Elias Hj Idris

Inilah pesan Imam Syafie sebelum dia pulang ke rahmatullah. Beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

Pertama: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

Kelima: HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari kiamat)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

Keenam: HAK KEPADA SIRAT (Titian yg merentangi neraka)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap wara', suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh: HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu -bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok kan akhlak.

Kelapan: HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Iaitu: Berasa redha dengan qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat.

Kesembilan: HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

Kesepuluh: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Kredit: koleksi short note Ustaz Azhar Idrus
1 Response
  1. moshrabbi121 Says:

    There are certainly a lot of details like that to take into consideration. That could be a great level to bring up. I offer the ideas above as general inspiration but clearly there are questions just like the one you carry up the place crucial thing will likely be working in trustworthy good faith. I don?t know if finest practices have emerged around issues like that, however I am sure that your job is clearly identified as a fair game. Both boys and girls feel the impression of only a second’s pleasure, for the rest of their lives. online casinos for us players