Elias Hj Idris

























Mohamad Zullfaqar

KONFLIK BANGSA UYGHUR

Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina. Rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina. Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa bahasa Turki bukannya berbahasa Cina.
Tetapi kenapa pula Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan. Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama , selain wajah mereka juga hampir sama.

Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Uyghur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun tahun 1955 Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud the "new territory" iaitu wilayah baru). Hakikatnya Turkistan itu berbeza dengan China, mereka punya bahasa sendiri, budaya sendiri, malah mereka mempunyai perlembagaan negara sendiri dan bendera sendiri. Bendera mereka berwarna biru sama seperti Turki yang berbendera merah.

Mulai tahun itu IDENTITI ISLAM dihilangkan. Nama negara Turkistan Timur ditukar kepada Xinjiang, manakala nama penduduk turut ditukar (cth Salahuddin kepada Shalayiding).

Mulai tahun itu juga penindasan demi penindasan dialami mereka. .Identiti Islam dilarang ditonjolkan seperti dilarang menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung bagi perempuan, Ajaran Islam tidak dibenarkan diamalkan di sesetangah tempat seperti dilarang solat, dilarang berpuasa, semua itu dilarang dan diharamkan.

Kaum Uyghur turut ditangkap tanpa sebab, dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh. selain kaum wanita pula dirogol. Rekod kerajaan China terhadap Uyghur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestin.

penduduk Uyghur pula lebih malang berbanding penduduk Palestin. Palestin hanya tinggal Gaza yang sekangkang kera, sedangkan Uygur sudah tidak bernegara. Turkistan pula sudah hilang dari peta dunia.

Oleh kerana itu Orang Uyghur ini diibaratkan sebagai Palestin di Asia. Hakikatnya lebih teruk dari Palestin. Selain daripada penindasan demi penindasan, pembersihan etnik juga sedang dilakukan.

Kaum Han dimasukkan beramai-ramai ke wilayah Xinjiang bagi mengurangkan majoriti kaum Uyghur selain membunuh kaum Uyghur dan merampas segala khazanah dan kekayaan yang ada.

Zalimnya kerajaan komunis China ini lebih zalim daripada kaum zionis. Bezanya kezaliman Komunis China terhadap Uyghur tidak diketahui pihak antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan komunis China dengan menyekat access media seperti facebook, Youtube dan internet.

Malah mengikut rekod hak asasi manusia di peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kezaliman kerajaan komunis China berada di tempat pertama diikuti oleh zionis Israel, kemudian Amerika Syarikat.

Maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam seluruh dunia mendedahkan situasi sebenar masyarakat Uyghur yang ditindas, diseksa, dirogol dan dibunuh di sebuah negara mereka yang dirompak komunis bernama Xinjiang.
1 Response
  1. Anonymous Says:

    TURKISTAN - NEGARA ISLAM YG TELAH TERJAJAH TERANIAYA

    DI UTARA BERSEMPADAN DGN RUSSIA NEGARA RASPUTIN YG GILA.
    DI NE BERSEMPADAN DGN MONGGOLIA NEGARA ASAL ALTANTUYA.
    DI TIMUR BERSEMPADAN DGN CHINA KOMUNIS BANGSA SIAL CELAKA.
    DI SE BERSEMPADAN DGN TIBET PERAMPOK MELAYU SIAM JADI MANGSA.
    DI SELATAN BERSEMPADAN DGN PAKISTAN INDIA MASEH BERSENGKETA.
    DI SW BERSEMPADAN DGN AFGHANISTAN SENTIASA MALANG MENIMPA.
    DI BARAT BERSEMPADAN DGN TAJIKISTAN KYRGYZSTAN OPIUM HASILNYA.
    DI NW BERSEMPADAN DGN KAZAKHSTAN SUKU SAKAT MONGGOL RUSSIA..

    DIZAMAN KEMASUKAN EMPAYAR TURKI OSMANNIAH ISLAM AGAMANYA.
    BERDIRI TEGUH KERAJAAN ISLAM TURKI TURKISTAN NAMA NEGARANYA.
    ZAMAN KEJATUHAN OSMANNIAH TURKISTAN DIRAMPOK DIJAJAH CHINA.
    BERTUKAR NAMA JADI WILAYAH XINJIANG BANGSA UYGUR HILANG SIRNA.

    NEGARA2 JIRANNYA HAMPIR SAMA2 DNA SEMUA TELAH BEBAS MERDEKA.
    KAPAN BANGSA ISLAM UYGUR PUNYAI NEGARA SENDIRI BEBAS MERDEKA..??