DAP TERBUKTI TULANG BELAKANG KERAJAAN MALAYSIA BARU
Roslan SMS
Tajuk The Star online ini membawa maksud isu-isu sensitif khabarnya mendominasi mesyuarat Kabinet semalam.

Dan dua isu yang disebut dalam laporan ini adalah pengajaran khat di
sekolah-sekolah rendah serta kehadiran pendakwah antarabangsa Dr Zakir
Naik di Malaysia.
(Hebat The Star punya akses pada perbincangan dalam kabinet)
Sebelum mesyuarat kabinet beberapa pemimpin DAP termasuk bertaraf Menteri kabinet telah menyuarakan secara terbuka penentangan terhadap isu khat serta mahukan Dr Zakir dihalau keluar dari Malaysia.
Dr Xavier Jayakumar Menteri kabinet dari PKR turut bersetuju Dr Zakir dihalau keluar.
DAP bukan rahsia lagi adalah antara pihak yang paling kuat dan lantang menyemarakkan api penentangan terhadap isu khat dan Dr Zakir ini.
Kabinet semalam tetap dengan keputusannya dalam isu khat tetapi syarat-syarat pembelajarannya lebih dilonggarkan sehingga menjadi pilihan.
Manakala dalam isu Dr Zakir PM dikatakan telah ambil maklum akan besarnya penentangan dalam kabinet dan akan ambil keputusan bersesuaian.
Demikianlah kabinet Malaysia Baru hari ini.
PM tumpul taringnya manakala DAP pula terbukti kuat berpengaruh dan tajam kukunya.
Lantas salahkah bila kita mendakwa dalam kabinet hari ni DAP berkuasa dan mendominasi perjalanannya?
Jadilah DAP tegak sebagai tulang belakang kerajaan Malaysia hari ini!
Lalu apa lagi yang Melayu mahu?