Pegawai tentera : Adakah kamu memerangi negara Italy?
Umar Mukhtar : Ya
Pegawai tentera : Adakah kamu memberi semangat kepada masyarakat supaya bangkit menentang?
Umar Mukhtar : Ya
Pegawai tentera : Adakah kamu sedar akan hukuman atas apa yang telah kamu lakukan?
Umar Mukhtar : Ya
Pegawai tentera : Adakah kamu mengakui apa yang telah kamu sebutkan?
Umar Mukhtar : Ya
Pegawai tentera : Sejak bila kamu memerangi pemerintahan Italy?
Umar Mukhtar : Sejak 20 tahun.
Pegawai tentera : Adakah kamu menyesal atas apa yabg kamu telah lakukan?
Umar Mukhtar : Tidak
Pegawai tentera : Adakah kamu sedar bahawa kamu akan digantung?
Umar Mukhtar : Ya
Hakim mahkamah : Aku berasa sedih pada kesudahan kamu yang sebegini.
Lalu dijawab oleh Umar Mukhtar : "Malah bagiku inilah jalan yang paling afdhal untuk aku akhiri hayatku...."
Kemudian pihak hakim cuba menukar keputusannya untuk memberi pengampunan am dengan syarat Umar Mukhtar perlu menulis risalah kepada para mujahidin supaya menghentikan jihad ke atas orang-orang Italy.
Lalu Umar Mukhtar merenung kepada hakim, kemudian berkata dengan perkataannya yang cukup masyhur layak ditulis dengan tinta emas, "Sesungguhnya jari telunjuk ini yang diangkat pada setiap kali solat bagi menyaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mana mungkin sekali-kali akan menulis satu kalimah yang batil?"
Akhirnya Umar Mukhtar dihukum gantung akan tetapi beliau tetap hidup di hati orang-orang yang tahu menilai apa itu makna hak, kebebasan dan kemuliaan?
Sebaliknya pada hari ini berapa banyak jari telunjuk yang sanggup menulis kalimah-kalimah yang batil sambil mempersendakan hukum ketentuan.
Umar Mukhtar memang sangat layak dengan gelaran yang diberi "Singa Padang Pasir".
Moral of the story, kehidupan dalam menegakkan agama Tuhan ini hanya mempunyai dua haluan; kemenangan atau mati syahid. Selagi negara kita diperintah oleh hukum-hakam daripada penjajah maka selagi itulah negara kita tidak akan diberkati dan rahmat daripada-Nya menjauhi.