Elias Hj Idris
Dari Mesjid Arafah

Padang Arafah dinamakan demikian karena menurut pendapat sebagian ulama Nabi Adam ‘arafa (dipertemukan kembali) dengan Siti Hawa setelah kedua-duanya diturunkan dari syurga. Letak Arafah ialah di sebelah tenggara Masjidil Haram sejauh 22 km dan ia dianggap sebagai kawasan luar Tanah Haram.

Jamaah haji harus wuquf (berada) di Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah, karena jika tidak maka hajinya tidak sah. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;

“Haji adalah (wuquf) di Arafah.”

Ketika berada di tempat ini pada tanggal 9 Dzulhijjah hendaknya seseorang itu memperbanyak doa, berdzikir, dan membaca Al-Qur`an. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”

Adapun doa yang dipanjatkan tergantung kepada keperluan masing-masing dengan syarat tidak bertentangan syariat, seperti mendoakan buruk untuk orang lain, atau berdoa agar diberikan segala yang haram bentuknya.

Mengambil keberkatan berdoa di Jabal-Rahmah.

** Pokok2 yang kelihatan itu cuma sebatang kayu yg dicacakkan ke tanah
pada tahun 1982 - kali pertama teman di sana. Aduii... sayunya!

Kelebihan Bulan Zulhijjah Pada 10 Hari Pertama 

Bulan Zulhijjah merupakan bulan di mana umat islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terakhir bulan Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith. Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3;

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil.”

Ibnu Kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan Zulhijjah, beliau mengmbil pandangan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda;

“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda;

“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj;

“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Dalam hadith lain pula, sabda Baginda saw lagi;

“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih daripada hari Arafah” (Riwayat Muslim)

Amalan pada waktu tengahari di Arafah - usah dok berangan la, bang!

** Kita di Malaysia elok beramal sebaik lepas asar bertepatan dgn masa kemuncak para jemaah beramal di Arafah. Berdoalah selepas itu tentang segala yang dihajati bagi kehidupan ini.

Jenis-jenis Amalan yang Dianjurkan

1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya;

Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah – . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi;

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasnya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah saw bersabda;

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu akan mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah saw bersabda;

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud;

“Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum”

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itu para ‘ulama menyarankan supaya diperbanyakkan zikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya;

“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud;

“Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu”.

Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi saw bersabda;

“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

Dari atas Jabal-Rahmah - tempat Adam a.s.
dipertemukan kembali dengan Siti Hawa a.s.

** Ya Allah, sampaikanlah aku ke sana lagi... sebelum mati. Amiin.

5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil, tetapi ia lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain. Demikian juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditunggangi terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim a.s. setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail a.s, tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi saw bersabda;

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”

Dan dalam riwayat lain;

“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan Allah Ta’ala, maksudnya;

“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.


Sumber: Portal Mufti Terengganu ( http://mufti.islam.gov.my/terengganu/

Nota:
Padang Arafah dinamakan demikian karena—menurut pendapat sebagian ulama—Nabi Adam ‘arafa (dipertemukan kembali) dengan Hawa setelah keduanya diturunkan dari surga. Letak Arafah di sebelah tenggara Masjidil Haram sejauh 22 km dan dianggap kawasan luar Tanah Haram.

** Teks di atas telah melalui proses editing - elias.
8 Responses
  1. Anonymous Says:

    Salam ... syahdunya hati hamba melihat gambar2 ni. Masih terasa kedamaiannya hingga ke saat ini. Semoga hamba diberi peluang untuk ke sana lagi


  2. InsyaAllah jika niat tu disematkan dlm hati.


  3. Anonymous Says:

    salam..saudara Elias ..sy ada terbaca artikel saudara baru2 ni kalo xsilap sy tajuknya "SEJARAH DAN KEBATILAN JEMAAH TABLIGH"..bleh x saudara terangkan maksud saudara menulis artikel tersebut......Semoga Allah beri Taufik dan Hidayah kpd kita semua..


  4. Wlkm-slm.
    Baru2 ni takde tulis pasal sejarah tu. Lama dlu ada sebut di TKO psal hasrat Maulana Ilyas yg tak kesampaian apabila beliau meninggal dunia.
    Dia digantikan oleh Maulana Zakaria. Gitu la.


  5. ibnuyassir Says:

    Perbezaan Penetapan Hari Raya Aidil Adha 1431 H

    http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/11/perbezaan-penetapan-hari-raya-aidil.html


  6. Anonymous Says:

    Kedatangan Reformer Akhir Zaman akan berlaku banyak perubahan.
    Yg bukan original ajaran dan sunnah Nabi SAW akan dibatalkan....


  7. Anonymous Says:

    Assalamualaikum....ada sedikit pembetulan. Firman Allah dlm surah al-Fajr ayat 1-3."Demi fajar. Demi malam yg sepuluh. Demi yg genap dan yg ganjil". Bukan surah al-Buruj. Terima kasih


  8. Anonymous Says:

    Solat Subuh dikaetkan dgn Nabi Adam AS karna termakan buah larangan.
    Bulan ZulHijjah dikaetkan bulan Nabi Adam AS dicempak terima hukuman.
    Puluhan tahun terpisah lama berjauhan diPadang Arafah itu berjumpaan.
    Rindu2an lama ngak jumpa diJabal Rahmah gegaran lepaskan dendaman.
    Bani Adam warisan Tok Adam Opah Hawa sama ngak bebas dosa godaan...
    DiPadang Arafah mohon tobat dgn Allah dari dosa2 serta memuji Tohan.
    Ibadah korban amalan Pagan dikaetkan Nabi Ibrahim AS AS pengorbanan.
    Rukun2 sya'i melontar dll yg ngak masuk akal Ratu Adil Sejati perhatikan.
    Kapan kedatangan Reformer Akhir Zaman akan berlaku banyak perubahan.
    Yg bukan original dari Ajaran dan Sunnah Rasolullah SAW akan dibatalkan...
    Rasolullah SAW pembawa Rahmat seru sekelian alam bawa jalan kebeneran.
    Islam itu mudah bukan membebankan hingga Ajaran Nabi diselewengkan.
    Imam AlMahdi AS Penyelamat Ummat yg tersesat kembali kepangkal jalan.