Elias Hj Idris

Pada orang-orang sufi, mereka dapat memandang ke "sebalik". Mereka dapat memandang ke 'sebalik' daripada yang ada nampak oleh mata kepala. Di sebalik yang zahir itu ada batin. Di sebalik yang nampak, ada yang ghaib. Di sebalik yang tersurat, ada yang tersirat, dsb.

Kalau ada orang yang mengatakan semua yang di 'sebalik' itu adalah bohong dan kosong, maka itu adalah tanda bahawa dia belum sampai ke tempat yang di 'sebalik' itu. Kalau dia sampai, pasti dia akan mengakui kebenarannya.

Sebagai orang yang tau (sikit2), kita perlu membantu orang awam lain untuk ikut sama menyelami apa yang ada di 'sebalik' sana itu.

Jika tidak, itulah kesannya apa yang berlaku terhadap buku 'Hakikat Insan' (oleh Haji Ahmad Laksamana) dengan segala tohmahan dan fitnah berangkai yang sangat mengaibkan. Benar, penulisnya mengakui bahawa kitab itu sesat; pengakuan yang amat memedihkan pada mereka yang 'tahu'.

Beliau berbuat demikian demi mengelakkan fitnah yang lebih melebar di kalangan serakah dan 'hati busuk'.

Ilmu orang-orang sufi ini adalah ilmu yang menitik-beratkan hal kebatinan, kerohanian, atau kejiwaan. Sedangkan kesemua itu adalah perkara ghaib; yang tidak dapat dipegang dengan tangan, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Untuk melihat yang ghaib itu perlulah dipandang dengan mata hati; iaitu dengan hati yang bergilap dan bersinar serta dilimpahi oleh cahaya keimanan yang luhur.

Untuk membersihkan hati itu perlulah ada bimbingan dan latihan. Guru yang mursyid dapat melakukan bimbingan tersebut dan zikrullah (mengingatkan Allah) dapat membersihkan hati yang gelap.

Dengan ijazah guru dan bimbingannya serta zikrullah hati itu dapat dibersihkan dan digilap supaya dapat 'memandang' Allah dan segala yang ghaib.

Tujuan yang penting adalah untuk mengenal Allah dan menghampiri diri kepadaNya dalam keredhaanNya semata-mata. Kadang-kadang ada yang sampai ke peringkat yang dia sendiri lenyap dan tenggelam 'dalam' Allah dan memandang tiada yang lain selain daripada Allah.

Sehingga ada pula yang mengatakan tidak ada yang wujud melainkan Allah' dan Ana'l-Haq (Akulah yang Haq, iaitu Tuhan).

Dan... mereka tenggelam 'dalam' Allah.

Soalnya, bolehkah kita mengatakan mereka itu semuanya telah sesat?
6 Responses
  1. Anonymous Says:

    KESUFIAN DIBUMI ARAB : Ahli2 Sufi dizaman silam mereka itu berjalan dijalan yg lurus dan benar. Karena dikala itu ngak banyak gangguan2 yg dzahir yg bisa menghalang mereka menuju kedestinasi tujuan. Mereka dibimbing oleh Guru2 Dzahir dan Guru2 Ghoib yg diiktiraf oleh keruhanian Rasulullah SAW. Hingga ada diantara mereka itu dikurniakan oleh Tohan dgn darjat Wali. Perlu diingat Fitnah Dajjal AlMasikh ada dimana2, hasutan2 Jin Setan sentiasa bermaharaja-lela. Ungkapan "Ana-Al Haqq" - "Aku Yg Bener" itu telah disalah ertikan dan diburuk sangkakan oleh Ahli Syariat. Kononnya mereka Para Sufi telah mengaku "Dirinya Tohan", ato "Jadi Tohan" dsbnya. Maka muncul kontraversi antara Ulamak Syariat dgn Ahli Hakekat. Hinggakan Para Sufi dan Ahli Hakekat itu difitnahkan kufur sesat. Antara yg jadi mangsa korban fitnah, dialah "Syed Mansur Halaj Al-Hussein", dijatuhi hukuman mati dipancong....

    KESUFIAN DIBUMI NUSANTARA : Dizaman kemasukan awal Islam diNusantara yg dibawa oleh Wali 7, tiada Fitnah Dajjal dan Setan yg besar. Karena setiap halangan dan tentangan dari dalaman bisa diatasi dgn Koramah Wali 7. Namun Fitnah Dajjal dan ragam yg hampir sama berlaku pula diBumi Nusantara, semenjak kemunculan Wali 9 Jawa itu. Tanpa disedari Wali 9 Jawa telah diresapi berkapit dgn Setan dari Jin St Peter. Maka bernama "Wali 9 Jawa itu Wali Setan Perosak Islam dan Nusantara". Antara kekufuran kesetanan Wali 9 itu, mereka memfitnah Sufi Agong "Syed Syeikh Siti Jenar" (dari Nasab Wali 7), kononnya beliau pembawa ajaran sesat "WahdatulWujud". Akhirnya SSJ telah dijatohi hukuman pancong. Maka tareqat2 yg telah banyak bertembang diNusantara, samada diIndonesia ato diMalaysia dll lagi semenjak dari Zaman Wali 9 Jawa Wali Setan, hingga kesekarang ini adalah Tarekat2 Setan....


  2. http://ikanlepu.blogspot.com/2010/05/pertikaian-kaum-fuqaha-dengan-sufi.html


  3. mk Says:

    Tinggalkan lah akidah wahdatul wujud yg sesat itu...para sahabat dan imam mujtahid mana berakidah wahdatul wujud?...


  4. Anonymous Says:


    Mengikut kefahaman ini, apabila Allah swt berfirman,”Kun!”, Dia berfirman kepada diriNya sendiri. Maka kesemua ciptaan ( termasuk ruang dan masa) adalah sebenarnya Allah swt dalam penjelmaan atau manifestasi. Kerana itu mereka berkata, “Satu dalam ramai, ramai dalam Satu” ataupun Allah itu ciptaan dan ciptaan itu Allah. Sesudah mencapai pengenalan, matahati mereka hanya nampak Allah di sebalik kesemua ciptaan. Ini juga bererti, bagi mereka hakikat kesemua ciptaan hanyalah Allah swt.

    Kita hanya dpt mengenal Allah bukan mengetahui Diri Allah yg sebenar, kita mengenal Allah dari DzatNya yg sedikit.
    Segala sesuatu tidaklah sebesar daripada sebutir pasir kepada Tuhan
    Seperti setitik air masin itu datangnya dari lautan.
    Gospel of Barnabas 132 (?)

    Maka itu adalah suatu yg mustahil jika Allah ada bersama kita didalam Loh Mahfuz ini.
    Kerana itu tiada siapa tahu bagaimana rupa Allah swt. Ini sesuai dengan firmanNya:
    Tidak ada sesuatu pun serupa dengan Dia.
    Asy Syura, (42): 11.
    Tidak ada seseorangpun yang seumpama dengan Dia.
    Al Iklas (112):4.
    Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata.
    Al Anaam (60):103.

    Yang ada hanyalah dzatNya yg sedikit, yg menjadi semua ciptaan.
    dan paling mustahak kita ketahui yg wujud dialam ini bukan Allah SWT tetapi hanyalah dzatNya yang sedikit.

    Tambahan pula ada hadis mengenai Tirai Nur yang mendindingi ciptaan dari pada Zat Allah yang Maha Agung.maka mustahil Allah berada di dalam alam ini.

    Tirai-Nya adalah Nur dan seandainya terangkat pasti keagungan Dzat akan membakar makhluk yang terpandang oleh-Nya.
    Sahih Muslim Bk.1 228 (1994)
    Malaikat Jibril (as) berkata bahawa 70 tirai Nur yang meniraikan Dzat dan sekiranya dia mendekati tirai Nur yang pertama sahaja, dia akan binasa.
    Al Hadis (Miskatul Masabih) Vol 4, 226 (1994)


  5. Anonymous Says:

    Wahdatul Wujud bukan satu fahaman atau aliran pemikiran tetapi satu keadaan yg dimana ahli salik sudah 'sampai' kepada Allah. Semua wali2 akan tempuh wahdatul wujud, yg berada dlm jagaan syeikh mursyid akan terhindar dari fitnah. Carilah lagi guru2 yg boleh menerangkan secara tepat ttg wahdatul wujud dan harus di fahami sesetengah yg 'haram' itu sebenarnya
    permata, haram bagi bukan ahli kerana boleh mendatangkan fitnah akibat tidak memahami hakikat diri sendiri.


  6. Unknown Says:

    Assalammualaikum tuan...bagaimana saya nak dapatkan buku Ana Al - Haq edisi original