Elias Hj Idris

Anak-Anak Pasir Puteh's photo.
Oleh: Anak-Anak Pasir Puteh

Ni lagi seorang... sembang kemain hebat lagi.... Agama sendiri pun tak tahu, tapi sibuk nak pertikai...
main hentam kromo jer. Betullah apa yang Sultan Brunei buat tu... 'ORANG ISLAM DILARANG SAMBUT PERAYAAN AGAMA LAIN'.

Kalau jahil bab agama baik kamu diam, jangan dipamer sangat kejahilan tu... maka jadilah jahil getah skrap; ada masa orang ambil, tetapi selalunya dibuang saja.


Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam

Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan apabila sesuatu perkara itu mampu menjejaskan akidah penganutnya. Sama seperti apa yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham dalam agama Kristian daripada 3aspek;

1). Mengikut buku istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini bahawa Allah itu Esa dan tidak berbilang.

2). Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.

3). Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kebatilan.

Sambutan Krismas adalah sambutan syirik bagi orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel” (“Tuhan menyertai kita”). Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya untuk terlibat atau ikut serta dalam apa juga bentuk sambutan hari Krismas, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun hanya dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun.

Hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik.

Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidak-taatan kepada Allah s.w.t, seperti firman-Nya;

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qur’an 5:2)

Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadis Baginda mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya;

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud)

Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.

Kita sewajibnya mengelakkan diri daripada terbabit dalam perayaan kebatilan ini sebagaimana Firman Allah s.w.t;

“…dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qur’an 25:72)

Ada di antara ulama yang menafsirkan “perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah” termasuklah menyambut perayan-perayaan yang batil, di mana tafsiran ini termasuklah tafsiran Mujahid dan Ibnu Sireen. Jadi sudah jelas kepada kita apa itu sambutan hari Krismas. Semoga kita bersama-sama dapat menyampaikan perkara ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat terhindar daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah lagi merosakkan akidah ini.
0 Responses