Elias Hj Idris











Mahadi Razak


TAN SRI SYED AZMAN SYED IBRAHIM...BILIONAIR MELAYU 'LOW PROFILE' YANG MEMILIKI 4 JET EKSEKUTIF, LEBIH 40 BUAH HELIKOPTER!

Beliau asalnya adalah seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam ATM hingga memperoleh pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai. Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Masa tu beliau tidak memiliki AP namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.

Kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar then barulah permit itu dianugerahkan kepadanya. Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia antaranya Honda Jazz. Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.

Dalam satu temubual dengan akhbar The Star tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini. Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya, bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat. Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia. Lima tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Dan hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini. Ini belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan etc. Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya.

Beliau hanya menjawab: "Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka"
Hehehe...comel tak jawapan tu?

#kolekaiviralpelikdanlawak
Elias Hj Idris



Rosly Yusof


ULANGTAHUN SAMBUTAN 25 TAHUN PERJANJIAN DAMAI HATYAI

Pada 2 Desember ini genaplah 25 tahun Perjanjian Damai perang saudara di antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya.

Perjanjian yang telah dimeterai di Lee Garden Plaza Hotel Hatyai itu telah disertai oleh wakil-wakil kerajaan Malaysia iaitu :-

1- Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
2- Tan Sri Mohd. Hanif Omar - Ketua Polis Negara
3- Jeneral Hashim Mohd Ali - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia

Wakil Kerajaan Thailand iaitu :
1- Jeneral Yodhana Yamphundi - Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Bahagian ke-4
2- Jeneral Chavalit Yongchaiyudh =Pengarah Operasi Keselamatan
3- Jeneral Sawaeng Therasawat - Ketua Pengarah Polis diraja Thailand.

Dan PKM pula diwakili oleh :
1- Chin Peng - Setiausaha Agung PKM
2- Abdullah C.D - Pengerusi PKM
3- Rashid Maidin - Komander Regimen ke-10

Turut hadir ialah :
Selepas perjanian tersebut ditandatangani Chin Peng telah memberi ucapan dalam bahasa Melayu dengan fasih, tetapi wakil Malaysia iaitu Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman telah berucap dalam bahasa Inggeris kerana risau tuannya British tidak faham kalau dia bercakap Melayu.

Ucapan Chin Peng adalah seperti berikut;
Tuan Yang Terutama Tan Sri Jeneral Chaovalit Yongchaiyuth,
Yang Berhormat Datuk Wan Sidik bin Wan Abdul Rahman,
Yang Berhormat - Yang Berhormat Anggota Perwakilan Kerajaan Diraja Thailand,
Yang Berhormat – Yang Berhormat Anggota Perwakilan Kerajaan Malaysia,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati!
Perwakilan-perwakilan KERAJAAN DIRAJA THAILAND, KERAJAAN MALAYSIA dan PARTI KOMUNIS MALAYA telah mengadakan satu siri perundingan damai dan mencapai satu keputusan yang berjaya seperti terbukti dengan ditandatanganinya dua buah persetujuan damai tadi. Kami berasa sukacita atas hasil-hasil perundingan ini.

Persetujuan-persetujuan yang baru saja ditandatangani ini adalah selaras dengan dasar parti kami untuk mewujudkan perdamaian.

Di samping itu ia juga selaras dengan arus sejarah dewasa ini di mana rakyat seluruh dunia memperjuangkan perdamaian dan demokrasi serta selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara kita -- Malaysia dan Thailand.

Kami menganggap kedua-dua persetujuan untuk menamatkan aktiviti-aktiviti bersenjata yang telah berlarutan selama 41 tahun melalui perundingan damai ini sebagai satu penyelesaian secara terhormat.

Tidak syak lagi penyelesaian yang adil dan menasabah bagi semua pihak yang berkenaan ini telah dicapai dengan semangat saling memahami dan saling bertolak-ansur.

Kami yakin bahawa penandatanganan persetujuan-persetujuan ini akan mencatat satu lembaran baru dalam sejarah tanah air kami dan akan memberikan sumbangan penting ke arah mewujudkan kemakmuran dan kestabilan di Malaysia serta di kawasan sempadan Thai – Malaysia.

Sebagai warganegara Malaysia, kami berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan tanah air.

Sebagai salah satu pihak penandatanganan, kami berjanji akan melaksanakan persetujuan-persetujuan ini dengan sebaik-baiknya. Kami akan membubarkan pasukan-pasukan bersenjata serta memusnahkan senjata-senjata kami sebagai menyatakan keikhlasan kami menamatkan perjuangan bersenjata.

Akhir sekali, izinkanlah saya, bagi pihak perwakilan PARTI KOMUNIS MALAYA merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada KERAJAAN DIRAJA THAILAND kerana menyediakan bantuan yang bernilai bagi perundingan damai tiga pihak ini di samping menjadi saksi kepada persetujuan damai di antara KERAJAAN MALAYSIA dan PARTI KOMUNIS MALAYA serta menjadi tuan rumah bagi upacara penandatanganan yang bersejarah ini.


Saya juga ingin menyampaikan penghargaan yang istimewa kepada Tan Sri General Chaovalit Yongchaiyuth atas pandangan jauh beliau serta kepada Mejar Jeneral Kitti Rattanachaya atas usaha-usaha beliau dalam menjayakan perundingan damai ini.
Terima kasih.


Chin Peng
2 desember 1989
Elias Hj Idris
































NASIHAT TENTANG AKHIR ZAMAN DARI CUCU TOK KU PALOH

Ada pendapat ulama' feqah tentang umur umat akhir zaman ialah selama 1500 tahun selepas kewafatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Cucu Tok Ku Paloh, Habib Ustaz Syed Omar حفظه الله تعالى berpesan:
Jangan tinggal beramal dengan membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali pada waktu pagi dan 7 kali pada waktu petang.

Dan kami meminta 3 nasihat daripadanya. Maka ketiga-tiga nasihat beliau ialah Al-Qur'an, Al-Qur'an dan Al-Qur'an. Tambah guru yang mulia lagi, kalau ditanya apakah yang ke-4, ke-5, ke-6 dan seterusnya, maka jawapannya tetap ialah Al-Qur'an.

Begitulah juga ketika diminta nasihat, bagaimana kami mahu mengatasi perasaan malas dalam menuntut ilmu. Jawapannya ialah Al-Qur'an.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم wafat pada tahun 11 Hijrah, dan sekarang sudah masuk ke tahun 1440 Hijrah.

Bermakna masih berbaki lebih kurang 71 tahun.

Kemudian, ditolak lagi dengan tempoh Islam kembali memerintah dunia dengan aman selama 40 tahun (Fasa Imam Mahdi dan Nabi Isa), bermakna jumlahnya berbaki lebih kurang 31 tahun.
Fasa 31 tahun, jika dikira dari tahun 2019 Masihi bermakna sehingga tahun 2050 inilah umat akan berhadapan dengan fitnah yang paling besar sepanjang zaman. Fitnah yang selalu diingat-ingatkan oleh setiap nabi yang terdahulu, iaitu fitnah Dajjal.


IMAM MAHDI

Imam Mahdi tidak akan mudah mengangkat diri bahawa dia itu Imam Mahdi. Orang yang mengatakan dia itu Imam Mahdi itu, sudah pastinya bukan Imam Mahdi.

Dia pun tidak menyangka bahawa dialah sebenarnya Imam Mahdi sehinggalah orang berbai'ah kepadanya di Makkah, walaupun tanda-tandanya telah disebut oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Namanya ialah Muhammad seperti nama baginda صلى الله عليه وسلم dan nama ayahnya ialah Abdullah seperti ayah baginda.



PERISTIWA BESAR AKHIR ZAMAN

Setakat ini dari telinga hamba sendiri, ada 3 orang tok guru yang pernah menyebut bahawa mereka sempat dengan tanda besar akhir zaman.

Makna kata mereka sempat dengan peristiwa perang sabil. Ini kasyaf waliyullah, cuma ia tidak pula berkait dengan usul iman, nak terima boleh dan tak nak terima pun boleh. Wallahua'lam.

Mereka ialah:
1. Al-Habib Ustaz Dato' Syed Omar Al-Idrus حفظه الله تعالى
2. Tuan Guru Syeikh Zainul Asri حفظه الله تعالى
3. Tuan Guru Ustaz Yusof Tobir حفظه الله تعالى


CUCU TOK KU PALOH

Nama penuh ustaz ialah Al-Habib Ustaz Dato' Syed Omar bin Abdul Kadir Al-Idrus حفظه الله تعالى. Datuk beliau ialah Al-Marhum Al-Habib Syed Abdul Rahman bin Zainal Abidin Al-Idrus رحمه الله تعالى. Atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh.

Beliau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Syed Omar. Beliau dilahirkan pada tahun 1942, bermakna umurnya kini sudah pun mencecah 77 tahun. Tok Ku Paloh nasab ke-36, manakala beliau pula nasab ke-38 dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Sebelum ini, beliau merupakan mantan Pemangku Raja Terengganu (memegang jawatan istana Engku Kelana DiRaja Terengganu).

Antara Ulama' yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Sultan Terengganu ialah:
1. Tok Ku Pulau Manis & Sultan Zainal Abidin I
2. Tok Ku Paloh & Sultan Zainal Abidin III
3. Ustaz Syed Omar & Sultan Mizan


KARAMAH TOK KU PALOH

Antara minat Tok Ku Paloh حفظه الله تعالى ialah ilmu sains. Orang yang benar-benar mendalami ilmu sains, orang ini akan cenderung kepada agama. Ustaz Syed Omar bercerita, datuknya juga orang sangat alim dalam ilmu falaq. Beliau mahir dengan gelombang laut.

Satu ketika, Tok Ku Paloh dipanggil ke atas kapal dan dibawa ke laut. Beliau dicabar oleh pihak British untuk meneka kedalaman laut di bawah kapal. Lalu, Tok Ku Paloh membuat kira-kira dan menjawab 120 kaki.

Selepas itu, barulah pihak British mengarahkan anak kapal untuk menjatuhkan sauh untuk pengiraan kedalaman laut. Subhanallah, kiraan Tok Ku Paloh tepat sama sekali!
Ketika ditanya tentang ini kepada Ustaz Syed Omar حفظه الله تعالى, adakah ini termasuk dalam keistimewaan khusus (karamah) atau kealiman Tok Ku Paloh dalam ilmu falaq? Jawapannya, memang kerana beliau merupakan orang yang sangat alim.

Cerita tentang karamah Tok Ku Paloh pula, beliau sangat digeruni oleh pihak British. Pernah satu ketika, British meminta tanah (Terengganu) dari Sultan. Kemudian, Sultan suruh minta dengan Tok Ku Paloh.

Apabila disampaikan hasrat ini kepada Tok Ku Paloh, beliau menjawab,
"Boleh, silakan ambil tanah. Kamu boleh korek tanah dibelakang rumah saya sebanyak mana pun yang kamu mahu."

Pihak British rasa sangat malu kerana dijawab seperti itu. Terus mereka mahu bangun dari kerusi dengan perasaan yang sangat marah. Namun, kerusi yang mereka sedang duduk tadi telah melekat di punggung mereka!

Melihat keadaan itu, terus Tok Ku Paloh berkata,
"Tadi datang nak minta tanah, saya dah bagi tanah, ni dengan kerusi-kerusia saya pun nak ambil juga ke?"

Kisah ini sangat masyhur. Ini sahaja sudah cukup menjadi dalil kenapa pihak British sangat gerun pada Tok Ku Paloh. Mereka tidak boleh nak menjajah Terengganu, melainkan setelah kewafatan beliau.

(Kisah ini hamba telah perincikan dalam #CatatanMerdeka 2018).


PENUTUP
Akhirnya, doakan semoga Tuan Guru kita, Habib Ustaz Syed Omar cepat sembuh dan disihatkan oleh Allah سبحانه وتعالى. Sekaligus, dapat kembali mengajar di masjid dan surau seperti dahulu. Amin.
وصلى الله عل سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم.
والله اعلم.



-Rasyid Al-Kinti
Kuala Terengganu,
Elias Hj Idris

Reza Razali
is with Roslizal Razali.

'Jasa' Tun Mahathir orang tak tahu
Zaman PM4 (1981-2003)
1. MAMINCO - bankrup
2. MAKUWASA - bankrup
3. PERWAJA - bankrup
4. BMF - bankrup
5. BNM - rugi RM31.5 billion
6. Forex - gagal
7. Bank Bumi - rugi
8. BAKUN - rugi
9. MAS - rugi
10. ERL - kerajaan terpaksa bayar kroni
11. PKFZ - rugi
12. PUTRA LRT - bankrup-bailout
13. STAR LRT - bankrup-bailout
14. MONOREL - bankrup-bailout
15. BAS INTRAKOTA - bankrup
16. SILTERRA - rugi
17. JARING - gagal
18. MEC ELECTRONIC GAMBANG - bankrup
19. MIMOS - gagal
20. HICOM - gagal
21. EAGLE PLANE
22. IPP - rugikan TNB berbilion
23. TNB - rugi
24. PROTON - rugi
25. FIMA Rantei - gagal
26. SOGOSHOSHA - gagal
27. JUDICIARY - dicemar
28. UMNO - diharamkan
29. DAYABUMI - gagal
30. TIME dotCom - rugi
31. KONSORTIUM PERKAPALAN - rugi
32. MISC - lingkup
33. IWK - rugi
34. DASAR PANDANG KE TIMUR - gagal
35. PLAZA RAKYAT - terbengkalai
36. JB WARWRFRONT CITY - terbengkalai
37. KRONISME - berleluasa
38. HARGA BARANG - naik
39. ARAK - Mirzan beli kilang arak San Miguel - jatuh maruah dan berdosa besar
40. RINGGIT - jahanam daripada RM2.20 kepada RM3.80 (vs USD)
41. SUKAN KOMANWEL - masih ada yang tak dapat payment
42. EKUITI BUMI - naik tak sampai 2% selama 22 tahun
43. PIRATISATION - 200 syarikat awam difaraidh kepada kroni, dan anak-anak
44. PENAPIS MINYAK - 22 tahun tiada penapis minyak sendiri terpaksa import dari Singapura
45. SURAT WAHYU - boleh menang tender, loan boleh approve, boleh lari dari penguatkuasa, syarikat RM2 boleh dapat projek juta-juta
46. MINYAK NAIK - dari 89 sen hingga hampir 3 ringgit masa 1998.
47. Boboi MB Kedah 2 kali - bailout
48. PM4 Bapa bailout,
49.Beli 88 pesawat pejuang SKYHAWK,44 tibe,baki 44 tersadai diNevada, USA.

Elias Hj Idris































Oleh : Pena MZR

Perjanjian rahsia projek ECRL yang melibatkan ribuan hektar tanah diberi kepada China didedahkan.

Siapa Jual Negara?

※ Syarikat China telah diberikan beribu-ribu ekar tanah di sekitar 7 stesen bersama dengan hak untuk membangunkan taman-taman perindustrian sebagai "package" perundingan.

※ Sebagai tukaran, Kerajaan China hanya diminta untuk memberi diskaun sebanyak RM21.5 billion ke atas projek ECRL.

※ Jika manusia waras berfikir dan membuat penilaian dengan membandingkan antara nilai dikaun RM21.5 bilion dengan nilai hartanah beribu-ribu ekar berserta dengan hak untuk membangunkan 7 taman perindustrian yang diberi kepada China, nilai tersebut adalah terlalu kecil dan tidak sepadan.

※ Rakyat Malaysia sekali lagi diperbodohkan. Modus operandi mereka adalah: Kononnya, DS Najib Tun Razak membayar kos projek ECRL dengan harga lebih tinggi dan Tun Daim Zainuddin pula berjaya mengurangkan kosnya sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion. Maknanya, DS Najib akan dianggap oleh rakyat sama ada "bodoh" ataupun "penyamun".

※ Sekarang apabila dokumen perjanjian SULIT atau mungkin juga ada perjanjian "tepi" terbongkar, barulah kita nampak "game" mereka ini, bahawa RM21.5 billion itu bukanlah nilai diskaun seperti mana yang diwar-warkan oleh media.

※ Cerita sebenarnya, China telah diberi hak memiliki tanah dan hak pembangunan yang jumlahnya sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada ‘diskaun’ yang mereka beri.

Elias Hj Idris
Murid2 dari kelas sebelah sana tu hanya gunakan sebelah otak mereka untuk mencacai..



Azam Aziz


Murid2 sekelian, bila saya katakan DPP wajib buktikan Najib tahu duit RM42 juta yang masuk ke akaunnya itu adalah daripada sumber aktiviti haram, ramai murid dari fakulti sebelah tiba-tiba masuk ke kelas saya dan meroyan koyak -

"Takkan la Najib tak tahu duit tu dari mana?"
.

"Takkanlah bank Negara tak alert kan Najib"

OK lah, saya tak cakap kosong.

Sila rujuk seksyen 4(2)(a) atau (b) Akta Amlafta 2001 ini.

Untuk membuktikan kesalahan Najib di bawah Seksyen 4(1) Amlafta, DPP kena juga buktikan Najib tahu, mempunyai sebab untuk percaya, atau mempunyai syak bahawa duit RM42 juta yg masuk ke akaunnya itu adalah dari sumber aktiviti haram atau tidak seperti mana kehendak seksyen 4(2).

Kalau tanya Najib mestilah dia jawab tidak tahu. Tapi Najib tidak boleh bercakap apa-apa sekarang.
Jadi, beban pembuktian pengetahuan Najib ini adalah kepada Tommy Thomas yang takde pengalaman mengendalikan kes jenayah.

Ini adalah kes jenayah pertama yang dikendalikan oleh Tommy Thomas sepanjang hidupnya.
Beban bukti pengetahuan Najib bahawa duit itu adalah duit haram adalah terletak kepada yang menuduh, bukan kepada yang dituduh.

Jadi janganlah nak dibandingkan duit yang biasa masuk ke dalam akaun kita dengan duit dalam akaun Najib.

Pada Najib, RM1juta tu mungkin pada kita macam RM1 je.

Keluar masuk puluh-puluh juta dalam akaun Najib adalah biasa.

So jangan bandingkan akaun Najib dengan akaun kita.

Kita sendiri pun kalau masuk wang setakat RM300 tentu tidak perasan, kan?

Kalau orang tersilap bank-in RM10k ke dalam akaun kita pun adakah kita akan pulangkan kalau orang itu tuntut dan mengaku silap bank-in? Sedangkan duit itu dah habis dibelanjakan. Amacam? Ko nak refund ke tak?

So jangan sembang gajah terbang DUMBO sangat kalau kamu tidak tau hujung pangkal pasal undang-undang Amlafta.

Pasal Bank Negara tak 'alert'kan ke Najib pasal duit masuk itu, nanti bila tiba giliran Zetty jadi saksi kita dengar apa jawapan beliau?

Itupun kalau pihak pendakwaan beranilah nak panggil Zetty ssebagai saksi pendakwaan.

Koyak rabak la kes tu nanti.
    Elias Hj Idris
    Najib Razak
    Saya nak mengulas sedikit tentang perbezaan cara memerintah masa BN dengan PH.
    Dalam tempoh 9 tahun kerajaan BN semasa saya PM, kita ikhlas dan bekerja kuat untuk memajukan negara dan menambah kekayaan untuk semua lapisan rakyat.

    Semasa kita berusaha, kita tidak pernah menyalahkan kerajaan di bawah PM terdahulu.
    Bila ada masalah, kita perbetulkan. Kita tidak menuding jari.

    Masalah legasi perjanjian penjana kuasa bebas (IPP) berat sebelah, kita selesaikan.
    Masalah legasi sistem percukaian ketinggalan zaman, tidak telus dan tidak efficient dan menyebabkan ratusan bilion mengalir keluar dari Malaysia, kita gantikan.

    Masalah legasi pembangunan tidak sama rata untuk pantai timur serta Sabah dan Sarawak, kita imbangkan.

    Masalah legasi lebuhraya tol PLUS paling panjang di Malaysia dengan perjanjian berat sebelah dimilik oleh pihak swasta, kita beli balik dan letak di bawah kerajaan dan KWSP.

    Masalah legasi FELDA tidak mendapat dana yang cukup untuk penanaman semula dan menjaga warga FELDA yang semakin lanjut usia, kita cari dana.

    Masalah legasi kita sering gaduh dengan negara-negara lain, kita perbaiki hubungan.

    Masalah legasi di mana jurang pendapatan terlalu besar, kita memperkenalkan sistem BR1M serta sistem bantuan yang lain untuk mengagihkan semula kekayaan negara kepada golongan B40.

    Masalah legasi cukai kereta terlalu tinggi dan rakyat hanya mampu membeli kereta tempatan, kita hapuskan banyak cukai sepoert cukai import dan cukai jualan. Akibatnya, hari ini kita boleh tengok ramai yang sudah guna kereta pelbagai jenama di jalanraya.

    Masalah legasi sistem pengangkutan awam tidak menjadi pilihan ramai, kita menambah baik.
    Dan banyak lagi.

    Kita buat kerja sahaja tanpa menyalahkan sesiapa ataupun memberi alasan faktor dunia.
    Akibatnya, pertumbuhan ekonomi negara dan eksport pada tempoh 9 tahun ini adalah antara paling tinggi di dunia.

    Kita tidak menipu rakyat dengan propaganda bahawa kita mahu kembalikan negara menjadi harimau asia semula.

    Padahal, kita tidak pernah pun mendapat gelaran Harimau Asia.

    Kebenarannya pula ialah dalam tempoh 9 tahun ini, kadar pertumbuhan ekonomi kita lebih tinggi berbanding keempat -empat negara yang diberi Harimau Asia iaitu Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan.

    Pada tempoh itu, Malaysia diberi gelaran sebagai pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu "world's longest running bull market." sehingga kita capai tahap tertinggi pada awal bulan Mei sebelum PRU14.
    https://www.bloomberg.com/…/malaysia-home-to-the-world-s-lo…

    Indeks saham negara naik dari 800 mata pada masa saya mula menjadi PM sehingga hampir 1,900 mata sebelum PRU14.

    Nilai pasaran saham meningkat dari RM600 bilion kiepada RM2 trilion.

    Kekayaan RM1.4 trilion dibina pada masa itu dan jumlah besar dari kekayaan dikongsi dengan seluruh Rakyat.

    Akibatnya, pada tempoh 9 tahun ini:
    - Dana Tabung Haji naik dari RM21 bilion menjadi RM74 bilion
    - Dana KWSP naik dari RM341 bilion ke RM841 bilion
    - Nilai aset PNB naik dari RM120 bilion ke RM280 bilion
    - KWAP naik dari RM52 bilion ke RM141 bilion.
    - Aset bersih Petronas naik dari RM248 bilion ke RM438 bilion
    - Khazanah naik dari RM34 bilion ke RM117 bilion.

    Tapi Raykat tak suka "world's longest running bull market"
    Ataupun pasaran saham yang sering mencipta rekod tahap tertinggi.

    Raykat lebih suka "World's worst share market" dan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi yang menurun.
    https://www.freemalaysiatoday.com/…/bursa-malaysia-keeps-m…/

    Raykat lebih suka mendengar cerita-cerita dongeng seperti Malaysia dalam bahaya, hutang RM1 trilion, saya pembunuh Altantuya, saya menteri kewangan paling teruk, BN jual negara dan kita ke arah bankrap atau dijajah dari pihak PH yang kuat menghasut.

    Sebenarnya, saya juga sedikit menyesal bahawa saya secara peribadi tidak menggunakan lebih banyak masa untuk menulis panjang-lebar seperti ini semasa saya PM supaya auta-auta dari PH disangkal dan diperbetulkan.

    Tetapi pada masa itu, saya dan rakan-rakan kita di BN terlalu fokus untuk menjayakan Pelan Transformasi Negara yang kita rancangkan.

    Akibatnya, kita tewas di PRU14 kerana ramai yang telah termakan fitnah bahawa Malaysia ke arah bankrap walaupun realiti ialah sebaliknya.
    Elias Hj Idris


    Najib Razak
    Saya terbaca banyak laporan media yang memetik beberapa NGO yang membantah keputusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang meluluskan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk pembinaan Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) di negeri ini.

    Mereka mengaku tidak faham bagaimana kerajaan pusat boleh meluluskan projek ini.
    Tetapi saya jangka bantahan-bantahan NGO dan orang awam tidak akan berhasil dan kerajaan Pulau Pinang tidak akan hentikan PIL ini.

    PIL ini adalah satu projek ketika Menteri Kewayangan kita memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

    Kos lebuhraya yang panjangnya 19.5km pada mulanya diumumkan sebagai RM7.5 bilion.
    Sekarang harga sudah naik ke RM9.6 bilion bersamaan dengan RM492 juta satu km.
    Selepas PRU14, kerajaan Pulau Pinang juga telah meminta dana RM1 bilion dari kerajaan pusat untuk memulakan projek ini.
    http://www.astroawani.com/…/pinjaman-mudah-bantu-kerajaan-p…

    Jika kita melihat peta lebuh raya PIL yang saya lampirkan, kawasan yang saya gariskan dengan warna oren di hujung lebuhraya ini ialah tapak projek pembangunan hartanah bernilai RM15 bilion yang telah dianugerahkan kepada syarikat konsesi terowong Pulau Pinang.
    http://www.theedgemarkets.com/…/ewein-consortium-zenith-dev…

    Erti kata lain, lebuhraya PIL ini dibina untuk menghubungkan projek pembangunan syarikat konsesi terowong dengan lapangan terbang Bayan Lepas.
    Kalau kita panggil kroni, nanti ada orang marah.

    Tanah untuk tapak ini telah diberi kepada syarikat konsesi ini oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai bayaran RM6.3 bilion untuk projek terowong yang sehingga kini iaitu 6 tahun selepas projek dianugerahkan, masih tidak dapat siapkan laporan-laporan yang bernilai RM305 juta yang juga dibayar oleh kerajaan PH.
    https://www.bharian.com.my/…/laporan-kajian-terowong-dasar-…

    Oleh itu, mereka di Pulau Pinang yang kuat membantah lebuhraya PIL ini patut tahu bahawa projek ini tidak akan dihentikan.

    Projek hartanah swasta yang bernilai RM15 bilion bukan main-main.
    Lagipun kertas siasatan SPRM yang terbongkar baru-baru ini ada memetik beberapa pemimpin kanan DAP telah menerima wang rasuah untuk projek ini termasuk pemberian 10% dalam projek ini kepada sesuatu individu.

    Jerit sampai hilang suara pun kerajaan PH akan teruskan PIL


    https://screenshots.firefox.com/EDWofoV94iYuDLSK/www.facebook.com
    Elias Hj Idris

    Cara Buat Baja Ikan Dan Gula Merah Untuk Lebatkan Buah Hingga Patah!

    Perasan tak pokok yang anda tanam lambat tumbuh atau mengeluarkan tunas baru, berbuah tapi tak lebat, ataupun diserang penyakit hingga nampak tak bermaya ibarat 'hidup segan, mati tak mahu'... karam sing walia melaporkan...
    Sebelum menulis lebih panjang, saya Donny Ien, penulis blog ini yang suka berkongsi banyak ilmu dan tips pertanian serta menjual pelbagai benih buah-buahan secara online. Saya sangat meminati bidang pertanian kerana ia adalah nadi dan sumber terpenting pendapatan negara kita. Kalau tiada pertanian, tiadalah kita mau makan... anda faham maksud tersirat? fikir-fikirkan sendiri kio...
    Fokus utama saya ialah ingin membantu para petani untuk memajukan diri dalam bidang ini dengan perkongsian ilmu, tips dan teknologi terkini yang sudah lama di praktikan di negara lain. Sekurang-kurangya ia dapat membantu saya sendiri untuk belajar bagaimana cara bertani dengan lebih baik untuk meningkatkan tarap hidup. 
    Okey, cukup untuk intro, artikel pagi ini saya kongsikan bagaimana cara buat baja FAA yang diperbuat daripada ikan dan gula merah. Bahan-bahannya sangat simple tapi kesannya amat mujarab! anda sendiri boleh buat dirumah. Modal pun murah ja.
    Apa itu baja FAA? Fish Amino Acid ( FAA ) merupakan cecair dari proses pereputan ikan yang menghasilkan asid amino dan ianya merupakan bahagian terpenting dari protein. FAA merupakan penghasilan yang baik untuk kehidupan dan pertumbuhan mikrob dan juga tumbuhan kerana mengandungi pelbagai nutrien dan berbagai jenis asid amino dan komponen protein lain untuk pertumbuhan pokok lebih cepat dan sihat.
    Selain itu kelebihan baja ikan ini kaya dengan kalsium dan unsur-unsur micro yang lebih kecil dan diperlukan oleh pokok untuk tumbuh subur. Penggunaan baja ini  membuat pokok akan lebih rintang penyakit dan tumbuh lebih subur serta berbuah lebat. Kalau macam tu, memang baja ini sangat bagus untuk tumbesaran pokok. 
    CARA-CARA:
    Berikut adalah cara bagaimana membuat baja ikan atau dikenali FAA (Fish Amino Acid)  menggunakan ikan dan Molusses atau gula merah untuk foliar spray atau baja semburan di daun. 
    1. Beli ikan di pasar, lebih kurang 2-3 kilogram, apa-apa jenis ikan pun boleh, tak perlu buang isi perut. Potong-potong ikan tersebut menjadi 3-4 ketul. Sediakan baldi atau tong cat terpakai untuk meletakkan bahan-bahan yang akan dijadikan baja.

    2. Sediakan gula merah sebanyak 2 liter yang sudah di bancuh dalam bekal botol minuman. Masukkan kesemua gula merah ke dalam baldi



    3. Lepas tu, masukkan pula ikan yang telah di potong tadi


    4. Gaulkan hingga sebati kedua-dua bahan ini


    5. Kedua-dua bahan tadi dicampur di dalam bekas dan ditutup dengan kain, ikat dengan ketat kemudian disimpan selama sebulan di tempat yang teduh dan gelap, asalkan bukan di bawah matahari.


    6. Selepas 1 bulan tapis airnya dan boleh digunakkan untuk semburan pokok. Baja ini peram lebih lama lagi bagus.

    Gambar dibawah iaitu baja yang sudah di peram selama sebulan boleh digunakan terus untuk tanaman anda.

    Ikan mengandungi kandungan NPK 5:1:1 dan Trace Element yang sangat tinggi, ianya amat bagus untuk membantu tanaman anda tumbuh subur dan berbuah lebat.
    CARA GUNA"
    - Campurkan baja ikan (FAA) dengan kadar 50 ml kepada 10 liter air. Kacau campuran tersebut sehingga rata.
    - Sembur campuran tadi ke daun atau/dan jirus di sekeliling pokok. ( Seeloknya waktu pagi, tanpa sinaran terik matahari. )
    - Guna mengikut keperluan pokok tersebut. Biasanya 1 minggu sekali. 
    Menurut kajian, baja ikan atau amino asid FAA ini amat baik untuk menentukan kesuburan pokok yang maksima dan ketahanan dari segala penyakit, serta untuk penghasilan buah/bunga yang berkualiti dan meningkatkan produksi pokok. 
    KELEBIHAN DAN MANFAAT
    1. Memberi daya tahan penyakit dan serangan serangga dan perosak
    2. Memanjangkan proses menghasilkan debunga, daya ketahanan pokok bunga lebih lama
    3. Memanjangkan usia tanaman
    4. Melebatkan dan menambahkan hasil pengeluaran tanaman anda

    Tonton video dibawah dengan lebih jelas


    Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini memberi manafaat pada semua yang meminati hobi tanaman. Jangan lupa follow fb saya Donny bin Ien untuk dapatkan lebih banyak ilmu pertanian.

    Kredit Video Projek Kebun
    Elias Hj Idris

    Syed Agil Jamalullail



    Sebenarnya bukan TH saja underperform di bawah pentadbiran kerajaan PH;

    -  Eksport jatuh
    -  Import jatuh
    -  Total trade jatuh
    -  Indeks Bursa jatuh paras paling rendah sejak 2 tahun
    -  manufacturing index turun 6 bulan berturut
    -  Pelancong dari Singapura jatuh 15%
    -  Pelaburan di Pulau Pinang jatuh 50%
    -  3 kali selepas PRU14, Moody's turunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia
    -  RM200 billion lesap drpd Bursa Malaysia
    -  hutang kerajaan naik hampir RM90 billion dalam masa hanya 10 bulan
    -  Bursa adalah satu-satunya pasaran saham dalam Asia Tenggara yang jatuh setakat tahun ni
    -  Singapura boikot import telur dan udang daripada Malaysia
    -  Filipina boikot sawit daripada Malaysia
    -  Perancis dan Eropah boikot sawit Malaysia
    -  Jack Ma pindahkan pelaburannya ke Indonesia
    -  dividen ASB terendah dalam sejarah
    -  hibah TH terendah dalam sejarah.

    Bloomberg dedahkan ramai pelabur asing lari sebaik selepas PRU14. Suruhanjaya Sekuriti mendedahkan RM200 billion lesap daripada pasaran Malaysia pada 2018.

    Kalau PH bersih seperti yang dikatakan, sepatutnya berbondong-bondong pelabur luar berkejar mahu melabur di sini, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.