Elias Hj Idris
Pada dasarnya, memang tidak ada apa-apa perselisihan antara kedua-dua golongan berkenaan. Hanya taksub dan sifat fanatik yang timbul di kalangan mereka sahaja yang sering mencetuskan api perselisihan. Khilaf yang timbul berpunca daripada corak dan cara mereka berfikir.

Contohnya, ahli tasauf menilai hukum dengan zauq (perasaan halus), mereka mengetahui akan sesuatu itu dengan mata hati bukan dengan mata zahir. Mereka menjadikan sifat taqwa dan taat akan Allah itu sebagai satu syarat mutlak untuk mendapatkan ilmu Rabbani. Sedangkan kaum fuqaha berkeras atas landasan ilmu-ilmu mereka yang zahir. Mereka jelas tidak mahu menerima takwil. Mereka hanya berpegang dengan nas-nas secara harfiah - sama seperti kebiasaaan di kalangan ulama-ulama sepanjang zaman.

Ahli sufi adalah seorang yang faqih dan memahami ilmu fiqh dan ilmu kalam

Perlu diingat, orang sufi sebelum dia menjadi sufi telah terlebih dahulu menjadi faqih - bahkan menjadi imam dalam pelbagai ilmu fiqh dan ilmu kalam. Akan tetapi tasauf telah memberikan pengetahuan yang lebih jernih dan zauk yang mendalam kepada jiwa mereka. Malah perasaan pancaindera mereka menjadi lebih sempurna.

Contohnya, syeikh-ul Islam Abu Zakaria Al-Ansari, seorang ulama faqih yang besar dalam bidang ini berkata; "Apabila orang faqih itu tidak mempunyai ilmu mengenai hal-ehwal kaum sufi dan istilah-istilah mereka maka dialah seorang faqih yang kering."

Dengan huraiannya sebagai sorang syeikh-ul yang amat faqih itu jelas menunjukkan bahawa hubungan di antara ahli-ahli tasauf dan fiqh teramat erat sekali. Malah hingga ada yang mengatakan; "Sesiapa yang melakukan tasauf sebelum dia mengerti syariat Islam dengan benar, maka dia menjadi zindiq; dan sesiapa pula yang mempelajari syariat Islam tanpa melakukan tasauf maka dia bakal menjadi fasiq."

Hikmat ini merupakan timbangan yang teramat halus. Orang sufi, apabila tidak mempunyai pengertian (tidak faham apa-apa) yang cukup kuat dan mendalam dalam bidang fiqh, dia tidak akan sampai ke mertabat memperoleh kasyaf hati dan tidak akan beroleh hidayah - dengan mengetahui mana yang benar dan mana yang batil dan palsu?

Ia akan membawa kepada kepada suatu lapangan sombong besar. Demikian halnya dengan seseorang yang faqih, sedang ilmunya tidak digilap oleh ilmu yang benar dan imannya yang benar tidak dilembutkan oleh taqwa yang sungguh-sungguh, kemudian dilatih dan dihalusi oleh sifat-sifat wara'; dan percayalah dia akan dirundung dengan pelbagai bentuk dan corak hawa-nafsu.

Dan roh keikhlasannya pun beterbangan.
4 Responses
  1. maisarah Says:

    salam tuan,

    datang lagi saya ke blog ini mengambil ilmu.

    banyak lagi yg saya kena pelajari...


  2. Wlkm-slm.
    Alhamdulillah, sama2 la berkongsi memunafaatkan ilmu Allah buat kita utk menjadi sebenar hamba!


  3. Anonymous Says:

    Assalamualaikum,
    Amboi sunyi nya rumah ni ... dok kalut iktikaf kat masjid ka?
    Selamat menyambut Aidil Fitri kepada Tuan Rumah dan semua pengunjung blog ni dgn ucapan berhati2 dijalanraya


  4. Huh... urgh, apa tak sunyinyer asyik dok kena tinggal. Siang masak lemang, mlm aii... faham aje la.

    Seronoknya, org balik kampung. Apa pun berhati2 dan selalu amalkan 'defensive driving'; mendahulukan org lain. Beralah.