Ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka:
maka beginilah jadinya
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu;
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan;
3. Zakat dijadikan hutang;
4. Suami memperturutkan kehendak isteri;
5. Anak derhaka terhadap ibunya;
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya;
7. Dia yang suka menjauhkan diri daripada ayahnya;
8. Suara sudah ditinggikan di dalam mesjid;
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka;
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti akan kejahatannya;
Pencetus segala-galanya
11. Khamar, iaitu arak sudah diminum di merata tempat;12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki);
13. Para artis-artis disanjung-sanjung;
14. Muzik yang banyak dimainkan;
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) akan generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka bakal dirobah menjadi makhluk lain”. - H.R Termizi
Keterangan:
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir saja.
Sebagai peringatan...