Elias Hj Idris
Sekarang, LGE telah menggunakan Kementerian Kewangan untuk memusnahkan kewangan Tabung Haji (TH). Dia menipu umat Islam selepas gagal memulihkan ekonomi negara.


Hutang banyak, yang pasti lambat dan payah untuk diselesaikan segera oleh kerajaan PH dengan kebodohan menterinya ialah defisit hutang negara. Namun kenapa mesti aset TH yang diambil untuk mengimbangi defisit ini?

Kenapa LGE menipu sambil mengkeldaikan TH?

Jika ada aset TH yang bermasalah kenapa tidak dipulihkan aset yang bermasalah itu?
 

  • Nota: Dalam Naim Holdings Bhd, TH memiliki 24 juta saham yang bisa menghasilkan dividen 3% setahun bagi unjuran tahun yang baru lepas ini. Kesemua dividen itu sekarang tidak pergi ke TH lagi, sebaliknya dinikmati oleh SPV - Urusharta Jamaah S/B di bawah kementerian kewangan. Ia bermakna, pencarum sudah tidak akan mendapat apa2 keuntungan daripada caruman mereka dalam TH yang memiliki syer dlm syarikat tersebut. Sama halnya dengan apa yang akan berlaku terhadap 500 juta saham TH dalam Malakof Corp Berhad. Dividen dinafikan sama sekali!
  • Seterusnya, saham2 ini boleh pula dijual oleh SPV - konon untuk membayar hutang k'jaan. Peliknya, hutang k'jaan dibayar menggunakan dana milikan rakyat/pencarum lantas menafikan hak mereka sama sekali. Sedangkan selama ini, bkn-Melayu TIDAK pernah ada jasa/sumbangan sedikit pun dalam pembangunan Tabung Haji sejak ia ditubuhkan.
    Sebenarnya, inilah yang cukup menyakitkan hati orang Melayu dan pencarum TH seluruhnya.

Sedihnya, umat Islam seperti rela dengan perbuatan curang LGE ini . Kenapa umat Islam membiarkan saja LGE berbuat apa saja terhadap aset yang bukan pun milik sebenar syarikat kerajaan /GLC? Duit kerajaan tidak ada di dalam TH. Tabung Haji adalah syarikat kutipan, kumpul @ caruman dana sebagai tabung untuk ibadah haji umat Islam.

Kerajaan cuma diamanahkan untuk mengawal-seliakannya saja lalu TH diperbadankan sebagai syarikat BERHAD di mana aktiviti perniagaannya disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.

Umat Islam kena melihat dan jelas bahawa Tabung Haji BUKAN milik kerajaan, tidak seperti TNB, TM, MRCB atau PLUS sekali pun yang dibiayai daripada dana, daripada cukai yang terkumpul ke dlm tabung dana kerajaan.

Aset TH bukan bukan aset khazanah kerajaan Malaysia. TH adalah satu bentuk dana rakyat yang terkumpul atas tujuan-tujuan tertentu yang jelas dan diperbadankan menjadi seolah-olah sebuah bank. Namun TH bukan bank dalam erti kata yang sebenar. TH juga bukan sebuah koperasi namun ciri-cirinya berjalan seperti sebuah koperasi.

TH tertakluk di bawah aktanya sendiri - Akta Tabung Haji. Malah tidak ada mana-mana pertubuhan lain yang tertakluk sama seperti akta yang mengikat TH. TH teramat istimewa buat orang Melayu dan Islam!

TH adalah milik Umat Islam dan kerajaan cuma bertindak sebagai "pemegang amanah". Aset-aset Tabung Haji 'bukan' aset kerajaan. Ia 100% dana rakyat dan sekelian pencarumnya! Kerajaan tidak pernah menyuntik apa-apa dana ke dalam TH. Malah tidak pernah 'bail-out' walau atas apa alasan sekalipun!

Adalah baik pakar kewangan dan pengurusan umat Islam dengan kerjasama NGO atau peguam-peguam Muslim mengambil berat dan meneliti kekeliruan yang sengaja dimanipulasi oleh LGE sebagai menteri kewangan dan Mujahid sebagai menteri agama. Mereka yang bertanggungjawab dengan hal-ehwal Tabung Haji pada peri-silapnya tindakan mengalihkan aset-aset TH yang menguntungkan ini ke bawah syarikat SPV milik kementerian kewangan.

Satu badan inkues berkecuali yang terdiri daripada golongan pakar kewangan, pengurusan dan undang-undang wajar ditubuhkan.

Kenapa kerajaan begitu cepat boleh menubuhkan badan inkues pembunuhan anggota Bomba, Muhammad Adib yang sudah dikendalikan dengan baik oleh pihak polis dan menolaknya? Ia sebuah badan inkues yang ditubuhkan atas kehendak Peguam Negara tanpa permintaan rakyat. Peguam Negara tegas menolak hasil siasatan polis sebagai asas pendakwaan di mahkamah!

{Nota: Rakyat memang mahu melihat kes pembunuhan Adib ini diselesaikan dengan penuh keadilan dan saksama serta disegerakan. Kenapa perlukan proses inkues lagi sedangkan ia sudah jelas tertakluk di bawah bidang kuasa polis untuk menyelesaikan hasil siasatannyanya dan tertuduh didakwa di mahkamah di bawah akta yang dipinda daripada 307 kepada 302}

Baiklah, berbalik kepada perihal badan inkues untuk Tabung Haji.

Kenapa TIDAK BOLEH disegerakan penubuhan badan inkues ke atas satu dana rakyat yang kelihatan seolah-olah disalah-uruskan di mana proses dan tindakannya amat mencurigakan para pencarum, khasnya dan umat Islam umumnya?

Ia sebuah badan inkues tentang aset Tabung Haji yang berjumlah RM19.9 bilion itu. Rakyat mahu ia segera diperbetulkan.

(Ism Mil)


Perhatian: Lihat camne PH/Lge boleh main silap mata dengan aset TH?

Najib Razak

Tiba-tiba, kita diberitahu bahawa Tabung Haji (TH) mengalami defisit RM4.1 bilion kerana terlebih bayar dividen untuk 4 tahun berturut-turut walaupun telah diaudit dan diluluskan oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun.

Maka, aset TH bernilai RM19.9 bilion dijual kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab untuk memajukan ataupun menjual aset-aset ini.
SPV pula meminjam dari TH untuk membeli aset-aset TH ini dengan cara membayar TH dengan menerbitkan sukuk dan saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-I) bernilai RM19.9 bilion kepada TH dengan faedah 2.5% setahun untuk 7 tahun.

Sukuk dan RCPS-I dari SPV ini tidak dijamin oleh kerajaan, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak - bermakna ia hanya melambangkan aset bernilai RM19.9 bilion dalam SPV itu.
Pakar kewangan kata: Sukuk dan RCPS-I itu "not guaranteed, not-traded and not rated."
Tiba-tiba, TH tidak lagi mengalami defisit.

Bila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH, maka TH ada defisit RM4.1 bilion.
Tetapi bila aset yang sama ini dipindahkan di bawah nama SPV yang tidak dijamin oleh kerajaan, maka TH tidak lagi ada defisit.

Magic.
 
0 Responses