Oleh: Ahmad Khoiri
New Delhi, India. Seorang professor bahasa dari ALAHABAD UNIVERSITY INDIA dalam salah satu buku terakhirnya berjudul “KALKY AUTAR” (Petunjuk Yang Maha Agung) yang baru diterbitkan memuat sebuah pernyataan yang sangat menkagetkan kalangan intelektual Hindu.
Sang professor secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw, kerana menurut beliau, sebenarnya Muhammad Rasulullah saw adalah sosok yang dinanti-nantikan sebagai sosok pembaharu spiritual.

Prof. WAID BARKASH (penulis buku) yang masih berstatus pendeta besar kaum Brahmana mengatakan bahawa d ia telah menyerahkan hasil kajiannya kepada lapan pendeta besar kaum Hindu dan mereka semuanya menyetujui kesimpulan dan ajakan yang telah dinyatakan di dalam buku tersebut. Semua kriteria yang disebutkan dalam buku suci kaum Hindu (Wedha) tentang ciri-ciri “KALKY AUTAR” sama persis dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah Saw.
Dalam ajaran Hindu disebutkan mengenai ciri KALKY AUTAR di antaranya, bahawa dia akan dilahirkan di jazirah Arab, bapaknya bernama SYANUYIHKAT dan ibunya bernama SUMANEB. Dalam bahasa sansekerta kata SYANUYIHKAT adalah paduan dua kata, iaitu SYANU ertinya ALLAH sedangkan YAHKAT ertinya anak laki atau hamba yang dalam bahasa Arab disebut ABDUN.
Dengan demikian kata SYANUYIHKAT ertinya “ABDULLAH”. Demikian juga kata SUMANEB yang dalam bahasa sansekerta ertinya AMANA atau AMAAN yang terjemahan bahasa Arabnya “AMINAH”. Sementara semua orang tahu bahawa nama bapa Rasulullah Saw adalah ABDULLAH dan nama ibunya AMINAH.
Dalam kitab Wedha juga disebutkan bahawa Tuhan akan mengirim utusan-Nya ke dalam sebuah gua untuk mengajarkan KALKY AUTAR (Petunjuk Yang Maha Agung). Cerita yang disebut dalam kitab Wedha ini mengingatkan akan kejadian di Gua Hira saat Rasulullah didatangi malaikat Jibril untuk mengajarkan kepadanya wahyu tentang Islam.
Bukti lain yang dikemukakan oleh Prof Barkash bahawa kitab Wedha juga menceritakan bagaimana Tuhan akan memberikan Kalky Autar seekor kuda yang larinya sangat pantas yang membawa kalky Autar mengelilingi tujuh lapis langit. Ini merupakan isyarat langsung tentang kejadian Isra’ Mi’raj di mana Rasullah mengenderai Buroq.

Sebenarnya dalam Al-Qur’an terdapat ayat-ayat yang dapat dijadikan acuan bahawa Nabi Muhammad mungkin juga seorang Nabi yang ramalan kedatangannya terdapat dalam kitab-kitab suci umat agama lain, di antaranya;
1. Dalam surat Asy-Syu’ara (26) ayat 196 : “Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu benar-benar (tersebut) dalam kitab-kitab orang yang terdahulu”. Jadi dalam kitab-kitab sebelum Al-Qur’an juga terdapat wahyu Tuhan.
2. Dalam surat Fatir (35) ayat 24 dinyatakan bahawa tidak ada suatu kaum di masa lalu tanpa seorang pemberi peringatan.
3. Dalam surat Al-Ahzab (33) ayat 40 dinyatakan bahawa Muhammad saw adalah utusan Tuhan dan merupakan penutup sekelian para nabi (utusan terakhir).
4. Dalam surat Al-Anbiya (21) ayat 107 dinyatakan bahawa Nabi Muhammad tidak diutus melainkan untuk seluruh semesta alam.
5. Dalam surat Saba’ (34) ayat 28 dinyatakan bahawa Tuhan mengutuskan Nabi Muhammad untuk seluruh umat manusia, pemberi khabar gembira dan peringatan akan dosa, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Juga dalam hadis Bukhari vol 1. dalam kitab solat bab 56 hadis no 429, Nabi Muhammad bersabda :
“Semua rasul yang diutus sebelumku hanya berlaku untuk umat/bangsanya saja, tapi aku diutus untuk semua umat manusia”.
Sekarang kita cuba lihat dalam kitab suci agama Hindu. Ada banyak kitab dalam agama Hindu yang diakui sebagai kitab suci mereka. Dari semuanya yang dianggap paling suci adalah kitab Veda (Wedha). Bila di antara kitab-kitab itu ada yang bertentangan, maka yang harus menjadi rujukan utama adalah Weda yang juga masih terbagi lagi menjadi beberapa buah kitab. Kitab-kitab lain selain Weda adalah: Upanishad, Smriti, Dharma Sastra, Bhagavat Gita, Puranas, dll.
Ayat-ayat ramalan tentang kedatangan Nabi Muhammad saw
Disebutkan dalam Bhavisa Purana –; dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 hingga 27 :
“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa saja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman semak-semak/umbi-umbian, tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
Kalau anda baca tulisan di atas dengan baik, maka anda akan melihat bahawa ciri-ciri dari pengikut agama kebenaran yang disebutkan adalah ciri-ciri yang umum terdapat pada umat Islam.
Dalam Atharvaveda book 20 Hymn 127 Shlokas 1-14 disebutkan tentang Kuntupsuktas yang mengisyaratkan bahawa Nabi Muhammad saw akan terungkap kemudian.
– Mantra 1 mengatakan ia akan disebut Narasangsa. “Nars” ertinya 'orang', “sangsa” ertinya 'yang terpuji'. Jadi Narasangsa ertinya: orang yang terpuji. Kata “Muhammad” dalam bahasa Arab juga bererti: orang yang terpuji. Jadi Narasangsa dalam bahasa Sansekerta adalah identik dengan Muhammad dalam bahasa Arab. Jadi Narasangsa adalah sosok yang sama dengan Nabi Muhammad.
Ia akan disebut “Kaurama” yang bisa bererti 'pangeran kedamaian', dan bererti 'orang yang pindah' (hijrah). Nabi Muhammad adalah seorang pangeran kedamaian yang berhijrah dari Makkah ke Madinah. Dia akan dilindungi daripada musuh yang akan dikalahkannya yang berjumlah 60,090 orang. Jumlah itu adalah sebanyak penduduk Makkah pada masa Nabi Muhammad hidup, iaitu sekitar 60,000 orang.
– Mantra 2 mengatakan ia adalah resi yang naik unta. Ini bererti dia bukan seorang bangsawan India, kerana dikatakan dalam Mansuriti (11) : 202 yang mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang asing.
– Mantra 3 mengatakan ia adalah “Mama Rishi” atau resi agung. Ini selari dengan Nabi agung umat Islam, iaitu Nabi Muhammad saw.
– Mantra 4 mengatakan ia adalah Washwereda (Rebb) ertinya orang yang terpuji. Nabi Muhammad yang juga dipanggil dengan nama Ahmad yang bererti juga “orang yang terpuji” yang terjemahan bahasa sansekerta-nya adalah Rebb.
Beberapa ramalan lain;
– Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di sana ada disebutkan dengan istilah: “akkaru” ertinya 'yang mendapat pujian'. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk kepada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah.
– Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga bererti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada Nabi Muhammad, seorang anak yatim sejak lahir dan erti bagi kata Muhammad/Ahmad ialah 'yang terpuji', yang akan mengalahkan kepala-suku kaum dari suku-suku di sekitar Makkah yang berjumlah sekitar 20 suku kaum itu.
– Dalam Rigveda book 1 Hymn 53 : 9 Nabi dipanggil dengan sebutan “Suslama” yang ertinya adalah 'orang yang terpuji' merupakan erti daripada nama Muhammad.
– Dalam Samaveda Agni Mantra 64 dinyatakan bahawa dia tidak disusui oleh ibunya. Hal ini persis dengan Nabi Muhammad yang tidak disusui oleh ibunya, tetapi oleh seorang wanita bernama Halimah.
– Dalam Samaveda Uttararchika Mantra 1500 dinyatakan bahawa Ahmad akan dianugerahi undang-undang abadi, yang jelas mengacu kepada Nabi Muhammad yang akan dianugerahi kitab suci Al-Qur’an. Oleh kerana orang India yang berbahasa sansekerta tidak paham erti kata Ahmad, maka diterjemahkan menjadi “a” dan “mahdi”, iaitu “saya sendiri”, jadi diertikan 'saya sendiri yang menerima undang-undang abadi'. Padahal seharusnya 'Muhammad sendiri yang dianugerahi undang-undang abadi'.
Nabi Muhammad diramalkan dengan nama Ahmad pada banyak bahagian dalam kitab-kitab Weda. Juga diramalkan pada tidak kurang daripada 16 tempat yang berbeza dalam kitab Weda dengan nama Narasangsa yang ertinya adalah sama dengan erti daripada nama Muhammad, iaitu 'yang terpuji'.
Kalky Avtar
Salah satu daripada ramalan kedatangan Nabi Muhammad yang sangat terkenal dan telah membuatkan seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak kepada umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam adalah dengan terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yang ditunggu-tunggu daripada seorang Kalky Avtar (baca: autar). “av” ertinya : turun. “tar” ertinya melewati. Jadi erti daripada kata Avtar adalah 'diturunkan atau diutus untuk turun'. Kalky Avtar ertinya adalah 'utusan terakhir'.
Pundit Vaid Parkash – sang professor (yang menulis buku berjudul “Kalky Avtar”) secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah telah mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw, kerana menurut beliau, sebenarnya Nabi Muhammad saw adalah sosok yang dinanti-nantikan sebagai sosok pembaharu spiritual dalam agama Hindu.
Disebutkan dalam Nashpropesy, Nabi Muhammad diramalkan dengan nama Kalky Avtar (Autar terakhir) dan Amtim Rishi. Sedangkan dalam kitab Puranas disebutkan tentang Kalky Autar dan kedatangannya. Di antara ayat-ayat yang menyebutnya adalah;
– Dalam Baghavata Purana Khand 12 Adhyay 2 Shloka 18-20 disebutkan dalam rumah Visnuyash akan dilahirkan Kalky Avtar yang diramal bakal menjadi penguasa dunia, yang terkenal dengan sifat-sifatnya yang baik dan menonjol. Dia akan diberi beberapa tanda. Dia akan diberi oleh malaikat sebuah kenderaan yang cepat. Dia akan menaiki kuda putih sambil memegang pedang. Dia akan mengalahkan orang-orang jahat dan dia akan terkenal di dunia.
– Dalam Baghavata Purana Khand 1 Adhyay 3 Shloka 25 disebutkan akan ada juru selamat di rumah Visnuyash.
– Dalam Kalky Purana (2) : 4 disebutkan bahawa di rumah Visnuyash pemimpin – kampung Sambala akan lahir Kalky Avtar.
– Dalam Kalky Purana (2) : 5 disebutkan bahawa dia akan datang bersama para sahabatnya (4 orang sahabat) mengalahkan orang-orang jahat.
– Dalam Kalky Purana (2) : 7 disebutkan bahawa dia akan dijaga oleh malaikat di medan perang.
– Dalam Kalky Purana (2) : 11 disebutkan bahwa dalam rumah Visnuyash dan dalam rumah Summati Kalky Avtar akan lahir.
– Dalam Kalky Purana (2) : 15 disebutkan bahawa dia akan lahir pada tanggal 12 bulan pertama Madhop.
– Semua ramalan yang disebut di atas itu tiada lain melainkan merujuk kepada Nabi Muhammad saw.
Penjelasannya demikian;
– Di rumah Visnuyash bererti di rumah pengikut Vishnu (pengikut Tuhan) sedangkan ayah kepada Nabi Muhammad adalah bernama Abdullah yang ertinya adalah pengikut Allah (pengikut Tuhan). Orang Islam menyebut “Allah” sebagai Tuhan, sedang orang Hindu menyebut “Vishnu” sebagai Tuhan. Jadi di rumah Visnuyash adalah 'di rumah Abdullah'.
– Summati dalam bahasa sansekerta ertinya adalah orang yang sangat setia. Sedangkan ibunda Nabi Muhammad bernama Aminah yang dalam bahasa Arab ertinya 'orang yang setia'.
– Sambala bahasa Arabnya adalah tempat yang aman dan damai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah yang terkenal dengan nama “Darul Aman”, iaitu tempat yang aman dan damai. Akan lahir di antara kepala suku Sambala, ertinya bahawa Nabi akan lahir di antara kepala suku di Makkah.
Dilahirkan pada tanggal 12 di bulan pertama Madhop. Nabi Muhammad lahir pada tanggal 12 rabiul awal.
Sebagai Amtim Rishi (resi terakhir). Nabi Muhammad adalah juga nabi terakhir dari deretan nabi-nabi yang dikirim Tuhan seperti yang terdapat pada QS. Al- Ahzab : 40.
– Dia akan memperoleh bimbingan di atas gunung dan akan kembali lagi ke arah utara. Nabi Muhammad memperoleh wahyu pertamanya di Gua Hira di Jabal Nur. Jabal Nur ertinya Gunung Cahaya lalu kembali lagi ke Makkah.
– Dia akan memiliki sifat-sifat yang sangat mulia. Persis Nabi Muhammad seperti yang terdapat pada QS. Al-Qalam : 14 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang luhur”.
– Kalky Avtar akan diberi 8 kemampuan spiritual, iaitu bijaksana, punya kendali diri, keturunan yang terhormat, punya pengetahuan wahyu, pemberani, perkataannya bertarget kurikulum, sangat dermawan, dan sangat ramah. Semuanya adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh Nabi Muhammad.
– Dia akan diberi kenderaan yang sangat cepat oleh Shiva. Nabi Muhammad juga diberi bouraq yang sangat pantas oleh Allah swt yang membawanya ke langit dalam peristiwa Mi’raj.
– Dia akan naik kuda putih dengan tangan kanannya memegang pedang. Nabi Muhammad juga ambil bahagian dalam peperangan termasuk dengan menunggang kuda dan bertempur dengan memegang pedang pada tangan kanannya.
– Dia akan menjadi penyelamat umat manusia. Dalam QS. Faatir(35) ayat 24 dan QS. Saba(34) ayat 28 disebutkan bahawa Nabi Muhammad adalah pembawa berita gembira dan peringatan bagi seluruh umat manusia, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Dia akan menjadi pembimbing ke jalan yang benar. Nabi Muhammad hidup pada zaman jahiliyah yang penuh kegelapan di mana dia membawa umatnya ke jalan yang terang-benderang.
– Dia akan dibantu oleh 4 sahabat dalam menyebarkan misi. Kita tahu ada empat orang khalifah sahabat Nabi iaitu Sayyidina Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib.
– Dia akan ditolong oleh malaikat di medan pertempuran. Dalam perang Badr Nabi Muhammad dibantu oleh para malaikat Allah seperti tersebut dalam QS. Ali Imran (3) ayat 123 dan 125 : “Jika kamu bersabar dan bertaqwa dan mereka menyerang kamu dengan seketika itu juga nescaya Allah menolong kamu dengan 5,000 malaikat yang memakai tanda”. Juga QS. Al-Anfal(8) ayat 9 yang berbunyi “…. sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”Subhanallah...
Ternyata sekian banyak ayat tersebut (sebenarnya belum semuanya ditampilkan) yang meramalkan bakal datangnya seorang nabi yang ditunggu-tunggu oleh umat Hindu, begitu selari dengan gambaran tentang Nabi Muhammad, umat Islam dan sejarahnya. Mungkin ini juga merupakan pembuktian yang diberikan Allah swt bahwa Nabi Muhammad memang diutus Allah untuk seluruh umat manusia.
Hal ini juga dapat membuka diskusi yang menarik tentang agama Hindu, kitab suci umat Hindu dan syariatnya. Benarkah agama Hindu memang merupakan agama yang diturunkan oleh Allah swt jauh lebih lama sebelum Nabi Muhammad dilahirkan? Kalau ya, apakah bererti umat Hindu bisa disebut 'muslim' atau juga boleh disebut 'ahlul kitab'?