Elias Hj Idris
Kisah Sedih Puteri Zainah Isteri Pertama Najib Yang Ramai Tidak Tahu


Artikel ini dipetik dari Blog Ammar. Ikuti kisah yang diceritakan tentang bekas isteri PM Najib Razak ini. Segala yang baik dan buruk kita jadikan pedoman. Jika ada fakta yang ingin diperbetulkan, boleh PM kami di Facebook atau di ruang komen. 

Anda pasti hairan apabila ada orang berkata Datin Seri Rosmah Mansor adalah isteri kedua Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Ya! Itu betul, tetapi Dato Seri Najib tidaklah berkahwin dua, tetapi sebaliknya pernah bercerai dengan Puteri Zainah (isteri pertamanya) sebelum berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor.
Inilah Kisah Sedih Puteri Zainah Iskandar, Isteri Pertama PM, Dato’ Seri Najib Razak
Kisah Sedih Puteri Zainah Isteri Pertama Najib Yang Ramai Tidak Tahu

Semua orang tahu Datin Seri Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebagai FLOM ialah isteri kedua Dato Seri Mohd Najib Razak, PM Malaysia. Manakala, isteri pertama Najib Razak pula ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Tengku Iskandar (kerabat diraja Kelantan), wanita pertama yang bersama PM Najib membina kehidupan berkeluarga.

Siapakah Puteri Zainah ini? Mari kenalinya dengan lebih dekat lagi.
Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi PM Najib. Wanita pertama yang berada di kiri PM Najib di atas pelamin yang kilau-gemilau suatu ketika dahulu. Wanita pertama yang menjadi teman tidur PM Najib yang sah. Wanita pertama yang menyendukkan nasi ke pinggan PM Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar PM Najib untuk ke pejabat.
Walaupun ada kuasa dan tangan ajaib yang cuba untuk menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak Perdana Menteri itu, Mohd Nizar, Puteri Nurlisa dan Mohd Nasifuddin.
Kisah Sedih Puteri Zainah Isteri Pertama Najib Yang Ramai Tidak Tahu

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat wal afiat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan PM Najib masih tersimpan jelas di ruang kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai PM Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-galanya dari malam pertama sehinggalah ke malam terakhir kehidupan rumah tangganya bersama PM Najib.
Sebelum Datin Rosmah Mansor menjelma dalam kamus hidup PM Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut PM Najib ke majlis-majlis kerajaan dan keramaian. Dia yang menemani PM Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa PM Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.
YM Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Perdana Menteri yang juga dahulu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menangkis segala fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja Kelantan. Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap tabah dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada mengalami keretakan meskipun fitnah tersebut sering dan terus menghantui kehidupannya.
Walau bagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga di antara beliau dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987, kira-kira 28 tahun yang lalu. Menurut Tengku Puteri Zainah lagi, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya atas beberapa alasan.
Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana walaupun setelah menjalanikan kehidupan berumahtangga selama hampir 10 tahun dan telah dikurniakan seramai tiga orang  cahaya mata, tiba-tiba diceraikan begitu saja tanpa pengetahuan beliau.
Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa. Cuma selepas suaminya dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib sudah tidak pulang ke rumah selama lebih enam bulan. Beliau sebaliknya menginap di hotel saja.
Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau masih ditempatkan di rumah milik kerajaan.
Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, Puteri Nurlisa, dan Mohd Nasifuddin. Namun Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk beliau dan anak-anaknya daripada bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah.
 
Tengku Puteri Zainah dan anak-anak, walaupun cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan hari raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987.
Pada malam menjelang hari raya itu jugalah PM Najib dan Rosmah telah pergi ’honeymoon’ di Eropah. Juga menjadi pertama kalinya Mohd Nizar, Puteri Nurlisa dan Mohd Nasifuddin berhari raya tanpa bapa mereka di sisi.


Sumber :
Blog Ammar

Nota: Pada akhir tahun 1997 ketika membuat liputan Ku Yie untuk sebuah majalah wanita terbitan kami (- pengarang, Elias Hj Idris), beliau nampak bersahaja berbual menampakkan imej bangsawannya; lemah-lembut dan mesra. Segala soalan dijawab dengan penuh bijaksana tanpa menampakkan sedikit pun tanda tidak waras atau 'gila' seperti yang didogmakan.
Hebat mainan fitnah.
Elias Hj Idris

























Mohamad Zullfaqar

KONFLIK BANGSA UYGHUR

Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina. Rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina. Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa bahasa Turki bukannya berbahasa Cina.
Tetapi kenapa pula Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan. Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama , selain wajah mereka juga hampir sama.

Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Uyghur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun tahun 1955 Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud the "new territory" iaitu wilayah baru). Hakikatnya Turkistan itu berbeza dengan China, mereka punya bahasa sendiri, budaya sendiri, malah mereka mempunyai perlembagaan negara sendiri dan bendera sendiri. Bendera mereka berwarna biru sama seperti Turki yang berbendera merah.

Mulai tahun itu IDENTITI ISLAM dihilangkan. Nama negara Turkistan Timur ditukar kepada Xinjiang, manakala nama penduduk turut ditukar (cth Salahuddin kepada Shalayiding).

Mulai tahun itu juga penindasan demi penindasan dialami mereka. .Identiti Islam dilarang ditonjolkan seperti dilarang menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung bagi perempuan, Ajaran Islam tidak dibenarkan diamalkan di sesetangah tempat seperti dilarang solat, dilarang berpuasa, semua itu dilarang dan diharamkan.

Kaum Uyghur turut ditangkap tanpa sebab, dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh. selain kaum wanita pula dirogol. Rekod kerajaan China terhadap Uyghur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestin.

penduduk Uyghur pula lebih malang berbanding penduduk Palestin. Palestin hanya tinggal Gaza yang sekangkang kera, sedangkan Uygur sudah tidak bernegara. Turkistan pula sudah hilang dari peta dunia.

Oleh kerana itu Orang Uyghur ini diibaratkan sebagai Palestin di Asia. Hakikatnya lebih teruk dari Palestin. Selain daripada penindasan demi penindasan, pembersihan etnik juga sedang dilakukan.

Kaum Han dimasukkan beramai-ramai ke wilayah Xinjiang bagi mengurangkan majoriti kaum Uyghur selain membunuh kaum Uyghur dan merampas segala khazanah dan kekayaan yang ada.

Zalimnya kerajaan komunis China ini lebih zalim daripada kaum zionis. Bezanya kezaliman Komunis China terhadap Uyghur tidak diketahui pihak antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan komunis China dengan menyekat access media seperti facebook, Youtube dan internet.

Malah mengikut rekod hak asasi manusia di peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kezaliman kerajaan komunis China berada di tempat pertama diikuti oleh zionis Israel, kemudian Amerika Syarikat.

Maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam seluruh dunia mendedahkan situasi sebenar masyarakat Uyghur yang ditindas, diseksa, dirogol dan dibunuh di sebuah negara mereka yang dirompak komunis bernama Xinjiang.
Elias Hj Idris

Anggaran Kos Menyewa Jet Peribadi ACJ319 A6-CJE Sebanyak RM86 Juta Untuk Dua Bulan

Saya ambil maklum jawapan Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor semalam yang mengesahkan perkara-perkara berikut:

1. Datin Seri Rosmah Mansor memang menggunakan jet peribadi yang disewa khas itu bagi tujuan ke Istanbul untuk menerima satu anugerah bagi pihak PERMATA
2. Kos menyewa jet peribadi tersebut ditanggung oleh wang rakyat kerana tempahan dibuat oleh Kerajaan Malaysia
3. Kerajaan Malaysia menyewa jet peribadi tersebut untuk tempoh 2 bulan atas alasan satu lagi jet peribadi sedang disenggara.

Untuk menilai kewajaran Kerajaan Malaysia berbelanja menyewa jet peribadi ini, saya sertakan gambar-gambar di dalam pesawat (gambar sebenar ACJ319 A6-CJE) di dalam Lampiran agar rakyat boleh melihat sendiri betapa mewahnya gaya kehidupan pembesar-pembesar negara yang ditanggung oleh rakyat.

IMG_7111 (1)
IMG_7112 (1)
IMG_7114 (1)
IMG_7115
IMG_7117

Semakan saya dengan syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat menyewa jet peribadi mewah ACJ319 menunjukkan bahawa kadar sewaan adalah mengikut jam; iaitu USD15,000 setiap jam.
(Rujuk paparan dari Paramount Business Jets LLC yang saya sertakan di bawah)

pricequote-media

Menggunakan kadar sewaan tersebut, anggaran kasar boleh dibuat seperti berikut:

Jumlah jam sewaan
30 hari X 2 X 24 jam 1,440 jam
  Kadar sewaan (USD) sejam   USD15,000  
  Kadar sewaan (RM) sejam   USD15,000 X 4   RM60,000
  Anggaran kos ditanggung rakyat     RM86.4 juta

Saya akan menjawab beberapa alasan yang diberikan oleh Datuk Rizal Mansor di dalam satu kenyataan yang berasingan. Namun, saya hanya ingin mempersoalkan kewajaran membelanjakan RM86.4 juta dana rakyat dalam keadaan rakyat benar-benar tersepit akibat GST, penghapusan subsidi, kenaikan harga, potongan mendadak biasiswa dan pembiayaan pendidikan melalui MARA, PTPTN dan lain-lain.

Saya boleh senaraikan beberapa contoh mudah bagaimana RM86.4 juta ini boleh dibelanjakan untuk rakyat:

1. Ia boleh menanggung biasiswa penuh untuk pelajar paling cemerlang di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan (awam atau swasta) sebanyak RM45,000 untuk kursus ijazah bagi 1,920 pelajar cemerlang
2. Ia boleh diberikan sebagai pinjaman MARA sebanyak RM20,000 kepada seramai 4,320 anak-anak Bumiputra untuk membiayai pendidikan mereka
3. Ia boleh digunakan untuk menghantar 86 daripada 300 pelajar cemerlang SPM 2013 yang sepatutnya belajar di universiti ternama seluruh dunia tetapi biasiswa itu dibatalkan atas alasan kerajaan tidak cukup wang
4. Jika diberi kepada pelajar miskin yang cemerlang di sekolah dalam bentuk Biasiswa Kecil Menengah sebanyak RM500 seorang, jumlah ini akan memanfaatkan 172,800 keluarga
Tidak ada alasan yang boleh diberikan oleh mana-mana pemimpin Umno/Barisan Nasional untuk mewajarkan pembaziran tahap mega yang dianggarkan memakan RM86.4 juta wang rakyat ini.
Oleh sebab itu, pemimpin dan calon BN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak lagi boleh bercakap mengenai membela rakyat selagi mereka tidak berani menegur Datin Seri Rosmah Mansor agar berhenti bermewah menggunakan wang rakyat seperti ini.
Elias Hj Idris
Japanese Red Army
Wira yang tidak didendang. Kisah wira Melayu dan pengganas Red bean army, eh silap...Japanese red army yg tahan 53 tebusan di KL. Siapa heronya? Haruslah Melayu. Bangsa paling byk nyawa terkorban dlm mempertahankan kedaulatan tanah air.

Abdul Muati Ahmad's photo. 









Oleh:  Abdul Muati Ahmad added 3 new photos.

TERORIS MENYERANG MALAYSIA
(Coretan pagi Rabu 1.6.16)


Malaysia kita ini pernah kena serang oleh teroris. Bukan IS, ISIS, Al-Qaeda, ETA, Tupac Amaru, Boka Haram atau Tamil Eelam tapi JRA. JRA atau Japanese Red Army. Tentera Merah Jepun yang berfahaman komunis.

Peristiwa berlaku pada 5 Ogos 1975. Saya masih dlm tingkatan 1 di Sek Men Darulaman pada waktu itu. 5 orang teroris ini telah menahan 53 orang petugas di AIA building Jalan Ampang KL. Turut ditahan ialah konsul kedutaan Amerika dan Sweden yang berpejabat di bangunan tersebut.

Mereka menuntut supaya 5 rakan teroris mereka yang dipenjarakan di Jepun dibebaskan dan dihantar ke KL untuk menyertai mereka mencari perlindungan di negara ketiga. Jika tidak mereka akan bunuh kesemua 53 tahanan.

Kelam-kabut kerajaan kita berunding dengan puak teroris ini, terutama Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri pada masa itu. Akhirnya kerajaan Jepun setuju dan 5 teroris dibebaskan daripada penjara Jepun dan dihantar ke KL.

TS Ghazali berunding dengan kerajaan Libya apabila semua negara tidak mahu terima 10 teroris tersebut. Akhirnya Muammar Ghaddafi setuju menerima teroris berkenaan. Ssebagai ganti 53 orang tebusan itu ditukarkan dengan Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Ramli Omar dan secretary-general KDN Tan Sri Osman Samsuddin Cassim.

Inilah dua orang hero kita yang sanggup pertaruhkan nyawa mereka. Mereka kena travel dengan teroris tersebut ke Libya.

Pesawat JAL DC-8 tidak boleh terbang terus ke Tripoli. Ia mesti singgah mengisi minyak, tetapi semua negara tidak beri keizinan singgah. Akhirnya TS Ghazali berbincang dengan Puan Bandaranaike, Perdana Menteri Sri Lanka dan beliau setuju beri kapal terbang itu izin singgah mengisi minyak di Colombo.

Pilot Jepun yang mengemudi kapal terbang itu pula tidak mahu bawa pesawat DC-8 itu takut ditembak dalam perjalanan. Akhirnya sorang pilot muda Melayu bersetuju membawa pesawat itu dari KL ke Tripoli.


Lihatlah keperwiraan Melayu di saat negara diancam teroris. Orang lain memang tidak boleh diharap...


Catatan Peribadi:
Dato Ramli Omar tu adalah ayah angkat teman. Jadi selalu saja teman ke rumah beliau di Lorong Gurney, di Jalan Semarak (sekarang). Timbalan Menteri Perumahan ini seorang yang baik hati dan sanggup berkorban demi negaranya. Hanya dia, daripada kalangan anggota kabinet yang berani mempertaruhkan nyawanya demi negara.

Malah dia beritau, jika Tentera Merah itu mahu membunuh tebusan pun, dia rela dirinya dibunuh terlebih dahulu sebagai ganti.
 

Masa dalam perjalanan, katanya mereka tidak dibenarkan bercakap. Apabila anggota Tentera Merah berkenaan bertanya (hendak makan atau ke bilik air semasa dalam penerbangan) mereka hanya boleh menggeleng atau angguk saja. Senyum tak boleh. Pandang keliling pun tidak boleh... cuma duduk tegak pandang ke depan saja sepanjang 15 jam penerbangan KL ke Tripoli, Libya.
 

Apa yang dia dapat dengan pengorbanan itu? Takde apa pun kecuali anugerah bintang kebesaran KMN. Dan... dia dapat cuti seminggu sebaik pulang dari Libya.

Dato Ramli Omar, seorang yang baik hati. Tidak pernah rasuah sepanjang dia menganggotai kabinet sebagai Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri. Ada tidak pun semasa jadi Timbalan Menteri Perumahan, setelah puas dipujuk oleh syarikat pemaju perumahan, dia membeli sebuah rumah dengan harga istimewa (potongan 20%) di Cheras. Itupun puas dipujuk.
 

Teman pernah kata kepadanya, "Paklong kena buat duit juga... bukan untuk diri paklong, tapi untuk perbelanjaan orang-orang kampung yang berkunjung ke rumah."
 

Ya la... setiap kali cuti sekolah ada lima atau tujuh buah bas rombongan dari kawasan parlimennya Gunung Semanggol datang berkunjung ke rumahnya; makan dan menginap - 3 ke 5 hari pun ada. Jadi, maklong la yang bersusah-payah memasak makan untuk mereka dengan bantuan satu orang gaji (yang lurus bendul!).

"Cukup la gaji yang kerajaan dah bayar tu," jawabnya lembut. "Elauns pun depa dok bayar... elauns sebagai ahli parlimen, elauns timbalan menteri... elauns rumah. Drebar pun kerajaan dah bayar. Kereta memang saya punya, tapi kerajaan tanggung juga."
 

Paklong ni memang baik orangnya. Bila tidur malam, dia suluhkan nyamuk dengan lampu picit kot ada nyamuk masuk dalam kelambu. Kalau kita terjaga, dia akan sapa, "Err... hang tak tidur lagi ka?" sedangkan jam sudah 3.00 dinihari.

Al-Fatehah buat beliau dan maklong.


** Ingat lagi kereta Alfa Romeo Alfetta 2.0 Coupe (WE 2992) yang Dr Mahathir simpan di rumahnya. Dr Mahathir tamau simpan di Seri Perdana takut orang yang datang kata dia bermewah-mewah dan rasuah. Walaupun kereta itu hadiah daripada seseorang.