Najib bongkar sesuatu yang memalukan Mujahid
Semoga prestasi ini akan terus meningkat dan bertambah baik serta doa dari pelbagai pihak yang ingin melihat Institusi Tabung Haji terus kukuh dan bertambah baik.
Saya juga mendoakan yang terbaik untuk prestasi Tabung Haji, tetapi saya tak pasti menteri jaga agama ni faham ke apa yang sedang berlaku!
Dia kata prestasi dan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji bagi separuh pertama tahun 2019 semakin baik. Tapi saya tengok keuntungan bersih untuk suku kedua tahun 2019 turun kepada RM375 juta dari RM440 juta pada suku pertama.
Jumlah keuntungan bersih Tabung Haji untuk separuh pertama tahun 2019 hanya 49.8% berbanding seluruh tahun 2018 dan 23.9% dari keuntungan tahun 2017.
Malah, pendapatan separuh pertama tahun 2019 yang berjumlah RM1.3 bilion hanya 30.9% berbanding seluruh tahun 2018.
Ia juga hanya 28.4% dari pendapatan seluruh tahun 2017.
Nilai aset Tabung Haji juga telah jatuh RM2.5 bilion kepada RM74 bilion pada akhir bulan Jun 2019 berbanding RM76.5 bilion pada akhir tahun 2018.
Bermaksud prestasi Tabung Haji masih lembab berbanding tahun 2018 di mana HIbah 1.25% iaitu paling rendah dalam sejarah diumumkan.
Ia juga sangat lemah berbanding tahun 2017 di bawah BN di mana Hibah 6.25% diberi.
Mujahid faham ke semua ini?
Asyik kata baik tapi data tunjuk masih lembab.
Sumber : Najib