Elias Hj Idris
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Para ulama membahagikan tanda-tanda akhir zaman kepada dua, iaitu pertama tanda-tanda kecil dan kedua tanda-tanda besar. Tanda-tanda kecil jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu., sedangkan tanda-tanda besar datang kemudian dan jumlahnya ada sepuluh.

Nabi SAW bersabda maksudnya: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian baginda menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (Hadis Riwayat Muslim).

Allah SWT masih sayang kepada umat manusia, sehingga Allah SWT datangkan tanda-tanda kecil dalam jumlah yang banyak sebelum datangnya tanda-tanda besar. Dengan demikian manusia diberi kesempatan yang cukup lama untuk merenung dan bertaubat sebelum tanda-tanda besar datang menjelma.

Banyak pendapat mengatakan bahawa keadaan dunia kebelakangan ini berada di ambang datangnya tanda-tanda besar kiamat. Kerana di masa kita hidup dewasa ini sudah sedemikian banyak tanda-tanda kecil yang telah muncul. Hampir keseluruhan tanda-tanda kecil kiamat yang disebutkan oleh Nabi SAW sudah muncul semua di zaman kita. Maka kedatangan tanda-tanda besar tersebut hanya menunggu waktu sahaja.

Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya Dajjal. Namun sebahagian ulama berpendapat bahawa sebelum munculnya Dajjal harus datang terlebih dahulu 'tanda penghubung' di antara tanda-tanda kecil kiamat dengan tanda-tanda besarnya. Tanda penghubung yang dimaksudkan ialah diutuskan Imam Mahdi ke muka bumi.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW mengisyaratkan bahwa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Dia akan memimpin umat Islam keluar dari kegelapan kezaliman dan kerosakan menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. Dia akan membawa kita meninggalkan corak pemerintahan diktator - yang memaksa rakyat patuh kepadanya serta mengabaikan kehendak Allah dan Rasul-Nya . Proses tertegaknya sistem khalifah Islam dengan menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup baru saja bermula dengan tumbangnya beberapa pemerintahan diktator di timur tengah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki daripada ahli baitku dengan namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa dengan nama ayahku. Dia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (Hadis Riwayat Abu Dawud 9435).

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya: Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan (sewenang-wenangnya). Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah SWT. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi ialah seorang mukmin berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis Nabi SAW yang di riwayatkan oleh Thabrani seperti di atas.

Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad).

Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelaran khalifah, amirul mukminin dan sebagainya. Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam adalah pemimpin, dan perkataan Mahdi bererti "orang yang mendapat petunjuk".

Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, dia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa Rasulullah SAW iaitu Abdullah). Nama Imam Mahdi sama dengan nama Rasulullah S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.

Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah SAW. kerana baginda dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik- baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda katakan dalam hadis- hadis Baginda SAW.

Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: “Al-Mahdi (Imam Mahdi) berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena- menaan (sewenang-wenangnya) dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan al-Hakim).

Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi, ia tersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti mana kitab al-Quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu. Maka, begitu juga pada Imam Mahdi. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.

Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah SWT mengislahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut:-

Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).

Imam Mahdi akan berperanan sebagai panglima perang umat Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak ummat Islam untuk memerangi para Mulkan Jabriyyan (para penguasa diktator) yang telah lama memerintah di pelbagai negeri di dunia - menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan manusia kepada sesama manusia. Apabila Allah mengizinkan Imam Mahdi menang dalam berbagai perang yang dipimpinnya, maka pada akhirnya dia akan memimpin dengan kepemimpinan berasaskan akidah tauhid, iaitu penghambaan manusia kepada Allah semata-mata.

Banyak peperangan akan dipimpin oleh Imam Mahdi dan Allah SWT akan senantiasa menjanjikan kemenangan baginya.

Nabi SAW bersabda maksudnya: “Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan.” (Hadis Riwayat Muslim 5161).

Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut:

Aisyah Ummul Mukminin r.ha. telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah SAW. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?'

Rasulullah SAW. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahawa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju Baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?'

Baginda SAW menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah SWT. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing'." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tidak akan muncul seorang pemimpin (yang dikatakan Imam Mahdi) di kalangan umat Nabi Muhammad di akhir zaman sebelum kebanyakan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya bersatu di bawah satu kitab (al-Quran) memenuhi bumi ini dengan kebaikan dan mereka juga mengajak dan memimpin manusia yang hendak beriman mengikut mereka melaksanakan semua perintah di dalam al-Quran.

Mereka, tidak berbuat sesuatu kerana manusia atau kerana kepentingan diri sendiri. Ini kerana mereka telah melihat banyak sekali kerosakan yang berlaku atas muka bumi hasil daripada tangan- tangan manusia. Terlalu banyak pecah-belah yang berlaku di kalangan manusia seperti mana yang tertulis di dalam surah ar-Ruum ayat 32 yang bermaksud: "...iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Setiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka."

Sebagaimana yang berlaku di dalam setiap negara yang ada di muka bumi ini.

Selain umat Islam berjaya dipecah-belahkan menjadi berbangsa-bangsa (wujud negara-negara yang berbeza) mereka juga berjaya dipecah-belahkan dengan wujudnya berbeza-beza kepimpinan dalam sesebuah negara (wujud parti-parti politik). Dengan adanya keadaan begini semakin sukar umat Islam untuk bersatu kerana perbezaan kepentingan di dalam kelompok masing-masing.

Telah bersabda Rasulullah SAW: "Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (Hadis Riwayat Muslim).

Golongan pemimpin yang mendapat petunjuk daripada Allah (Imam Mahdi) gigih berusaha menyatukan kembali perpecahan ini. Akan tetapi mereka juga tidak lari daripada mendapat ujian dalam menyatukan semua manusia untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW.
Umat Islam akhir zaman ini amat jauh dari pada memahami intisari kitab suci al-Quran. Kebanyakan mereka hanya menggunakan al-Quran sekadar untuk dibaca sahaja dan tidak kurang yang
menggunakan sebagai azimat. Sedang fungsi sebenar kitab suci al-Quran itu tidak dilaksanakan sebenar-benarnya.

Telah bersabda Rasullah SAW: "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bahagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, di mana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah SAW: "Akan dibai'at seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud).

Nabi SAW bersabda maksudnya: “Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekah, lalu mereka membaiat Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibaiat di antara rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud 3737)

Difahami bahawa perlantikan Imam Mahdi (Khalifah terakhir umat Islam) akan berlaku di hadapan Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelas menerangkan peristiwa yang akan berlaku.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (Hadis Riwayat Ahmad).

Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk di bawah kekuasaanya.

Nabi SAW bersabda maksudnya: “Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbaiat-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (Hadis Riwayat Abu Dawud 4074).

Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajjal) sehingga membuatkan Dajjal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya. Dengan kemunculan Dajjal menandakan telah wujud salah satu tanda akhir kiamat.

Kekuasaan dan kehebatan Dajjal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh kerana itu sesuai dengan takdir Allah SWT, maka Allah SWT akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajjal.

Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajjal dan pengikutnya, hingga Dajjal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.

Sahabat yang di kasihi,
Kalian semua perlu berhati-hati bila ada di kalangan umat Islam yang membuat dakwaan berbagai- bagai macam-macam pandangan yang mengelirukan tentang kemunculan Imam Mahdi yang tidak diasaskan daripada hadis yang sahih. Setakat dakwaan melalui mimpi-mimpi tidak boleh diterima. Golongan syiah juga mendawa bahawa Imam Mahdi akan muncul dikalangan mereka.

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa kemunculan Imam Mahdi akan berlaku di akhir zaman. Bila masa dan waktu kemunculannya hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Perkara penting yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW dan sentiasa istiqamah dengan ajaran Islam. Semoga kita menjadi hamba-hamba Allah SWT yang sentiasa dirahmati-Nya di dunia dan akhirat.
Elias Hj Idris

                                                     Contoh mata dajjal

Hari ini aku nak kongsi sikit keadaan persamaan antara Covid-19 dan kemunculan Dajjal. Terlalu banyak persamaan. Gambaran ini hanya 1% saja. Ini penting, sila baca sampai habis.

Allah dah bagi ‘hint’ siap-siap awal lagi. Baiknya Allah, sebelum dilepaskan Dajjal, diberi kita bersedia dalam menghadapi situasi yang sebegitu sukar. Orang bijak akan mengambil ibrah, orang jahil akan terus menyalah-nyalah. Masih fikir nak shopping baju baru! Masih fikir nak ke saloon dan spa? Dah rindu kopi Starbuck? Dah rindu burger McD? Di mana setakat hari ini saja lebih 6 ribu kematian di Itali dan hampir 1 juta orang kehilangan pekerjaan di Australia - Al-Jazeera.

Kita masih nak ‘bermanja-manja’ lagi. Masih nak fikir benda-benda yang tak penting dan tidak mendatangkan faedah. Masih nak benci-membenci, masih nak memaki-hamun. Masih dok fikir lagi nak ke sana ke mari. Boleh siap rindu nak keluar dating dengan balak/awek. Boleh layan movie porno di Netflix di kala orang susah hati dan bersedih dengan wabak Covid-19 yang membunuh ini.

Ini bukan posting kecaman. Ini posting mengajak orang untuk berfikir. Apa guna kita hidup jika tidak saling mengingatkan. Ketika mana Dajjal muncul, masing-masing akan kelam-kabut. Suami akan kehilangan isteri. Isteri tidak sabar dengan dugaan kesusahan, lalu diikutnya Dajjal yang mampu beri segala nikmat kemewahan. Ini bukan aku cakap. Ini dah disabdakan oleh Nabi saw. Kaum paling ramai menjadi pengikut Dajjal adalah kaum wanita. Kaum yang mudah tewas dengan nafsu.

Sebab itu Nabi suruh ikat dan tambat anak isteri di tiang-tiang rumah. Waktu itu orang dah tak fikir nak berjimak, tak fikir nak tergoda dengan perempuan kiri kanan. Masing-masing cuma fikir nak survive hidup, lindungi ahli keluarga dan makan. Makanan umat Islam ketika itu hanya zikir. Kalau kita fikirkan logik akal, memang tak akan kenyang. Tapi Islam ni tak boleh kita fikir dengan logik akal. Kalau Allah berkehendak, dengan zikir boleh mengenyangkan.

Masih buta ke kita dengan apa yang terjadi di sekeliling kita hari ini? Masjid kosong, orang terhalang daripada mengerjakan umrah. Kemungkinan tidak boleh mengerjakan haji juga tahun ni. Nabi saw pernah bersabda satu hari umatku akan terhalang daripada menunaikan haji dan umrah. Kalau nak kepastian boleh search. Banyak hadis yang berkaitan. Tidak akan terjadinya kiamat selagi mana pintu-pintu mesjid masih dibuka. Tanda Dajjal itu semakin hampir kemunculannya apabila mesjid-mesjid semuanya menjadi kosong.

Masih tak nampak lagikah kita apa dah terjadi pada hari ini? Okey mungkin belum cukup jelas lagi gambaran itu. Cuba perhatikan Danau Tiberias. Airnya telah semakin mengering. Apa tandanya itu? Itu tanda besar bahawa Dajjal itu sudah tidak lama lagi akan muncul. Kita perhatikan juga kebun kurma Baisan. Pohonnya 100% sudah tidak berbuah. Sekarang kering kontang. Itu tandanya apa?

Dajjal semakin hampir. Ini bukan aku dengar khabar angin. Ini hadis Nabi saw dan hadis ini adalah hadis sahih. Kita saksikan berlumba-lumba bangunan tinggi-tinggi dibina. Masing-masing berebut-rebut membangunkan gedung-gedung yang mewah. Nabi saw pernah bersabda, “Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim).

Sekarang petanda itu dah jelas di depan mata. Menara jam, Burj Khalifah dan Kingdom Tower. Mereka itu semua dari keturunan Arab yang dahulunya fakir dan cuma pengembala kambing. Tanah Arab sekarang sudah mula menghijau. Kalau dulu cuma ada padang pasir. Jauh sekali nak dihujani salji. Tapi hari ini? Salji sudah mula turun di tanah Arab. Tak lama lagi tanah Arab akan subur dengan pohon-pohon dan rumput  yang menghijau. Itu tanda Dajjal yang akan muncul tersangatlah dekat.

Apakah persediaan kita dalam menghadapi Dajjal? Kalau ditakdirkan Dajjal itu muncul dalam masa terdekat ni, jangan sesekali jumpa dan bertentangan mata dengan dia. Kalau boleh elak sedaya yang mungkin. Dia akan pukau kita sehingga kita ikut dan sembah dia. Hebatnya sihir Dajjal ini. Tak kisah iman kita setaraf wali macam mana sekali pun, kalau berdepan dengan Dajjal, kita akan tewas.

Macamana rupa Dajjal?

Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim: “Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis ‘kafir’...” Perkataan ‘Kafir’ ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang mukmin saja. Orang kafir, munafik dan fasik, tak akan nampak perkataan ini. Jadi, elakkan diri daripada bersua muka dengan Dajjal. Suami-suami wajib ikat anak isteri ketat-ketat di rumah. Sebab waktu Dajjal muncul, Dajjal akan masuk ke setiap penjuru kampung, bandar, taman-taman, lembah-lembah dan tak akan ada satu tempat pun yang tak akan dijejaki oleh Dajjal.

Kenapa perlu diikat anak bini? Sebab bila Dajjal tiba di tempat kita, Dajjal akan menghentakkan kakinya sehingga menyebabkan orang-orang yang berada di dalam rumah akan memberontak keluar untuk bertemu dengan Dajjal. Kalau ditakdirkan bersua muka dengan Dajjal, pilihlah tangan kirinya. Tangan kanannya menggenggam syurga, tangan kirinya menggenggam neraka. Pilihlah neraka, kerana fitnah Dajjal - syurga itu neraka, neraka itu syurga.

Amalkan surah Al-Khafi 10 ayat awal dan 10 ayat yang akhir. Hafal surah ni, sebab waktu kemunculan Dajjal, surah-surah dalam Al-Quran akan hilang daripada kitab-kitab, dinding-dinding dan di mana-mana ada tertulisnya kalam-kalam Allah ini. Abu Darda mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barang siapa telah membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka dia telah terjaga dari fitnah Dajjal". (HR An-Nasai).

Sesiapa yang membaca surah ini ketika Dajjal muncul, Dajjal tak akan nampak orang itu walau berada di depan matanya sendiri. Jadi, kita akan terselamat dari dipengaruhi oleh si makhluk terlaknat itu. Amalkan ayat ini selepas tasyahhud, Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min ‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal. Ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal. ” (HR. Muttafaq ‘alaih).

Sewaktu Dajjal tiba di setiap negara, negeri, bandar, taman-taman, kampung-kampung dan lembah-lembah, kalau penduduk di kawasan itu sembah Dajjal, maka tempat itu akan subur dan diberikan kemewahan oleh Dajjal. Tapi kalau penduduk di kawasan itu engkar dengan arahan Dajjal, maka tempat itu akan jadi padang jarak padang terkukur. Kering kontang tak ada air, tak ada makanan, haiwan mati, tanah tandus, orang-orang akan kebuluran yang amat sangat.

Soalnya sekarang, apa kaitan dengan Covid-19 pula? Ramai orang duduk dalam rumah, di zaman Dajjal nanti pun ramai juga yang duduk di rumah. Namun bagi golongan yang faham agama; macam kes sekaranglah. Semua yang duduk di rumah, jenis yang faham bahasa. Jenis tak faham bahasa, semua duk merayap ke sana ke mari. Jadi kalau beginilah sikap kita, sekiranya Dajjal muncul, kita mungkin salah seorang yang boleh jadi pengikut Dajjal. Arahan kerajaan pun kita engkar, apatah lagi arahan Nabi saw!

Mesjid kosong. Sekarang semua mesjid kosong. Seolah-olah Allah dah bagi hint - peringatan. Kelak apabila Dajjal muncul, semua mesjid akan lengang. Bukan saja kosong, azan pun sudah tidak akan berkumandang. Panic buying. Kalau Covid-19 ni, orang panic berebut-rebut nak beli barang dapur. Semua risau kelaparan takut tak dapat makan! Kalau Dajjal muncul, semua orang ‘panic buying’ juga. Masing-masing panic dan berebut-rebut nak dapatkan bekalan makanan daripada Dajjal. Maka semua daripada mereka tercabutlah iman masing-masing. Terpisah keluarga.

Kalau Covid-19 sekarang, sebaik salah sorang ahli keluarga dijangkiti virus, ahli keluarga tidak akan dapat bersua muka lagi. Kalau ada rezeki - jumpa, kalau tak ada rezeki - hanya mampu memandang dari jauh jenazah ahli keluarga itu dikebumikan. Kalau Dajjal muncul, ramai yang akan kehilangan ahli keluarga mereka. Ada ahli keluarga yang lemah imannya akan jadi pengikut-pengikut Dajjal.

Frontliner bertungkus-lumus. Kalau Covid-19, masing-masing berusaha sehabis keringat untuk tangani virus ini. Kalau Dajjal muncul, ketua keluarga merangkap frontliner berusaha bertungkus-lumus untuk menghalang ahli keluarganya daripada menjadi pengikut Dajjal. Sebab itulah, kita amat dituntut supaya belajar agama. Supaya kita faham akan hakikat hidup ini. Semua ini bakal berlaku dan kita akan lebih bersedia. Peri pentingnya kita memilih pasangan yang faham agama. Supaya dia boleh selalu mengingatkan kita tentang kecaman-kecaman ini dan terus mengajak kita ke arah kebaikan serta menambah amalan. Bagi orang lelaki, tambahla ilmu agama. Perlu faham untuk memahamkan ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga, ini tanggungjawab kalian.

Bagi orang perempuan, ini bukan zaman nak ‘bermanja dan menggedik’ fikirkan nak bercantik-cantik 24 jam. Cantikkan otak dulu sebelum mencantikkan fizikal kamu. Kalau Dajjal keluar, dia takda pilih-pilih sama ada kau cantik ke hodoh. Paling penting iman kau roboh. Jadi, tiba masa kita sedar diri. Tambah ilmu dan terus bersedia. Kerana orang bijak adalah orang yang sentiasa bersedia.

Pakat muhasabah. Semoga bermanfaat.



Kredit: Yatt Hayati
#Covid19
Elias Hj Idris


Penularan Coronavirus: Kesan Pada Solat

Fatwa yang dikeluarkan oleh sesetengah badan agama berkenaan arahan mengunci mesjid serta melarang solat Jumaat dan solat berjemaah telah menimbulkan sedikit sebanyak kekeliruan serta meninggalkan kesan mendalam di hati sanubari umat Islam memandangkan tidak pernah sebelum ini ada fatwa sedemikian sepanjang sejarah Islam selama lebih 1441 tahun.

Terdapat beberapa kemusykilan berkenaan fatwa ini seperti mana berikut:

KEMUSYKILAN PERTAMA
Tiada petunjuk daripada ketiga-tiga generasi awal umat Islam; daripada kalangan sahabat, tabi’in dan tabi’tabi’in serta mereka yang datang sesudah mereka daripada kalangan para ulama dan fuqaha (ahli fiqah) bahawa mereka pernah melarang solat Jumaat dan solat berjemaah apabila menular wabak taun yang kesannya jauh lebih dahsyat dan tak terbanding dengan virus corona.

Angka kematian dalam kes coronavirus buat masa sekarang tidak lebih 4% daripada keseluruhan jumlah kes.

Jika dibandingkan dengan dahulu, boleh dikatakan angka ini merupakan nisbah mereka yang selamat (yang hidup) di beberapa peristiwa wabak taun dalam sejarah Islam dan ada kalanya nisbah kematiannya sampai tiga perempat daripada jumlah mangsa jangkitan.

Anas bin Malik r.a. pernah kehilangan 83 orang anaknya akibat taun. Namun, telah sabit bahawa mereka tetap mendirikan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam tragedi tersebut.

Dalam hal ini, prinsip agama menetapkan bahawa apa sahaja yang tidak dilakukan oleh generasi salaf (ketika mana wujud keperluan dan tidak apa-apa yang menghalang mereka daripada melakukannya) maka ia perlu ditinggalkan.

Bagaimana pula sekiranya keperluan pada zaman salaf dahulu jauh lebih dahsyat berbanding dengan zaman terkemudian. Ini menuntut supaya apa yang tidak dilakukan oleh generasi salaf itu jauh lebih utama untuk ditinggalkan oleh umat Islam yang datang kemudian.

KEMUSYKILAN KEDUA
Tiada pandangan daripada mana-mana fuqaha mutakaddimin mahupun mutaakhirin – yang sekian ramai dan sekian banyak tulisan mereka – yang menyatakan bahawa penularan taun dan wabak penyakit merupakan satu keuzuran untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah, sedangkan peristiwa penularan taun dan wabak penyakit telah banyak kali berlaku sehinggakan pada zaman Kerajaan Umawiyah berlaku pada purata sekali untuk setiap empat tahun.

KEMUSYKILAN KETIGA
Perlu dibezakan antara memberi kelonggaran untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah buat mereka yang khuatir atas dirinya dijangkiti penyakit sekiranya ada sebab-sebab seperti yang ditetapkan oleh sebahagian fuqaha, dengan perbuatan mengunci mesjid dan menghalang orang ramai termasuk mereka yang tidak khuatir atas dirinya dijangkiti penyakit.


Kelonggaran ialah bagi mereka yang khuatir atas dirinya, bukan dengan menghalang mereka yang tidak khuatir atas dirinya.


KEMUSYKILAN KEEMPAT
Kenyataan sebahagian fuqaha bahawa kekhuatiran dijangkiti penyakit merupakan satu keuzuran untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah merupakan satu kelonggaran dan bukan larangan mutlak.

Dengan kata lain, keizinan untuk mereka yang khuatir atas dirinya dijangkiti penyakit untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah hanyalah satu keharusan dan bukan satu kewajipan.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak khuatir atas dirinya dijangkiti penyakit? Adalah lebih utama untuk mereka tidak meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah, apatah lagi untuk pihak lain menghalang mereka.

KEMUSYKILAN KELIMA
Dalam hadis menyebutkan bahawa penyakit taun ialah “Rahmat buat orang-orang beriman”. Dan ini membuatkan sebahagian sahabat seperti mana yang sabit daripada Abu Ubaidah r.a. dan Muaz bin Jabal r.a. berdoa kepada Allah dan meminta bahagian mereka daripadanya apabila tersebar penyakit taun di negeri Syam yang dikenali dengan Taun Amwas.

Memandangkan ia rahmat buat orang-orang beriman maka ini menyebabkan mereka tidak meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah.


KEMUSYKILAN KEENAM
Berkumpul orang ramai di sesebuah tempat dan bercampur antara satu sama lain merupakan antara faktor tersebarnya wabak penyakit. Cuma ia tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah.
Oleh yang demikian dibolehkan melakukan perbuatan-perbuatan yang berisiko tinggi mendapat penyakit ini bagi individu yang yakin dengan Allah dan bertawakal kepada-Nya.


Dan ini maksud sabda Nabi “Tidak ada penyakit yang menular (dengan sendirinya)” dan jawapan balas baginda tentang pertanyaan bagaimana pula boleh berjangkit kudis daripada unta yang sakit kepada unta yang sihat apabila unta-unta itu dicampurkan dengan bersabda “Siapakah yang telah membuatkan unta yang pertama dijangkiti kudis (iaitu dari mana ia mendapat jangkitan)?”.


Sebagaimana telah sabit daripada perbuatan sebahagian sahabat yang melakukan perbuatan yang berisiko tinggi dan berbahaya seperti mana perbuatan Abdullah bin Omar r.a. makan bersama-sama orang yang berpenyakit kusta kerana yakin dengan Allah dan bertawakal kepada-Nya.

KEMUSYKILAN KETUJUH
Hadis seperti “Jangan memudaratkan dan tidak boleh membalas kemudaratan dengan kemudaratan”, larangan orang makan bawang mendatangi mesjid serta hadis “Jangan dicampurkan unta yang sakit dengan unta yang sihat” hanya tepat untuk dijadikan sebagai hujah bagi menghalang orang yang terkena penyakit daripada mendatangi solat Jumaat dan solat berjemaah.

Ia bukan hujah untuk menghalang orang yang sihat atau orang yang tiada tanda-tanda penyakit, apatah lagi menjadikannya sebagai dalil untuk mengunci mesjid dan melarang orang ramai daripada solat di dalamnya.


KEMUSYKILAN KELAPAN
Terdapat dalam hadis “Jangan dicampurkan unta yang sakit dengan unta yang sihat” sebagai larangan atas orang yang sakit bercampur-gaul dengan orang yang sihat kerana ia adalah di antara sebab yang boleh mendatangkan mudarat ke atas orang yang sihat serta mengganggunya.
Hadis ini sama sekali bukan bermakna melarang orang yang sihat daripada bercampur gaul dengan orang yang sakit.

Oleh yang demikian jika orang yang sihat mahu bercampur-gaul dengan orang yang sakit atas dasar yakin dengan Allah dan bertawakal kepada-Nya maka dia tidak boleh dihalang, dan tiada petunjuk dalam hadis ini yang melarangnya.


KEMUSYKILAN KESEMBILAN
Wabak ialah sebahagian daripada penyakit yang ada manakala mendapatkan rawatan untuk penyakit bukanlah suatu yang wajib di sisi majoriti para sahabat dan ulama.

Oleh itu maka dibolehkan untuk tidak mendapatkan rawatan atas dasar yakin kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya memandangkan  sebab-sebab kesembuhan bukan dengan cara berubat. Malah berdoa, meruqyah dan amalan soleh jauh lebih bermanfaat daripadanya.

Ibnu Taimiyyah menjelaskan “Berubat bukanlah suatu yang wajib. Dan barang siapa mempertikaikannya nescaya aku akan berhujah atasnya dengan as-Sunah... Aku tidak tahu sesiapa daripada kalangan salaf yang mewajibkan berubat.”

Adapun hadis “Berubatlah wahai hamba Allah” menjurus kepada hukum harus atau anjuran, dan bukan wajib.


Sekiranya telah jelas bahawa berubat bukan sesuatu yang wajib atas orang yang sakit atau orang yang terkena penyakit, maka tidak mewajibkan atas orang yang sihat menghindari orang yang sakit atas dasar yakin dengan Allah dan bertawakal kepada-Nya lebih utama, apatah lagi bercampur-gaul dengan orang yang sihat yang tidak nampak padanya sebarang tanda-tanda penyakit.


KEMUSYKILAN KESEPULUH
Tidak diketahui dalam sejarah Islam bahawa mesjid pernah dikunci dan orang ramai dilarang daripada solat di dalamnya.


Oleh itu perkara ini tidak boleh diambil mudah, malah ia merupakan isu besar dan cukup sensitif.

KEMUSYKILAN KESEBELAS
Berhimpunnya orang-orang Islam dalam mesjid dan berkumpul mereka di dalamnya merupakan antara sebab-sebab utama bala bencana diangkat, lebih-lebih lagi setelah diketahui bahawa antara hikmah di sebalik Allah mendatangkan taun dan wabak penyakit ialah supaya manusia kembali kepada Tuhan dan bertaubat kepada-Nya.


Adapun mesjid, ia merupakan tempat untuk orang Islam solat, bertaubat dan berdoa meminta supaya dihilangkan bala bencana di samping memperoleh keberkatan berkumpul mengerjakan ketaatan.

Oleh itu berkumpulnya orang-orang Islam untuk solat dan berdoa merupakan antara sebab utama mendapat kesembuhan serta dihilangkan mudarat.

Atas sebab ini disyariatkan umat Islam berkumpul apabila berlaku suatu yang menggemparkan dengan disyariatkan solat gerhana secara berjemaah, solat istisqaa apabila berlaku kemarau dan musim kering manakala sebahagian pendapat menyatakan bahawa disyariatkan solat sunat secara berjemaah apabila berlaku gempa bumi sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu Abbas dalam satu riwayat.


Adapun dalam solat Hari Raya, Nabi memerintahkan supaya kaum muslimin di sesebuah tempat berkumpul dan mengerjakannya secara berjemaah manakala perempuan yang haid turut diperintahkan hadir agar dapat “Menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum Muslimin.”

KEMUSYKILAN KEDUA BELAS
Perlu dibezakan antara ‘pencegahan dalam solat Jumaat dan solat berjemaah’ dengan ‘pencegahan daripadanya’.


Pencegahan dalam solat Jumaat dan solat berjemaah tiada masalah, seperti mewajibkan orang ramai memakai penutup mulut dan hidung (face mask), membasuh tangan sebelum masuk mesjid dan seumpamanya.

Namun melarang mereka daripada solat Jumaat dan solat berjemaah serta mengunci mesjid, ia merupakan ‘pencegahan daripadanya’.

KEMUSYKILAN KETIGA BELAS
Mengiaskan antara mesjid dengan pasar sebagai tempat tersebarnya wabak penyakit kerana orang ramai berkumpul di dalamnya merupakan seburuk-buruk kias.


Ini kerana ia menyamakan antara tempat yang paling dicintai Allah (mesjid) dengan tempat yang paling dibencinya (pasar), tempat turunnya rahmat dengan tempat turunnya azab, tempat ketaatan dengan tempat kemaksiatan dan tempat berhimpun malaikat dengan tempat berhimpunnya syaitan!


Demikian sebahagian kemusykilan yang perlu dihuraikan oleh badan-badan berkenaan bagi meleraikan persoalan-persoalan yang timbul agar kesudahannya mereka yang sesat akan sesat berdasarkan keterangan dan penjelasan (yang telah diberikan) manakala mereka yang selamat akan selamat berdasarkan keterangan dan penjelasan (yang telah diberikan).

Wallahualam.


Catatan: Terjemahan dengan sedikit olahan daripada tulisan Faisal bin Qazzar al-Jasim, Kuwait.
Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Rejab 1441H / 16 Mac 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman
Elias Hj Idris
Oleh: Fdaus Ahmad

https://www.facebook.com/100005333114094/posts/1467996116721478/


5,476 jumlah kematian di Italy setakat 8 jam yang lepas (selasa, 24 Mac 2020).
Tak ada tanda surut, kes baru corvi-19 semakin meningkat tanpa belas kasihan - Itali sedang dalam peperangan getir. Mereka sedang keletihan.

Itali merupakan juara World Cup sebanyak 4 kali.
Itali adalah pusat rujukan fesyen dari seluruh dunia.
Itali - pengeluar jentera jalan raya paling hebat di dunia seperti Ducati, Ferrari, Lamborghini dan Maserati.
Italilah yang memulakan era 'renaissance' seterusnya mengubah haluan sejarah Eropah dan dunia amnya.
Itali secara literal adalah The Great Roman Empire yang pernah menerajui ketamaddunan manusia hampir 1,000 tahun lamanya.

Pada era moden, sebagai salah sebuah negara maju di Eropah banyak pihak terkejut dengan situasi Corvi-19 yang tidak terkawal di Itali. Apa yang kita dengar dan baca, kerajaan Itali begitu lambat bertindak dan rakyatnya degil dan tidak mahu ikut arahan maka wabak itu merebak dengan cepat sampai tidak terkawal.

Tapi takkan itu saja sebabnya?

Aku berborak dengan kawan aku Redza Yusoff yang pernah tinggal di Itali, fasih berbahasa Itali, faham attitude dan budaya masyarakat di sana.
Corvi-19 ibarat time bomb, di mana final blow hanya melengkapkan huru-hara sistem di sana.

Sebenarnya, ada 6 sifat semulajadi tentang masyarakat Itali yang kita perlu faham.

Pertama,
Masalah birokrasi yang teruk.

Itali merupakan negara maju yang paling teruk tahap birokrasinya. Kalau kita katakan Malaysia ada masalah birokrasi, maka Itali berkali ganda lebih dahsyat birokrasinya. Untuk melaksanakan sesuatu perkara, mereka tidak boleh ad hoc walaupun hal itu terlalu amat penting.

Contohnya, bila gejala wabak meletus di Wuhan kerajaan Itali terpaksa mengambil masa yang sangat lama untuk sekat penerbangan keluar masuk ke negara mereka. Sekatan hal-ehwal kelulusan itu dan ini, sebelum semuanya diputuskan - sekadar untuk memberhentikan penerbangan. Tambahan pula kes semacam ini adalah di luar jangkaan lagilah tidak boleh dibuat sesuka hati.

Malah dalam keadaan gawat dan ratusan nyawa yang terkorban setiap hari, sebahagian perkhidmatan pengangkuutan awam masih terus beroperasi di sekitar Itali - keadaan semakin huru-hara, tetapi birokrasi mesti kena ikut dulu, jadi mereka tidak boleh stop itu-ini sampailah everything in place - walaupun sedang dalam keadaan malapetaka yang mendesak.

Kedua,
Inefficient.

Ini melibatkan lifestyle orang Itali. Rakyatnya berkira, bahawa tiada apa yang lebih penting, bila tiba masa untuk makan tengah hari MESTI bersama keluarga. Personal space paling utama. Tidak perlulah bagi sesiapa yang hendak beritau mereka bahawa ada hal lain lagi yang lebih penting sebab culture/budaya mereka telah terdidik untuk mengutamakan personal space.

Lihat saja filem Godfather, bagaimana mafia-mafia Itali yang walau jahat setara mana pun, masa untuk famili mesti diutamakan. Layan anak anak, makan bersama-sama. Malah jika ada pertemuan atau meeting yang setara mana penting pun letak di belakang dulu!

Oleh yang demikian, kepekaan mereka terhadap hal-hal kecemasan tersangat perlahan, memandangkan tiada apa jua hal kecemasan melainkan setelah diselesaikan hal hal personal mereka terlebih dahulu.

Ketiga
Centralization.

Kita perlu sedar pusat ketuanan ekonomi Itali berpusat cuma di dua buah bandar; Rome dan Milan.
Selain daripada 2 bandar ini, tidak ada apa pun yang menonjol selain daripada pusat pelancongan dan pertanian di kawasan jauh dari bandar. Ia Tidak begitu berperanan dalam menyumbang peningkatan ekonomi negara secara keseluruhan.

Rome dan Milan seumpama enjin yang menjana ekonomi seluruh Itali. Segala-galanya berpusat di sana. Tempat lain sekadar memenuhi keperluan sendiri saja.

Kepada mereka yang tinggal di tempat lain seperti Florence atau Venice merupakan kemewahan tinggalan masa Magical Era of Italian Economic sekitar tahun 1960-1980 dahulu.

Ya Itali pernah melalui zaman ekonomi emas mereka selepas tamat perang dunia ke-2. Perusahaan, automotif, industri berat, kereta api, perkapalan dsb. Masing-masing masih menjadi pusat tumpuan bekalan bagi Eropah.

Oleh sebab kekayaan tersebar di kalangan kebanyakan rakyat, datuk nenek di kampung masih ada banyak duit dengan membeli tanah dan membuat rumah besar hasil prosperity Magical era puluhan tahun yang lalu, membolehkan mereka anak-beranak dan cucu tinggal sekali sebumbung.

Bila mereka tinggal di lar daripada kawasan bandar, udara segar, makan makanan segar seperti sayuran dan ternakan dengan gaya hidup sihat, kesannya mereka panjanglah umur. Statistik dari Italy Research Department mendedahkan warga tua di Itali (bagi umur lebih 65) setakat tahun 2019 sebanyak 22% daripada keseluruhan jumlah penduduk Itali.

Keempat,
Aging Society

Kita tahu Corvi-19 lebih aktif dalam tubuh badan warga tua. Mereka mangsa paling banyak kena serang. Jelas Itali dalam hal ini kurang bernasib baik kerana kadar sakit dan kematian paling ramai di kalangan warga tua.


Bila Lombardy dan Lazio kena lockdown, membolehkan rakyat balik kampung ke rumah mak ayah dan datuk nenek. Maka Corvi-19 dengan mudah mula tersebar di kalangan warga tua di kampung.

Kelima,
Isolation.

Ini pun suatu hal yang unik. Seperti yang telah diberitahu di perenggan awal atas tadi, Itali merupakan negara yang penuh dengan sejarah gilang-gemilang. Mereka ada Empayar Roman, yang telah melahirkan ramai ahli falsafah yang memimpin dunia, mereka melahirkan para artisan yang mencorak mata seni manusia, mereka memulakan era renaissance, ketua agama (pope) Kristian di dunia dan segala sejarah keagamaan Kristian bermula dari kelahiran Nabi Isa juga semuanya tersimpan di Vatican.

Berapa punya ramai para genius dan polymath yang telah Itali lahirkan sepanjang kewujudan dunia ini? Marco Polo, Christopher Colombus, Dante, Michelangelo, Leonardo Da Vinci, Galileo, Machiavelli, Verdi dan Puccini; sekadar memetik beberapa nama.
Itu pun belum dikira lagi Paulo Rossi, Dino Zoff, Baresi, Roberto Baggio, Fabbio Cannavaro, Nesta, Buffon, Del Piero, Maldini, Pagliuca dan super legend Giuseppe Meazza.

Jadi apa kaitan sejarah hebat Itali itu  dengan isu isolation?
Mudah.
Mereka masih ada mentaliti yang berasakan bahawa mereka merupakan bangsa yang hebat di dunia.
From the descendants of the great empire of Rome!

Oleh sebab itu mereka tidak berapa peduli dengan apa yang terjadi di dunia luar? Semua itu tidak penting pada mereka; they couldn't care less.

Their concern is between trieste and puglia (north and south) negara Itali sahaja.
Masalah di luar, bukan masalah kami. Lebih kurang begitu.
Dan yang terakhir,
They dont work like they used to.

Itali punya kebajikan kepada rakyat sangat hebat. Insurance and healthcare benefits, labor protections, dan segala macam social protection somehow membuatkan rakyat mereka terlalu chill dan rilex. Hidup just cool. Apa jadi pun tidak perlu panik, tidak perlu kalut, tidak perlu tergocoh-gocoh, tak perlu risau sangat sebab masih ada kopi espresso yang perlu dihirup.

Memang manja.


****
Atas semua hal yang semacam itulah berlakunya apa yang dunia saksikan di Itali sekarang.
Sikap pemerintah dan rakyat merekalah yang menjadi kayu ukur dalam menilai keberkesanan ketika menghadapi krisis.

Kita bukan cuba nak menyalahkan, tetapi mengambil pengajaran.
Sehingga tulisan ini tamat, angka kematian di Malaysia akibat Covid-19 pula sudah mencecah 14 orang dengan 212 kes baru hari ni.

Anggaran daripada pihak berkuasa, terdapat 3 juta rakyat Itali yang masih tidak peduli RMO.
Ya ada 3 juta yang dok merayau tidak semena-mena berkumpul, bersembang sambil melepak.

Di Malaysia ni, corak hidup masyarakat kita mungkin berbeza dengan Itali.
Tetapi ada satu benda yang seakan-akan sama,
kalau kita terus degil buat kepala batu dengan tidak mendengar kata,
Maka tunggulah lagi bencana besar yang akan tiba.

🙏 tolonglah dengar kata.

Aku ambil kata kata seorang netizen Itali;
"We lost control of the epidemic. We died physically and mentally, we dont know what to do anymore. All solutions on earth have ended. The only solution is to the sky"

Kredit pada penulis Fdaus Ahmad.
Elias Hj Idris
APAKAH ITU CORONAVIRUS (COVID-19)?

Ia terdiri dari 32 jenis virus dan terbahagi kepada 2 keluarga. Virus tersebut boleh menyerang manusia dan juga binatang.

Coronavirus (Covid-19) pula merupakan virus yang baru ditemui (atau baru dicipta) pada tahun 2019.
Patent untuk Coronavirus yang sedang berlegar di media social sebenarnya adalah untuk Coronavirus jenis lama (ciptaan tahun 2018 atau sebelumnya) dan bukannya jenis 2019.

Orang yang terkena virus tersebut akan mendapat tanda-tanda selepas 2 hingga 14 hari contohnya seperti hidung berair, sakit kepala, batuk, sakit tekak dan demam. Untuk mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, mereka akan mendapat sakit seperti batuk yang amat teruk.
97% pesakit akan sembuh dari sakit tersebut tanpa mendapat sebarang bantuan perubatan moden. Hanya pesakit yang telah berumur lebih dari 60 tahun akan mendapat kesan seperti paru-paru berair dan akan menyebabkan kematian sekiranya tidak berubat.

DARI MANAKAH ASALNYA CORONAVIRUS (COVID-19)?

Ia berasal dari Wuhan di negara China. Ada 8.9 juta penduduk di Wuhan. Ia sama besar seperti kota London selain sebagai sebuah bandar yang ketujuh terbesar di China.

MAKMAL BIOSAFETY DI WUHAN

Di Wuhan, terdapat sebuah makmal iaitu “Wuhan National Biosafety Laboratory”. Ia merupakan sebuah makmal yang membuat kajian dan penyelidikan tentang virus. Ia dibina pada tahun 2017 dan mula beroperasi pada tahun 2018.

SAINTIS DARI CHINA TELAH MENCURI VIRUS DARI MAKMAL KANADA

Pada bulan March 2019, 2 orang saintis iaitu Dr. Xiangguo Qiu dan Keding Cheng (suami–isteri) dari negara China telah mencuri virus dari sebuah makmal iaitu “Canadian National Microbiology Laboratory (NML)” di negara Kanada. Mereka kemudian telah menghantar virus tersebut ke negara China dengan menggunakan khidmat Courier.


4 bulan berikutnya iaitu pada bulan Julai 2019, mereka berdua telah dihalau keluar dari Makmal NML dan dipaksa pulang ke negara China.

Di China, mereka kemudian membawa virus tersebut ke makmal di Wuhan dan mula membuat ubahsuai (modify) virus tersebut. Ketua mereka ialah Dr. Peng Zhou, Ph.D. Dialah yang bertanggungjawab mencipta virus baru yang dinamakan sebagai Coronavirus (Covid-19).

32 kilometer dari makmal tersebut terdapat sebuah pasar iaitu “Huanan Seafood Market” yang dikatakan tempat bermulanya penyebaran Coronavirus (Covid-19).
Ini bermakna, para saintis dari makmal “Wuhan National Biosafety Laboratory” telah membawa Coronavirus ke pasar di “Huanan Seafood Market” untuk menyebarkannya dengan sengaja. Dari situlah bermulanya wabak Coronavirus (Covid-19).

KENAPAKAH KERAJAAN KOMUNIS CHINA HENDAK MEMBUNUH RAKYAT MEREKA SENDIRI?

Kerajaan Komunis China mahu mengurangkan jumlah penduduk di negara China. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri bagi melaksanakan agenda jahat tersebut. Mereka menggunakan virus sebagai alasan supaya tidak ada sesiapa pun yang akan tahu kisah sebenar. Sejak Disember 2019 sehingga kini, Kerajaan Komunis China telahpun membunuh lebih dari 500,000 orang di China.
Kerajaan Komunis China telahpun menempah 1 juta beg mayat untuk digunakan sewaktu operasi membunuh.

Kenapakah mereka memilih bulan December 2019 untuk menyebarkan virus tersebut? Jawapannya ialah kerana orang-orang di China mula menyambut Tahun Baru Cina pada bulan Januari 2020. Jadi mereka memerlukan masa sebulan untuk memastikan virus tersebut tersebar di kalangan penduduk di Wuhan.

Selepas itu orang-orang yang telah dijangkiti virus tersebut akan melancong ke luar negara untuk menyambut Tahun Baru Cina. Ini akan menyebabkan virus tersebut akan merebak ke seluruh dunia.

Itulah agenda Khazar Satanist @ Illuminati.

SAINTIS DARI INDIA TELAH MENGATAKAN BAHAWA TERDAPAT GEN AIDS DI DALAM CORONAVIRUS (COVID-19)

Selepas sebulan Coronavirus merebak ke seluruh dunia, Saintis dari negara India iaitu dari “Kusuma School of biological sciences, Indian institute of technology, New Delhi-110016, India” dan juga “Acharya Narendra Dev College, University of Delhi, New Delhi-110019, India” telah membuat kajian tentang Coronavirus tersebut.

Saintis tersebut mendapati bahawa Coronavirus bukannya semulajadi. Ini adalah bukti yang kukuh bahawa virus tersebut adalah buatan manusia. Mereka sendiri telah menemui gen AIDS di dalam Coronavirus.

RAMAI SAINTIS YANG MENGAKU BAHAWA CORONAVIRUS (COVID-19) ADALAH CIPTAAN MANUSIA

11 minggu sebelum merebak Coronavirus (Covid-19)

Pada 18 September 2019 iaitu 11 minggu sebelum Coronavirus merebak, Pegawai di Tianhe Airport, Wuhan telah mengadakan latihan kecemasan bagi menghadapi wabak Coronavirus.

Kenapakah mereka memilih Coronavirus dan bukannya virus lain?

6 minggu sebelum merebak Coronavirus (Covid-19)

Pada 18 October 2019, iaitu 6 minggu sebelum Coronavirus merebak, satu persidangan “Event 201” telah diadakan di New York. Persidangan tersebut dianjurkan oleh “Johns Hopkins Center for Health Security” dan “World Economic Forum” bersama “Bill and Melinda Gates Foundation”.

Bill and Melinda Gates Foundation dimiliki oleh “founder of Microsoft” iaitu Bill Gates.

Dalam persidangan tersebut, mereka telah membuat ujikaji dengan menggunakan simulasi dalam komputer mengenai kesan kepada manusia sekiranya virus merebak. Komputer tersebut memberikan keputusan yang amat memeranjatkan. Komputer itu meramalkan bahawa 65 juta manusia akan mati akibat virus tersebut!

Pada hari yang sama, iaitu 18 October 2019, seramai 10,000 askar dari 110 negara telah berada di Wuhan untuk menyertai acara sukan tentera.

Adakah acara tersebut dijadikan sebagai alasan untuk membawa 10,000 tentera ke Wuhan?

4 minggu sebelum merebak Coronavirus (Covid-19)

Pada bulan November 2019, Negara Komunis China telah melancarkan Teknologi 5G di Wuhan dan juga di bandar-bandar yang berhampiran.

Teknologi 5G mampu memberikan berbagai kesan buruk kepada manusia. 5G juga memberi kesan seperti selsema dan demam. Sebab itulah ramai penduduk di Wuhan didapati menunjukkan kesan seperti selsema dan demam.

Jadi, Kerajaan Komunis China bertindak menangkap semua orang yang menunjukkan kesan seperti selsema dan demam. Mereka memberikan alasan konon orang-orang tersebut telah dijangkini Coronavirus (Covid-19)!

VAKSIN UNTUK CORONAVIRUS (COVID-19) ADALAH LEBIH BERBAHAYA
Khazar Satanist @ Illuminati sedang membuat perancangan untuk menggunakan isu Coronavirus sebagai alasan untuk memastikan semua manusia di dunia ini disuntik dengan vaksin.

AWAS JANGAN TERTIPU!

Mereka sedia bertindak memasukkan berbagai jenis virus ke dalam vaksin tersebut. Ada juga saintis yang telah membocorkan rahsia dengan memberitahu bahawa mereka akan memasukkan sejenis RFID Chip yang amat kecil ke dalam vaksin tersebut. Ia adalah tindakan untuk mengesan lokasi anda dengan tepat.

KESIMPULAN

Negara China merupakan “testing ground” untuk Khazar Satanist @ Illuminati untuk menjayakan agenda jahat mereka iaitu “New World Order”.

Kesemua “virus” yang terdapat di zaman ini contohnya seperti AIDS, SARS, EBOLA, ZIKA, H1NI dan sebagainya adalah ciptaan manusia (saintis tajaan Khazar Satanist @ Illuminati) dan dibuat di dalam makmal. Setiap tahun mereka mencipta suatu “virus” yang baru dan menyebarkannya melalui suntikan vaksin yang kononnya untuk “mengubati” penyakit tersebut. Sebab itulah “virus” tersebut tidak pernah wujud 100 tahun dulu malah ibu-bapa kita juga tidak pernah mendengarnya sewaktu mereka masih kecil.

Penciptaan “virus” tersebut adalah sebahagian daripada “Agenda 21” dari United Nations (UN). Apakah itu “Agenda 21”?

“Agenda 21” ialah untuk “mengurangkan jumlah penduduk dunia” sehingga tinggal 500 juta sahaja. Untuk pengetahuan anda, penduduk bumi kini berjumlah 7.3 billion orang. Jadi mereka sebenarnya bercadang untuk membunuh lebih 6.8 billion manusia.


Sumber rujukan:
https://www.bbc.com/news/health-51048366
https://patents.justia.com/patent/10130701
https://www.dailymail.co.uk/…/Wuhan-doctor-dies-nine-days-c…
https://news.yahoo.com/health-experts-issued-ominous-warnin…
https://www.dailymail.co.uk/…/Scientists-fear-4-500-Chinese…
https://www.bbc.com/news/world-asia-china-51259649
https://en.wikipedia.org/wiki/Novel_coronavirus_(2019-nCoV)
https://www.tehpodderzka.ru/2020/01/koronavirus.html
https://kotaku.com/chinese-resident-evil-fans-think-this-bi…
https://www.creativebloq.com/news/umbrella-corporation-logo
https://www.dailymail.co.uk/…/Chinas-lab-studying-SARS-Ebol…
https://www.livescience.com/china-lab-meets-biosafety-level…
https://greatgameindia.com/coronavirus-bioweapon/
https://greatgameindia.com/chinese-researchers-caught-stea…/
https://www.nature.com/…/inside-the-chinese-lab-poised-to-s…
https://governmentslaves.news/…/how-viral-pandemic-benefit…/
https://besacenter.org/perspectiv…/china-biological-warfare/
https://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.01.30.927871v1
https://www.naturalnews.com/2020-02-02-coronavirus-bioweapo…
https://www.zerohedge.com/…/coronavirus-contains-hiv-insert…
https://www.bangkokpost.com/…/thai-doctors-say-two-drug-gro…
http://themillenniumreport.com/…/urgent-practical-advice-f…/
https://jamesfetzer.org/…/bill-gates-world-economic-forum-…/
https://www.dailymail.co.uk/…/X-rays-effect-killer-virus-33…
http://www.centerforhealthsecurity.org/event201/
https://www.theburningplatform.com/…/coronavirus-contains-…/
https://www.biorxiv.org/…/10.1…/2020.01.30.927871v1.full.pdf
https://greatgameindia.com/coronavirus-bioweapon/
https://www.cbc.ca/…/chinese-researcher-escorted-from-infec…
https://jameslyonsweiler.com/…/on-the-origins-of-the-2019…/…
https://www.naturalnews.com/2020-02-04-dr-francis-boyle-con…
https://www.taiwannews.com.tw/en/news/3871594
https://www.naturalnews.com/2020-02-04-coronavirus-censorsh…
http://www.whiov.cas.cn/105341/201911/t20191118_5438006.html
https://www.zerohedge.com/…/man-behind-global-coronavirus-p…
http://sourcedb.whiov.cas.cn/…/201705/t20170505_4783973.html