Elias Hj Idris

Oleh: Saldin with Pranglima

Salahuddin Al Ayubbi, Maulid Nabi, dan Bangkitnya Semangat Kaum Muslilmin
 
Salahuddin Al Ayubbi adalah seorang pejuang Islam terbesar dalam Perang Salib. Bahkan orang-orang Eropah pun mengakui kehebatannya. Saladin ( sebutan Salahuddin di Eropah ) sangat ditakuti dan terkenal di telinga orang Eropah. Salahuddin lebih dikenal dalam sejarah dunia kerana tekadnya yang luar biasa kuat untuk menaklukkan kota suci Al- Quds, Palestin.

Beliau juga dikenal sebagai seorang sultan yang cinta damai dan penuh toleransi. Sedangkan masyarakat Eropah merasakan kegoncangan ekonomi yang luar biasa di saat melawan Salahuddin al Ayubbi. Saat itu di seluruh daratan Eropah mengumumkan kebijakan pemungutan pajak/biaya perang yang cukup tinggi untuk melawan Salahuddin. Orang-orang Eropah menyebut peristiwa ini sebagai Saladin Thite. Saat Salahuddin menjadi Sultan, keadaan umat Islam dalam suasana yang mengganaskan secara rukhyah. Penyakit Wahn (cinta dunia dan takut mati).

Penyakit hati ini menyebar dan tumbuh subur di dalam hati sebahagian besar kaum muslimin sehingga api jihad benar-benar telah padam. Sebagaimana kita tahu bahawa semangat jihad adalah modal yang tidak dimiliki oleh umat yang lain. Sejarah membuktikan bahawa semangat jihad inilah yang menurunkan keredhaan Allah di  atas setiap kemenangan umat Islam - sama seperti kemenangan Perang Badr, Yarmuk, Khandak, dan lainnya. Di sisi lain ukhuwah umat muslim telah hancur sepenuhnya. Secara politik umat Islam terpecah belah dalam beberapa kerajaan dan kesultanan walaupun masih berada dalam satu kekhalifahan Abbasyah yang berpusat di Baghdad.

Apabila melihat keadaan seperti itu, Salahuddin berfikir bahawa untuk melawan pasukan salib tidak hanya memerlukan pasukan dalam jumlah yang besar, tetapi api jihad yang berkobar-kobar dalam setiap jiwa kaum muslimin perlu ditiupkan. Salahuddin mahu membangkitkan semangat jihad dengan menghadirkan kembali semangat juang dan kepahlawanan Rasulullah Muhammad saw.

Ia dimulakan dengan Salahuddin mengasaskan sebuah festival yang dinamai dengan Maulid Nabi Muhammad saw. Tujuan festival ini adalah untuk mengembalikan semangat juang Rasulullah saw dengan mempelajari sirah-sirahnya. Di festival ini, dikaji habis-habisan sirah nabawiyah (sejarah nabi) dan atsar (perkataan) sahabat, terutama yang berkaitan dengan nilai-nilai perjuangan (jihad).

Pada awalnya, gagasan Salahuddin ini ditentang oleh para ulama, kerana kegiatan ini adalah dikira sebagai bid’ah ( kegiatan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw!). Salahuddin menegaskan bahawa acara tersebut bukanlah kegiatan ritual sebagai bid’ah yang dilarang, tetapi hanyalah kegiatan yang menyemarakkan syiar. Kemudian Salahuddin meminta persetujuan daripada khalifah Abbasiyah, An-Nashir di Baghdad. Dan khalifah pun setuju dengan ide Salahuddin.

Pada musim haji bulan Dzulhijjah 579 H (1183 M), Salahuddin memerintahkan jemaah haji untuk mengadakan peringatan maulid Nabi Muhammad saw di tempat masing-masing pada tahun berikutnya. Perayaan itu harus bersifat membangkitkan semangat umat Islam untuk kembali belajar Islam dan berjihad. Kesannya, secara tiba-tiba corak kehidupan Rasulullah saw muncul di seluruh penjuru negeri kaum muslimin. Kisah kepahlawanan, liku-liku kehidupan, pengorbanan dan suka-duka yang dialami Rasulullah saw ada di pelupuk mata tiap umat Islam. Kerinduan luar biasa dan tangis mengingat perjuangan Rasulullah saw telah berjaya membangkitkan kembali semangat jihad umat muslim.

Festival ini berhasil membangunkan kaum muslimin daripada tidur yang panjang. Selepas beberapa kali dilaksanakan, festival ini terbukti cukup efektif dalam usaha menghilangkan penyakit wahn daripada hati sekelian umat Islam. Gagasan Salahuddin itu berhasil menggoncang seluruh negara umat Muslim. Orang tua dan pemuda berbodong-bondong di belakang sultan untuk bersatu dalam satu barisan jihad. Kumandang jihad didengungkan di mana-mana, di setiap sudut negeri umat muslim.

Api jihad yang berkobar-kobar di dalam hati itu telah berjaya membangkitkan semangat untuk menggempur pasukan salib dan membebaskan kota suci umat Islam. Salahuddin berhasil memobilisasi pasukan dalam jumlah besar dan mengobarkan semangat jihad. Hasilnya, pada tarikh 27 Rajab 583 H(2 Oktober 1187 M), Salahuddin dan pasukan muslimin mula memasuki Palestin dengan penuh kedamaian. Banyak berlaku perdebatan tentang maulid Nabi saw. Ada yang melaran, tetapi ada juga yang membolehkan. Namun satu hal yang harus kita ingat tentang maulid Nabi saw ini adalah esensi utamanya, iaitu dengan tujuan untuk mengingat kembali kehidupan Rasulullah saw bagi membangkitkan semangat mempelajari Islam dan semangat berjihad.
1 Response
  1. Anonymous Says:

    ..... PERJUANGAN JIHAD SULTAN SALAHUDDIN ALAYUBBI .....

    Gambaran perjuangan beliau bagi menawan semula Kiblat Asal Islam Kota
    Baitul-Muqaddis diPalestina. Kesahnya bisa ditontoni secara percuma. Walo
    pun ia hanya sebuah movie bikinan Dunia Barat, namun kisah2nya menarik.
    Sila download dulu movie "THE KINGDOM OF HEAVEN"... Selamet Menonton....