Elias Hj Idris


Kenapa Syiah mengagungkan Husain bin Ali bin Abi Talib hingga ke tahap menyembahnya, tetapi tidak kepada anak-anak lelaki Ali bin Abi Talib yang lain?

Sedangkan anak-anak lelaki Ali bin Abi Talib ialah:
 i)  al-Hasan bin Ali bin Abi Talib
ii)  al-Husain bin Ali bin Abi Talib
iii)  al-Muhsin bin Ali bin Abi Talib
iv)  al-Abbas bin Ali bin Abi Talib
v)  Hilal bin Ali bin Abi Talib
vi)  Abdullah bin Ali bin Abi Talib
vii) Jaafar bin Ali bin Abi Talib
viii) Uthman bin Ali bin Abi Talib
ix)  Ubaidullah bin Ali bin Abi Talib
x)  Abu Bakar bin Ali bin Abi Talib
xi) Umar bin Ali bin Abi Talib
🔥Adakah sesiapa yang pernah melihat bendera Syiah bertuliskan Ya Hasan! Ya Muhsin! Ya Abbas?
Kenapa mereka tidak mengangkat Hasan abang kepada Husain daripada ibu yang sama, iaitu Fatimah al-Zahra dan ayahnya, Ali bin Abi Talib dan kedua-dua mereka adalah ahli Bait juga?

Adakah sesiapa yang tahu bahawa kesemua Imam 12 di sisi Syiah Rafidhah ini adalah dari keturunan Husain sahaja, bukan dari keturunan Hasan?
_________
🔎 *PUNCANYA* :-
Husain telah mengahwini anak perempuan kepada Kisra Parsi, iaitu Yazdujird (Yazdegerd III) bernama Syahiznah (Syaharbanu) selepas keruntuhan kerajaan Parsi. Syaharbanu ini telah dihadiahkan oleh Umar bin al-Khattab kepada Husain bin Ali dan dari sebab itulah kaum Syiah mengagungkan Husain dan para imam dari keturunan Parsi sahaja, bukan sebagaimana yang mereka dakwa mencintai ahli Bait Nabi s.a.w.

🔎 *HAKIKATNYA*
Kaum Syiah hanya mencintai ahli Bait Kisra Parsi yang merupakan datuk kepada 12 imam tersebut dan bukannya datuk Husain bin Ali, iaitu Rasulullah s.a.w.

Imam Ibn Katsir menyatakan dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah mengenai peristiwa tahun 61Hijrah: "Berkata Ibn Khalikan:
"(Syahrabanu) Umm Salamah binti Yazdujird merupakan (dari keturunan) kisra Parsi yang terakhir. al-Zamakhsyari pula menceritakan dalam Rabi' al-Abrar bahawa Yazdujird ini memiliki 3 orang puteri yang ditawan pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab, salah seorangnya dikahwini oleh Abdullah bin Umar dan melahirkan Salim, seorang lagi dikahwini oleh Muhammad bin Abu Bakar dan melahirkan al-Qasim dan yang terakhir dikahwini oleh Husain bin Ali dan ia melahirkan Ali Zainal Abidin..."

Menurut al-Mas'udi pula, Yazdujird mempunyai dua orang putera dan tiga orang puteri yang bernama Adrag, Shahar Banu dan Mardawand.

Syiah kesemuanya beranggapan bahawa para imam 12 mereka itu perlu diagungkan hingga ke tahap maksum dan suci daripada sebarang dosa disebabkan mereka datang dari keturunan yang berdarah Kisra Parsi.

Jadi ketahuilah bahawa Syiah ini sebenarnya mensyiyikkan Allah, menuduh Nabi Muhammad s.a.w dengan fitnah terhadap Aisyah sebagai wanita jahat, menyelewengkan al-Quran, mentakfirkan para sahabat, mengkhianati kaum muslimin, membantu musuh-musuh Islam dalam menjahanamkan Islam.

Jika ada sesiapa yang beranggapan bahawa Syiah itu muslim, soalnya apakah yang mereka sumbangkan untuk Islam? Jawapannya, ialah KESESATAN!
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    ADUHAI... BETAPA KESIAN SYIAH & SUNNI MASEH KETIPAH TERTIPU LAGI..
    SUDAH MASUK 1438H SYIAH & SUNNI MASEH BANGANG MENGIGAU LAGI..
    IMAM SAYYEDINA HUSSEIN AS BUKAN ANAK FATIMAH DGN TOK IMAM ALI.
    SEBENER2NYA DIA SAKA-BAKA ANAK KANDUNG SITI KHODIJAH DGN NABI..

    BETAPA KEJAMNYA PUAK 28 KAPIR KURAISY TERHADAP AHLULBAIT2 NABI.
    YAZID MUAWIYYAH & HIS SUNNI GANGS SANGGUP MEMBUNUH ANAK NABI.
    TANGGAL 10 MUHARRAM DIPADANG KARBALA GUGUR SYAHID ANAK NABI.
    KEPALANYA DIPENGGAL DIPISAH JAUH AGAR TIDAK BERULANG MUKJIZAT NABI.

    ( SEDIKIT DARI DIARY - RATU ADIL SEJATI PROPHECY.... )


  2. Klu bohong, serah je kat syiah laknatuLlah.