Elias Hj Idris
Hans Adam and Azlan M Yusof shared Selamanya UMNO's post.

Firma audit PRICE WATERHOUSE COOPER yang Lim Guan Eng gunakan untuk menyediakan laporan kewangan Tabung Haji adalah firma audit yang sedang menghadapi tindakan undang-undang kerana menyediakan laporan audit palsu sehingga menyebabkan dua firma (Taylor Bean & Whitaker dan Bank Kolonial) menjadi bankrup!

Petikan dari laporan MARKETWATCH bertajuk "Price Waterhouse Cooper faces largest ever auditor malpractice damages verdict".

Malah anggaran ganti rugi ke atas Price Waterhouse Cooper berdasarkan keputusan hakim, pada setiap kes yang difailkan di mahkamah, berjumlah $306 juta merupakan penghakiman terakhir atau keputusan juri yang terbesar, yang di anugerahkan kepada Federal Deposit Insurance Corp berkaitan penyelewengan dan malpraktis perakaunan yang dilakukan oleh Price Waterhouse Cooper.

[ARTIKEL BERKAITAN]: PwC faces largest ever auditor malpractice damages verdict - MarketWatch
https://www.marketwatch.com/…/pwc-faces-largest-ever-audito…


Perlu saya nyatakan di sini bahawa setiap badan atau institusi yang menerima deposit (simpanan dari orang ramai) adalah tertakluk kepada tiga jenis auditing iaitu;
  a) Audit dalaman institusi tersebut (Internal Auditors);
  b) Audit luar (External Auditors iaitu Earnest Young sebelum Pakatan Harapan memenangi PRU14);
  c) Audit dari BNM (BNM Auditors).


Maka adalah mustahil ketiga-tiga badan audit ini tidak dapat mengesan sebarang penyelewengan yang dikatakan berlaku didalam akaun Tabung Haji sejak tahun 2014.

Lebih pelik lagi ialah sebuah anak syarikat Tabung Haji iaitu THHE (TH Heavy Engineering Berhad (THHE)) dan TH-Alam Holdings (L) Inc (TH Alam) sebuah syarikat usahasama dengan Alam Maritime Resources Berhad disenaraikan dalam Papan Utama Bursa Malaysia sejak Januari 2005. Sudah tentu pelabur-pelabur akan merujuk kepada Financial Statement Tabung Haji sebelum mereka membuat keputusan sama ada hendak melabur dalam saham THHE atau sebaliknya.

[ARTIKEL BERKAITAN]: Perkhidmatan Lain | Tabung Haji
https://www.tabunghaji.gov.my/…/pelabura…/perkhidmatan-lain…

Namun sebaik saja Pakatan Harapan mengambil-alih pemerintahan negara pada 10hb Mei 2018, mereka telah menamatkan khidmat Juruaudit Earnest Young dan melantik Juruaudit Price Waterhouse Cooper sebuah firma audit yang sedang menghadapi tindakan undang-undang atas kesalahan penyelewengan dan malpraktis perakaunan sebagai Juruaudit Luar Tabung Haji.

Maka berdasarkan kepada Laporan Audit Price Waterhouse Cooper itu, Kementerian Kewangan telah memindahkan aset-aset Tabung Haji ke Kementerian Kewangan!

Maka wujud kemungkinan bahawa Kementerian Kewangan telah menggunakan PRICE WATERHOUSE COOPER untuk 'menyediakan laporan audit palsu' berkaitan kedudukan kewangan Tabung Haji dengan tujuan supaya Mahathir dan kroni-kroni Pakatan Harapan boleh merompak aset-aset Tabung Haji.

Di antara aset Tabung Haji yang telah dipindahkan ke Kementerian Kewangan yang menimbulkan keraguan ialah Tanah TRX, di mana pada tahun 2015, Tabung Haji telah membeli tanah ini dengan harga RM188.5 juta. Kenapa semasa aset tersebut dipindahkan kepada Kementerian Kewangan nilainya masih dikatakan RM188.5 juta, sedangkan nilai terkini tanah tersebut ialah RM209 juta.

Ini bermakna sesiapa saja kroni kerajaan Pakatan Harapan yang membeli tanah tersebut daripada  Kementerian Kewangan akan mendapat untung atas angin saja sebanyak RM20.5 juta.


Persoalannya sekarang ialah bila masanya Pakatan Harapan "meminda Akta Tabng Haji" yang memberikan mereka kuasa untuk memindahkan aset-aset Tabung Haji ke Bank Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan?

[ARTIKEL BERKAITAN]: Najib: PH tukar akta Tabung Haji ke? – The Third Force
https://www.thethirdforce.net/najib-ph-tukar-akta-tabung-h…/

Ariff Ahmad
0 Responses