Elias Hj Idris
Watak bohsia yang terkandung dalam novel 'AKU BOHSIA' adalah picisan daripada sebuah kisah besar dalam novel 'BUNGA BUKAN SEMUSIM' - BBS (761 muka surat) yang berlegar di sekitar satu watak pemuda baik yang bertukar menjadi gigolo. Orang baik yang bertukar menjadi jahat berpunca daripada dendam yang tak kesudah.

'AKU BOHSIA' cuma disiapkan dalam masa dua minggu - untuk sebuah novel berketebalan 180 muka surat. Maka ia dinamakan novel picisan. Dengan status demikian nama samaran pengarang sahaja yang diletakkan sebagai 'aku' - aku itulah ganti nama pertama bagi Anne Natasha Nita.

Sebenarnya, itulah senggang masa yang ada di waktu menyiapkan novel 'BUNGA BUKAN SEMUSIM'. Tika galak diterap tentang kehidupan gigolo, tiba-tiba muncul idea bohsia yang datang mengganggu di celah-celahnya - mengganggu kelancaran kisah gigolo ternama di ibu kota. Jika tidak dikawal ia mampu mencacatkan urutan cerita tersebut - yang ada perkaitan sifatnya dan bercampur-baur. Kedua-duanya adalah sampah masyarakat. Jika tidak dipisahkan, kisah si gigolo itu akan menjadi terlalu panjang, rumit dan merimaskan tumpuan. Jadi elok jika ia digarap secara bersendiri dalam ruang litupnya - bohsia.

Lihat http://ikanlepu.blogspot.com/p/karya-bunga-bukan-semusim.html .

                         Bahana bila sang gigolo baru nak jadi manusia semula...

'BUNGA BUKAN SEMUSIM' (membawa erti bahawa cinta itu bisa datang banyak kali) adalah sebuah novel yang berkisar di sekitar lorong kehidupan seorang gigolo yang tiada batas sempadan. Jika dipecahkan ia mampu menghasilkan ratusan slot drama atau jika diangkat ke filem mungkin (tak) mampu buat 'pecah panggung'! Soalnya, adakah production house yang usahkan mampu, berani pun tidak rasanya untuk keluar daripada kepompong mereka yang sedia ada. Cerita drama atau filem yang sekadar memperbodoh dan merosakkan bangsa dengan segala cerita tahyul dan tidak masuk dek akal. Lakon gaya elitis, tapi pembawaan wajah sebiji muka 'felda'!

                        Apa kata jika watak gigolo itu dimainkan oleh aktor ini?

Ia memang sudah dirangkakan sedemikian rupa (sama seperti novel-novel tebal yang lain) biar mudah ia diadaptasi ke drama atau filem; di mana dalam novel ini watak utamanya itu bisa menjadi kaki pukul kesan dendam lama yang membara. Dia merosakkan setiap yang bernama wanita dek kerana kecewa yang membenih bibit kesan dendam apabila kekasih hatinya waktu di kolej dahulu dipadankan dengan orang lain. Dan hasilnya, dia bersedia untuk dilanggan pula oleh isteri-isteri orang serta mak-mak datin yang kesepian. Di sini letaknya 'kebodohan' mereka yang bernama 'gigolo'.

Bukan ada satu laluan yang mudah apabila menjadi manusia jahat di atas muka bumi ini. Mudah sahaja sifir kehidupan yang Allah swt lakarkan buat hamba-hamba-Nya sejak di Azali lagi. Anaknya dicolek oleh orang-orang 'kingpin' dadah yang hanya mahu dia menjadi pelari dadah daripada seberang sempadan; di mana dia menonjolkan dirinya hebat dalam pengendalian 'high powered car' dan menyamar. Pun begitu, dia tetap tidak terlepas daripada terkait dengan wanita - seorang model ternama ikut menjadi temannya ke sana - Natasha!

Dalam melakarkan babak-babak intim, erotik dan obscene sebenarnya tidak perlu kita paparkan 'scene' buka seluar atau menanggalkan bra si wanita. Cukup hanya dengan coretan kata-kata dalam bentuk 'body language' atau memaparkan kata-kata, '... dia terus berdayung dengan megah menuju ke tengah!' Tutup cerita. Orang sudah tahu akan maksudnya. Barulah karya seperti ini tidak dicap sebagai karya lucah atau SX18. Namun ia tetap menarik dan mendebarkan. Itulah yang berlaku kepada novel "KEHILANGAN" (554 muka surat) yang mampu meraih dua anugerah kebangsaan daripada Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (National Book Council), Kementerian Pendidikan. Itulah anugerah 'Novel Terbaik 1994' dan 'Suntingan Terbaik 1994'.

                     'KEHILANGAN' yang telah meraih dua anugerah kebangsaan

Dan... watak gigolo dalam novel ini telah menghadapi kesukaran yang teramat banyak sebaik insaf, untuk kembali menjadi seorang 'manusia' semula.

Pertama, isterinya yang sarat mengandung anak kedua telah meninggal dunia di rumah ketika dia sedang asyik berfoya-foya dengan seorang wanita lain di Pulau Phuket sana. Matinya kerana tersangkut uri. Apabila kembali ke rumah, cuma terdapat sebuah nota ringkas sahaja yang terselit di 'grill' pintu rumahnya;

'Anakku Kamal Hanafi,
seluruh isi rumah ada di kampung.
Pulang segera!


... ditulis oleh Ustaz Khamis, jam 2.00ptg sedangkan jam di tangannya telah menunjukkan pukul 7.00 petang'.

Dia tertanya-tanya kenapa nota itu mesti ditulis oleh bapa mertuanya? Kenapa tidak isterinya? Lagipun seminggu sebelum itu isterinya tidak pun memberitahu yang dia akan pulang ke kampung.

Dia bergegas memandu pulang ke Ipoh, ke rumah bapa mertuanya itu. Di sepanjang perjalanan dia asyik tertanya-tanya kenapa dia dipinta pulang segera?

Semakin dihampiri rumah itu terasa benar akan kelainannya. Hatinya berdebar-debar. Sebaik dia menghentikan keretanya di hadapan rumah, ibu dan bapa mertuanya telah sedia menunggu di muka pintu. Pada riak di air muka mereka jelas tidak membayangkan kegembiraan. Sementara itu di dalam, ramai orang yang kebanyakannya berketayap sedang menjamu selera.

"Apa khabar ayah, emak?" Kamal Hanafi menghulurkan tangannya bersalam dengan ibu dan bapa mertuanya. Kemudian dia bersalam dengan ibu dan ayahnya.

"Baik... masuklah dulu, Kamal," sahut Ustaz Khamis sambil mengiring menantunya masuk ke dalam rumah.

Beberapa mata menoleh kepadanya sambil berpandangan sesama sendiri. Dia duduk di suatu penjuru selepas bersalaman dengan beberapa orang ayah saudara isterinya yang duduk dekat dengannya. Sementara itu Ustaz Khamis menyuruh isterinya membawakan air minuman untuk menantunya. Sambil itu mata Kamal Hanafi berpindah dari satu penjuru ke satu penjuru rumah. Kemudian dia memerhatikan wajah-wajah mereka yang ada dalam rumah itu.

Dia dapat merasakan kelainannya. Sersekali dia terciumkan bau kapur barus dan hatinya mulai rasa tidak sedap. Debarnya yang sejak tadi masih tidak berkurang, sebaliknya menjadi-jadi. Dia tidak sabar untuk mengetahui duduk perkara. Apatah pula anaknya pun tidak kelihatan.

"Mmm... mana Azie, ayah?" tiba-tiba Kamal Hanafi bersuara bila tidak sesiapa pun yang bercakap tentang isterinya.

"Minum dan makan dulu. Kamal pun baru sampai dari jauh," sahut Ustaz Khamis lembut dan bersahaja. "Nanti kita bercerita."

Kamal Hanafi tidak puas hati. Dia menoleh kepada ayahnya yang duduk agak jauh di tepi pintu menuju ke bilik.

"Ayah... apa maknanya ni?"

Pak Mat tidak berkata apa-apa selepas menoleh kepadanya. Begitu juga dengan ibunya yang duduk di lorong menghala ke arah dapur. Beberapa orang kanak-kanak melintas untuk keluar selepas mereka makan. Begitu juga dengan beberapa orang tetamu yang tidak dikenali memandang kepadanya.

"Kau ke mana hilang sampai berhari-hari ni, Kamal?" tiba-tiba meletus suara ibunya tidak sabar-sabar. Nadanya jelas mengandungi rasa kesal yang tidak terhingga.

"Out station," jelasnya sambil tunduk. Dia mencapai gelas minuman lalu diteguknya. Dia tidak berani menyebut pergi ke Phuket bersama Nina Kamariah.

"Makan... makan dulu," bisik Ustaz Khamis yang duduk bersila di hadapannya.

Kamal Hanafi menolak. Dia tidak berselera untuk makan. Apatah pula keadaan dalam rumah itu seperti sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Saya dah baca nota ayah tu," jelas Kamal Hanafi beralih menatap bapa mertuanya yang masih bersahaja. "Apa yang pentingnya, ayah?"

Dia menjeling kepada ayahnya yang tidak menghiraukan pertanyaan itu. Pak Mat lebih suka kalau besannya yang sendiri yang memulakan cerita. Dia sedar anaknya yang bersalah dalam soal tersebut. Malah dia sendiri pun rasanya tidakkan tertebus kesilapan yang telah dilakukan.

"Begini...," kata Ustaz Khamis lalu membetulkan duduknya. Itupun setelah menantunya agak tenang. "Norazila dah tak ada... dia dah kembali menemui Tuhannya."

Kamal Hanafi tersentak. "Apa?"

Seketika itu juga kedengaran suara Mak Cik Kiah dan Mak Melah mengongoi.

"Pagi tadi... Mak Nab yang menghadapnya seorang diri," jelas Ustaz Khamis lagi sambil memandang kepada Pak Mat yang tidak bersuara. Orang tua itu tunduk sambil jarinya bermain bulu tikar rumput alas duduknya.

"Macam mana boleh jadi begitu?"

"Dia bersalin... anaknya selamat. Perempuan... ada kat dalam bilik tu," jelas Ustaz Khamis dengan tenang.

Kamal Hanafi terdiam. Dia tunduk sambil tangannya digenggam kemas menahan sebak yang mula menyerang di dalam dadanya.

"Tak sempat bawa ke klinik... Mak Nab pun tak tau nak buat macam mana. Dia cuma dapat selamatkan budak tu saja," jelas Ustaz Khamis.


Suasana sunyi sepi dan semua mata tertumpu kepada Kamal Hanafi yang masih tunduk. Perlahan-lahan air matanya berderai jatuh di atas tikar rumput alas duduknya. Semakin lama semakin galak air jernih itu meleleh dari kelopak matanya dan terus berderai tanpa dipedulikannya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak dapat menahan sebak dan rasa sedih yang bertalu-talu datang menyerang. Dia sedar akan kesilapannya, tetapi segala-galanya sudah tidak berguna lagi.

"Di mana arwah tu sekarang ni, ayah?"

"Dekat maghrib tadi kami dah sempurnakan," sahut Pak Mat dengan suara yang tegas. Tumpuan perhatian beralih kepadanya. "Kami pun tak tau bila kamu balik... jadi tak dapat nak tunggu."

"Azie... kau pergi sayang," bisik Kamal Hanafi sambil menggelengkan kepalanya. Kemudian kedengaran sedu yang cuba ditahan-tahan.

"Mengucap la, Kamal. Dah takdir untuk dia begitu," kedengaran Ustaz Khamis memujuk.

Kamal Hanafi menggeleng lagi. Dia terus tunduk tidak dapat untuk bersuara. Sambil itu rasa pilunya semakin mengasak di benaknya membuatkan air matanya terus mengalir bertalu-talu. Baru itulah kali pertama dia menyebut kata sayang kepada arwah isterinya. Itulah wanita yang tidak dipedulikannya sejak beberapa lama. Tanpa sedikit pun dia menghargai pengorbanan dan kesetiaan seorang isteri. Malah dia tidak sedikit pun rasa bersalah di atas sikapnya selama ini yang mempersiakan isterinya.

Dia lepas bebas ke mana sahaja yang disukainya. Dari seorang wanita ke seorang wanita yang memerlukannya. Dia membiarkan Norazila kesunyian dan bersendirian tinggal di rumah. Dan isterinya pula tidak pernah bertanya atau menegurnya biar berapa lama pun dia tidak pulang ke rumah. Malah hingga ke akhir hayatnya Norazila tidak pernah mengesyakki akan kebuasan suaminya di luar dengan sebegitu ramai wanita lain.

Kini Norazila sudah tiada. Norazila sudah pergi bersama penderitaannya di samping kesabaran yang tiada tolok bandingnya. Dia pergi membawa bersama hatinya yang suci murni tanpa rasa sangsi terhadap suaminya. Dan pemergiannya juga adalah di atas pengorbanannya demi melahirkan seorang anak buat suami yang paling dicintainya.


Hilang sudah kegagahan seorang lelaki gigolo sepertinya. Selepas melihat anaknya yang baru dilahirkan serta mengucup anak lelakinya dia terus ke tempat persemadian arwah isterinya.  Sepanjang perjalanan itu dia tidak dapat menahan rasa sedih yang tidak terkira. Air matanya terus berjurai diamuk rasa kesal terhadap perbuatannya sendiri, membuak dalam dadanya. Dia terlalu mengikutkan perasaan yang tidak terkawal. Dek kerana dendam dia telah mengorbankan seorang insan yang tidak berdosa, yang murni hatinya. Norazila tidak mengerti apa-apa di sebalik dendamnya yang membara. Akhirnya, dendam itu juga yang memakan dirinya sendiri.

Sesampai di sana dia hanya dapat melihat butir-butir tanah merah yang menimbun di pusara isterinya dalam gelap malam yang sunyi itu. Hanya dengan bertemankan sebatang lilin yang liut apinya itu seketul, seketul tanah merah itu diramasnya. Rasa kesalnya datang bertalu-talu. Air matanya sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.

Dia tahu biar menangis air mata darah sekalipun arwah isterinya tidak akan kembali lagi. Malah titisan air matanya itu akan lebih menyiksakan roh arwah isterinya di sana, tetapi dia tidak dapat menahan perasaannya. Puas dikuatkan hatinya dan mengucap berkali-kali, namun sesalan itu terus datang menerjah ke dalam benaknya. Bertambah kesal lagi apabila dia tidak berkesempatan menatap wajah arwah isterinya buat kali terakhir. Dia tidak dapat berkata-kata apatah pula untuk meminta maaf di atas segala perbuatan terkutuknya. Malah buat kali terakhir pun dia tidak dapat mengelolakan sendiri jenazah isterinya untuk disempurnakan.

Kenapa dia harus mengikut Nina Kamariah pergi bercuti di Phuket? Soalan itu yang datang bertalu-talu. Soalan itu yang datang bertalu-talu dan ngongoinya semakin menjadi-jadi. Perlahan-lahan timbul rasa jelik terhadap semua perempuan ysng telah dikenalinya selama ini. Dia mulai benci pada Nina Kamariah, Datin Jasmine, Datin Roxanne, Mohaini, Liza, Nita, Lucy Choo, Suzie malah kepada sesiapa sahaja.

Dia mengeluh dan kembali kepda Tuhannya,

"Wahai Tuhanku,

Cahaya langit-Mu sudah tenggelam
Semua makhluk-Mu sudah tidur
Tetapi pintu-Mu terbuka luas buat memohon kasih-Mu
Aku datang mengadap-Mu, memohon keampunan-Mu
Kasihanilah daku, wahai Tuhan."


Kamal Hanafi terhenti sebentar, membiarkan air matanya yang terus berlinang. Sambil itu dia teresak-esak dek kerana kekesalan yang telah menguasai seluruh jiwa dan raganya.

"Demi kemuliaan dan kebesaran-Mu, maksiat yang kulakukan bukanlah menentang-Mu. 

Ketika aku melakukan maksiat itu, bukan kerana aku meragui-Mu, bukan kerana mengabaikan seksa-Mu,
Bukan kerana menentang hukum-Mu.
Ia kulakukan kerana pengaruh hawa nafsuku setelah Kau menghulurkan tirai buat menabiri aibku.

Ia titik perubahan dalam hidupnya.

Pun dengan segala maksiat yang membelenggu dirinya, bukan mudah buat Kamal Hanafi untuk berubah tanpa dugaan dan pengorbanan. Paling utama dia kena tinggalkan dunia pengiklanan yang telah mengenalkannya kepada sekian ramai wanita lawa dan ternama. Caranya ialah dengan menjualkan syarikatnya itu walaupun ada beberapa job dan proposal lumayan yang  sedang menunggu.

Syarikat itu dijualkan pada harga RM15 juta walaupun kontrak dalam tangan ada RM15 juta serta prospek baru berjumlah RM15 juta juga. Dia menjual dan mengambil aset syarikatnya sahaja. Janji dia dapat melarikan ingatan terhadap isterinya di mana syarikat itu ditubuhkan pun bersempena dengan perkahwinannya dengan arwah isterinya itu.

"Abang Kamal..." lembut sekali suara itu dan ia memang sudah biasa di telinganya.

Kamal Hanafi menoleh. Dia terperanjat bila melihat gadis bertudung yang dilihatnya sebelum itu berdiri tercegat sambil tersenyum. Dia masih tercengang-cengang sambil memerhatikan sekujur tubuh gadis berbaju longgar yang dikenakan dengan jean warna hitam itu.

"Ni... Tasha la. Abang dah tak kenal ke?" suara itu menegur sambil memperkenalkan dirinya.

Kamal Hanafi tidak menjawab. Dia mengalihkan perhatiannya daripada gadis itu. Timbul kembali perasaan yang menyayatkan hatinya. Kenapa dia harus dipertemukan dengan mereka yang telah menjerumuskannya ke dalam kancah tragedi. Kenapa anak mummy ini yang harus ditemuinya?

"Abang... kenapa ni?" tiba-tiba Natasha hampir lalu berdiri di hadapannya. "Kenapa abang jadi begini, bang?"

"Cukup la Tasha... anggap la abang yang Tasha kenal dulu tu dah tak wujud lagi," pinta Kamal Hanafi tanpa merenung wajah anak gadis yang masih kehairanan.


Natasha masih merenungnya. Sepatutnya, dia yang merayu dan meminta supaya dia dilupakan. Dia yang sepatutnya berasa kecewa di atas apa yang telah dialaminya selama ini. Sepatutnya dia yang mengungkit kenapa Kamal Hanafi harus berkahwin tanpa memberitahunya?

"Sungguh Tasha tak sangka...," Natasha mendengus lalu pergi dari situ.
 

Kamal Hanafi tersentak. Dia terpinga-pinga melihat gadis itu pergi. Dia terus bangun mengekorinya. Langkahnya dipercepatkan seraya menyambar tangan Natasha membuat gadis itu terhenti langkahnya.

"Kenapa ni, Tasha?" Kenapa Tasha cakap macam tu?"

Natasha mendiamkan diri sambil tunduk. Perlahan-lahan Kamal Hanafi memimpinnya kembali ke bawah pohon kelapa itu. Tiba-tiba hatinya tergerak oleh sesuatu kelainan pada diri gadis itu. Siapakah yang mahu melarikan diri dari siapa?

"Cuba Tasha cakap kenapa kata macam tu? Kalau abang salah tadi, abang minta maaf," pujuk Kamal Hanafi sambil memandang tepat ke wajah Natasha yang masih tunduk.

Seingatnya, memang telah lama dia tidak menemui Natasha walaupun telah berkali-kali dia ke rumah mummy sebelum itu. Hampir tiga tahun gadis itu menghilang. Menurut teman-temannya, Natasha menghilangkan diri selepas bercakap di telefon lalu berlari ke dalam bilik dan menangis. Mereka tidak tahu akan sebabnya. Cuma dia disedari hilang begitu sahaja. Cuma pada hari itu baru ditemuinya Natasha.

Puas Kamal Hanafi memujuk, tetapi Natasha masih mendiamkan diri. Kemudian dia menangis sambil menekupkan mukanya.

"Apa ertinya ni, Tasha? Abang tak mengerti...."

"Memang dasar lelaki...," Natasha mendengus. "Lelaki selalu begitu... apabila barang yang diidamkan sudah dimiliki, mereka pergi begitu saja!" Dan tangisnya semakin menjadi-jadi.

"Kenapa ni? Siapa yang Tasha maksudkan?"

"Siapa lagi?"

"Abang?"

Natasha mengangguk.

"Apa yang abang dah lakukan?" Kamal Hanafi brtambah hairan. Seingatnya, dia tidak pernah berbuat apa-apa terhadap Natasha. Dia ada membawanya ke selatan Thailand mengambil bekalan. Itu sahaja. Selepas itu mereka langsung tidak bertemu lagi. Gadis itu menghilangkan diri dari rumah mummy dan terus tidak dapat dikesan.

"Abang tidak mengerti perasaan seorang perempuan...," sahut Natasha dalam esakan yang cuba ditahan-tahan. "Abang tidak faham hati Tasha... tiga tahun, bang! Bukannya tiga bulan atau tiga hari, bang!"

"Maksud Tasha?"

"Hurgh... mudahnya abang buat-buat tak tau!"

"Memang abang tak faham maksud Tasha...."

"Betapa pilunya hati ini bila abang terus saja menghilang... Tuhan saja yang tau, bang!"

"Tasha jatuh hati pada abang masa tu?"

Natasha mengangguk.

"Tasha terus give-up modelling... lari dari dunia yang penuh pura-pura tu semata-mata kerana abang."

"Abang tak tau sampai begitu sekali... err."

"Memang mudah bagi lidah abang untuk berkata-kata," Natasha mengangkat mukanya memandang tepat ke wajah Kamal Hanafi. "Tapi... Tasha ikuti setiap perkembangan abang sejak hari tu...."

Namun begitu Natasha tidak sampai hati memberitahu Kamal Hanafi bahawa dialah orang yang menelefon Noarazila di rumah. Sebenarnya, dialah yang mengganggu dan mencerca Norazila. Bukan bererti dia berdendam dan mahu meruntuhkan rumahtangga orang. Ia didorong oleh rasa kecewanya yang tidak terbendung. Kamal Hanafi berkahwin dengan orang lain!

"Mungkin itu lebih baik buat Tasha... daripada menjadi mangsa perbuatan abang."

"Bagaimana abang boleh begitu pasti?"

"... dan abang mengalami sengsaranya sekarang."

"Maksud abang?"

"Lepas balik kampung... abang kahwin menurut kehendak orang tua abang," jelas Kamal Hanafi seolah-olah Natasha tidak tahu akan perkahwinannya. "Isteri abang tu terseksa batinnya... abang telah mempersiakannya."

"Abang benar-benar pasti dia terseksa?"

Kamal Hanafi mengangguk. "Sehingga dia mengorbankan nyawanya... batinnya dah tak tertahan lagi dek perbuatan abang. Tasha pun tau kan perangai abang yang buruk itu...."

"Maksud abang... errr dia dah tak ada lagi?"

Kamal Hanafi mengangguk. "Hanya dua orang zuriat abang yang ditinggalkannya. Dia pergi ketika melahirkan anak abang yang kedua... sedangkan abang ketika itu mmm...."


Kamal Hanafi menggelengkan kepalanya sambil menarik nafas dalam-dalam. Kelukaannya kembali berdarah bila diingatkan kembali peristiwa yang menyaystkan hati itu.

"Abang di mana ketika itu?"

"Di Phuket bersama Nina... Nina Kamariah."

"Dah lama?"

"Baru tiga bulan...."


"Tasha minta maaf, bang," rayu Natasha perlahan lalu tunduk memerhatikan kakinya yang semakin kerap menguis-nguis rumput yang dipijaknya. Marahnya kembali pudar bila mendengar peristiwa yang telah dialami oleh Kamal Hanafi.

"Sesungguhnya, abang telah berdosa pada semua orang... sebab tu abang cuba berubah sekarang. Abang dah taubat... taubat dari segala-galanya."

"Bagus la kalau abang dah sedar...," sahut Natasha perlahan. 


"Mmm... bagaimana dengan Tasha?"

Natasha menjeling kemudian membuang pandangannya ke tengah laut, pada badai yang bergilir-gilir menghempas ke pantai.

"Sejak itu Tasha bawa diri ke mana saja... ikut kata hati."

"Mmm... macam mana abang boleh hubungi Tasha?"

"Tak ada. Tak ada tempat untuk dihubungi."

"Tempat tinggal?"

"Pun tak ada... Tasha ikut kata hati. Duit pun masih ada lagi, jadi Tasha boleh pergi ke mana saja. "Tak perlu kerja...."

"Tapi... sampai bila?"

"Sampai bila-bila, selagi hati ni belum sembuh...."

"Macam mana kalau abang nak hubungi Tasha nanti?"

"Tak payah... tak payah la, bang."

"Kenapa?"

"Tak ada apa-apa...."

"Tasha yang contact, okey...."

Natasha mengangguk. Kamal Hanafi mengunjukkan sedikit wang untuk belanja poketnya, tetapi Natasha menolak. Dan mereka berpisah di situ. Sejak itu Kamal Hanafi sudah tidak menemui gadis tersebut walaupun puas dia mencarinya. Mengikut rekod pendaftaran, Natasha telah check-out pada petang itu juga. Tiada siapa pun yang tahu ke mana dia pergi?
Elias Hj Idris
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


Maha Suci Allah yang menciptakan seluruh alam dengan berpasang-pasangan. Setiap sesuatu darinya menyempurnakan segala TaqdirNya,

Apabila kita bicarakan tentang 'rahsia' Adam a.s maka tidak akan sempurna tanpa menyentuh 'rahsia Hawa yang merupakan sebahagian dari Adam a.s. Walaupun kelihatan usaha dalam memadamkan kebenaran ini, namun mereka tidak akan berjaya.

Apakah hikmahnya kejadian Hawa? Adakah penciptaannya memenuhi hajat Adam a.s? Mengapa Hawa dijadikan berasingan?

Apa rahsianya maka kejadian Hawa itu dikemudiankan? Apakah rahsianya maka Hawa dijadikan penuh dengan kelembutan? Mengapa tidak dia dijadikan seperti Adam a.s yang gagah dan kasar kulitnya?

Rahsia Pertama:  Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam a.s
Firman Allah :
يَـأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِى خَلَقَكُمْ مِّن نَّفْسٍ وَحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَآءً وَاتَّقُواْ اللَّهَ الَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِ وَالاٌّرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam a.s) dan yang menjadikan daripada (Adam a.s) itu pasangannya (isterinya, iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat... kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." -  An-Nisa, 4: 1

Perhatikanlah baik-baik bahawa kisah kejadian manusia ini dibahagikan kepada 2.

Pertama: Permulaan kejadian manusia, iaitu ciptaan Adam a.s daripada tanah dan daripada Adam a.s itu diciptakan pula Hawa.

Para ulama mufassirin memahami kata nafsan wahidah pada kata
خَلَقَكُمْ مِّن نَّفْسٍ وَحِدَةٍ - dari jiwa yang satu sebagai merujuk kepada Adam!

Sementara zaujaha pada lafaz
وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا menunjukkan kepada Hawa.

Kedua: Kejadian manusia seterusnya adalah hasil hubungan dan cantuman benih Adam a.s dan Hawa a.s. di mana mereka melahirkan zuriat keturunan lelaki dan perempuan.

Apabila Allah Ta'ala menyatakan ...
وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَآءً ...yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan.

Seterusnya para ulama mufassirin juga mentafsirkan kalimat Allah ...
"...dan darinya (ADAM) diciptakan HAWA" sebagai tulang rusuk ADAM.

Pegangan ini dikuatkan dengan hadis sahih,

Sabda Rasulullah saw.

"Saling berpesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, kerana mereka diciptakan dari tulang rusuk, sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. kalau engkau luruskan tulang rusuk yang bengkok itu, engkau akan mematahkannya, tapi kalau engkau biarkan ia akan tetap bengkok”.     -  riwayat Bukhari dan Muslim

Para ulama-ulama 'arifin billah, seluruh ulama mufassirin di antaranya yang sangat alim dalam ilmu tafsir - AlQurtubi, Tabari, Ibnu Kathir, Jalaluddin As-Sayuthi dll bahkan seluruh ulama yang dipercayai sepanjang zaman telah mengakui hakikat ini berdasarkan petujuk Ilahi yang dikuatkan kebenarannya oleh hadis Nabi saw.

Jadi tidak perlulah dipertikaikan lagi hakikat ini kerana para ulama mufassirin yang sangat alim dan 'thiqah' dalam ulumul Qur'an, sirah Nabawiyyah, ratusan ribu hadis Nabi saw, periwayatan kisah-kisah Nabi terdahulu, Asbabun-Nuzul, Ilmu Nahwu-Sarf, berbagai lughah bahasa Arab dan lain-lain syarat bagi seseorang mufassir. Apatah lagi kenyataan ini dikuatkan oleh ulama-ulama arif billah seperti Shaikh Ibnu Arabiy, Imam Jilani, Imam Ghazali dan lain-lainnya sebagai ulama-ulama ahlus-sunnah yang hebat di sepanjang zaman.

Adalah suatu perkara yang menghairankan beberapa "orang muda" di zaman ini, yang baru membaca beberapa potongan hadis Nabi saw sudah berani cuba mempertikaikan segala keterangan hadis sahih dan keterangan ulama darihal kejadian Hawa daripada tulang rusuk Adam a.s .

Walhal mereka itu (golongan muda) tiada mengetahui segala cabang ilmu Islam dan tidak pula memenuhi syarat sebagai mufassir. Maka perbuatan golongan 'muda' ini adalah mengundang bencana kepada diri sendiri kerana cuba mentafsir Al-Qur'an tanpa memiliki ilmu dan tiada juga menurut 'methodology" mentafsir Al-Qur'an Kalamullah! Akibatnya sentiasalah mereka berada dalam kebinasaan - mereka merosakkan diri mereka sendiri dan merosakkan pula manusia-manusia lain. Wal Iyazubillah!

Sepatutnya kita memerhatikan apakah 'rahsia' tersirat di sebalik penciptaan Hawa daripada diri Adam a.s?

Bagi mereka yang mempunyai matahati akan melihat betapa penciptaan Hawa daripada Adam ini mempunyai terlalu banyak hikmahnya. Salah satu yang dapat diselami adalah dengan terciptanya Hawa daripada Adam a.s bisa mencetuskan hubungan yang sangat rapat dan cinta antara kedua-duanya. Ini terbukti ketika Adam a.s sedar daripada tidurnya, didapati Hawa a.s berada di sisinya lalu timbul keinginan cinta kasih Adam a.s kepada Hawa. Demikian pula timbul perasaan yang sama daripada Hawa a.s kepada Adam a.s. Namun Allah Ta'ala menegah Adam a.s daripada menghampiri Hawa a.s sebelum dinikahkan secara sah.

Imam Al-Kabir Syaikh Ibnu Arabiy mentafsirkan penciptaan HAWA dari ADAM dan hubungan cinta kasih di antara keduanya dan hubungan nilai2 spiritual didalam 'cinta' suci ini dengan cinta kasih Ilahi didalam penciptaan makhluknya dalam suatu metafora yang sangat menarik!.

"Allah Ta'ala menciptakan insan daripada sifat KasihNya. Dia sangat rindu pada insan-insan yang dikasihiNya. Dia ingin supaya mereka mengenaliNya dan kembali kepadaNya. Imam Al-Kabir menyatakan bahawa ini adalah kerinduan Allah Ta'ala pada DiriNya sendiri!

Allah Ta'ala mengeluarkan dari lelaki sebuah wujud pada citranya yang disebut wanita dan kerana wanita tersebut muncul pada citra lelaki; sang lelaki merasakan kerinduan yang mendalam kepadanya sebagai suatu kerinduan pada dirinya sendiri. Sedangkan sang wanita turut merasakan kerinduan pada sang lelaki sebagai seorang yang rindu pada yang merinduinya."

(Fusus Hikam -Ibnu Arabiy)


Ihsan: rafie1357 (TKO)
Elias Hj Idris

Pada orang-orang sufi, mereka dapat memandang ke "sebalik". Mereka dapat memandang ke 'sebalik' daripada yang ada nampak oleh mata kepala. Di sebalik yang zahir itu ada batin. Di sebalik yang nampak, ada yang ghaib. Di sebalik yang tersurat, ada yang tersirat, dsb.

Kalau ada orang yang mengatakan semua yang di 'sebalik' itu adalah bohong dan kosong, maka itu adalah tanda bahawa dia belum sampai ke tempat yang di 'sebalik' itu. Kalau dia sampai, pasti dia akan mengakui kebenarannya.

Sebagai orang yang tau (sikit2), kita perlu membantu orang awam lain untuk ikut sama menyelami apa yang ada di 'sebalik' sana itu.

Jika tidak, itulah kesannya apa yang berlaku terhadap buku 'Hakikat Insan' (oleh Haji Ahmad Laksamana) dengan segala tohmahan dan fitnah berangkai yang sangat mengaibkan. Benar, penulisnya mengakui bahawa kitab itu sesat; pengakuan yang amat memedihkan pada mereka yang 'tahu'.

Beliau berbuat demikian demi mengelakkan fitnah yang lebih melebar di kalangan serakah dan 'hati busuk'.

Ilmu orang-orang sufi ini adalah ilmu yang menitik-beratkan hal kebatinan, kerohanian, atau kejiwaan. Sedangkan kesemua itu adalah perkara ghaib; yang tidak dapat dipegang dengan tangan, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Untuk melihat yang ghaib itu perlulah dipandang dengan mata hati; iaitu dengan hati yang bergilap dan bersinar serta dilimpahi oleh cahaya keimanan yang luhur.

Untuk membersihkan hati itu perlulah ada bimbingan dan latihan. Guru yang mursyid dapat melakukan bimbingan tersebut dan zikrullah (mengingatkan Allah) dapat membersihkan hati yang gelap.

Dengan ijazah guru dan bimbingannya serta zikrullah hati itu dapat dibersihkan dan digilap supaya dapat 'memandang' Allah dan segala yang ghaib.

Tujuan yang penting adalah untuk mengenal Allah dan menghampiri diri kepadaNya dalam keredhaanNya semata-mata. Kadang-kadang ada yang sampai ke peringkat yang dia sendiri lenyap dan tenggelam 'dalam' Allah dan memandang tiada yang lain selain daripada Allah.

Sehingga ada pula yang mengatakan tidak ada yang wujud melainkan Allah' dan Ana'l-Haq (Akulah yang Haq, iaitu Tuhan).

Dan... mereka tenggelam 'dalam' Allah.

Soalnya, bolehkah kita mengatakan mereka itu semuanya telah sesat?
Elias Hj Idris
                       Selagi ada bulan dan matahari, Wahhabi tetap sesat


Ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab 1206H yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat islam dan menghalalkan darah mereka.

Sudah pasti manusia yang lebih mengenali perihal Muhammad bin Abdul Wahhab adalah saudara kandung dan bapanya sendiri. Saudara kandung beliau, Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam di zamannya agar tidak mengikuti ajaran baru Muhammad bin Abdul Wahhab disebabkan ajaran itu menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat islam. (Sebagai bukti sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulaiman, “Fashlul Khitob Fir Roddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahhab” dan ”Sawaiqul Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Wahhabiyah”).

Ayahnya, iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya, Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama: "Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini". (Sebagai bukti sila rujuk kitab “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad hal. 275).

Demikianlah saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran 'takfir' yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Fakta Para Mufti Perihal Wahhabi.

- Mufti Mazhab Hambali Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy 1225 H menyatakan dalam kitabnya, "As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” hal. 276: "Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdullah Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut. Dia beranggapan barangsiapa yang tidak sependapat dengannya adalah kafir dan halal darahnya."

- Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan 1304 H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid menyatakan dalam kitabnya, "Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah hal. 42: "Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik".

Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketika mereka mula-mula memasuki Kota Taif. (Sila rujuk Kitab Umaro’ Al-bilaadul Haram hal. 297 – 298 cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr).

Wahhabi Menghukum Sesat dan Membid’ahkan Para Ulama’ Islam.

Wahhabi bukan saja mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka, tetapi Wahhabi turut membid’ahkan dan menghukum akidah ulama’ Islam sebagai terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Demikian kenyataan Wahhabi:

1)  Pendapat Wahhabi bahawa akidah Imam Nawawi dan Ibnu Hajar Al-Asqolany bukan Ahlus-sunnah Wal Jamaah.

Tokoh terkemuka ajaran Wahhabi, iaitu Muhammad bin Soleh Al-Utsaiimin menyatakan apabila ditanya mengenai Syeikh Imam Nawawi (pengarang kitab Syarah Sohih Muslim) dan Amirul Mu’minien Fil Hadith Syeikh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany (pengarang Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari) lantas dia menjawab: "Mengenai pegangan Nawawi dan Ibnu Hajar dalam Asma’ Was Sifat (iaitu akidah) mereka berdua bukan di kalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”. Rujuk kitabnya Liqa’ Al-Babil Maftuh hal. 42-43 soal-jawab ke 373 cetakan Darul Watan Lin-Nasyr.

2)  Wahhabi menghukum Al-asy'ariyah sebagai sesat dan kafir.

Tokoh Wahhabi Abdur Rahman bin Hasan Aal-As-Syeikh mengkafirkan golongan Al-Asya’iroh yang merupakan pegangan umat Islam di Indonesia dan di negara lain. Rujuk kitabnya Fathul Majid Syarh Kitab Al-Tauhid hal. 353 cetakan Maktabah Darus Salam Riyadh.

Satu lagi tokoh Wahhabi iaitu Soleh bin Fauzan Al-Fauzan turut menghukum golongan Al-Asya’iroh sebagai sesat akidah dan bukan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam hal. 32 cetakan Riasah ‘Ammah Lil Ifta’ Riyadh.

3)  Wahhabi mengkafirkan umat Islam yang mengikut mazhab. Dan Mengkafirkan Saidatuna Hawa (Siti Hawa)

Wahhabi bukan saja menghukum sesat terhadap ulama’ Islam bahkan umat Islam yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan kenyataannya: "Taqlid kepada mazhab adalah syirik“. Dan Wahhabi berani juga mengkafirkan ibu bani Adam, aitu Saidatuna Hawa dengan kenyataannya: "Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawa “.

Tokoh Wahhabi tersebut adalah Muhammad Al-Qanuji yang hampir satu zaman dengan Muhammad bin Abdul Wahhab. Lihat faktanya dalam kitabnya Ad-Din Al-Kholis juz 1 hal. 140 dan 160 cetakan Darul Kutub Ilmiah.

Saudaraku dalam Islam, waspadalah dengan ajaran 'takfir' ini (mengkafirkan umat Islam) yang dipelopori oleh golongan Wahhabi. Jadi sekelian wahhabi dan pengikutnya, bertaubatlah kepada Allah swt.

Dalam kitab "Ar-Rasa’il as-Syakhsyiah li al-Imam as-Syeikh Muhammad Abdul Wahhab” dalam surat ke 11 halaman 75 disebutkan bahwa; “Fatwaku adalah menyatakan bahwa Syamsaan beserta anak-anak mereka dan siapapun yang menyerupai mereka. Aku menamai mereka dengan thoghut (sesembahan selain Allah)…”. dan yang lebih dahsyat lagi adalah apa yang dinyatakannya dalam kitab yang sama (Ar-Rasa’il as-Syakhsyiah li al-Imam as-Syeikh Muhammad Abdul Wahhab) dalam surat ke 34 halaman 232 di mana Ibn Wahhab menuliskan: “…kami telah menyatakan kafir terhadap thoghut-thoghut para penghuni al-Kharj dan selainnya”.

Dan kita tahu bahawa, al-Kharj adalah nama satu daerah yang jaraknya kurang lebih lapan puluh kilometer dari kota Riyadh. Daerah al-Kharj terdiri dari beberapa desa dengan penduduk yang ramai. Hal itu sebagaimana yang telah tercantum dalam kitab “al-Mu’jam al-Jughrafi lil Bilad al-Arabiyah as-Saudiyah” jilid 1/392 atau kitab “Mu’jam al-Yamamah” jilid 1/372. Jelas sekali betapa Muhammad bin Abdul Wahhab tanpa ragu-ragu menyatakan kaum Muslimin yang tidak menerima ajaran firqohnya adalah “kafir”!

 
Bukan hanya pengkafiran yang dilakukan Muhammad bin Abdul Wahhab, cacian, makian dan hinaan pun terlontar dari otak dan hatinya yang kotor ditujukan untuk para tokoh dan pembesar Ahlusunah, yang tidak bersetuju dengan ajarannya. Dalam kitab “Ar-Rasa’il as-Syakhsyiah li al-Imam as-Syeikh Muhammad Abdul Wahhab” surat ke 34 halaman 232 dalam mengata-ngata seorang tokoh yang bernama Syeikh Sulaiman bin Sahim, dia mengatakan: “Akan tetapi sang haiwan ternak (bahim, arab) Sulaiman bin Sahim tidak memahami makna ibadah”.

Seakan-akan hanya Muhammad bin Abdul Wahhab saja yang memahamai ajaran tauhid dengan benar dan tidak menganggap benar dan menyatakan sesat pemahaman kelompok lain yang di luar Wahabismenya. Dan dalam kitab “Majmu’ Mu’allafaat al-Imam as-Syeikh Muhammad Abdul Wahhab” jilid1 halaman 90-91 disebutkan bahawa dia (Muhammad bin Abdul Wahhab) mengata-ngata Syeikh Sulaiman dan menjulukinya dengan julukan “sapi”, dengan ungkapannya: “Orang ini seperti sapi yang tidak dapat membezakan antara tanah dan kurma”.

Padahal "dosa" Syeikh Sulaiman bin Sahim adalah menolak dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab yang dianggap sesat dari ajaran dan ijma' ulama Islam, khusus ahlus-sunnah wal Jamaah. Hal ini yang dinyatakan sendiri oleh Bin Abdul Wahhab dalam lanjutan kitab tersebut dengan ungkapan: “Kerana mereka telah berusaha…untuk mengingkari dan berlepas tangan dari agama ini” (Kitab ar-Rasa’il as-Syakhsyiah…5/167). Agama mana yang dimaksud oleh Muhamad bin Abdul Wahhab? Agama baru yang dibawanya, ataukah agama Islam yang dibawa oleh Muhammad Rasulullah SAW yang – dalam masalah tauhid dan syirik- dipahami dan disepakati oleh semua kelompok Islam, termasuk pemahaman abangnya yang tergolong ulama mazhab Hambali?

Apakah orang seperti Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab al-Hambali (abangnya) atau Syeikh al-Allamah Sulaiman bin Muhammad bin Ahmad bin Sahim (wafat tahun 1181 H) yang salah seorang ulama dan tokoh besar di zamannya (sebagaimana yang telah disebutkan dan diakui sendiri oleh seorang Wahhabi kontemporari Abdullah bin Abdurrahman Aali Bassam dalam kitabnya “Ulama’ an-Najd Khilala Sittata Quruun” dalam jilid ke 2 halaman 381 pada tarjemah nombor 191, cetakan Maktabah an-Nahdhatul Haditsah di Makkah al-Mukarramah, cetakan pertama tahun 1398 H), juga tidak memahamai konsep tauhid dan syirik yang dibawa oleh Islam Muhamad bin Abdullah (Rasulullah)?

Apakah layak dia mengata-ngata seorang ulama besar semacam itu dengan ungkapan-ungkapan kotor yang tidak layak diungkapkan oleh seorang muslim awam sekalipun, apa lagi ini yang mengaku sebagai mujaddid (pembaharu) agama Islam? Lantas di mana akhlak Rasulullah, akhlak Islam dan akhlak mulia agama Allah? Jika pengolok-olok semacam ini disebut sebagai “Pembaharu Islam“ maka jangan salahkan jika Islam menjadi objek olok-olokan oleh musuh-musuhnya. Untuk lebih mengetahui kenapa Syeikh Sulaiman bin Sahim mengingkari dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab dan apa saja yang diungkapkan Muhammad bin Abdul Wahhab kepadanya dengan bahasa yang kasar dan menunjukkan kebaduian prilaku Muhammad bin Abdul Wahhab, bisa dilihat dalam buku yang dihasilkan oleh seorang penulis Wahhaby kontemporari Dr Abdullah al-Utsaimin dalam buku karyanya; “Mauqif Sulaiman bin Sahim min Dakwah as-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab” dari halaman 91 hingga 113 yang dicetak di Riyadh-Saudi tahun 1404 H.

Belum lagi kalau kita membaca buku [b] “Al-Fitnatul Wahhabiyah” (Fitnah Wahabisme) karya Syeikhul Islam dan Mufti Besar Mazhab Syafi’i yang berdomisili di kota suci Makkah, Syeikh al-Allamah Ahmad bin Zaini Dahlan (wafat tahun 1304 H dan dimakamkan di Madinah) di mana beliau hidup di masa-masa pemaksaan pengluasan ajaran Wahabisme ke segenap jazirah Arab. Syeikhul Islam Zaini Dahlan menjelaskan bagaimana para pengikut setia Bin Abdul Wahhab (meniru pencetusnya) dalam pengkafiran kaum muslimin yang bukan hanya sekedar melalui ungkapan dan tulisan, bahkan dengan tindakan yang sewenang-wenangnya, bahkan pembunuhan. Jelas dan nyata, sayangnya, kebiasaan buruk (sunnah sayyi’ah) itu masih terus diperjuangkan oleh para pengikut setia dan orang-orang yang taklid buta terhadap Muhammad bin Abdul Wahhab yang mengatas-namakan diri mereka sebagai Salafi, bahkan mengaku sebagai ahlus-sunnah wal Jamaah. Jikalau sekte sempalan ini tidak mendapat dukungan dana, kekuatan ketenteraan dan perlindungan penuh dari negara kaya minyak seperti Arab Saudi niscaya nasibnya akan sama dengan nasib sekte-sekte sempalan lainnya, binasa.

Awalnya, sekte ini tidak jauh berbeza dengan sekte seperti al-Qiyadah al-Islamiyah yang baru-baru ini dinyatakan sesat oleh para ulama di Indonesia. Dan ternyata kaum Salafi - pun ikut-ikutan menyesatkan al-Qiyadah al-Islamiyah, padahal mereka mempunyai kendala yang sama, sekte sempalan yang dahulu diangap sesat. “Maling teriak maling”, itulah kata yang layak dinyatakan kepada kaum Wahabi yang mengaku Salafi dan Ahlus-sunnah itu. Wahai kaum Wahabi, sesama sekte sesat dilarang saling mendahului dan saling menyesatkan.

Sekarang, masihkah pengikut Wahabi (yang berkedok Salafi) menanyakan bahawa syeikh mereka tidak mengkafirkan kaum muslimin dan menampik kenyataan yang tidak bisa mereka mungkiri ini?

Apa yang kami sebutkan di atas tadi adalah sedikit dari apa yang dapat disebutkan dalam artikel yang sangat terbatas ini. Masih banyak hal yang dapat kita sebutkan untuk membuktikan pengkafiran Wahabisme terhadap kaum muslimin, di samping prilaku mereka yang sebagai bukti konkrit lain dari pengkafiran tersebut. Lihat bagaimana prilaku mereka pada setiap musim haji yang mengobral murah dengan membanting harga kata “syirik” dan “bid’ah” bahkan dibagi dengan cuma-cuma pada jamaah haji. Seakan para rohaniawan Wahhabi pada musim haji melakukan “Cuci Gudang” kata bid’ah dan syirik untuk saudara-saudara mereka sesama muslim.

Jika orang muslim telah dikafirkan dan orang besar (baca: ulama) seperti Syeikh Sulaiman bin Sahim dicaci-maki dan dihina oleh orang seperti Muhammad bin Abdul Wahhab maka jangan hairan jika sekarang ini para pengikut setia dan fanatiknya (kaum Wahabi) juga turut mengikuti jejak langkah manusia tidak beradab seperti Muhammad bin Abdul Wahhab itu. Ungkapan dan tuduhan jahil (bodoh), munafik, zindik bahkan sebutan anjing atau haiwan-haiwan lain dari kelompok Wahhabi terhadap pengikut muslim lain merupakan hal biasa yang telah mereka sepakati secara turun-temurun

1. Pengkafiran Penduduk Makkah

Dalam hal ini Muhamad bin Abdul Wahhab menyatakan: “Sesungguhnya agama yang dianut penduduk Makkah (di zamannya) sebagaimana halnya agama yang kerananya Rasulullah diutus untuk memberi peringatan” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 10 halaman 86, dan atau pada jilid 9 halaman 291)

2. Pengkafiran Penduduk Ihsa’

Berkaitan dengan ini, Muhammad bin Abdul Wahhab menyatakan: “Sesungguhnya penduduk Ihsa’ di zaman (nya) adalah para penyembah berhala (dibaca: musyrik)” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 10 halaman 113)

3. Pengkafiran Penduduk ‘Anzah


Berkaitan dengan ini, Muhammad bin Abdul Wahhab menyatakan: “Mereka telah tidak meyakini hari akhir” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 10 halaman 113)

4. Pengkafiran Penduduk Dhufair

Penduduk Dhufair merasakan hal yang sama seperti yang dialami oleh penduduk wilayah ‘Anzah, dituduh sebagai “pengingkar hari akhir (kiamat)”. (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 10 halaman 113)

5. Pengkafiran Penduduk Uyainah dan Dar’iyah


Hal ini sebagaimana yang disebut di atas, para ulama wilayah tersebut khususnya, Ibnu Sahim al-Hambali beserta para pengikutnya telah dicela, dicaci dan dikafirkan. Ia disebabkan penduduk di dua wilayah itu (Uyainah dan Dar’iyah) bukan hanya tidak mahu menerima doktrin ajaran sekte Muhammad bin Abdul Wahhab, bahkan ada usaha menentangnya dengan keras. Atas alasan itu maka Muhammad bin Abdul Wahhab tidak segan-segan lagi mengkafirkan semua penduduknya, baik ulama’nya hingga kaum awamnya. (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 8 halaman 57)

6. Pengkafiran Penduduk Wasym

Berkaitan dengan ini, Muhamad bin Abdul Wahhab telah mengcap kafir terhadap semua penduduk Wasym, baik kalangan ulama’nya hingga kaum awamnya. (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 2 halaman 77)

7. Pengkafiran Penduduk Sudair

Berkaitan dengan ini, Muhammad bin Abdul Wahhab telah melakukan hal yang sama sebagaimana yang dialami oleh penduduk wilayah Wasym. (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 2 halaman 77)

Daripada contoh-contoh di atas telah jelas dan tidak mungkin dapat dimungkiri oleh sesiapapun (baik yang pro maupun yang kontra terhadap sekte Wahabisme) bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab telah mengkafirkan kaum muslimin yang tidak sepaham dengan keyakinan-keyakinannya yang merupakan hasil inovasi (dibaca: bid’ah) otaknya. Baik bid’ah itu berkaitan dengan konsep tauhid sehingga muncul label pensyirikan Muhammad bin Abdul Wahhab terhadap kaum muslimin yang tidak sejalan, mahupun keyakinan lain (seperti masalah tentang pengutusan Nabi, hari akhir/kiamat dsb) yang menyebabkan munculnya label kafir. (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 10 halaman 43).

Sebagai penutup artikel kali ini, marilah kita perhatikan ungkapan Muhammad bin Abdul Wahhab pendiri sekte Wahabisme berkaitan dengan kaum muslimin di zamannya secara umum. Muhammad bin Abdul Wahhab menyatakan: “Banyak dari penghuni zaman sekarang ini yang tidak mengenal Tuhan yang seharusnya disembah melainkan Hubal, Yaghus, Ya’uq, Nasr, al-Laata, al-Uzza dan Manaat. Jika mereka memiliki pemahaman yang benar nescaya akan mengetahui bahawa kedudukan benda-benda yang mereka sembah sekarang ini seperti manusia, pohon, batu dan sebagainya seperti matahari, rembulan, Idris, Abu Hadidah ibarat menyembah berhala ” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 1 halaman 117).

Pada kesempatan lain dia mengatakan: “Darjat kesyirikan kaum kafir Quraisy tidak jauh berbeza dengan kebanyakan masyarakat sekarang ini” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 1 halaman 120).

Pada masa yang lain dia juga mengatakan: “Sewaktu masalah ini (tauhid dan syrik) telah engkau ketahui nescaya engkau akan mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat lebih dahsyat kekafiran dan kesyirikannya daripada kaum musyrik yang telah diperangi oleh Nabi” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 1 halaman 160).

Namun, setelah kita menelaah dengan teliti konsep tauhid versi pendiri sekte tersebut (Muhammad bin Abdul Wahhab dalam kitab tauhid-nya) ternyata banyak sekali kerancuan dan ketidak-jelasan dalam pendefinisan dan pembagian, apalagi dalam penjabarannya. Bagaimana mungkin konsep tauhid rancu semacam itu akan dapat menjadi tolok ukur keislaman bahkan keimanan seseorang, bahkan dijadikan tolok ukur pengkafiran ?.

Ya, konsep tauhid rancu tersebut ternyata dijadikan tolok ukur oleh Muhammad bin Abdul Wahhab - yang mengaku paling paham konsep tauhid pasca Nabi - sebagai neraca kebenaran, keislaman dan keimanan seseorang sehingga dapat melabelkan kafir bahkan musyrik setiap ulama (apa lagi orang awam) yang tidak sejalan dengan pemikirannya. Sebagai dalil dari ungkapan tadi, Muhammad bin Abdul Wahhab pernah menyatakan: “Kami tidak mengkafirkan seorangpun melainkan dakwah kebenaran yang sudah kami lakukan telah sampai kepadanya. Dan ia telah menangkap dalil kami sehingga argumen telah sampai kepadanya. Namun jika dia tetap sombong dan menentangnya dan bersikap keras tetap meyakini akidahnya sebagaimana sekarang ini kebanyakan dari mereka telah kita perangi, di mana mereka telah bersikap keras dalam kesyirikan dan mencegah dari perbuatan wajib, menampakkan (mendemonstrasikan) perbuatan dosa besar dan hal-hal haram…” (Lihat: Ad-Durar as-Saniyah jilid 1 halaman 234). Di sini jelas sekali bahwa, Muhammad bin Abdul Wahhab telah menjatuhkan label kafir dan syirik di atas kepala kaum muslimin dengan neraca kerancuan konsep tauhid-syirik versinya maka dia telah ‘memerangi’ mereka. Bid’ah dan kebiasaan buruk Muhammad bin Abdul Wahhab an-Najdi semacam ini yang hingga saat ini ditaklidi dan diteruskan oleh pengikut Wahabisme, tidak terkecuali di tanah air kita.

Lantas apakah kekafiran dan kesyirikan yang dimaksud oleh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam ungkapan tersebut? Dengan singkat kita nyatakan bahwa yang dia maksudkan daripada kesyirikan dan kekafiran tadi adalah; “pengingkaran terhadap dakwah Wahabisme”. Dan dengan kata yang lebih terperinci; “Meyakini terhadap hal-hal yang dinyatakan syirik dan kafir oleh Wahabisme seperti tabarruk, tawassul, membaca selawat-selawat karya para sahabat dan ulama', maulid Nabi (dg disamakan Natalan/menyamakan dg kaum Nasrani), tahlilan (disamakan dg kaum Hindu)…dsb”.

Padahal, hingga sekarang ini, para pemuka Wahabi – baik di Indonesia mahupun di negara asalnya sendiri - masih belum mampu menjawab banyak kritikan terhadap ajaran Wahabisme berkaitan dengan hal-hal tadi.

Sumber: FB Imam Nawawi
Elias Hj Idris


Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor
(AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah PAS)

Terjahan kepada Islam berlangsung disepanjang zaman dan menuntut ummat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dikalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah dipelbagai posisi. Isu ini makin menjadi hangat dengan polemik SIS dan juga Majlis Fatwa dan juga pihak berkuasa agama yang lain.

Bentuk-bentuk Pemikiran Golongan Islam Liberal

Mereka menganut fahaman pluralisme

Ia merupakan fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: "Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran".

Dengan fahaman inilah, maka lahirnya ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut;

a). Sambutan kongsi-raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh mufti dan para ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan mufti dan ulama tersebut sambil menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup.

b). Apabila terpengaruh dengan fahaman pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis/Suruhanjaya Antara Agama-agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Buddha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

Jelasnya, golongan Islam Liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Oleh kerana itu awal-awal lagi mereka telah menolak hadis Nabi saw yang bermaksud, "Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka" dengan mendakwa hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.

Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia

Dalam isu murtad - seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam liberal di Malaysia antara lain mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan mahkamah syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli parlimen daripada parti kerajaan, iaitu Zaid Ibrahim pernah mengungkapkan isu murtad ini dalam satu forum yang dianjurkan oleh SUHAKAM pada 9 September.

Bagi kelompok Islam liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah-tafsirkan ayat Allah yang berbunyi;

"Tidak ada paksaan dalam agama". (Al-Baqarah; 256)

Menurut tafsiran ulama-ulama tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri.

Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara aqidah dan iman. Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat dia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya.

Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-sunnah yang soheh, iaitu sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya".
(Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas)

Nota (daripada tuan punya blog): "Hai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang kafir dan orang-orang munafiq dan keraslah terhadap mereka. Dan tempat mereka dalam neraka jahannam. Itulah tempat kembali yang jahat."  - At-Taubah: 73

Secara jelas itulah status bagi kaum munafiq di sisi Allah swt. 'Tidak ada paksaan dalam agama' itu dimaksudkan sewaktu Islam masih lemah - sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah. Apabila Islam telah kuat dan bertapak kembali di Mekah utusan dihantarkan oleh Nabi saw ke serata pelosok dengan memberi kata dua - beriman atau perang! Itulah hasilnya maka Islam telah berjaya menguasai 1/3 dunia.

Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman

Menurut golongan Islam liberal, Al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama-ulama terdahulu. Tafsiran ulama-ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu asbabun-nuzul, nasikh wal mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan ahli-ahli tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu sekadar  menepati logik akal dan rasional.

"Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik". (Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)

Mempertikai syari'at Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional

Pada pandangan mereka hukum syari'at Islam adalah ciptaan ulama dan fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah hukum-hakam syari'at yang qat'ie. Di antara hukum-hakam syari'at yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah;

a. Hukum faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita.
b. Keharusan poligarni bagi lelaki.
c. Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita
d. Hukuman bunuh ke atas orang murtad.
e. Hukum jenayah hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab jahiliyah.
f. Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat.
g. Hak mutlak suami untuk mencerai isteri.
h. Larangan perkahwinan di antara orang Islam dan bukan Islam.
i. Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.

Demi menjayakan hasrat tersebut mereka menyeru kepada pembaharuan fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada ulama dan disiplin ilmu usul fiqh. Golongan Islam liberal menolak autoriti ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat dan sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama.

Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama

Golongan Islam liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.
Sebagai contohnya, tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain. Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia.

Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara. Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang muslim. Ini kerana persoalan yang berkaitan dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.

Nota:  Apa perintah Allah swt terhadap golongan yang kafir selepas beriman (munafiq!), iaitu daripada kalangan penganut Islam liberal?
"Janganlah engkau sembahyang atas seseorang yang telah mati di antara mereka selama-lamanya, dan jangan pula engkau berdiri di atas kuburnya (buat ziarah). Sesungguhnya, mereka itu kafir terhadap Allah dan rasul-Nya, dan mereka mati, sedang mereka itu fasiq."  -  At-Taubah: 84

- Jelasnya, ziarah kubur mereka pun ditegah selepas Allah swt melarang daripada mayat mereka itu disembahyangkan! Dah setaraf dengan bangkai. Waliya'uzubillah.
Elias Hj Idris



Hamka atau nama lengkapnya Haji Abdul Karim Amrullah (lahir di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari, 1908 (hingga 24 Julai 1981) adalah seorang penulis dan ulama terkenal dari Indonesia.

Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah yang dikenali sebagai Haji Rasul, pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau sekembalinya beliau dari Mekah pada tahun 1906.

Beliau mendapat nama panggilan 'Buya' adalah kata singkat daripada perkataan Arab - 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud 'ayah' atau seorang yang amat dihormati. Buya Hamka merupakan ketua Majlis Ulama Indonesia, salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain daripada Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah.

Di waktu zaman penjajahan Belanda, Hamka adalah ketua editor majalah Indonesia seperti 'Pedoman Masyarakat', 'Panji Masyarakat' dan 'Gema Islam.'

Hamka cuma mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau. Itupun beliau hanya belajar setakat gred 2. Namun ketika berusia 10 tahun ayahnya telah membuka 'thawalib' atau sekolah fardu 'ain di kampung halamannya di Padang Panjang. Beliau kemudiannya belajar dan menguasai bahasa Arab dengan menjadikan Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo, iaitu cendiakawan muslim yang tersohor sebagai mentornya.

Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku-buku falsafah, sastera, sejarah dan politik. Buya Hamka juga menyelidiki karya-karya Arab dan karya Barat yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab seperti karya Karl Marx dan Arnold Toynbee.

Hamka aktif berdakwah sejak usianya 17 tahun. Beliau telah menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Mekah dan mengajar cara untuk mengerjakan haji yang betul kepada sekelian jemaah haji dari Indonesia. Hamka merupakan pengasas Kolej Al-Muballighin yang bertindak sebagai badan melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti 'Pembela Islam', 'Merdeka', 'Menara', 'Pemandangan', 'Gema Islam', 'Pedoman Masyarakat' dan 'Qathib al-Ummah'.

Buya Hamka turut melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai cawangannya serta dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah. Beliau telah melancarkan penentangan terhadap gejala khurafat, bid'ah, thorikoh kebatinan yang menular dalam masyarakat Indonesia.

Oleh yang demikian beliau telah mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah. Buya Hamka juga turut berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai 'Front Pertahanan Nasional' bagi menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.

Kesan daripada kelantangan beliau bersuara menyebabkan dia dipecat daripada jawatan umum Majlis Ulama Indonesia. Beliau juga pernah merengkok dalam penjara bersama-sama dengan tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI). Selain daripada hanya menjadi guru agama di tebing Tinggi dan Padang Panjang beliau juga pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Rektor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pegawai Tinggi Agama Indonesia.


Al-fatehah buat beliau.


Tambahan... daripada wall Qie Badd (FB)


Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan nama Dr. Hamka aktif berdakwah sejak beliau berumur 17 tahun. Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai cawangannya dan dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah.

Beliau melancarkan penentangan terhadap khurafat, bida'ah, thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia. Oleh itu,beliau mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah. Dr. Hamka juga berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.

Akibat daripada kelantangan beliau bersuara menyebabkan dia dipecat daripada jawatan umum Majlis Ulama Indonesia. Beliau juga pernah merengkuk dalam penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI).

Beliau menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji Indonesia. Hamka merupakan pengasas Kolej al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam, Merdeka, Menara, Pemandangan, Gema Islam, Pedoman Masyarakat dan Qathib al-Ummah.


Senarai karya Hamka.

Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
Si Sabariah. (1928)
Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).
Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
Kepentingan melakukan tabligh (1929).
Hikmat Isra' dan Mikraj.
Arkanul Islam (1932) di Makassar.
Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
Majalah 'Tentera' (4 nombor) 1932 di Makassar.
Majalah Al-Mahdi (9 nombor) 1932 di Makassar.
Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
Margaretta Gauthier (Terjemahan) 1940.
Tuan Direktur 1939.
Dijemput mamaknya, 1939.
Keadilan Ilahy 1939.
Tasawuf Moden 1939.
Falsafah Hidup 1939.
Lembaga Hidup 1940.
Lembaga Budi 1940.
Majalah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepun 1943).
Majalah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
Negara Islam (1946).
Islam dan Demokrasi, 1946.
Revolusi Fikiran, 1946.
Revolusi Agama, 1946.
Adat Minangkabau menghadapi Revolusi, 1946.
Dibantingkan ombak masyarakat, 1946.
Didalam Lembah cita-cita, 1946.
Sesudah naskah Renville, 1947.
Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.
Menunggu Beduk berbunyi, 1949 di Bukittinggi,
Ayahku, 1950 di Jakarta.
Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.
Mengembara Dilembah Nyl. 1950.
Ditepi Sungai Dajlah. 1950.
Kenangan-kenangan hidup 1, autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.
Kenangan-kenangan hidup 2.
Kenangan-kenangan hidup 3.
Kenangan-kenangan hidup 4.
Sejarah Ummat Islam Jilid 1, ditulis tahun 1938 hingga 1950.
Sejarah Ummat Islam Jilid 2.
Sejarah Ummat Islam Jilid 3.
Sejarah Ummat Islam Jilid 4.
Pedoman Mubaligh Islam, Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
Pribadi, 1950.
Agama dan perempuan, 1939.
Muhammadiyah melalui 3 zaman, 1946 di Padang Panjang.
1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat, dibukukan 1950).
Pelajaran Agama Islam, 1956.
Perkembangan Tasawuf dari abad ke abad, 1952.
Empat bulan di Amerika, 1953 Jilid 1.
Empat bulan di Amerika Jilid 2.
Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Cairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.
Soal jawab 1960, disalin daripada karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
Dari Perbendaharaan Lama 1963, dicetak oleh M.Arbie Medan.
Lembaga Hikmat, 1953 oleh Bulan Bintang,Jakarta.
Islam dan Kebatinan, 1972; Bulan Bintang.
Fakta dan Khayal Tuanku Rao,1970.
Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965,Bulan Bintang.
Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri),1963, Bulan Bintang.
Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
Studi Islam 1973, diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
Himpunan Khutbah-khutbah.
Urat Tunggang Pancasila.
Doa-doa Rasulullah S.A.W, 1974.
Sejarah Islam di Sumatera.
Bohong di Dunia.
Muhammadiyah di Minangkabau 1975, (Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
Pandangan Hidup Muslim, 1960.
Kedudukan perempuan dalam Islam, 1973.
Tafsir Al-Azhar Juzu' 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno.
Elias Hj Idris
Dalam Al-Quran, banyak sekali diceritakan tentang kisah-kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah swt dek kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai penyimpangan yang telah dilarang.

Berikut ini adalah kaum-kaum yang dibinasakan.

Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh a.s berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olokkan Nabi Nuh a.s. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh a.s sendiri (QS Al-Ankabut : 14).

Kaum Nabi Hud

Nabi Hud a.s diutuskan untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud a.s. Allah swt lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun dalam pasir dan akhirnya binasa (QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

Kaum Nabi Saleh

Nabi Saleh a.s diutuskan Allah swt kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh a.s diberi sebuah mukjizat berupa seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah swt menimpakan azab kepada mereka (QS Al-Hijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

Kaum Nabi Luth

Umat Nabi Luth a.s pula  terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu hanya mahu menikah dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka masih tidak mahu bertaubat. Allah swt akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat dengan disertai oleh angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth a.s ini akhirnya tertimbun di bawah reruntuhan rumah mereka sendiri (QS As-Syu’araa: 160, An-Naml: 54, Al-Hijr: 67, Al-Furqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib a.s diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu dikurangi. Allah swt pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Meski pun mereka berlindung di tempat yang teduh, namun masih tidak mampu melepaskan rasa panas tersebut. Akhirnya, mereka binasa (QS At-Taubah: 70, Al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan Al-Hajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib a,s juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang tanah padang yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebahagian ahli tafsir disebut sebagai penyembah hutan lebat (Aikah) (QS Al-Hijr: 78, As-Syu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

Firaun

Kaum Bani Israil pula sering ditindas oleh Firaun. Allah swt telah mengutuskan  Nabi Musa a.s dan Harun a.s untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah swt. Namun, Firaun malah mengaku dirinya sebagai tuhan pula. Dia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini jasad itu masih dapat disaksikan di muzeum mumi di Mesir (Al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

Ashab Al-Sabt

Mereka INI adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah swt untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah swt menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (QS Al-A’raaf: 163).

Ashab Al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan kepada suatu kaum. Konon, nabi yang diutuskan kepada mereka adalah Nabi Saleh a.s. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib a.s. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah swt (Qs Al-Furqan: 38 dan Qaf ayat 12).

Ashab Al-Ukhdud

Ashab Al-Ukhdud adalah sejenis kaum yang menggali parit dan menolak untuk  beriman kepada Allah swt, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dilemparkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah swt (QS Al-Buruuj: 4-9).

Ashab Al-Qaryah

Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (sebuah negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13).

Kaum Tubba’

Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah swt sehingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan (empangan) air (QS Ad-Dukhan: 37).

Kaum Saba

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Oleh kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman a.s, akhirnya Allah swt menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).