Elias Hj Idris


Din

Bila Tony Fernandes disebut-sebut untuk MAS

Kecoh netizen bangkitkan isu kaum bila ada orang menolak nama Tony Fernandez. Airasia disebut sebagai satu contoh syarikat penerbangan yang mampu berdiri sendiri tanpa bantuan kerajaan. Hanya Tony dikatakan paling layak untuk menerajui MAS. Ini yang ramai orang rasa, tetapi ada perkara yang ramai tidak tahu.

AirAsia tidak pernah mampu berdiri sendiri

Jikalau tiada perjanjian CCF (comprehensive, collborative framework) dengan MAS, kapal terbang AirAsia akan tersadai. MAS membekalkan kejuruteraan, ground support services, training, cargo dan catering kepada Airasia melalui perjanjian ini. Perjanjian CCF ini sepatutnya mempunyai faedah bersama namun saban tahun, hanya AirAsia yang memperoleh faedah, tidak kepada MAS.

Hakikatnya permainan politik dalaman dalam membentuk perjanjian berat sebelah ini menjadikan MAS dirogol AirAsia. Namun orang melihat syarikat yang tak ada screwdriver, tetapi mampu repair pesawat sendiri ini nampak lebih hebat daripada MAS.

Begitu juga masalah AirAsia dengan Malaysia Airport. Dipermudahkan bahasa kita boleh katakan kalau tidak kerana toleransi Malaysia Airport, pesawat AirAsia parking atas rumput sajalah. Saban tahun kisah hutang AirAsia dengan MAHB tak pernah sunyi. Tahu tak sewa dan pakai, tetapi liat nak bayar!

Paling seronok ada hati pula nak minta gantirugi daripada MAHB beberapa tahun lalu kononnya kerugian disebabkan oleh kerosakan beroperasi di airport baru. Hutang susah bayar, lepas tu ada hati mahu minta MAHB gantirugi sampai 400 juta.

Tidak kurang daripada itu, ramai penjawat awam tertanya-tanya mengapa tiket kapal terbang penjawat awam banyak diberikan kepada AirAsia, sedangkan dahulunya daripada MAS? Malah jumlah tambang AirAsia jauh lebih tinggi berbanding MAS. Ramai tertanya-tanya kenapakah AirAsia dilayan seperti anak emas. Rakyat perlu tahu siapakah tangan tersembunyi di sebalik semua cerita kartun ini?

Boleh disimpulkan Tony Fernandez hebat di depan lensa kamera tetapi bukan di lapangan. Ramai orang dalam komuniti aviation amat marah apabila MAS yang bertungkus-lumus memberi talian hayat kepada syarikat ini yang dilihat mendatangkan beban kepada negara, tetapi AirAsia pula dilihat syarikat yang bisa menyelamatkan MAS.

Seluruh dunia mengiktiraf kehebatan MAS. Banyak syarikat- penerbangan antarabangsa lebih yakin menghantar pesawat mereka untuk diselenggara oleh kakitangan MAS. MAS sebenarnya dirosakkan oleh orang politik sendiri. Kalau sungguh MAS ini merugikan dan membebankan, mengapakah begitu cepat Tun Mahathir mengumumkan MAS sudah ada pembelinya?


Diharap rakyat Malaysia tidaklah tersalah angkat orang yang hendak diharap memperbaiki MAS, sedangkan dia sudah cukup lama menyusahkan syarikat yang kita sayangi ini. Kita berdoa semoga harta negara tidak dijarah sewenangnya oleh cukong-cukong yang sentiasa mencari jalan untuk untung besar dengan mudah.

Kita tolak Tony bukan kerana dia non-muslim atau bukan Melayu. Kita tolak Tony kerana rekodnya tidaklah cemerlang malah ke laut sebenarnya.


Sumber Lebai PRO
Credit Buletin Istiqomah
0 Responses