Elias Hj Idris
Kisah Sedih Puteri Zainah Isteri Pertama Najib Yang Ramai Tidak Tahu


Artikel ini dipetik dari Blog Ammar. Ikuti kisah yang diceritakan tentang bekas isteri PM Najib Razak ini. Segala yang baik dan buruk kita jadikan pedoman. Jika ada fakta yang ingin diperbetulkan, boleh PM kami di Facebook atau di ruang komen. 

Anda pasti hairan apabila ada orang berkata Datin Seri Rosmah Mansor adalah isteri kedua Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Ya! Itu betul, tetapi Dato Seri Najib tidaklah berkahwin dua, tetapi sebaliknya pernah bercerai dengan Puteri Zainah (isteri pertamanya) sebelum berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor.
Inilah Kisah Sedih Puteri Zainah Iskandar, Isteri Pertama PM, Dato’ Seri Najib Razak
Kisah Sedih Puteri Zainah Isteri Pertama Najib Yang Ramai Tidak Tahu

Semua orang tahu Datin Seri Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebagai FLOM ialah isteri kedua Dato Seri Mohd Najib Razak, PM Malaysia. Manakala, isteri pertama Najib Razak pula ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Tengku Iskandar (kerabat diraja Kelantan), wanita pertama yang bersama PM Najib membina kehidupan berkeluarga.

Siapakah Puteri Zainah ini? Mari kenalinya dengan lebih dekat lagi.
Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi PM Najib. Wanita pertama yang berada di kiri PM Najib di atas pelamin yang kilau-gemilau suatu ketika dahulu. Wanita pertama yang menjadi teman tidur PM Najib yang sah. Wanita pertama yang menyendukkan nasi ke pinggan PM Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar PM Najib untuk ke pejabat.
Walaupun ada kuasa dan tangan ajaib yang cuba untuk menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak Perdana Menteri itu, Mohd Nizar, Puteri Nurlisa dan Mohd Nasifuddin.
Kisah Sedih Puteri Zainah Isteri Pertama Najib Yang Ramai Tidak Tahu

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat wal afiat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan PM Najib masih tersimpan jelas di ruang kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai PM Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-galanya dari malam pertama sehinggalah ke malam terakhir kehidupan rumah tangganya bersama PM Najib.
Sebelum Datin Rosmah Mansor menjelma dalam kamus hidup PM Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut PM Najib ke majlis-majlis kerajaan dan keramaian. Dia yang menemani PM Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa PM Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.
YM Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Perdana Menteri yang juga dahulu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menangkis segala fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja Kelantan. Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap tabah dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada mengalami keretakan meskipun fitnah tersebut sering dan terus menghantui kehidupannya.
Walau bagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga di antara beliau dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987, kira-kira 28 tahun yang lalu. Menurut Tengku Puteri Zainah lagi, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya atas beberapa alasan.
Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana walaupun setelah menjalanikan kehidupan berumahtangga selama hampir 10 tahun dan telah dikurniakan seramai tiga orang  cahaya mata, tiba-tiba diceraikan begitu saja tanpa pengetahuan beliau.
Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa. Cuma selepas suaminya dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib sudah tidak pulang ke rumah selama lebih enam bulan. Beliau sebaliknya menginap di hotel saja.
Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau masih ditempatkan di rumah milik kerajaan.
Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, Puteri Nurlisa, dan Mohd Nasifuddin. Namun Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk beliau dan anak-anaknya daripada bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah.
 
Tengku Puteri Zainah dan anak-anak, walaupun cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan hari raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987.
Pada malam menjelang hari raya itu jugalah PM Najib dan Rosmah telah pergi ’honeymoon’ di Eropah. Juga menjadi pertama kalinya Mohd Nizar, Puteri Nurlisa dan Mohd Nasifuddin berhari raya tanpa bapa mereka di sisi.


Sumber :
Blog Ammar

Nota: Pada akhir tahun 1997 ketika membuat liputan Ku Yie untuk sebuah majalah wanita terbitan kami (- pengarang, Elias Hj Idris), beliau nampak bersahaja berbual menampakkan imej bangsawannya; lemah-lembut dan mesra. Segala soalan dijawab dengan penuh bijaksana tanpa menampakkan sedikit pun tanda tidak waras atau 'gila' seperti yang didogmakan.
Hebat mainan fitnah.
0 Responses