Elias Hj Idris
1.0 TUJUAN KERTAS KERJA


1.1 Wacana Konsep dan Tujuan

Pemanduan solo menaja keamanan ini bertujuan untuk mengajak manusia kepada dunia tanpa sengketa dan pertembungan idea. Dunia telah pun mengalami saat parah kesan dua Perang Dunia. Ia diikuti oleh keganasan yang tidak berkesudahan hasil pendudukan haram Yahudi di Palestin. Kemudian pedih luka itu ditambah dengan Perang Balkan di mana cubaan penghapusan etnik secara terancang dilakukan oleh puak Serb terhadap orang-orang Islam Bosnia.

Demikian halnya dengan apa yang berlaku di Somalia, apabila suara demokrasi dan majoriti rakyatnya dinafikan oleh campurtangan luar. Malah sengketa Darfur masih jauh tersasar dan terus menempuh jalan buntu hasil campurtangan luar; Sudan pula terus menjadi bahan belasahan pihak Barat. Malah kita tidak harus lupa bagaimana nasib etnik Uighur di Xinjiang, China yang masih dinafikan hak mereka dengan penghijrahan besar-besaran etnik Han ke sana dengan restu pemerintah. Ketika dunia sibuk dengan perang Iraq, puluhan ribu etnik Uighur terkorban dalam kekacauan yang konon mereka timbulkan!



2.0 PROGRAM KLenROUTE

2.1 Misi Keamanan

Pemanduan solo KLenRoute ini membawa mesej yang cukup bermakna bagi setiap mereka yang cintakan keamanan dan kedamaian. Namun ia tidak akan sampai ke mana jika tanpa sokongan dan dokongan mana-mana pihak, terutama kerajaan, kalangan rakyat yang prihatin di kalangan generasi pelapis - pelajar dan pihak swasta.

Perlu diingat, program seperti ini melibatkan perbelanjaan yang besar; atas jajaran motif yang juga besar. Kos bagi segala keperluan asas (seperti kenderaan dan alat perhubungan), kos membiayai perjalanan serta pasukan pengawas di tanah air bukan sedikit. Jumlahnya besar; apatah pula jika diambil kira program ini turut terlibat dengan penyampaian sumbangan kepada kelompok sasaran - kepada mereka yang masih bergelut dengan rasa hampa dan kecewa dari aspek keamanan sejagat. Bantuan kepada mangsa konflik dan sengketa di laluan berkenaan.

Jadi, kita amat berharap agar usaha ini dapat diberikan perhatian serius oleh semua pihak berkenaan (yang cintakan keamanan dan kedamaian).


3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Walaupun laluan KLenRoute menempuh beberapa daerah bergolak, konflik dan sengketa, namun ia bukan satu masalah besar bagi warga Malaysia. Sejarah telah lama menjadi bukti. Ini dikuatkan lagi dengan corak pemanduan yang dibuat secara solo tanpa apa-apa bantuan pasukan sokongan. Tiada teman di jalanan. Saudara Faizal Shamshudin, bekas pelumba dan tokoh rali yang tidak asing lagi serta ahli 'stunt' terkemuka tanah air itu hanya akan diawasi dari pusat kawalan KLenRoute di Kuala Lumpur dan di beberapa buah pusat pengajian tinggi yang terlibat. Ini menunjukkan azam yang cukup tinggi demi keamanan daripada seorang warga tanpa mengambil kira keselamatan dan kepentingan dirinya sendiri.

Itulah mesej yang sebenar; bahawa di mana-mana pun bahagian dunia ini hendaklah semuanya bebas dari sengketa. Pertelagahan dielak dan dijauhkan. Hanya dengan cara itu barulah manusia akan berasa terjamin dan selesa untuk bergerak ke mana-mana ceruk dunia tanpa rasa bimbang dan terancam.

Mesej keamanan yang diura-urakan ini bertujuan;

i) Membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya melakukan apa saja serta mempunyai sikap membantu dan menolong masyarakat dunia dalam menghadapi apa jua masalah kemanusiaan dunia sejagat.

ii) Membuktikan dan mempamerkan semangat 1MALAYSIA serta memupuk semangat membantu tanpa mengira penat-lelahnya; apabila negara pernah memainkan peranan dalam kes di selatan Filipina, selatan Thailand malah ketika dunia di sebelah sini ditimpa bencana tsunami.

iii) Menarik perhatian dunia dan publisiti kepada Negara semasa menempuh perjalanan KLenRoute ROAD TO GAZA

iv) Mengutip tanda tangan rakyat Malaysia dan dunia yang cintakan keamanan untuk disampaikan kepada kerajaan British biar diperpanjangkan kepada Presiden Barrack Obama. Sementara dari satu segmen, sebahagian tandatangan yang lain pula akan di serahkan kepada Ahli Parlimen Jerman yang akan menyampaikannya kepada penduduk Gaza di Palestin.

v) Ketika dalam perjalanan Sdra Faizal akan sedaya-upaya membantu penduduk di kawasan-kawasan konflik dan masih bergolak seperti di Kyrgystan. Beliau juga akan ke negara lepas perang - di Bosnia, Croatia dan Serbia untuk melaporkan kesan tinggalan perang yang telah memakan sebegitu banyak korban. Paling utama ialah dari segi perubahan minda dan sikap rakyatnya.

vi) Pada masa yang sama, selain pihak kerajaan - team ini juga inginkan kerjasama di pihak kerajaan negeri juga. Laluan pemanduan akan melintasi 28 buah negara; jadi kita mengharapkan satu nota keamanan dan ole-ole dapat dihulurkan oleh pihak kerajaan negeri sebagai tanda muhibbah kepada negara-negara berkenaan. Dengannya hubungan dua hala yang akrab dapat dijalinkan.


4.0 LATAR BELAKANG BANTUAN KEMANUSIAAN SEJAGAT

Kempen mencintai KEADILAN DAN KESEJAHTERAAN KEMANUSIAAN melalui pungutan sumbangan derma dan penajaan telah banyak dilaksanakan oleh banyak pihak. Namun kali ini, ia akan dipastikan sampai ke tangan mereka yang berkenaan di sana; penduduk Gaza, umpamanya.

Keperluan kepada naskah-naskah agama juga nampak ketara untuk penduduk Islam di sepanjang perjalanan LALUAN SUTERA yang terkenal itu. Ada beberapa acara di Chengdu, malah satu acara khas akan mengambil tempat di Turpan nanti.

4.1 Penganjur dan Pelaksana Program

Program ini adalah hasil cetusan idea oleh Saudara Faizal . Idea ini terbit dari keprihatinan yang amat tinggi dan terpanggil untuk menyumbang dan membantu meringankan penderitaan sebahagian kelompok rakyat Dunia. Itulah mereka yang telah sekian lama menderita dan tidak dipedulikan.

Pengalaman Saudara Faizal sebagai pemandu sukan lumba kereta, rali dan stunt sejak lama akan cuba beralih arah dalam menaja keamanan sejagat bagi perlaksanaan Program Pemanduan Solo – KL-Enroute ROAD TO GAZA.

4.2 Spesifikasi Program Panduan Solo KL-Enroute

Majlis Pelancaran : Sept 2010

Titik Permulaan : 11,Dec 2010 Kuala Lumpur

Titik Destinasi : 11 Feb 2011 Kota London

Tamat Perjalanan : 12 Mac 2011 Rafah

Jarak Keseluruhan : 31,000 km

Negara Yang Dilalui : 28 Negara

Jenis Kenderaan Digunakan : Pacuan 4 roda


5.0 PELAKSANAAN PROJEK

5.1 Road show ke seluruh negara Malaysia untuk mengutip tanda tangan oleh pelajar institusi pengajian tinggi dan pihak swasta.

5.2 Tahap-tahap perjalanan KL-Enroute ROAD TO GAZA - bermula Di Putrajaya, Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan, Turmenistan, Iran, Turki, Syria, Bulgaria, Serbia, Bosnia Hazergovina, Croatia, Slovenia, Austria, Jerman, Belanda, United Kingdom, Prancis, Spanyol, Magribi, Algeria, Tunisia, Libya, Mesir Dan Gaza, Palestin.

5.3 Mengutip dana melalui sms, millage sale, media dan disalurkan terus kepada tabung-tabung kemanusiaan yang sedia ada seperti;

a. Tabung NSTP

b. TV3

c. Viva Palestina

dan banyak lagi,

  
6.0 JADUAL PERLAKSANAAN

6.1 Persediaan kenderaan dan Pemandu serta Lojistik- Bermula 1 Sept 2010

6.2 Pencarian Penaja/Dana Sumbangan- 15 Ogos 2010

6.3 Road show Seluruh Malaysia- 1 Oktober 2010

6.4 Perjalanan KL-enRoute- ROAD TO GAZA

Sila rujuk Lampiran A( KLenroute Shedule)

 
7.0 JADUAL PERJALANAN

Kempen kesedaran dan tanda tangan

Jelajah ke seluruh negara akan dibuat mulai 16 Sept 2010. Dan pelancaran program ini bersekali dengan perayaan Hari Malaysia oleh YAB Perdana Menteri. Selepas itu 'jelajah negara (road-show) pun bermula.

7.2 Penglibatan kementerian berkenaan –Jabatan Perdana Menteri, Wisma Putra, Kem. Pelancongan, Kem. Penerangan Dan Komunikasi, Kem Belia dan Sukan, Kem.Pengajian Tinggi,

7.3 Penglibatan oleh kerajaan-kerajaan negeri dalam penyerahan 'Nota Keamanan' dan jalinan kerjasama dan hubungan dua hala antara kerajaan negeri di Malaysia dengan negara-negara di laluan utama.

7.4 Penglibatan pihak media TV3 dan NSTP bagi memberitahu seluruh rakyat Malaysia tentang progress perjalanan dan keadaan destinasi yang dilalui.

7.5 Penglibatan Intitusi pengajian tinggi bagi memantau secara langsung perjalanan KL-enRoute dari bilik-bilik gerakan yang akan di buka disetiap institusi pengajian tinggi yang terlibat bagi menambah pengetahuan dalam system satelit tracking.

 
8.0 KOS/PEMBIAYAAN PROGRAM

8.1 Kos Perjalanan KL-London - RM600,000.00

2. Kos Kempen kesedaran jelajah negara - RM150,000.00

3. Kos Program – RM120,000.00

4. Kos Penyediaan Kenderaan – RM 175,000.00

 
9.0 PEMBIAYAAN KOS

Kos program en-Route KL-London ini dicadangkan dibiayai melalui dua cara berikut;

9.1 Tajaan Kerajaan Malaysia

Adalah amat diharapkan agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan pemberian tajaan untuk projek ini.

9.2 Penajaan dari sector koprat,

Penajaan melalui tempahan iklan yang diusahakan ketika Jelajah Negara agar dapat memberikan pulangan kepada sekelian penaja yang berminat.

Package yang disediakan adalah seperti di Lampiran .

9.3 Kempen Kutipan Derma RM1.0 /RM10.00 satu kilometer

Misi perjalanan ini bakal berhadapan dengan ketidak-tentuan nasib yang akan menimpa. Ia akan melibatkan seluruh rakyat Malaysia, maka dengan itu rakyat diberi peluang untuk menyumbang derma ketika perjalanan itu. Kita perlukan 500 ribu warga Malaysia untuk mengisi dan meraih kempen derma RM1.00 setiap orang. 


9.4 Kempen Pungutan Tandatangan

Kempen pungutan tandatangan di negeri-negeri bakal dipergiatkan dalam tempoh terdekat. Misi kiriman sumbangan derma untuk bakal negara terlibat dilancarkan di setiap negeri dalam Malaysia.

 
10.0 ACARA LALUAN DAN DESTINASI TERAKHIR

10.1 Acara-acara di laluan

Turpan- Sumbangan 500 naskah Al Quran

Serbia, Bosnia Herzegovina, Croatia- Tinggalan Negara bekas perang

Frankfurt - serah mesej kepada Ahli Parlimen Jerman yang menyumbang untuk pembelian kapal MV Marmara

London- Penyerahan tandatangan rakyat Malaysia dan seluruh perjalanan KLenroute kepada Perdana Menteri Britain untuk di lanjutkan kepada Presiden Amarika Syarikat,

Rafah- Membantu rakyat Gaza yang memerlukan,,

 
KESIMPULAN

Program ini adalah diharap dapat memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-53 pada tahun ini. Semoga Program ini dapat menyumbang kepada proses pembangunan jatidiri rakyat Malaysia amnya serta dapat menyedarkan dan menyematkan semangat patriotik ke dalam hati setiap warganya.

Dengan jadual perlaksanaan yang telah ditetapkan dan promosi besar-besaran oleh pihak media, program ini dijangka akan dapat menarik perhatian pelancong dalam negeri atau dari luar Negara. Aktiviti pelancongan, salah satu penyumbang penting kepada sumber ekonomi negara perlu terus dibangunkan bagi memastikan negara akan terus mendapat manfaat daripadanya. Di samping mencatat sejarah, ia juga akan dapat menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara Malaysia seluruhnya.

Akhir kata adalah diharapkan agar program ini mendapat sokongan dari semua pihak termasuk daripada negeri-negeri dalam Malaysia DAN paling utama penglibatan pihak swasta dan institusi pengajian tinggi - awam dan swasta juga.


Wanita Cina di Yunnan
Nota:  Program ini memang melibatkan kerajaan di mana kemudahan dan hubungan diplomatik ketika berada di luar negara, terutama di kawasan yang masih dilanda konflik. Penyaluran dana dan tajaan juga melibatkan kerajaan dan GLC, pihak swasta serta tokoh-tokoh korporat.


Namun kita cuba berlaku adil di mana negeri-negeri PR juga dijemput untuk sama berhubung dengan negara-negara di laluan; selain daripada tujuan pelancongan, ia termasuk hubungan dua-hala. Jadi, ada mesej, nota muhibbah dan oleh-ole dari kesemua negeri di negara ini.

Akan ada Menteri Besar atau Ketua Menteri yang akan menyambut ketibaan 'duta kecil keamanan' ini di negara-negara tertentu - bagi penyampaian sumbangan/hadiah berupa naskah al-Quran atau berlangsung satu program angkat di sana.
33 Responses
  1. Sape tau teks takleh tepek - edit post pun gitu... ada bunga!


  2. Pak Syed Says:

    PokCIk PM password ngan username kat saya di TKO, satgi saya repair..


  3. Anonymous Says:

    salam pak lepu..


    hihihihihihi.....


    KO lg ke blog?


  4. Dah le TKO pun depa bg KO; ni blog la plak! Aduyaii....


  5. This comment has been removed by the author.

  6. Pak Syed Says:

    Dah OK dah, template nie sementara saja, nanti saya agak free, saya kasi up balik template asal..! Terima Kasih kepada pembaca yang sedia dan sabar menanti coretan Tuan Haji.

    Selamat Berpuasa..!


  7. Tu la... untung jg ada foreman. Tq Pak Syed.


  8. H.Sakinah Says:

    Alhamdulillah, Pakcik Elias dapat post kembali. Dan harap en-route kl-london sukses!


  9. Anonymous Says:

    Cogra ! Tuan Haji, cantik dan menarik blog Tuan Haji. Teruskan menulis buat tatapan kami semua.



  10. Cogra?

    Bab ni kena praise Pak Syed; mmg dia punya keje/idea. Saya cuma tau tulis aje.


  11. Anonymous Says:

    Syukran Tuan Haji, risau ambe bila blog Tuan Haji KO, ambe hari hari melawat Blog ini, tahniah dari ambe.


  12. Pak Syed kata ada org cuba2....


  13. Anonymous Says:

    owh PS @ RB tu master IT, IL usah risau, sure dia boleh buat cerah dan gelalp, x-hacker RB tu :)

    IL teruskan menulis di blog in dan TKO, ramai peminat tu :)

    x-MOD TKO V9


  14. Ex-MOD, tq. Saya yakin dgn RB; yg banyak tolong psal blog ni.

    Saya cuma tulis... tulis dan tulis.


  15. ciktehdee Says:

    assalam pokcik,
    patutlaa dok buka blog nih..dok mcm tu gak...alih2 tukaq imej pulok...kelam weh!!!poksyed..bui cerah mato sedap kelih...pokcik kata ada yg cuba2...mcm2 ada...


  16. Wlkm-slm.
    Tukar imej nak raya. Pak Syed mmg suka dgn kaler itam. Tengok la blog dia, Bintong tu....
    Masih dok dlm trial lg kot.


  17. Anonymous Says:

    wa sokong cikteh!!! gelap wehhhh...
    template yg asal ceroh sikit mata nak baca :D
    rusty kena ejas sikit

    assalamualaikum pakcik ikanlepu :)


  18. H.Sakinah Says:

    P.ELias lega, me too..Alhamdulillah, semue orang nampaknya lega ni. ye time kaseh kepada Pak Syed! :-)Saya sokong template sebelum ni, tapi mari menunggu dengan sabar...insyaAllah,


  19. Kita harap Pak Syed baca komen tu. Huhuhu...


  20. Pak Syed Says:

    Ya saya tengah cuba adjust balik template yang asal, actually dah cracked, tak sure boleh guna balik atau sebaliknya..klu dah tak boleh guna, terpaksa le cari yang baru :)


  21. Ok la... cuma nama di bawah tajuk takde, labels tu nampak banyak.


  22. H.Sakinah Says:

    Alhamdulillah dah comey macam asalnye... :-)Time kaseh Pak Syed.


  23. Hairul Says:

    Salam,

    Kalau perlu bantuan IT/ perkakasan.. boleh juga hubungi saya.. (saya dalam bidang ini.. )

    Bila mulanya trip ni?

    Adakah ada cadangan utk terbitkan catatan perjalanan tentang perjalanan ini?

    berapa orang terbabit dlm trip ini?

    Salam..


  24. Hai Sakinah, Pak Syed ni dia cuit skit2 je - otai IT.


  25. Asalnyakan Hairul ada buat kan?

    Driver akan rakam utk slot doku tv - tiap ari dia kan report ke sini & berhubung dgn mn2 IPT yg terlibat; espsecially yg ada mass com, mechanical engineering etc.

    Terlibat... takat ni tak sampai 5. Hahaha....


  26. H.Sakinah Says:

    Alhamdulillah. Bijokla Pok Syed...Pokcik Elias pon bijok nulih...Ape2 pon update selalu deh, tang program ni. InsyaAllah dan juge pasal tasauf, tarikat, travel Kelantan Pokcik, rindu nak baca...


  27. Hoo... demo minat cito Kelate deh! Berat weh... kisah oghe bujeng dok KB. Kawe dok ikut demo tuh - minum arak!


  28. Anonymous Says:

    Wah dah kembali normal Blog Tuan Haji, harap Tuan Haji teruskan berkarya terutama kisah di Kelantan tu, sangat menarik untuk dibaca, adakah isteri Tuan Haji juga dari Kelantan ?

    Tahniah buat PS, otai IT dan Komunikasi ini pasti bisa uruskan semudah ABC saja masalah Blog ini.

    Ex-MOD TKO V9


  29. PS ni sensitif jg dgn saranan orang.

    Kisah bujang di KB tu ada mengarut skit. Jadi, bln mulia ni kena turun gear - satu dua je.


  30. H.Sakinah Says:

    Yola...ambo suko ja. Tak gapo, tapisla, lagi molek deh.


  31. Anonymous Says:

    Assalamualaikum Tuan Haji, lama tak menulis di blog Tuan Haji, harapnya Tuan Haji sehat hendaknya.

    Ina, Penang


  32. Ooo... Ina!
    Alhamdulillah. Sihat.

    Mmg nak nulis, tapi kisah bujang2 kat KB tu mengarut skit. Nak sambung psal tasauf - kena selongkar skit; kena ada feeling jg tu bru ada ummph.

    Ok la... mlm ni saya sambung.