Elias Hj Idris


Ramli Mat Nawawi


Ada 6 perkara Allah sembunyikan

Sebaik sahaja Allah swt selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjangnya sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu
Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata,

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, 'Tidak'.

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah swt berfirman yang bermaksud, 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia dan paling Aku cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai daripada solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.'


Kemudian Jibrail a.s berkata, 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah swt untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah swt maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap ia mengembangkan dua sayapnya ia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah. Akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah swt lalu  berkata dalam sujudnya itu,

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud, 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun Aku memberi kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.'

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah swt telah menyembunyikan enam perkara iaitu;

* Allah swt telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah swt telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.
* Allah swt telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung dalam Al-Quran.
* Allah swt telah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.
* Allah swt telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah swt telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
0 Responses