah saw.

Nasab lengkapnya adalah Syeikh Siti Jenar [Sayyid Hasan ’Ali] bin Sayyid Shalih bin Sayyid ’Isa ’Alawi bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin bin Sayyid ’Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik Azmat Khan bin Sayyid 'Alwi 'Ammil Faqih bin Sayyid Muhammad Shohib Mirbath bin Sayyid 'Ali Khali Qasam bin Sayyid 'Alwi Shohib Baiti Jubair bin Sayyid Muhammad Maula Ash-Shaouma'ah bin Sayyid 'Alwi al-Mubtakir bin Sayyid 'Ubaidillah bin Sayyid Ahmad Al-Muhajir bin Sayyid 'Isa An-Naqib bin Sayyid Muhammad An-Naqib bin Sayyid 'Ali Al-'Uraidhi bin Imam Ja'far Ash-Shadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam 'Ali Zainal 'Abidin bin Imam Husain Asy-Syahid bin Sayyidah Fathimah Az-Zahra binti Nabi Muhammad Rasulullah saw.

Syeikh Siti Jenar lahir sekitar tahun 1404 M di Persia, Iran. Sejak kecil dia berguru dengan ayahnya Sayyid Shalih di bidang Al-Qur’an dan tafsirnya. Syeikh Siti Jenar waktu kecil sudah berhasil menghafal Al-Qur’an pada usia 12 tahun.

Kemudian ketika Syeikh Siti Jenar berusia 17 tahun, dia bersama ayahnya pergi berdakwah dan berdagang ke Melaka. Tiba di Melaka ayahnya, iaitu Sayyid Shalih, diangkat menjadi mufti Melaka oleh Kesultanan Melaka di bawah pimpinan Sultan Muhammad Iskandar Syah. Pada saat itu Kesultanan Melaka terletak di bawah pemerintahan Khalifah Muhammad 1, Kekhalifahan Turki Utsmani. Akhirnya Syeikh Siti Jenar dan ayahnya terus bermukim di Melaka.

Kemudian pada tahun 1424M, ada peralihan kuasa di antara Sultan Muhammad Iskandar Syah kepada Sultan Mudzaffar Syah. Sekaligus pergantian mufti baru juga berlaku daripada Sayyid Sholih [ayah Siti Jenar] kepada Syeikh Syamsuddin Ahmad.

Pada akhir tahun 1425M. Sayyid Sholih beserta anak dan isterinya berpindah ke Cirebon. Di Cirebon Sayyid Sholih menemui sepupunya, iaitu Sayyid Kahfi bin Sayyid Ahmad.

Kedudukan Sayyid Kahfi di Cirebon adalah sebagai Mursyid Thariqah Al-Mu’tabarah Al-Ahadiyyah dari sanad Utsman bin ’Affan. Sekaligus menjadi penasihat agama Islam Kesultanan Cirebon. Sayyid Kahfi kemudian mengajarkan ilmu ma’rifatullah kepada Siti Jenar yang pada waktu itu baru berusia 20 tahun. Pada saat itu mursyid al-thariqah al-mu’tabarah al-ahadiyah ada 4 orang, iaitu;

1). Maulana Malik Ibrahim, sebagai mursyid thariqah al-mu’tabarah al-ahadiyyah, dari sanad Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq untuk wilayah Jawa Timur, Jawa Tengah, Bali, Sulawesi, Kalimantan, Nusa Tenggara, Maluku, dan sekitarnya.

2). Sayyid Ahmad Faruqi Sirhindi, dari sanad Sayyidina ’Umar bin Khattab untuk wilayah Turki, Afrika Selatan, Mesir dan sekitarnya.

3). Sayyid Kahfi, dari sanad Sayyidina Utsman bin ’Affan, untuk wilayah Jawa Barat, Banten, Sumatera, Champa, dan Asia Tenggara.

4). Sayyid Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin Ja’far al-Bilali, dari sanad Imam ’Ali bin Abi Thalib untuk wilayah Makkah, Madinah, Persia, Iraq, Pakistan, India, Yaman.

Kitab-Kitab yang dipelajari oleh Siti Jenar muda daripada Sayyid Kahfi adalah kitab Fusus Al-Hikam karya Ibnu ’Arabi, kitab Insan Kamil karya Abdul Karim al-Jilli, Ihya’ Ulumuddin karya Al-Ghazali, risalah Qushairiyah karya Imam al-Qushairi, tafsir ma’rifatullah karya Ruzbihan Baqli, kitab At-Thawasin karya Al-Hallaj, kitab At-Tajalli karya Abu Yazid Al-Busthamiy dan Quth al-Qulub karya Abu Thalib al-Makkiy.

Sedangkan dalam ilmu Fiqh Islam, Siti Jenar yang masih muda berguru kepada Sunan Ampel selama lapan tahun dan belajar ilmu usuluddin daripada Sunan Gunung Jati selama dua tahun.

Setelah wafatnya Sayyid Kahfi, Siti Jenar diberi amanat untuk menggantikannya sebagai mursyid thariqah Al-Mu’tabarah Al-Ahadiyyah dengan sanad Utsman bin ’Affan. Di antara murid-murid Syeikh Siti Jenar adalah Muhammad Abdullah Burhanpuri, Ali Fansuri, Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai, Abdul Ra’uf Sinkiliy, dan lain-lain.

Kesilapan sejarah yang membawa kepada fitnah 

1). Apabila ada yang menganggap bahawa Syeikh Siti Jenar berasal daripada cacing. Sejarah ini bertentangan dengan akal sihat manusia dan syari’at Islam. Tidak ada bukti rujukan yang kuat bagi menunjukkan bahawa Syeikh Siti Jenar berasal daripada cacing. Ini adalah cerita bohong. Dalam sebuah naskah klasik, Serat Candhakipun Riwayat Jati ; Alih Aksara; Perpustakaan Daerah Jawa Tengah, 2002, hlm. 1, cerita yang masih sangat popular yang dibantah secara tegas, “Wondene kacariyos yen Lemahbang punika asal saking cacing, punika ded, sajatosipun inggih pancen manungsa darah alit kemawon, griya ing dhusun Lemahbang.” [adapun diceritakan kalau Lemahbang (Syeikh Siti Jenar) itu berasal dari cacing, itu sebenarnya salah. Dia memang seorang manusia yang akrab dengan rakyat jelata, bertempat tinggal di desa Lemah Abang]

2). “Ajaran Manunggaling Kawulo Gusti” yang dikaitkan kepada Syeikh Siti Jenar oleh beberapa penulis sejarah adalah bohong, tidak bersandarkan bukti yang nyata. Istilah itu berasal daripada kitab-kitab Primbon Jawa. Padahal dalam suluk Syeikh Siti Jenar, beliau menggunakan kalimat Fana’ wal Baqa’. Fana’ Wal Baqa’ sangat berbea tafsirnya dengan Manunggaling Kawulo Gusti. Istilah Fana’ Wal Baqa’ merupakan ajaran tauhid yang merujuk pada firman Allah swt: 'Kullu syai’in haalikun illa wajhahu' yang ertinya 'Segala sesuatu itu akan rosak dan binasa kecuali Zat Allah'. Syeikh Siti Jenar adalah penganut ajaran tauhid sejati, tauhid Fana’ Wal Baqa’, tauhid Qur’ani dan tauhid Syar’iy.

3). Dalam beberapa buah buku ada diceritakan bahawa Syeikh Siti Jenar meninggalkan solat, puasa Ramadhan, solat Jum’at, haji dsb. Syaikh Burhanpuri dalam Risalah Burhanpuri di halaman 19 membantahnya dengan berkata, “Saya berguru kepada Syeikh Siti Jenar selama 9 tahun, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, bahawa dia adalah pengamal syari’at Islam sejati, bahkan solat sunnah yang dilakukan Syeikh Siti Jenar adalah lebih banyak daripada manusia biasa. Tidak pernah bibirnya berhenti daripada berzikir “Allah... Allah... Allah” dan membaca salawat Nabi, tidak pernah dia putus puasa Daud, Isnin-khamis, puasa yaumul bidh, dan tidak pernah dilihat dia meninggalkan solat Juma’at”.

4). Beberapa penulis lain telah menulis bahawa kematian Syeikh Siti Jenar berpunca apabila dibunuh oleh Wali Songo, dan mayatnya berubah menjadi anjing. Bantahan saya: “Ini suatu penghinaan kepada seorang waliyullah, seorang cucu Rasulullah saw. Sungguh amat keji dan biadab apabila ada seseorang yang menyebut Syeikh Siti Jenar lahir daripada cacing dan apabila meninggal dunia terus menjadi anjing.

Jika ada pun penulis yang berani menuliskannya seperti itu berarti dia tidak mampu berfikir jauh. Malah dalam teori antropologi atau biologi Quantum sekalipun mmenyebutkan bahawa manusia lahir sebagai manusia dan akan wafat juga sebagai manusia. Maka saya membetulkan riwayat ini adalah berdasarkan riwayat para habib, ulama’, kiyai dan tokoh-tokoh yang amat dipercayai kealiman mereka. Ada pula yang berkata bahawa Syeikh Siti Jenar meninggal dalam kondisi sedang bersujud di Pengimaman Masjid Agung Cirebon setelah dia solat tahajjud. Dan para santri baru mengetahuinya di saat mereka hendak melaksanakan solat subuh.

5). Ada cerita bahawa Syeikh Siti Jenar telah dibunuh oleh sembilan Wali yang sebenarnya adalah bohong semata-mata. Ia hanyalah cerita khayalan yang ditokok tambah agar kelihatan dahsyat, dan laris apabila dijadikan filem atau sinetron. Kita tetap membantahnya, di mana Wali Songo adalah penegak syari’at Islam di tanah Jawa. Padahal dalam Maqaashidus syarii’ah dah pun diajarkan bahawa Islam itu memelihara kehidupan [Hifzhun Nasal wal Hayaah]. Tidak boleh membunuh sebarang jiwa orang mukmin yang di dalam hatinya ada iman kepada Allah swt. Adalah tidaklah mungkin sembilan waliyullah yang suci berasal daripada keturunan Nabi Muhammad saw akan membunuh waliyullah dari keturunan yang sama. Tidak bisa diterima akal sihat.

Penghancuran sejarah ini, menurut ahli sejarah Islam Indonesia (Azyumardi Azra) adalah ulah pihak penjajah Belanda untuk memecah-belah umat Islam agar selalu berbalah di antara sunni dengan syi’ah, di antara ulama’ syari’at dengan ulama’ hakikat. Bahkan penjajah Belanda telah mengklasifikasikan umat Islam Indonesia dengan politik Devide et Empera [politik pecah belah] dengan tiga kelas;

1) Kelas Santri [dikaitkan dengan 9 Wali]
2) Kelas Priyayi [dikaitkan dengan Raden Fattah, Sultan Demak]
3) Kelas Abangan [dikaitkan dengan Syeikh Siti Jenar]

Bagi sekel;ian kaum muslimin jika dilihat pada fenomena seperti ini, maka kita harus waspada terhadap usaha para penjajah, imprealis, zionis, freemasonry yang berkedok orientalis terhadap penulisan sejarah Islam. Hati-hati jangan kita diadu-domba sesama umat Islam lain. Jangan sampai umat dan ulama’nya berpecah. Bersatulah kita dalam naungan Islam untuk kejayaan Islam dan umatnya.
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    ... WALI 7 NUSANTARA vs WALI 9 TANAH JAWA ..
    Antara SSJ dgn Wali 9 - Siapa Wali Sejati & siapa pula Wali Setan..??
    Kalo sudah tahu itu jawaban, tahulah dia kenapa SSJ dibunuh kejam.


  2. Anonymous Says:

    .... WALI 7/WALI NUSANTARA & CHINA vs WALI 9/ WALI SONGO TANAH JAWA ....

    KEMASUKAN AGAMA ISLAM KENUSANTARA PADA 2 GELOMBANG UTAMA :-

    (1) GELOMBANG PERTAMA - DIERA SELEPAS 88 TAHUN WAFAT BERPULANGNYA NABI SAW
    KEHADATNYA ALLAH.

    DIERA GELOMBANG PERTAMA INILAH 7 BERADIK AHLULBAIT (CICIT2 RASULULLAH) BERHIJRAH
    KELUAR TINGGALKAN MEKAH/MADINAH, BERLAYAR MENUJU NUSANTARA BERDAKWAH. MEREKA
    LAH YG PERTAMA2 SEBARKAN AGAMA ISLAM KENUSANTARA HINGGA KECHINA. KESAH2 MEREKA
    TELAH DIPADAM DIHILANGKAN DARI SEJARAH ISLAM NUSANTARA. HINGGA ALLAH BANGKITKAN
    SANG PENYELAMAT IMAM MAHDI SEJATI KINI TELAH MERUNGKAI MENYUSUN SEMULA SEJARAH....

    (2) GELOMBANG KEDUA - SEKITAR 1,400 TAHUN KEMUDIAN BARU MULA ERA KEBANGKITAN
    WALI 9/WALISONGO DITANAH JAWA.

    DIERA GELOMBANG KEDUA INILAH BANGKIT DEWAN WALI 9 DIERA KESUNTANAN RADEN FATAH,
    DIKETUAI OLEH MAULANA IBRAHIM MAGHRIBI SERTA AHLI2NYA DARI 8 AHLULBAIT2. KARNA
    SEJARAH WALI 7 NUSANTARA TELAH DIHILANGKAN DARI SEJARAH, LANTAS DIOMONG2KAN
    KONONNYA PENYEBAR ISLAM AWAL DINUSANTARA DIBAWA OLEH WALI 9/WALISONGO JAWA.
    ITU YG DIBILANGKAN : LEMBU PUNYA SUSU TAPI SAPI YG DAPAT NAMA..

    AHLULBAIT ALMARHUM SYED SYEIKH SITI JENAR : ANTARA WALI 7 NUSANTARA DGN WALI 9 /
    WALISONGO TANAH JAWA.. DIMANAKAN JALUR NASABNYA BERADA..?? KENAPA BELIAU DIFITNAH
    NGAK ADA PEMBELAAN, KONONNYA PEMBAWA AJARAN SESAT, LANTAS DIJATUHI HUKUM
    PANCONG SAMPEI MATI....?? KALI INI KALIAN SEBAGEI HAKIM2, GUNAKAN BICARAHATI UTK
    TEGAKKAN SEMULA KEADILAN DAN BENENERAN...

    ..... ALLAHU'ALEM .....