Elias Hj Idris
2: AHLI ASBAB DAN AHLI TAJRID

"Keinginan kamu untuk bertajrid padahal Allah swt meletakkan kamu dalam suasana asbab adalah asbab syahwat yang samar. Sebaliknya keinginan kamu untuk berasbab padahal Allah telah meletakkan kamu dalam suasanan tajrid bererti turun dari semangat dan tingkat yang tinggi".

Hikmat 1 menerangkan tanda orang yang bersandar kepada amal. Bergantung kepada amal adalah sifat manusia biasa yang hidup dalam dunia ini. Dunia ini dinamakan alam asbab.

Apabila perjalanan hidup keduniaan dipandang melalui mata ilmu atau mata akal akan dapat disaksikan kerapian susunan sistem sebab musabab yang mempengaruhi segala kejadian. Tiap sesuatu berlaku menurut sebab yang menyebabkan ia berlaku. Hubungan sebab dengan akibat sangat erat.
Mata akal melihat dengan jelas keberkesanan sebab dalam menentukan akibat. Kerapian sistem sebab musabab ini membolehkan manusia mengambil manfaat daripada anasir dan kejadian alam.

Manusia dapat menentukan anasir yang boleh memudaratkan kesihatan lalu menjauhkannya dan manusia juga boleh menentukan anasir yang boleh menjadi ubat lalu menggunakannya. Manusia boleh membuat ramalan cuaca, pasang surut air laut, angin, ombak, letupan gunung berapi dan lain-lain kerana sistem yang mengawal perjalanan anasir alam berada dalam suasana yang sangat rapi dan sempurna, membentuk hubungan sebab dan akibat yang padu.

Allah s.w.t mengadakan sistem sebab musabab yang rapi adalah untuk kemudahan manusia menyusun kehidupan mereka di dunia ini. Kekuatan akal dan pancaindera manusia mampu mentadbir kehidupan yang dikaitkan dengan perjalanan sebab musabab. Hasil daripada pemerhatian dan kajian akal itulah lahir berbagai-bagai jenis ilmu tentang alam dan kehidupan, seperti ilmu sains, astronomi, kedoktoran, teknologi maklumat dan sebagainya. Semua jenis ilmu itu dibentuk berdasarkan perjalanan hukum sebab-akibat.

Kerapian sistem sebab musabab menyebabkan manusia terikat kuat dengan hukum sebab-akibat. Manusia bergantung kepada amal (sebab) dalam mendapatkan hasil (akibat). Manusia yang melihat kepada keberkesanan sebab dalam menentukan akibat serta bersandar dengannya dinamakan ahli asbab.

Sistem sebab musabab atau perjalanan hukum sebab-akibat sering membuat manusia lupa kepada kekuasaan Allah s.w.t. Mereka melakukan sesuatu dengan penuh keyakinan bahawa akibat akan lahir daripada sebab, seolah-olah Allah s.w.t tidak ikut campur dalam urusan mereka.

Allah s.w.t tidak suka hamba-Nya ‘mempertuhankan’ sesuatu kekuatan sehingga mereka lupa kepada kekuasaan-Nya. Allah s.w.t tidak suka jika hamba-Nya sampai kepada tahap mempersekutukan diri-Nya dan kekuasaan-Nya dengan anasir alam dan hukum sebab-akibat ciptaan-Nya. Dia yang meletakkan keberkesanan kepada anasir alam berkuasa membuat anasir alam itu lemah semula.

Dia yang meletakkan kerapian pada hukum sebab-akibat berkuasa merombak hukum tersebut. Dia mengutuskan rasul-rasul dan nabi-nabi membawa mukjizat yang merombak hukum sebab-akibat bagi mengembalikan pandangan manusia kepada-Nya, agar waham sebab musabab tidak menghijab ketuhanan-Nya.

Kelahiran Nabi Isa a.s, terbelahnya laut dipukul oleh tongkat Nabi Musa a.s, kehilangan kuasa membakar yang ada pada api tatkala Nabi Ibrahim a.s masuk ke dalamnya, keluarnya air yang jernih dari jari-jari Nabi Muhammad s.a.w dan banyak lagi yang didatangkan oleh Allah s.w.t, merombak keberkesanan hukum sebab-akibat bagi menyedarkan manusia tentang hakikat bahawa kekuasaan Allah s.w.t yang menerajui perjalanan alam maya dan hukum sebab-akibat. Alam dan hukum yang ada padanya seharusnya membuat manusia mengenal Tuhan, bukan menutup pandangan kepada Tuhan. Sebahagian daripada manusia diselamatkan Allah s.w.t daripada waham sebab musabab.
Sebagai manusia yang hidup dalam dunia mereka masih bergerak dalam arus sebab musabab tetapi mereka tidak meletakkan keberkesanan hukum kepada sebab. Mereka sentiasa melihat kekuasaan Allah s.w.t yang menetapkan atau mencabut keberkesanan pada sesuatu hukum sebab-akibat. Jika sesuatu sebab berjaya mengeluarkan akibat menurut yang biasa terjadi, mereka melihatnya sebagai kekuasaan Allah s.w.t yang menetapkan kekuatan kepada sebab tersebut dan Allah s.w.t juga yang mengeluarkan akibatnya. Allah s.w.t berfirman:

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Ayat 1 & 2 : Surah al-Hadiid )

Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu”. (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Nya, supaya kamu memahaminya. ( Ayat 73 : Surah al-Baqarah )

Orang yang melihat kepada kekuasaan Allah s.w.t menerajui hukum sebab-akibat tidak meletakkan keberkesanan kepada hukum tersebut. Pergantungannya kepada Allah s.w.t, tidak kepada amal yang menjadi sebab. Orang yang seperti ini dipanggil ahli tajrid.
Ahli tajrid, seperti juga ahli asbab, melakukan sesuatu menurut peraturan sebab-akibat. Ahli tajrid juga makan dan minum Ahli tajrid memanaskan badan dan memasak dengan menggunakan api juga. Ahli tajrid juga melakukan sesuatu pekerjaan yang berhubung dengan rezekinya. Tidak ada perbezaan di antara amal ahli tajrid dengan amal ahli asbab.

Perbezaannya terletak di dalam diri iaitu hati. Ahli asbab melihat kepada kekuatan hukum alam. Ahli tajrid melihat kepada kekuasaan Allah s.w.t pada hukum alam itu. Walaupun ahli asbab mengakui kekuasaan Allah s.w.t tetapi penghayatan dan kekuatannya pada hati tidak sekuat ahli tajrid.

Dalam melakukan kebaikan ahli asbab perlu melakukan mujahadah. Mereka perlu memaksa diri mereka berbuat baik dan perlu menjaga kebaikan itu agar tidak menjadi rosak. Ahli asbab perlu memperingatkan dirinya supaya berbuat ikhlas dan perlu melindungi keikhlasannya agar tidak dirosakkan oleh riak (berbuat baik untuk diperlihatkan kepada orang lain agar dia dikatakan orang baik), takbur (sombong dan membesar diri, merasakan diri sendiri lebih baik, lebih tinggi, lebih kuat dan lebih cerdik daripada orang lain) dan sama’ah (membawa perhatian orang lain kepada kebaikan yang telah dibuatnya dengan cara bercerita mengenainya, agar orang memperakui bahawa dia adalah orang baik). Jadi, ahli asbab perlu memelihara kebaikan sebelum melakukannya dan juga selepas melakukannya.

Suasana hati ahli tajrid berbeza daripada apa yang dialami oleh ahli asbab. Jika ahli asbab memperingatkan dirinya supaya ikhlas, ahli tajrid tidak melihat kepada ikhlas kerana mereka tidak bersandar kepada amal kebaikan yang mereka lakukan. Apa juga kebaikan yang keluar daripada mereka diserahkan kepada Allah s.w.t yang mengurniakan kebaikan tersebut.

Ahli tajrid tidak perlu menentukan perbuatannya ikhlas atau tidak ikhlas. Melihat keihklasan pada perbuatan sama dengan melihat diri sendiri yang ikhlas. Apabila seseorang merasakan dirinya sudah ikhlas, padanya masih tersembunyi keegoan diri yang membawa kepada riak, ujub (merasakan diri sendiri sudah baik) dan sama’ah.

Apabila tangan kanan berbuat ikhlas dalam keadaan tangan kiri tidak menyedari perbuatan itu baharulah tangan kanan itu benar-benar ikhlas.

Orang yang ikhlas berbuat kebaikan dengan melupakan kebaikan itu.

Ikhlas sama seperti harta benda. Jika seorang miskin diberi harta oleh jutawan, orang miskin itu malu mendabik dada kepada jutawan itu dengan mengatakan yang dia sudah kaya.

Orang tajrid yang diberi ikhlas oleh Allah s.w.t mengembalikan kebaikan mereka kepada Allah s.w.t. Jika harta orang miskin itu hak si jutawan tadi, ikhlas orang tajrid adalah hak Allah s.w.t. Jadi, orang asbab bergembira kerana melakukan perbuatan dengan ikhlas, orang tajrid pula melihat Allah s.w.t yang mentadbir sekalian urusan.

Ahli asbab dibawa kepada syukur, ahli tajrid berada dalam penyerahan.
Kebaikan yang dilakukan oleh ahli asbab merupakan teguran agar mereka ingat kepada Allah s.w.t yang memimpin mereka kepada kebaikan.

Kebaikan yang dilakukan oleh ahli tajrid merupakan kurniaan Allah s.w.t kepada kumpulan manusia yang tidak memandang kepada diri mereka dan kepentingannya.

Ahli asbab melihat kepada keberkesanan hukum sebab-akibat.

Ahli tajrid pula melihat kepada keberkesanan kekuasaan dan ketentuan Allah s.w.t.

Dari kalangan ahli tajrid, Allah s.w.t memilih sebahagiannya dan meletakkan kekuatan hukum pada mereka. Kumpulan ini bukan sekadar tidak melihat kepada keberkesanan hukum sebab-akibat, malah mereka berkekuatan menguasai hukum sebab-akibat itu. Mereka adalah nabi-nabi dan wali-wali pilihan. Nabi-nabi dianugerahkan mukjizat dan wali-wali dianugerahkan kekeramatan. Mukjizat dan kekeramatan merombak keberkesanan hukum sebab-akibat.

Di dalam kumpulan wali-wali pilihan yang dikurniakan kekuatan mengawal hukum sebab-akibat itu terdapatlah orang-orang seperti Syeikh Abdul Kadir al-Jailani, Abu Hasan as-Sazili, Rabiatul Adawiah, Ibrahim Adham dan lain-lain. Cerita tentang kekeramatan mereka sering diperdengarkan. Orang yang cenderung kepada tarekat tasauf gemar menjadikan kehidupan aulia Allah s.w.t tersebut sebagai contoh, dan yang mudah memikat perhatian adalah bahagian kekeramatan. Kekeramatan biasanya dikaitkan dengan perilaku kehidupan yang zuhud dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Timbul anggapan bahawa jika mahu memperolehi kekeramatan seperti mereka mestilah hidup sebagaimana mereka. Orang yang berada pada peringkat permulaan bertarekat cenderung untuk memilih jalan bertajrid iaitu membuang segala ikhtiar dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Sikap melulu bertajrid membuat seseorang meninggalkan pekerjaan, isteri, anak-anak, masyarakat dan dunia seluruhnya. Semua harta disedekahkan kerana dia melihat Saidina Abu Bakar as-Siddik telah berbuat demikian. Ibrahim bin Adham telah meninggalkan takhta kerajaan, isteri, anak, rakyat dan negerinya lalu tinggal di dalam gua. Biasanya orang yang bertindak demikian tidak dapat bertahan lama.
Kesudahannya dia mungkin meninggalkan kumpulan tarekatnya dan kembali kepada kehidupan duniawi. Ada juga yang kembali kepada kehidupan yang lebih buruk daripada keadaannya sebelum bertarekat dahulu kerana dia mahu menebus kembali apa yang telah ditinggalkannya dahulu untuk bertarekat. Keadaan yang demikian berlaku akibat bertajrid secara melulu.

Orang yang baharu masuk ke dalam bidang latihan kerohanian sudah mahu beramal seperti aulia Allah s.w.t yang sudah berpuluh-puluh tahun melatihkan diri. Tindakan mencampak semua yang dimilikinya secara tergesa-gesa membuatnya berhadapan dengan cabaran dan dugaan yang boleh menggoncangkan imannya dan mungkin juga membuatnya berputus-asa. Apa yang harus dilakukan bukanlah meniru kehidupan aulia Allah s.w.t yang telah mencapai makam yang tinggi secara melulu. Seseorang haruslah melihat kepada dirinya dan mengenalpasti kedudukannya, kemampuanya dan daya-tahannya.

Ketika masih di dalam makam asbab seseorang haruslah bertindak sesuai dengan hukum sebab-akibat. Dia harus bekerja untuk mendapatkan rezekinya dan harus pula berusaha menjauhkan dirinya daripada bahaya atau kemusnahan.

Ahli asbab perlu berbuat demikian kerana dia masih lagi terikat dengan sifat-sifat kemanusiaan. Dia masih lagi melihat bahawa tindakan makhluk memberi kesan kepada dirinya. Oleh yang demikian adalah wajar sekiranya dia mengadakan juga tindakan yang menurut pandangannya akan mendatangkan kesejahteraan kepada dirinya dan orang lain.

Tanda Allah s.w.t meletakkan seseorang pada kedudukan sebagai ahli asbab ialah apabila urusannya dan tindakannya yang menurut kesesuaian hukum sebab-akibat tidak menyebabkannya mengabaikan kewajipan terhadap tuntutan agama. Dia tetap berasa rengan untuk berbakti kepada Allah s.w.t, tidak gelojoh dengan nikmat duniawi dan tidak berasa iri hati terhadap orang lain.

Apabila ahli asbab berjalan menurut hukum asbab maka jiwanya akan maju dan berkembang dengan baik tanpa menghadapi kegoncangan yang besar yang boleh menyebabkan dia berputus asa dari rahmat Allah s.w.t. Rohaninya akan menjadi kuat sedikit demi sedikit dan menolaknya ke dalam makam tajrid secara selamat. Akhirnya dia mampu untuk bertajrid sepenuhnya.

Ada pula orang yang dipaksa oleh takdir supaya bertajrid. Orang ini asalnya adalah ahli asbab yang berjalan menurut hukum sebab-akibat sebagaimana orang ramai. Kemungkinannya kehidupan seperti itu tidak menambahkan kematangan rohaninya. Perubahan jalan perlu baginya supaya dia boleh maju dalam bidang kerohanian. Oleh itu takdir bertindak memaksanya untuk terjun ke dalam lautan tajrid.

Dia akan mengalami keadaan di mana hukum sebab-akibat tidak lagi membantunya untuk menyelesaikan masalahnya. Sekiranya dia seorang raja, takdir mencabut kerajaannya. Sekiranya dia seorang hartawan, takdir menghapuskan hartanya. Sekiranya dia seorang yang cantik, takdir menghilangkan kecantikannya itu.

Takdir memisahkannya daripada apa yang dimiliki dan dikasihinya. Pada peringkat permulaan menerima kedatangan takdir yang demikian, sebagai ahli asbab, dia berikhtiar menurut hukum sebab-akibat untuk mempertahankan apa yang dimiliki dan dikasihinya. Jika dia tidak terdaya untuk menolong dirinya dia akan meminta pertolongan orang lain. Setelah puas dia berikhtiar termasuklah bantuan orang lain namun, tangan takdir tetap juga merombak sistem sebab-akibat yang terjadi ke atas dirinya. Apabila dia sendiri dengan dibantu oleh orang lain tidak mampu mengatasi arus takdir maka dia tidak ada pilihan kecuali berserah kepada takdir. Dalam keadaan begitu dia akan lari kepada Allah s.w.t dan merayu agar Allah s.w.t menolongnya. Pada peringkat ini seseorang itu akan kuat beribadat dan menumpukan sepenuh hatinya kepada Tuhan. Dia benar-benar berharap Tuhan akan menolongnya mengembalikan apa yang pernah dimilikinya dan dikasihinya. Tetapi, pertolongan tidak juga sampai kepadanya sehinggalah dia benar-benar terpisah dari apa yang dimiliki dan dikasihinya itu. Luputlah harapannya untuk memperolehinya kembali. Redalah dia dengan perpisahan itu. Dia tidak lagi merayu kepada Tuhan sebaliknya dia menyerahkan segala urusannya kepada Tuhan. Dia menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t, tidak ada lagi ikhtiar, pilihan dan kehendak diri sendiri. Jadilah dia seorang hamba Allah s.w.t yang bertajrid.

Apabila seseorang hamba benar-benar bertajrid maka Allah s.w.t sendiri akan menguruskan kehidupannya. Allah s.w.t menggambarkan suasana tajrid dengan firman-Nya:

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. ( Ayat 60 : Surah al-‘Ankabut )

Makhluk Allah s.w.t seperti burung, ikan, kuman dan sebagainya tidak memiliki tempat simpanan makanan. Mereka adalah ahli tajrid yang dijamin rezeki mereka oleh Allah s.w.t. Jaminan Allah s.w.t itu meliputi juga bangsa manusia. Tanda Allah s.w.t meletakkan seseorang hamba-Nya di dalam makam tajrid ialah Allah s.w.t memudahkan baginya rezeki yang datang dari arah yang tidak diduganya. Jiwanya tetap tenteram sekalipun terjadi kekurangan pada rezeki atau ketika menerima bala ujian.

Sekiranya ahli tajrid sengaja memindahkan dirinya kepada makam asbab maka ini bermakna dia melepaskan jaminan Allah s.w.t lalu bersandar kepada makhluk . Ini menunjukkan akan kejahilannya tentang rahmat dan kekuasaan Allah s.w.t. Tindakan yang jahil itu boleh menyebabkan berkurangan atau hilang terus keberkatan yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya.

Misalnya, seorang ahli tajrid yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan kecuali membimbing orang ramai kepada jalan Allah s.w.t, walaupun tidak mempunyai sebarang pekerjaan namun, rezeki datang kepadanya dari berbagai-bagai arah dan tidak pernah putus tanpa dia meminta-minta atau mengharap-harap. Pengajaran yang disampaikan kepada murid-muridnya sangat berkesan sekali. Keberkatannya amat ketara seperti makbul doa dan ucapannya biasanya menjadi kenyataan. Andainya dia meninggalkan suasana bertajrid lalu berasbab kerana tidak puas hati dengan rezeki yang diterimanya maka keberkatannya akan terjejas. Pengajarannya, doanya dan ucapannya tidak seberkesan dahulu lagi. Ilham yang datang kepadanya tersekat-sekat dan kefasihan lidahnya tidak selancar biasa.

Seseorang hamba haruslah menerima dan reda dengan kedudukan yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya. Berserahlah kepada Allah s.w.t dengan yakin bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah s.w.t tahu apa yang patut bagi setiap makhluk-Nya. Allah s.w.t sangat bijak mengatur urusan hamba-hamba-Nya.

Keinginan kepada pertukaran makam merupakan tipu daya yang sangat halus. Di dalamnya tersembunyi rangsangan nafsu yang sukar disedari. Nafsu di sini merangkumi kehendak, cita-cita dan angan-angan. Orang yang baharu terbuka pintu hatinya setelah lama hidup di dalam kelalaian, akan mudah tergerak untuk meninggalkan suasana asbab dan masuk ke dalam suasana tajrid.

Orang yang telah lama berada dalam suasana tajrid, apabila kesedaran dirinya kembali sepenuhnya, ikut kembali kepadanya adalah keinginan, cita-cita dan angan-angan. Nafsu mencuba untuk bangkit semula menguasai dirinya. Orang asbab perlulah menyedari bahawa keinginannya untuk berpindah kepada makam tajrid itu mungkin secara halus digerakkan oleh ego diri yang tertanam jauh dalam jiwanya.
Orang tajrid pula perlu sedar keinginannya untuk kembali kepada asbab itu mungkin didorong oleh nafsu rendah yang masih belum berpisah dari hatinya. Ulama tasauf mengatakan seseorang mungkin dapat mencapai semua makam nafsu, tetapi nafsu peringkat pertama tidak kunjung padam. Oleh yang demikian perjuangan atau mujahadah mengawasi nafsu sentiasa berjalan.
Elias Hj Idris


1.  PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI

"Sebahagian daripada tanda bersandar kepada amal (perbuatan zahir) adalah berkurangan harapannya (suasana hati) tatkala berlaku padanya kesalahan."

Imam Ibnu Athaillah memulakan kalam hikmat beliau dengan mengajak kita merenung kepada hakikat amal. Amal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbuatan zahir dan perbuatan hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu.

Beberapa orang boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu tidak serupa. Kesan amalan zahir kepada hati berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan zahir itu mempengaruhi suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada amalan zahir.

Jika hati dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu dikatakan bersandar juga kepada amal, sekalipun ianya amalan batin.

Hati yang bebas daripada bersandar kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang menghadap kepada Allah s.w.t dan meletakkan pergantungan kepada-Nya tanpa membawa sebarang amal, zahir atau batin, serta menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t tanpa sebarang takwil atau tuntutan.

Hati yang demikian tidak menjadikan amalnya, zahir dan batin, walau berapa banyak sekalipun, sebagai alat untuk tawar menawar dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu. Amalan tidak menjadi perantaraan di antaranya dengan Tuhannya. Orang yang seperti ini tidak membataskan kekuasaan dan kemurahan Tuhan untuk tunduk kepada perbuatan manusia.
Allah s.w.t Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri berbuat sesuatu menurut kehendak-Nya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa dan sesuatu. Apa sahaja yang mengenai Allah s.w.t adalah mutlak, tiada had, sempadan dan perbatasan.

Oleh kerana itu orang arif tidak menjadikan amalan sebagai sempadan yang mengongkong ketuhanan Allah s.w.t atau ‘memaksa’ Allah s.w.t berbuat sesuatu menurut perbuatan makhluk. Perbuatan Allah s.w.t berada di hadapan dan perbuatan makhluk di belakang. Tidak pernah terjadi Allah s.w.t mengikuti perkataan dan perbuatan seseorang atau sesuatu.

Sebelum menjadi seorang yang arif, hati manusia memang berhubung rapat dengan amalan dirinya, baik yang zahir mahu pun yang batin.

Manusia yang kuat bersandar kepada amalan zahir adalah mereka yang mencari faedah keduniaan dan mereka yang kuat bersandar kepada amalan batin adalah yang mencari faedah akhirat.

Kedua-dua jenis manusia tersebut berkepercayaan bahawa amalannya menentukan apa yang mereka akan perolehi baik di dunia dan juga di akhirat. Kepercayaan yang demikian kadang-kadang membuat manusia hilang atau kurang pergantungan dengan Tuhan. Pergantungan mereka hanyalah kepada amalan semata-mata ataupun jika mereka bergantung kepada Allah s.w.t, pergantungan itu bercampur dengan keraguan. Seseorang manusia boleh memeriksa diri sendiri apakah kuat atau lemah pergantungannya kepada Allah s.w.t.

Kalam Hikmat 1 yang dikeluarkan oleh Ibnu Athaillah memberi petunjuk mengenainya.

Lihatlah kepada hati apabila kita terperosok ke dalam perbuatan maksiat atau dosa. Jika kesalahan yang demikian membuat kita berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah s.w.t itu tandanya pergantungan kita kepada-Nya sangat lemah. Firman-Nya:

“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat 87 : Surah Yusuf )
Ayat di atas menceritakan bahawa orang yang beriman kepada Allah s.w.t meletakkan pergantungan kepada-Nya walau dalam keadaan bagaimana sekali pun. Pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Kadang-kadang apa yang diingini, dirancangkan dan diusahakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kegagalan mendapatkan sesuatu yang diingini bukan bermakna tidak menerima pemberian Allah s.w.t.

Selagi seseorang itu beriman dan bergantung kepada-Nya selagi itulah Dia melimpahkan rahmat-Nya. Kegagalan memperolehi apa yang dihajatkan bukan bermakna tidak mendapat rahmat Allah s.w.t. Apa juga yang Allah s.w.t lakukan kepada orang yang beriman pasti terdapat rahmat-Nya, walaupun dalam soal tidak menyampaikan hajatnya. Keyakinan terhadap yang demikian menjadikan orang yang beriman tabah menghadapi ujian hidup, tidak sekali-kali berputus asa.

Mereka yakin bahawa apabila mereka sandarkan segala perkara kepada Allah s.w.t, maka apa juga amal kebaikan yang mereka lakukan tidak akan menjadi sia-sia.

Orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t berada dalam situasi yang berbeza. Pergantungan mereka hanya tertuju kepada amalan mereka, yang terkandung di dalamnya ilmu dan usaha. Apabila mereka mengadakan sesuatu usaha berdasarkan kebolehan dan pengetahuan yang mereka ada, mereka mengharapkan akan mendapat hasil yang setimpal. Jika ilmu dan usaha (termasuklah pertolongan orang lain) gagal mendatangkan hasil, mereka tidak mempunyai tempat bersandar lagi. Jadilah mereka orang yang berputus asa. Mereka tidak dapat melihat hikmat kebijaksanaan Allah s.w.t mengatur perjalanan takdir dan mereka tidak mendapat rahmat dari-Nya.

Jika orang kafir tidak bersandar kepada Allah s.w.t dan mudah berputus asa, di kalangan sebahagian orang Islam juga ada yang demikian, bergantung setakat mana sifatnya menyerupai sifat orang kafir. Orang yang seperti ini melakukan amalan kerana kepentingan diri sendiri, bukan kerana Allah s.w.t.

Orang ini mungkin mengharapkan dengan amalannya itu dia dapat mengecapi kemakmuran hidup di dunia.Dia mengharapkan semoga amal kebajikan yang dilakukannya dapat mengeluarkan hasil dalam bentuk bertambah rezekinya, kedudukannya atau pangkatnya, orang lain semakin menghormatinya dan dia juga dihindarkan daripada bala penyakit, kemiskinan dan sebagainya. Bertambah banyak amal kebaikan yang dilakukannya bertambah besarlah harapan dan keyakinannya tentang kesejahteraan hidupnya.
Sebahagian kaum muslimin yang lain mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di akhirat. Mereka memandang amal salih sebagai tiket untuk memasuki syurga, juga bagi menjauhkan azab api neraka.

Kerohanian orang yang bersandar kepada amal sangat lemah, terutamanya mereka yang mencari keuntungan keduniaan dengan amal mereka. Mereka tidak tahan menempuh ujian. Mereka mengharapkan perjalanan hidup mereka sentiasa selesa dan segala-segalanya berjalan menurut apa yang dirancangkan. Apabila sesuatu itu berlaku di luar jangkaan, mereka cepat naik panik dan gelisah. Bala bencana membuat mereka merasakan yang merekalah manusia yang paling malang di atas muka bumi ini. Bila berjaya memperoleh sesuatu kebaikan, mereka merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian dan kebolehan mereka sendiri. Mereka mudah menjadi ego serta suka menyombong.

Apabila rohani seseorang bertambah teguh dia melihat amal itu sebagai jalan untuknya mendekatkan diri dengan Tuhan.

Hatinya tidak lagi cenderung kepada faedah duniawi dan ukhrawi tetapi dia berharap untuk mendapatkan kurniaan Allah s.w.t seperti terbuka hijab-hijab yang menutupi hatinya. Orang ini merasakan amalnya yang membawanya kepada Tuhan. Dia sering mengaitkan pencapaiannya dalam bidang kerohanian dengan amal yang banyak dilakukannya seperti berzikir, bersembahyang sunat, berpuasa dan lain-lain. Bila dia tertinggal melakukan sesuatu amal yang biasa dilakukannya atau bila dia tergelincir melakukan kesalahan maka dia berasa dijauhkan oleh Tuhan. Inilah orang yang pada peringkat permulaan mendekatkan dirinya dengan Tuhan melalui amalan tarekat tasauf.

Jadi, ada golongan yang bersandar kepada amal semata-mata dan ada pula golongan yang bersandar kepada Tuhan melalui amal. Kedua-dua golongan tersebut berpegang kepada keberkesanan amal dalam mendapatkan sesuatu.

Golongan pertama kuat berpegang kepada amal zahir, iaitu perbuatan zahir yang dinamakan usaha atau ikhtiar. Jika mereka tersalah memilih ikhtiar, hilanglah harapan mereka untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan. Ahli tarekat yang masih diperingkat permulaan pula kuat bersandar kepada amalan batin seperti sembahyang dan berzikir. Jika mereka tertinggal melakukan sesuatu amalan yang biasa mereka lakukan, akan berkurangan harapan mereka untuk mendapatkan anugerah dari Allah s.w.t. Sekiranya mereka tergelincir melakukan dosa, akan putuslah harapan mereka untuk mendapatkan anugerah Allah s.w.t.

Dalam perkara bersandar kepada amal ini, termasuklah juga bersandar kepada ilmu, sama ada ilmu zahir atau ilmu batin.

Ilmu zahir adalah ilmu pentadbiran dan pengurusan sesuatu perkara menurut kekuatan akal. Ilmu batin pula adalah ilmu yang menggunakan kekuatan dalaman bagi menyampaikan hajat. Ia termasuklah penggunaan ayat-ayat al-Quran dan jampi. Kebanyakan orang meletakkan keberkesanan kepada ayat, jampi dan usaha, hinggakan mereka lupa kepada Allah s.w.t yang meletakkan keberkesanan kepada tiap sesuatu itu.

Seterusnya, sekiranya Tuhan izinkan, kerohanian seseorang meningkat kepada makam yang lebih tinggi. Nyata di dalam hatinya maksud kalimat:
Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah.
“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” ( Ayat 96 : Surah as- Saaffaat )
Orang yang di dalam makam ini tidak lagi melihat kepada amalnya, walaupun banyak amal yang dilakukannya namun, hatinya tetap melihat bahawa semua amalan tersebut adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya. Jika tidak kerana taufik dan hidayat dari Allah s.w.t tentu tidak ada amal kebaikan yang dapat dilakukannya. Allah s.w.t berfirman:
“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ( Ayat 40 : Surah an-Naml )

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya). Ia memasukkan sesiapa yang kehendaki-Nya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkan-Nya di dalam syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ( Ayat 30 & 31 : Surah al-Insaan )

Segala-galanya adalah kurniaan Allah s.w.t dan menjadi milik-Nya. Orang ini melihat kepada takdir yang Allah s.w.t tentukan, tidak terlihat olehnya keberkesanan perbuatan makhluk termasuklah perbuatan dirinya sendiri. Makam ini dinamakan makam ariffin iaitu orang yang mengenal Allah s.w.t. Golongan ini tidak lagi bersandar kepada amal namun, merekalah yang paling kuat mengerjakan amal ibadat.

Orang yang masuk ke dalam lautan takdir, reda dengan segala yang ditentukan Allah s.w.t, akan sentiasa tenang, tidak berdukacita bila kehilangan atau ketiadaan sesuatu. Mereka tidak melihat makhluk sebagai penyebab atau pengeluar kesan.

Di awal perjalanan menuju Allah s.w.t, seseorang itu kuat beramal menurut tuntutan syariat. Dia melihat amalan itu sebagai kenderaan yang boleh membawanya hampir dengan Allah s.w.t. Semakin kuat dia beramal semakin besarlah harapannya untuk berjaya dalam perjalanannya.

Apabila dia mencapai satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap amal mula berubah. Dia tidak lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab. Pandangannya beralih kepada kurniaan Allah s.w.t. Dia melihat semua amalannya adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya dan kehampirannya dengan Allah s.w.t juga kurniaan-Nya.

Seterusnya terbuka hijab yang menutupi dirinya dan dia mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya. Dia melihat dirinya sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan dan faqir. Tuhan adalah Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam segala segi. Bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhannya, pandangan mata hatinya tertuju kepada Kudrat dan Iradat Allah s.w.t yang menerajui segala sesuatu dalam alam maya ini. Jadilah dia seorang arif yang sentiasa memandang kepada Allah s.w.t, berserah diri kepada-Nya, bergantung dan berhajat kepada-Nya. Dia hanyalah hamba Allah s.w.t yang faqir.
Elias Hj Idris

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah, “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail, “Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya, “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.


Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah, “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?” Maka Allah berfirman yang ertinya, “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata, “Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman, “Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah, “Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

Kata Rasulullah lagi, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.


“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?



Dalam surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali Allah bertanya kepada manusia dan makhluknya dengan pertanyaan, “Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang kamu dustakan?” :

Elias Hj Idris
Watak yang ada pada manusia!

Ibn Saba, pengasas fahaman syiah ini adalah keturunan dari kaum Bani Khazar yang pernah dikurung oleh Zulkarnain, tetapi telah terlepas bebas sejak ribuan tahun lalu. Kaum-kaum inilah juga yang telah menyelinap masuk ke dalam agama Nasara untuk merosakkannya dari dalam - dengan menulis kitab-kitab Injil yang baru serta mewujudkan fahaman mazhab katolik dan protestan.  Mereka jugalah yang menubuhkan illuminati, freemason, zionis, rotary club, sistem demokrasi, PBB, sistem kewangan riba dan beberapa yayasan antarabangsa seperti Rothchild Foundation untuk menguasai pendidikan dan pemikiran masyarakat dunia. Kaedah berlembut, bantuan kemanusiaan, pelaburan ekonomi/teknologi diikuti dengan kekerasan dan tindakan ketenteraan adalah cara mereka menangani sesuatu isu yang berbangkit di seluruh dunia -  mengikut keperluan mereka.

kalau kita semak doktrin zionis, illuminati, peperangan demi peperangan sehingga terbentuk negara haram Israel, dengan matlamat mereka adalah untuk membentuk Israel Raya dengan Baitulmuqadis sebagai pusat pemerintahan Dajjal;  ia dilihat sebagai sudah semakin hampir apabila satu persatu wilayah yang telah dipetakan jatuh ke tangan mereka.(cuba semak peta Israel Raya /The Great Israeli). Dengan jatuhnya Iraq, Tunisia, Libya serta regim Hosni Mubarak yang menandatangi perjanjian Camp David, semuanya dilihat seperti yang mereka rencanakan akan menjadi kenyataan dalam masa lebih awal.. . Tetiba dengan kuasa Allah SWT regim Hosni Mubarak, sahabat itu Israel tumbang di tangan para pejuang dan gerakan Islam Sunni; yang telah membantutkan usaha mereka ditambah pula dengan kekacauan di Syria yang menjadikan puak-puak Bani Khazar@yakjuj-makjuj ini lebih terkejut. Sebab itu mereka mula bersatu secara terbuka membantu regim Bashar yang sebelum ini mereka malu-malu nak mengaku ada kerjasama dengan zionis Israel -  bahkan mereka telah menonjolkan sifat permusuhan untuk mengabui mata umat Islam!

Semoga Allah SWT memberi pertolonganNya kepada semua pejuang Islam dalam menegakkan kebenaran yang haq dan menghapuskan kebatilan.
Elias Hj Idris
Oleh: ayatola
terkini: 16/07/2012


Meskipun rejim zalim Basyar Assad sudah mengerahkan[b] lebih dari separuh[/b] kekuatan tentera termasuk senjata berat bagi menyerang pejuang FSA dan melumpuhkan kebangkitan rakyat di seluruh negara tersebut namun kini para pejuang sudah semakin hampir menguasai Damsyik.

Terkini, iaitu di saat ini sedang berlaku pertempuran sengit di Damsyik termasuk di daerah al-Maidan, az- Zahirah dll.

Walau cuma berbekalkan senjata ringan yang dirampas dari rejim..namun seperti berlaku keajaiban bila mana pejuang berjaya menangkis dan menyekat kemaraan tentera sokongan rejim dari memasuki daerah-daerah tersebut.

Petang tadi wartawan al-Jazeera telah melaporkan keadaan pertempuran secara langsung dari lokasi tersebut.

Meskipun kota-kota di kebanyakan Syria semakin hancur; puluhan ribu telah syahid menjadi korban dan pelarian dari perang yang paling tidak berperikemanusiaan ini.

Namun di sebalik itu kesemua pejuang FSA kini semakin bersemangat untuk berjuang dan mereka terus mara malah [b]telah berjaya melemahkan kekuatan tentera rejim [/b]yg disokong kuat oleh Rusia, Iran dll. kini mereka telah berjaya sampai di pinggir kota Damsyik bagi membebaskan Syria dari cengkaman rejim Assad.
[b]Keadaan terbaru di Damsyik[/b] menunjukkan rejim kini sudah hampir hilang kawalan... beberapa pertempuran sengit telah mula melanda pinggir ibu kota Damsyik di mana rakyat yang sudah semakin benci, dan jelik dengan kezaliman rejim hingga mereka menjadi lebih berani lakukan demo meskipun berhadapan dengan tembakan gila oleh snippersnipper Assad; menyebabkan ramai yang gugur termasuk kanak dan orangg tua.

Kini kedengaran suara dari kalangan para mujahiden yang bergabung dengan FSA bahawa jika mereka berjaya menundukkan rejim Assad; selepas itu mereka akan membantu membebaskan rakyat Iraq pula dari kejahatan rejim Syiah di Iraqyang sekarang ini juga sedang hebat membalas dendamnya pada kaum muslimin sunni.

Doakanlah kemenangan untuk saudara-saudara kita yang tertindas di sana dan di mana jua.

Sebelum ini seorang ulama syiah[b] Ayatullah Mesbah Yazdi telah memberi Fatwa bahawa HARUS membunuh pelarian2 Syria yg masuk ke Lubnan dsb..

Ia adalah jawaban beliau (gambar ada di bawah skali dan page terakhir) dari satu soalan yang diajukan kepadanya berhubung dengan limpahan pelarian Syria yang masuk ke Lubnan. Ia boleh dibaca di sini; http://www.almokhtsar.com/node/66863

Russia khabarnya sedang mengirim kapal-kapal perangnya ke Syria di samping itu juga keluar berita bahawa sebahagian serangan dengan helikopter di Idlib dll bandar Syria rupa-rupanya dipandu oleh tentera-tentera Russia sendiri.

Lebih gempar lagi adalah dinjangkakan dalam bulan ini bakal diadakan latihan ketenteraan antara Syria, Rusia China dan Iran di bumi Syria sendiri.

Sebelum inipun beberapa orang askar rejim Assad termasuk seorang pegawai yang berpangkat tinggi telah mengisytiharkan menyertai FSA setelah mereka terperanjat dan kecewa sebaik mulai sedar dan mendapat tahu bahawa Israel telah banyak kali membantu dalam mempertahankan rejim Assad secara langsung ataupun tidak langsung.

Hakikatnya Israel bukanlah sebagai musuh bagi rejim Syria sebagaimana yang dimomok-momokkan selama ini. Malah semua itu hanyalah tipu dan cerita lawak jenaka buat menghibur hati rakyatnya semata-mata yang dimainkan sejak sekian lama bagi meraih simpati dan sokongan rakyat semata-mata.

Terbaru sekali apabila mana pihak Israel sendiri telah menghubungi Assad secara langsung memberitahukan tentang adanya sebuah kapal yang sedang dalam perjalanan dari Libya membawa senjata dan ubat-ubatan untuk diberikan kepada pejuang-pejuang FSA Syria. Kapal tersebut telah berjaya dikesan oleh agen-agen perisikan Israel.

Sebelum ini telah didedahkan bagaimana pihak Israel juga telah meminjamkan kapal terbang pengintip tanpa pemandu kepada rejim Syria bagi mengesan kedudukan pejuang-pejuang /mujahiden FSA.

Ekoran daripada maklumat tersebut tentera Syria telah memintas dan berjaya menahan kapal tersebut dengan mendapat kerjasama Hizbullah Lubnan dan Israel sendiri.

Ekoran daripada perkembangan dan berita sahih tersebut pegawai berkenaan memutuskan untuk keluar dari tentera rejim untuk bergabung bersama FSA setelah merasa amat tertipu oleh rejim Assad yang sebenarnya adalah rakan karib Israel selama ini.

Antara yang telah ditahan ialah seorang kapten kapal bersama 8 orang warga Syria, 4 warga Mesir dan 2 warga India. Kapal tersebut kini masih berada di Tripoli Lubnan.
Semenjak tercetusnya intifadhah di Syria, sudah lebih dariapda 27,000 orang maut manakala lebih daripada 58,000 orang yang hilang dan yang menjadi pelarian pula, sementara yang hilang dan terpaksa menjadi pelarian berjumlah melebihi 163,500 orang.

[Komplot 2 'tanduk syaitan' rejim Iran dan Iraq terus menerus mengirim bala tenteranya ke bumi Syria buat membantu rejim Basyar membunuh saudara kita di sana sedang bantuan dari pihak luar yang simpati kepada pejuang-pejuang FSA dan sukarelawan Syria masih terhalang oleh 1001 rintangan kaum mustakbirin -  sekutu tanduk syaitan tersebut.

Inilah rahsia dan sebab mengapa ulama-ulama Islam yang terkenal di benua Hindi termasuk di Saudi, Jordan dll seperti al-Marhum Syekh Saed Hawa dll telah menolak sama sekali syiah Imamiyyah serta usaha-usaha Al-Azhar bagi mengadakan pendekatan mazhab/taqreeb mazaheb kerana syiah rafidhah yang wujud di Iran sekarang bukan sebahagian dari kaum muslimin lantaran aqidah syirik yang amat jelas dianuti oleh mereka

Malah sebelum tercetusnya revolusi khomeini pada 1979 lagi ulama-ulama besar di benua Hindi sudah lama mengeluarkan fatwa tentang kekufuran syiah Imamiyyah Iran sekarang; inilah akibatnya apabila mana fatwa tersebut dipandang sepi oleh dunia Islam sendiri, sebelumnya.

Kini Universiti Al-Azhar terus terkedu dan tersentak apabila semakin banyak penipuan dan pengkhianatan kaum syiah dan kerajaan Iran terhadap dunia Islam, khasnya apabila mereka membina kompleks makam Abu Lu'lu'ah, iaitu pembunuh Saidina Umar r.a di mana kompleks tersebut telah dijadikan tempat istimewa dan diagung-agungkan. Malah dia dimuliakan sebagai tokoh penting dan banyak lagi siri penghinaan dan pengkhianatan syiah Iran terhadap dunia Islam baik yang disedari atau yang tidak disedari oleh dunia Islam.

Pada 24/2/2012 yang lepas seorang ulama dan tokoh penting Iran, Ahmed Jannati dalam satu ucapannya telah menyeru orang-orang syi'ah, khasnya syi'ah Arab agar segera pergi ke Syria buat bersama-sama membantu regim Assad berperang menentang musuh-musuh mereka dari kalangan muslim Sunni.
Imej di atas adalah suatu bukti kukuh bahawa Iran tidak layak digelar sebuah negara Islam atau sebagai penjaga dan pelindung kaum muslimin. Sebaliknya Iran adalah pengkhianat dan musuh kepada mereka.

Perkembangan di Syria amat mengejutkan dunia Islam; di mana imej dua buah kapal perang Iran dilihat melalui terusan Suez buat pertama kali datang dari Tartus dalam perjalanan pulang ke Tehran - setelah berjaya membawa dan menghantar sejumlah besar senjata yang dikirimkan khas kepada rejim Syria.

Sebelum inipun telah didedahkan betapa Iran menghantar 15000 tentera revolusinya ke Syria bagi membantu pertahankan rejim zalim Syria sekaligus memerangi pejuang-pejuang sukarelawan Ikhwan dan askar pembebasan Syria..

Iran iRAQ jelas bersekongkol dengan rejim nusairi yang zalim dalam menyembelih kaum muslimin yang terdiri daripada anak-anak kecil, wanita dan orang tua.

Dalam pada itu Iran dilihat telah bertindak begitu jauh dengan terlibat sama mempertahankan rejim yang sangat zalim sekaligus mengisytiharkan permusuhannya pada masyarakat Islam di Syria yang sedang berjuang menjatuhkan rejim diktator yang sangat zalim sejak 50 tahun dahulu!

Gerakan Islam dari seluruh dunia, khasnya Ikhwan Syria telah mengecam keras tindakan kepimpinan Iran yang mempamerkan sikap perseteruannya terhadap kaum muslimin.
Adalah difahamkan bahawa 2 buah kapal perang yang buat pertama kali melalui terusan Suez tersebut setelah selesai memunggahkan segala muatannya lalu telah diisikan pula dengan sejumlah 89,789 orang tahanan dari kalangan orang awam dan pejuang-pejuang Syria untuk dihantar ke Iran sebagaimana yang dilaporkan oleh orang-orang yang melihat kejadian berkenaan di pelabuhan tersebut.

Kesemua tahanan tersebut akan menghadapi hukuman sangat berat termasuk bunuh apabila tiba di Iran nanti. tahanan d Kesemua tahanan itu dibawa menaiki dua buah kapal Iran dan hari ini (21/2/12) ia mula meninggalkan bandar pelabuhan Tartus dan memasuki Laut Merah menuju ke Iran.

Juga terdapat peluru buatan Iran yang digunakan untuk menembak orang awam di Syria sekarang.

Kepada semua syiah Melayu janganlah panik dengan pendedahan seperti ini. Sebab apa memang telah menjadi kewajipan kami memberitahu seluruh kaum muslimin di negara ini bahwa syiah adalah musuh kaum muslimin dalam selimut malah sangat berbahaya apabila mereka selalu bertindak menikam orang Islam dari belakang - yang sejarah permusuhan dan tikam dari belakang mereka sudah merentasi ribuan tahun lamanya.

Adalah teramat keji cara kaum syiah ini membalas dendamnya kepada orang Islam di sana seperti apa yang telah dan sedang berlaku saat ini di Syria, Iran dan Iraq sendiri - orang-orang Islam di sana yang teruk ditindas malah dibunuh oleh rejim dua tanduk syaitan tersebut dengan cukup kejam semata-mata kerana mereka tetap berpegang dengan aqidah Islam yang sahih nan diredhai Allah swt dan RasulNya.
Elias Hj Idris
Kelmarin baru digantung 6 keping bunting dan 1 banner.

Bunting tentang pilihan steamboat, steak 'n chops serta nasi goreng spesial kami; nasi goreng pattaya komando, nasi goreng USA special, nasi goreng caca-marba serta nasi sayur (Chinese style).

Bunting di pintu masuk


Bunting di dinding cermin

Banner lebih tertumpu kepada pengiklanan 'Nasi Campur' serta status kedai yang bernama ala-China ini; KEDAI MELAYU Tradisi Lama & Barat; PEKERJA anak Taiping semuanya.

Banner 'Nasi Campur': Isnin - Sabtu

Pun begitu masih ramai yang tertanyakan tentang nama restoran ini; Syeikh Huang-ti! Restoran Melayu, tetapi bernama Cina (Nama maharaja China yang pertama pula).

Pun ada sejarahnya juga.
Elias Hj Idris
Restoran Syeikh Huang-ti

Diam tak diam dah pun 9 bulan restoran ini beroperasi - sejak 11. 11. '11 lalu; selepas diambil-alih daripada operator seorang India muslim yang mengusahakan pasembur di bekas sebuah kopitiam yang menghadapi masalah kehalalan 'white coffee'nya kesan tindakan oleh pihak berkuasa agama - JAKIM.

Chef terkemuka tanpa ijazah - sejak 1986

Langkah pertama adalah memadamkan segala imej lama restoran ini - dari sebuah kopitam dan pasembur mamak kepada kedai Melayu sejati. Menunya, Melayu asli dengan segala jenis nasi goreng, mi, bihun serta ditambah dengan masakan a la carte, tomyam dan masakan ala Barat seperti steak, chicken chop & lamb chop.

Stimbot: Korean style

Sajian utama di sini adalah stimbot; yang terdiri daripada 3 jenis - set biasa, set sukithai (dibakar dgn arang) dan set Korean style. Kuah celurnya 2 jenis - tomyam dan sup. Agak berlainan kuah tomyam di sini jauh berbeza daripada kebanyakan yang diperoleh di tempat lain. Ia penuhi cita rasa - masam, pedas, lemak dan kecap-kecap manis perasa daun dan air limau.

Menu utama yang lain ialah seperti nasi goreng pattaya komando, nasi goreng USA specials, nasi goreng caca-marba, nasi goreng kambing, nasi sayur Chinese style dan kanji Arab.

Kanji Arab + jus oren

Tidak ketinggalan untuk jamu selera seisi keluarga - ada banyak pilihan set hidangan; Set A (2-3 orang) dengan lauk ikan bawal goreng kunyit, sweet 'n sour, bawal tiga rasa, kembung masak pedas; set B (4-6 orang) dengan siakap sweet 'n sour, siakap tiga rasa, siakap kukus ataupun siakap masak pedas dan set C (8-12 orang) dengan lauknya yang bertambah banyak - siakap masak pedas + bawal sweet 'n sour, siakap sweet 'n sour + bawal masak pedas, siakap kukus + bawal goreng kunyit atau siakap masak kicap halia + bawal sweet 'n sour.

Siakap 3 rasa: kuahnya baru 30%... ada lagi!

Bawal 3 rasa

 Pun begitu restoran ni tetap popular dengan masakan ala-Baratnya; yang terdiri daripada chicken chop (fried 'n grilled), lamb chop serta sirloin steak 'n sizzling steak. Kuahnya terdiri daripada 'oriental' (perasa limau sunkist), mushroom (cendawan) dan black pepper (sos lada hitam) yang diproses sendiri mengikut adunan tradisi - iaitu BUKAN sos dari botol yang terjual di kedai!


Chicken chop - sos 'oriental'

Chicken chop - sos mushroom


Lamb chop - sos black pepper

Dalam pada itu kami turut menyediakan set-set hidangan untuk seisi keluarga; Set Hidangan 'A' untuk 2-3 orang dengan nasi putih dikawankan dengan bawal sweet 'n sour, tomyam, sayur campur, telur dadar dan sambal belacan. Bawal tu boleh juga dibuat goreng kunyit atau 2 ekor ikan kembung masak pedas atau bawal 3 rasa.

Set Hidangan 'B', iaitu cukup untuk 4-6 orang siap dengan lauk siakap sweet 'n sour, baby sawi bersos tiram, daging masak merah, tomyam, telur dadar dan sambal belacan. Ada juga ikan siakap yang dimasak 3 rasa beserta ayam masak pedas, udang goreng tepung, kangkung goreng belacan, tomyam, telur dadar dan sambal belacan.

Set Hidangan 'B' (4-6 orang)

satu lagi set hidangan ini siap dengan nasi putih untuk 4-6 orang juga disertai lauk siakap kukus, ayam masak lada hitam, telur bistik Thai, kangkung goreng belacan dan sambal belacan. Satu lagi pilihan ialah nasi putih bersama siakap masak pedas, ayam masak merah, tomyam, telur bungkus, kailan ikan masin dans ambal belacan.

Ada lagi satu jenis set hidangan, iaitu untuk 8-12 orang makan. Bezanya, ada pertambahan ikan bawal goreng kunyit atau bawal sweet 'n sour atau bawal masak pedas. Di mana ayam masak lemon, kailan ikan masin, daging masak merah, tomyam, telur dadar dan sambal belacan diperuntukkan 2 piring setiap satu.

Pada yang lain ada ayam masak lada hitam, udang masak halia atau sotong masak sambal atau sotong goreng tepung mengikut jenis setnya. Telur bistik Thai pun ada juga.

Telur bistik Thai

Elias Hj Idris
Awal ciptaan makhluk (Manusia) dan Nur Muhammad

Mesjid-il Haram

(Di bawah ini merupakan petikan dari Buku “Sirr al-Asrar” oleh As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, halaman 10 - 16.

Makhluk yang pertama yang di ciptakan oleh Allah adalah Ruh Muhammad saw. Ia diciptakan dari cahaya ‘Jamal’ Allah. Sebagaimana firman Allah di dalam hadis Qudsi,  “Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya Zat-Ku”.

Nabi Muhammad saw juga bersabda: “Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal”.

Ruh, cahaya, qalam dan akal pada dasarnya adalah satu, iaitu hakikat Muhammad.

Hakikat Muhammad di sebut “nur”, kerana bersih dari segala kegelapan yang menghalangi untuk dekat kepada Allah sebagaimana firman Allah, “Telah datang kepadamu cahaya dan kitab penerang dari Allah”.

Hakikat Muhammad disebut juga akal, kerana ia yang menemukan segala sesuatu. Hakikat Muhammad disebut qalam kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu (seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam huruf pengetahuan yang tertulis). Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk sesuai dengan sabda Rasulullah saw: “Aku dari Allah dan orang-orang mukmin dari aku”.

Dan dari ruh Muhammad itulah Allah menciptakan semua ruh di alam ‘Lahut’ dalam bentuk yang terbaik yang hakiki. Itulah nama seluruh manusia di alam Lahut. Alam Lahut adalah negeri bagi seluruh manusia. Allah menciptakan arasy dari cahaya zat Muhammad saw. Bagitu juga makhluk lain berasal dari zat Muhammad.

Selanjutnya ruh-ruh diturunkan ke alam yang terendah, dimasukan pada makhluk yang terendah iaitu jasad. Sebagaimana firman Allah, “Kemudian Aku turunkan manusia ke tempat yang terendah” Proses turunnya itu adalah setelah ruh diciptakan di alam Lahut, maka diturunkan ke alam Jabarut dan dibalut dengan cahaya Jabarut. Sebagai pakaian antara dua haram lapis kedua ini disebut ruh ‘Sultani’.

Selanjutnya ia diturunkan lagi ke alam Malakut dan dibalut dengan cahaya Malakut yang disebut ruh ‘Ruhani’. Kemudian diturunkan lagi ke alam Mulki dan dibalut dengan cahaya Mulki. Lapis keempat ini disebut ruh ‘Jismani’.

Selanjutnya Allah ciptakan badan (jasad) dari Mulki (bumi), sebagaimana firman Allah: “Dari bumi aku mencipta kamu. Kepada bumi aku mengembalikanmu. Dan dari bumi pulalah aku mengeluarkanmu”.

Setelah terwujud jasad, Allah memerintahkan ruh agar masuk ke dalam jasad, maka ruh masuk ke dalam jasad, sebagaimana firman Allah: “Kutiupkan ruh dari Ku ke dalam jasad”.

Ketika ruh berada di dalam jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut, iaitu hari perjanjian: “Bukankah Aku ini tuhan mu” Ruh menjawab, “Benar, engkau adalah Tuhan kami”.

Disebabkan ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat asal. Oleh kerana itu, dan kasihnya Allah menolong mereka (manusia) dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan tentang negeri asal mereka, sesuai dengan firman Allah; “Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari-hari Allah”, iaitu hari pertemuan antara Allah dengan seluruh arwah (ruh) di alam Lahut. Lain halnya dengan para nabi, mereka datang ke bumi dan kembali ke akhirat, badannya di bumi, sedangkan ruhnya berada di negeri asal kerana adanya peringatan ini.

Sangat sedikit orang yang sadar dan kembali serta berkeinginan dan sampai ke alam asal mereka. Oleh kerana sedikitnya manusia yang mampu kembali ke alam asal, maka Allah melimpahkan kenabian kepada ruh agung Muhammad Rasulullah, penutup penunjuk jalan dari kesesatan ke alam terang. Ia ditulis untuk mengingatkan mereka yang lupa membuka hatinya. Nabi mengajak manusia agar kembali dan sampai serta bertemu dengan ‘Jamal Allah’ yang azali, sesuai dengan firman Allah: “Katakanlah, Ini adalah jalanKu. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas. Aku dan para pengikutKu”.

Nabi bersabda, “Para sahabatku seperti bintang-bintang, mengikuti yang mana pun kamu akan mendapat petunjuk”.

Pada ayat tadi dijelaskan bahawa Nabi mengajak manusia kembali kepada Allah dengan pandangan yang jelas, yang di dalam Al-Quran di sebut ‘basyirah’. Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka pada ‘mata hati’ bagi para aulia. Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan ilmu zahir saja, tetapi untuk membukanya harus dengan ilmu ladunni batin (ilmu yang langsung dari Allah). Sesuai dengan firman Allah, “Kepada dia Kuberikan ilmu yang langsung dariKu”.

Untuk menghasilkan basyirah, manusia mengambilnya dari ahli basyirah dengan mengambil talqin dari seorang wali mursyid yang telah berkomunikasi dengan alam lahut.

Wahai saudaraku, masuklah pada ‘tariq’ (jalan kembali kepada Allah) dan kembalilah kepada Tuhanmu bersama golongan ahli ruhani. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit tempat untuk kembali ke negeri asal (alam Lahut).

Elias Hj Idris
Sekadar hiasan...

Hikmat ke 89: Tujuan Orang Arifbillah


Maksud dan tujuan orang arifbillah adalah benar dalam 'ubudiyah (kehambaan) dan melaksanakan hak-hak rububiyah (ketuhanan)

Insan adalah ciptaan Allah s.w.t yang paling istimewa kerana padanya digabungkan aspek zahir dengan aspek batin. Aspek zahirnya menyerupai alam semesta dan aspek batinnya berkaitan dengan hal-hal ketuhanan. Hal-hal ketuhanan yang menyinari batin manusia itulah yang menyebabkan sekalian malaikat diperintahkan sujud kepada Adam a.s, bapa kepada sekalian insan.

(Ingatkanlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia – Adam - dari tanah; Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya”. ( Ayat 71 & 72 : Surah Saad )

Hati nurani atau rohani manusia ada perkaitan dengan roh urusan Allah s.w.t. Ini yang menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling mulia, sehingga malaikat diperintahkan sujud kepada manusia.

Roh urusan Allah s.w.t menjadi nur yang memberi petunjuk kepada manusia. Hati nurani yang diterangi oleh nur ini akan terpimpin kepada jalan Allah s.w.t.

Roh urusan Allah s.w.t itulah yang memungkinkan segala urusan sampai kepada Allah s.w.t, termasuklah ibadat, amalan, doa, rayuan dan apa sahaja yang manusia lakukan. Orang arifbillah menyedari dan menghayati hakikat ini.

Kesedaran terhadap roh urusan Allah s.w.t itu membuat mereka menjadikan benar dalam ubudiyah (kehambaan) sebagai tujuan hidup mereka dan pada masa yang sama juga mereka menunaikan hak ketuhanan.

Kehambaan dinyatakan melalui syariat:


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat-Ku. ( Ayat 56 : Surah adz-Dzaariyaat )

Hak ketuhanan Allah s.w.t pula dinyatakan melalui pandangan hakikat:

“Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus”. ( Ayat 56 : Surah Hud )

"Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir). ( Ayat 17 : Surah al-Anfaal )

Jalan syariat memperbaiki amal dan jalan hakikat pula menyaksikan Rububiyah, tidak luput dari Hadrat Allah s.w.t dalam segala perkara dan pada setiap masa. Bila dua jalan tersebut berpadu sebagai satu jalan, lahirlah amal zahir dan amal batin yang tidak bercerai tanggal.

Orang arifbillah bersungguh-sungguh mengerjakan tuntutan syariat dan pada masa yang sama beriman serta bertawakal sambil menyaksikan hakikat ketuhanan (Rububiyah) menguasai segala sesuatu.

Tidak ada yang hidup, yang berkuasa, yang berkehendak, yang mengetahui, yang mendengar, yang melihat dan yang berkata-kata melainkan semuanya di bawah urusan Rububiyah.

Apa sahaja yang berada di dalam genggaman atau diheret oleh Rububiyah itu dinamakan ubudiyah. Rububiyah adalah kewujudan yang memerintah dan ubudiyah pula kewujudan yang diperintah.

Hati yang suci bersih, apabila disinari oleh Nur Ilahi, berpeluang mengembara secara kerohanian dari ubudiyah kepada Rububiyah untuk memperolehi makrifat-Nya.

Pengembaraan kerohanian bermula dari alam kebendaan (nasut), naik ke alam lakuan (malakut) dan seterusnya ke alam sifat (Jabarut). Kemudian dia melalui asma’ (nama-nama Allah s.w.t) dan hakikat segala sesuatu. Seterusnya dia mencapai fanafillah (hilang lenyap kesedaran diri di bawah penguasaan Allah s.w.t). Setelah melepasi daerah fana dia masuk kepada daerah baqabillah (kesedaran kekal bersama-sama Allah s.w.t). Kemudian dia turun kepada kesedaran sifat (Jabarut).

Di dalam daerah ini dia mengenali hakikat dirinya dan Hakikat Insan (manusia), iaitu suasana Rububiyah yang menguasai sekalian manusia dan juga dirinya.

Bila dia turun lagi, dia kembali kepada alam insan semula, memikul amanah sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab menjalankan perintah Allah s.w.t di atas muka bumi ini.

Salik yang telah menyempurnakan pengembaraannya dan mendapat amanah kekhalifahan itulah yang dinamakan arifbillah. Martabat ini dicapai dengan menghapuskan segala kepentingan diri sendiri ke dalam kefanaan Allah s.w.t, sehingga mencapai makam baqa.

Orang arifbillah mengalami dan mengenali suasana ubudiyah dan Rububiyah. Dia telah berjaya menyatukan syariat dan hakikat.

Taat kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya dengan mematuhi perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya dan berjalan sesuai dengan Sunah Rasulullah s.a.w, adalah tujuan dan maksud orang arifbillah.

Mereka kuat melakukan amal ibadat tetapi tidak melihat kepada amal itu. Segala sesuatu dikembalikan kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t yang memberi petunjuk dan Dia juga yang memberi kekuatan untuk melakukan ketaatan kepada-Nya. Tidak ada yang berlaku melainkan di bawah takluk Kudrat dan Iradat Allah s.w.t jua.

Kearifan tidak berpisah dengan ubudiyah. Rasulullah s.a.w merupakan manusia yang paling arif dan baginda s.a.w jugalah yang menjadi manusia yang paling kuat berbuat ubudiyah di antara sekalian makhluk.

wallahua'lam. semoga memberi manfaat


http://alhikam0.tripod.com/hikam089.html
Elias Hj Idris

Kaedah bacaan Yaasin Hajat 28 'Mubin.


Setiap kali sampai ke ayat 'MUBIN' ke-12,... 17, 24, 47, 60, 69 > mulakan bacaan Yaasin balik dari ayat 1.

Setiap kali sampai kepada ayat 'MUBIN' sebutkan doa hajat anda > TARIK NAFAS, TELAN dan HEMBUS pada air mineral atau garam kasar yang disediakan.

Air mineral - guna untuk minum & mandi.

Garam kasar - campur sikit dalam air mandian & tabur sekeliling rumah.

by: Pusat Rawatan Islam Terapi bil Quran, Malaysia
Elias Hj Idris
Syaikhul Akbar Ibnu Arabi dalam kitab Futuhatul Makkiyah membuat klasifikasi tingkatan wali dan kedudukannya. Jumlah mereka sangat banyak, ada yang terbatas dan yang tidak terbatas. Sedikitnya terdapat 9 tingkatan, secara garis besar dapat diringkas sebagai berikut;

1. Wali Aqthab atau Wali Quthub

Wali yang sangat paripurna. Ia memimpin dan menguasai wali di seluruh alam semesta. Jumlahnya hanya seorang setiap masa. Jika wali ini wafat, maka Wali Quthub lainnya yang menggantikan. Wali Quthub ini memiliki gelar Abdullah.

2. Wali Aimmah

Pembantu Wali Quthub. Posisi mereka menggantikan Wali Quthub jika wafat. Jumlahnya dua orang dalam setiap masa. Seorang bernama Abdur Robbi, bertugas menyaksikan alam malakut. Dan lainnya bernama Abdul Malik, bertugas menyaksikan alam malaikat.

3. Wali Autad

Jumlahnya empat orang. Berada di empat wilayah penjuru mata angin, yang masing-masing menguasai wilayahnya. Pusat wilayah berada di Ka’bah. Kadang dalam Wali Autad terdapat juga wanita. Mereka bergelar Abdul Hayyi, Abdul Alim, Abdul Qadir dan Abdu Murid.

4. Wali Abdal

Abdal berarti pengganti. Dinamakan demikian karena jika meninggal di suatu tempat, mereka menunjuk penggantinya. Jumlah Wali Abdal sebanyak tujuh orang, yang menguasai ketujuh iklim. Pengarang kitab Futuhatul Makkiyah dan Fushus Hikam yang terkenal itu, mengaku pernah melihat dan bergaul baik dengan ke tujuh Wali Abdal di Makkatul Mukarramah.

Pada tahun 586 di Spanyol, Ibnu Arabi bertemu Wali Abdal bernama Musa al-Baidarani. Abdul Madjid bin Salamah sahabat Ibnu Arabi pernah bertemu Wali Abdal bernama Mu’az bin al-Asyrash. Beliau kemudian menanyakan bagaimana cara mencapai kedudukan Wali Abdal. Ia menjawab dengan lapar, tidak tidur dimalam hari, banyak diam dan mengasingkan diri dari keramaian.

5. Wali Nuqoba’

Jumlah mereka sebanyak 12 orang dalam setiap masa. Allah memahamkan mereka tentang hukum syariat. Dengan demikian mereka akan segera menyadari terhadap semua tipuan hawa nafsu dan iblis. Jika Wali Nuqoba’ melihat bekas telapak kaki seseorang diatas tanah, mereka mengetahui apakah jejak orang alim atau bodoh, orang baik atau tidak.

6. Wali Nujaba’

Jumlahnya mereka sebanyak 8 orang dalam setiap masa.

7. Wali Hawariyyun

Berasal dari kata hawari, yang berarti pembela. Ia adalah orang yang membela agama Allah, baik dengan argumen maupun senjata. Pada zaman nabi Muhammad SAW sebagai Hawari adalah Zubair bin Awam sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadits. Allah menganugerahkan kepada Wali Hawariyyun ilmu pengetahuan, keberanian dan ketekunan dalam beribadah.

8. Wali Rajabiyyun

Dinamakan demikian, karena karomahnya muncul selalu dalam bulan Rajab. Jumlah mereka sebanyak 40 orang. Terdapat di berbagai negara dan antara mereka saling mengenal. Wali Rajabiyyun dapat mengetahui batin seseorang. Wali ini setiap awal bulan Rajab, badannya terasa berat bagaikan terhimpit langit. Mereka berbaring diatas ranjang dengan tubuh kaku tak bergerak. Bahkan, akan terlihat kedua pelupuk matanya tidak berkedip hingga sore hari. Keesokan harinya perasaan seperti itu baru berkurang. Pada hari ketiga, mereka menyaksikan peristiwa ghaib.

Berbagai rahasia kebesaran Allah tersingkap, padahal mereka masih tetap berbaring diatas ranjang. Keadaan Wali Rajabiyyun tetap demikian, sesudah 3 hari baru bisa berbicara.

Apabila bulan Rajab berakhir, bagaikan terlepas dari ikatan lalu bangun. Ia akan kembali ke posisinya semula. Jika mereka seorang pedagang, maka akan kembali ke pekerjaannya sehari-hari sebagai pedagang.

9. Wali Khatam

Khatam berarti penutup. Jumlahnya hanya seorang dalam setiap masa. Wali Khatam bertugas menguasai dan mengurus wilayah kekuasaan ummat nabi Muhammad SAW.



http://majlisdzikrullahpekojan.org/tasawuf/hierarki-kewalian.html
Elias Hj Idris

Ingat, spt kata Pak Samad Said,[b] "kita datang ini satu roh satu jasad, bila pulang sekali bawalah bakti padat berkat" - pesan sdra matt007.



Elias Hj Idris

Ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka:
maka beginilah jadinya

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw bersabda; "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu;


1.  Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu;
2.  Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan;
3.  Zakat dijadikan hutang;
4.  Suami memperturutkan kehendak isteri;
5.  Anak derhaka terhadap ibunya;
6.  Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya;
7.  Dia yang suka menjauhkan diri daripada ayahnya;
8.  Suara sudah ditinggikan di dalam mesjid;
9.  Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka;
10.  Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti akan kejahatannya;


Pencetus segala-galanya
11.  Khamar, iaitu arak sudah diminum di merata tempat;
12.  Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki);
13.  Para artis-artis disanjung-sanjung;
14.  Muzik yang banyak dimainkan;
15.  Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) akan generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka bakal dirobah menjadi makhluk lain”.  -  H.R Termizi


Keterangan:
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir saja.

Sebagai peringatan...
Elias Hj Idris
 
Kamu... yang terbentuk daripada benih ayah dan ibu

BISMILLAH itu mula disebut, Rahman dan Rahim sifat mengikut, dunialah akhirat nyatalah luput, jalan hakikat pula diturut.
Alhamdulillah pujinya insan, Robbil 'alamin sifatnya Tuhan, selawat Nabi akhir zaman, Muhammad Amin Habib-ur Rahman.
Jalan yang takzim pula dikata, atas Nabi junjungan kita, sahabat empat nyatalah serta, tiada berhenti sekejap masa.
Jalan hakikat sangat terbilang, tiada binasa urat dan tulang, daging dan darah tiada hilang, maka sifat itu dibawa pulang.
Jikalau sifat kita sudah binasa, kepada Nabi tiada berjumpa, segala amalan tiada tiba, tiada dapat syurga yang baqa'.
Jangan binasa sifatmu tuan, tiada bertemu hamba dengan Tuhan, hakikat kita tinggal di jalan, segala amalan menjadi haiwan.
Jika begitu kalau kita tidak mengkaji, kepada Nabi mendapat keji, malaikat tidak membawa wahyu, Allah tiada mungkirkan janji.
Mengenal Tuhan tak boleh nyata, kerana tak boleh dipandang mata, hingga diri jua yang dicita, kenal olehmu sifatnya kita.
Tatkala Adam dengan Hawa, dendam berahi antara keduanya, napi dan isbat itulah Dia, kepada kita menjadi rahsia.
Cari guru mengenal diri, yang diamanat olehlah Nabi, jangan takut penat dan rugi, asalkan dapat ilmu sejati. Guru yang mursyid hendaklah dicari, Itulah ulamak mewarisi Nabi, jika di situ ia mengajari, di situlah tuan menyerah diri.
Wahai sekalian saudara-saudaraku, mengenal waktu biarlah tentu, jikalau tak kenal waktu itu, akhirnya kamu menyembah batu.
Waktu kita di alam roh, berkata Allah pada nyawa, bukankah Aku Tuhanmu segala, betullah Tuhan itu katanya nyawa.
Jadi olehmu mursyid yang utama, yang sebenar makrifah boleh dibawa, seperti badan dengannya nyawa, dunia akhirat bersama-sama.
Hakikat makrifat menyucikan badan, air Maal Hayat yang menjalankan, zikrullah yang diasyikkan, kurangkan tidur ataupun makan.
Jalan hakikat bukan kepalang, jalan disuluh semuanya terang, zahir dan batin semuanya lapang, kerana sirr yang empunya pandang.
Wahai saudaraku dengarlah tuan, yang sebenar hidup itu katanya Tuhan, kuntum yang tujuh di situlah tersimpan, itulah pakaian Wali 9.
Kuatnya tubuh itulah nyawa, sekalian yang zahir takluk padanya, syurga yang tujuh dia yang punya, kepada kita menjadi rahsia.
Jalan hakikat sangat terpilih, hendaklah tahu asalnya benih, napi di dalam hati yang putih, makrifat kita baharulah jernih.
Adapun sifat makni itu tiada bersekutu, sifat Allah namanya itu, tiada boleh bandingankan sesuatu, wujud Allah namanya itu.
Tuntutlah ilmu walau di mana, amal dan ilmu tiada terhingga, amal tanpa ilmu diazab kita, di akhirat tiada lagi berguna.
Kejadian kita dari air yang lazat, cahayanya seperti kilat, tatkala asyik tiada ingat, baharulah ada junub dan janabat.
Di wadi mani manikam, asalnya ia daripada kalam, dengan khudrat Tuhan Halikul Alam, Yang menjadikan tubuh anak Adam.
Jika tarekat hendak dibawa, carikan guru akan petuanya, supaya kita jangan bertuhankan nyawa, hakikat kita tiada derhaka.
Siapa beramal dengan jahalnya, tiada tahu sah batalnya, amal tiada diterima Tuhannya, di dalam neraka kekallah kita.
Wahai segala saudara-saudaraku, mengenal Kaabah biarlah tentu, jikalau tak kenal Kaabah itu, akhirnya kamu menyembah batu.
Wahai saudara tua dan muda, fikirkanlah kamu sentiasa, janganlah seperti orang yang buta, tinggal ilmu mencari harta.
Hidup tiada ingat akan mati, bersuka ria sepanjang hari, hanya harta dapatkan diri, tiga lapis kain kapan sahaja diberi.
Jalan hakikat bukannya kepalang, jalan disuluh semuanya terang, jikalau hati syak dan waham, cahaya yang terang menjadi kelam.
Wahai sekalian saudara-saudaraku, jalan hakikat demikianlah itu, jikalau boleh pintalah selalu, jangan binasa sifatmu itu.
Hati yang mukmin suci dan ikhlas, laksana air di dalam gelas, cuci hatimu seperti kapas, makrifah kita baharulah jelas.
Syariat itu martabatnya tinggi, yang dipakai oleh Saidina Ali, barang siapa dapat asalnya jadi, yang bergantung tiada bertali.
Syariat, tarekat terlalu mulia, Itulah pakaian wali anbia, barang siapa dapat asalnya, bolehlah membawa badan serta nyawa....
Elias Hj Idris


Teman tiba awal di surau HUKM itu - di awal pagi. Sepanjang masa air mata berderai, tak tau kenapa? Hati sebak dan sebu sentiasa. Pertama kali terserempak dengan beliau di Stadium Merdeka ketika arwah turun dari restoran kepala ikan pada suatu tengahari 1982. Teman senyum rasanya terlupa untuk ucapkan salam, dan arwah juga begitu.

Ketika disolatkan jenazahnya di surau berkenaan teman ikut solat 2x dengan imam yang berlainan; satu drpnya Dr Haron Din (yang sedang keuzuran waktu itu). Seorang lagi imam teman tak ingat... (3 kali disembahyangkan jenazahnya).

Sembahyang jenazah kali yang ketiga itu teman sudah tidak tertahan lalu menangis di belakang surau berkenaan. Pun... masih tidak faham kenapa harus menangis? Kemudian sebaik jenazahnya diangkat untuk dibawa ke TUDM airport, Subang teman bergegas ke sana. Jenazaahnya agak lewat tiba kononnya ada pemimpin negara (tatau siapa?) yang mahu melihat jenazahnya sebagai penghormatan terakhir.

Di airport, mulanya teman berada di tepi laluan naik ke kapal terbang Hercules C30. Lama menunggu, kemudian naik ke bangunan terminal untuk pemandangan yang lebih luas. Orang semakin ramai... yang peliknya walaupun hari terang-benderang segumpalan awan hitam jelas kelihatan sedang berkumpul di langit menghala ke utara. Seakan mau hujan. Kami kepanasan... berpeluh hingga basah baju.

Teman melihat dengan jelas kerandanya dinaikkan ke dalam perut kapal terbang dan sebaik ia bergerak menuju ke landasan hati bertambah sayu, sedu dan... menangis lagi.

Dan sepanjang perjalanan pulang perasaan ini berbaur... dan teman di Kedah memberitahu keadaan di sana gawat sekali bersedia untuk menyambut ketibaan jenazah. Lapangan terbang sesat, jalan sesat dan sekitar kawasan Madrasah Darul-Ulum itu dibanjiri manusia yang entah datang dari mana?

Itulah pejuang sejati yang amat dikasihi... muda-mudahan rahmat yang tidak terperi daripada Pencipta dirinya.

Dan ketika mencoret inipun air mata sedang bergenang.... Al-Fatehah.


Elias Hj Idris
Peserta Bersih 3.0 disembur air kimia

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada, beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya.
Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.