Elias Hj Idris














Pada hari ini di tahun 1992, Mesjid Babri yang terletak di Ayodhya, India telah dirobohkan oleh puak pelampau Hindu yang di dokong oleh parti - parti politik nasionalis Hindu seperti Bharatiya Janata Party (BJP). Mesjid Babri adalah di antara mesjid tertua di benua India dan ia dibina oleh Babur, iaitu Maharaja Moghul yang pertama di tahun 1527. 

Puak pelampau Hindu menggunakan alasan bahawa tapak Mesjid Babri adalah bekas kuil Hindu yang dimusnahkan oleh Maharaja Babur dan oleh sebab itu tapak tersebut adalah milik penganut Hindu. Sebab utama BJP memainkan isu ini adalah bagi mendapatkan sokongan penganut Hindu dalam kerjaya politik mereka. Permainan politik kotor mereka ini berhasil apabila mereka berjaya menjadi parti pemerintah India selama 6 tahun apabila memenangi pilihan raya umum India pada tahun 1998.

Kesan daripada pemusnahan Mesjid Babri adalah rusuhan agama yang berlaku di kebanyakan bandar - bandar besar di India seperti Mumbai di mana di anggarkan sehingga 2,000 orang terbunuh di seluruh India. Sehingga kini perebutan bagi tapak bekas Mesjid Babri terus berlaku, tetapi umat Islam masih melakukan solat Aidil Fitri di atas runtuhan mesjid tersebut sehingga kini.

Gambar :-
1) Gambar Mesjid Babri sebelum di musnahkan
2) Gambar Mesjid Babri ketika ditawan oleh puak pelampau Hindu
3) Gambar umat Islam melakukan solat Aidil Fitri di runtuhan Mesjid Babri

Nota:  Pada tahun 1979, pelampau Hindu pernah menyerang jemaah yang sedang bersolat pada waktu subuh menyebabkan lebih 700 kematian. Pada 1982, mereka menyerang lagi (waktu subuh juga) dan membunuh lebih 2,000 para jemaah. Dan kemuncaknya, ialah penawanan mesjid ini pada tahun 1992 - Pengarang.
1 Response
  1. Anonymous Says:

    Maka sah benarlah jawabannya.. Hindu2 penyembah2
    patong2 lembu adalah dari suku-sakat Samiri Yahudi..