Elias Hj Idris
Bagaimana dan mengapa Yahudi mencipta Wahhabi dan penaklukan tanah Hijaz oleh keluarga Sa'ud?



Sekian lama juga kita tercari-cari kronologi bagaimana Wahhabi boleh wujud dan untuk apa ia diwujudkan? Adakah benar Yahudi yang mewujudkannya?

Yahudi adalah bangsa Israel yang sangat benci kepada Tuhan Nabi Muhammad SAW hanya kerana Nabi akhir zaman itu bukan lagi dari kalangan Bani Israel. Mereka bangsa yang terlalu tebal asobiahnya, sehingga mereka sanggup bermusuh dengan Tuhan.

Sebab itu mereka cetuskan ajaran anti Tuhan - anti Islam, sekularisme dan menyebarkannya ke seluruh dunia. Yahudi juga dikenali sebagai zionis. Gerakan ini mula disusun rapi setelah Theodore Herl (pengasas organissasi Yahudi internasional) menulis buku “Negara Yahudi” pada tahun 1896.
Konsep 'zionisme' yang menganggap kaum Yahudi sebagai bangsa terpilih dan menjadi kuasa terunggul untuk memerintah dunia. Mereka memerintah dunia ini dari bukit Zion atau sion di Jerussalem sebagai pusat pemerintahan Yahudi.

Sedangkan di sinilah terletaknya masjidil Al-Aqsa yang telah wujud sejak zaman Nabi Ibrahim a.s sebagai tapak bersejarah bagi semua agama samawi. Namun, oleh kerana Yahudi dan Kristian menolak Nabi Muhammad SAW, maka Baitul Maqdis telah menjadi rebutan di antara Yahudi, Kristian dan Islam. Baitul Maqdis adalah kota ketiga terbesar bagi umat Islam selepas Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawarah.

Makkah Al-Mukarramah: di sana
1)  terdapat Kaabah dan Masjidil Haram,
2)  tanah kelahiran Rasulullah SAW,
3)  tapak kenabian Muhammad SAW.

Madinah Al-Munawarrah; di sana
1)  terdapat Masjid Nabawi,
2)  terdapat jasad Rasulullah SAW
3)  terbina daulah Islam yang pertama di mana Yahudi terhalau dari Haramain (Makkah dan Madinah).

Baitul Maqdis: di sana
1)  terdapat Masjidil Aqsa,
2)  kiblat pertama umat Islam sebelum diubah ke Masjidil Haram,
3)  negeri isra' dan mi'raj sebagai tempat perhentian terakhir sebelum Rasulullah SAW mi'raj ke sidratul Muntaha.

Pada tahun 639M sewaktu di bawah pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab, Gabenor Amru bin Ash berjaya menawan Baitul Maqdis dengan aman damai. Pada 1099M bila tercetus perang salib pertama, Baitul Maqdis jatuh ke tangan Kristian. Pada tahun 1189M Salahuddin Al-Ayubi menawan semula Baitul Maqdis dari tangan Richard The Lion Heart.

Maka sempurnalah tiga kota suci ini berada dalam khalifah Islamiyah hingga ke tahun 1917M sambil dendam Yahudi terhadap Nabi Muhammad SAW dan Islam semakin mendalam.
Satu konpirasi dirancang begitu rapi untuk menentang kebangkitan Islam dari dalam. Yahudi mendirikan pusat studi Islam untuk melatih ejen-ejen perisikan bagi menyusup ke dalam masyarakat Islam.

Pada tahun 1822 didirikan Society Asiatic of Paris, di PariPada tahun 1823 Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland didirikan di England; pada tahun 1842 American Oriental Society, didirikan pula di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1916 University Of London telah mendirikan School Of Oriental Studies sekarang menjadi SOAS (School of Oriental and African Studies). Ejen-ejen orientalis dihantar ke negara-negara Islam dan untuk menyamar sebagai ulama.

Di antara tokoh orientalis Yahudi dan Kristian yang menyusup dit tengah-tengah kalangan umat Islam adalah Mr. Hempher (Syaikh Muhammad Majmui) pada tahun 1710 yang dihantar oleh British ke Mesir, Turki, Iraq, Hijjaz dan kawasan sekitarnya.

Mr. Christian Snouck Hurgronye (Syaikh Abdul Ghaffar), 1857-1936 dihantar ke Aceh dan Nusantara.

Duncan Black MacDonald (1863-1943) dihantar ke Amerika dan menjadi rujukan cendiakawan Islam dari seluruh dunia.

Wahhabi dicipta Yahudi sebagai satu konspirasi menjahanamkan Islam dari dalam

Apa itu Wahhabi?

Wahhabi adalah satu fahaman yang diasaskan oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab. Fahaman ini dinisbahkan atas nama bapanya Abdul Wahhab kepada Wahhabi, tidak kepada namanya sendiri, iaitu Muhammadi. Ia disebabkan oleh kesepakatan para 'ulama' mereka supaya Umat Islam tidak terkeliru dengan fahaman yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Muhammad bin Abdul Wahhab adalah orang yang lemah ingatan dan gagap. Ayah dan abangnya sendiri menganggap beliau sebagai tidak siuman. Muhammad bin Abdul Wahhab sangat terpengaruh dengan ajaran Ibnu Taimiyah yang mengasaskan fahaman Mujasimmah. Kemudian dia mengembara dan belajar di Basrah dan berguru dengan Syaikh Muhammad Al-Majmui, iaitu Mr. Hempher.

Beliau adalah seorang yang pakar dalam bahasa Arab, Turki, Parsi dan telah lama mempelajari Islam. Di waktu itulah Mr. Hempher merasuah Muhammad bin Abdul Wahhab dengan hadiah muta'ah dua orang perempuan agen Yahudi yang menyamar sebagai anggota muslimah.

Maka dengan mudah Yahudi mengatur untuk mengajar Muhammad Bin Abdul Wahhab tentang satu fahaman baru yang sesuai dengan rancangan Yahudi yang jahat itu.

Dengan ajaran yang baru itu, Muhammad bin Abdul Wahhab kembali ke kampungnya namun dia telah ditentang dan diusir oleh bapanya sendiri, iaitu seorang ulama Sunni (Ahlus Sunnah Wal Jamaah) yang terkenal.

Kerjasama Yahudi, keluarga As-Saud dan Golongan Wahabi membentuk kerajaan di Arab Saudi.

Selepas diusir oleh ayahnya, Muhammad bin Abdul Wahhab menyambung dan terus menyebarkan ajarannya itu ke seluruh wilayah Najd. Perjuangan yang disebarkannya itu dipantau oleh Mr. Henpher dengan dokongan kerajaan British.

Muhammad Bin Abdul Wahhab membawa misi Yahudi kepada pemimpin-pemimpin Arab.
Pada Tahun 1747 dia bertemu dengan Muhammad bin Sa’ud, seorang yang berasal daripada keturunan Yahudi. Maka bergabunglah Muhammad Bin Abdul Wahhab dengan Muhammad bin Sa’ud untuk mengembangkan ajaran Wahhabi.

Di antara intisari ajaran Wahhabi ialah;

Sesiapa yang tidak mengikut Wahhabi dianggap sebagai sesat, kafir, halal darahnya dan hartanya dirampas. Dengan fatwa Wahhabi ini maka orang-orang yang tidak ikut dengan Wahhabi akan dibunuh dan hartanya dirampas.

Puak Wahhabi telah melancarkan perang di dalam dan di luar wilayah Najd seperti Yaman, Hijjaz, daerah sekitar Syria dan Iraq. Mereka membunuh 300 orang lelaki di wilayah kota Al-Ahsa dan merampas harta mereka. Pasukan Muhammad Bin Sa’ud dan Muhammad Bin Abdul Wahhab terus melakukan kekejaman ke seluruh dunia Arab. Pada sesiapa yang taat kepada ajarannya wajib berbai’at, dan apabila melawan mereka itu wajib dibunuh dan hartanya dirampas.

Di antara umat Islam yang paling banyak dibunuh oleh gerombolan ini adalah keturunan Rasulullah SAW. Namun ada di antara keturunan Rasulullah SAW yang sempat melarikan diri ke Malaysia dan Indonesia. Segala sejarah peninggalan Rasulullah SAW dimusnahkan dengan tujuan supaya umat Islam tidak lagi membesarkan Rasulullah SAW dan keturunannya.

Pada tahun 1793 Muhammad Bin Abdul Wahhab meninggal dunia, namun ajaran Wahhabinya itu semakin berkembang dengan sokongan keluarga Muhammad Bin Sa’ud dengan dibantu oleh British dan Yahudi. Dinasti As-Sa’ud dan golongan Wahhabi terus meluaskan jajahan mereka hingga pada tahun 1912 telah berjaya menguasai seluruh Najd.

Yahudi telah mencetuskan Rovulusi Arab untuk menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyyah

Ketika para pemimpin Empayar Uthmaniyyah diserang penyakit 'al-wahan (cintai dunia dan takutkan mati!) agenda Yahudi seterusnya ialah dengan berusaha menghapuskan pemerintahan para syarif Makkah yang bertindak sebagai penjaga Haromain. Yahudi melantik satu agen Yahudi untuk masuk kedalam kalangan bangsa Arab. Agen ini ialah sainstis yang menguasai enam bahasa dunia, termasuk bahasa Arab.

Yahudi telah mengesan siapakah tokoh bangsa Arab yang Inginkan kekuasaan maka ditemukan tokoh Sherif Hussin, wakil empayar Uthmaniyyah di Haromain. Mereka telah berjaya menghasut dan menipu Sherif Hussain untuk membebaskan diri dari Empayar Islam Uthmaniyyah.

Yahudi menaburkan semangat nasionalism untuk menentang bangsa Turki yang memimpin empayar Islam Uthmaniyyah. Perhubungan di antara Yahudi dan Sherif Husain sangat rapat, bahkan menjadi kawan karib puteranya yang bernama Amir Faisal. Amir Faisal kemudian berpaling tadah dan memihak kepada Britain dan sejak dari itu kerajaan Arab mula menjadi tali barut Britain.

Atas nasihat Yahudi, Sherif Hussain mengirim surat rahsia, untuk memohon bantuan tentera British dengan menjanjikan Sherif Hussain sebagai tentera bagi seluruh wilayah Arab. Maka dengan itu mudahlah bagi Yahudi mencatur keluarga itu bagi mengagih-agihkan wilayah sesuai dengan perancangan Yahudi.

Pada tahun 1915 Britain mula menduduki kawasan Iraq, akhirnya pada tahun 1917 Britain menduduki semula Palestin. Pada tahun 1918, tentera Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu di Istanbul.

Perjanjian Amir Faisal dan Weizmann ditandatangani pada 3 januari 1919 di Persidangan Paris, di mana Weizmann adalah presiden kepada Pertubuhan Zionis Dunia.

Selepas perjanjian itu, Weizmann menjadi presiden pertama di negara Israel. Iraq diserahkan kepada Amir Faisal, Jerussalem atau Palestin diserahkan kepada pihak Kristian, sementara Baitul Maqdis diserahkan kepada Yahudi. Pada tahun 1922 setelah tamat perang dunia pertama, satu persidangan telah diadakan.

Hasil daripada persidangan tersebut sistem khilafah Islam ditamatkan. Kedua, khalifah dibuang keluar negara. Ketiga, harta khalifah dirampas. Keempat, kerajaan Turki Baru ditubuhkan atas dasar sekular di bawah pimpinan Mustafa Kamal Attarturk.

Negara-negara di bawah jajahan Turki Uthmaniyyah diambil-alih sebagai jajahan British, Perancis dan Itali.

Yahudi melantik Wahhabi sebagai penguasa Haromain

Setelah kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, negara-negara kecil seperti Kuwait, Yaman dan lain-lain diserahkan kepada khabilah-khabilah yang dipilih oleh puak Yahudi. Negara-negara kecil itu, semuanya tertakluk kepada jajahan British, Perancis dan Itali. Janji konon Sherif Hussain akan diangkat sebagai penguasa seluruh wilayah Arab hanyalah tinggal janji kosong.

Sherif Hussain hanya mendapat kerajaan Jordan yang kecil dan miskin; sebagai balasan bagi pengkhianatannya terhadap Islam.

Pada tahun 1925 keluarga As-Sa’ud telah berjaya menawan Kota Suci Makkah daripada Sherif Hussain. Pada 10 Januari 1926 Abdul Aziz As-Sa’ud ditabalkan menjadi Raja Hijjaz di Masjidil Haram, Makkah. Pada tahun 1932 setelah menguasai sebahagian besar semenanjung Arab, Ibnu Sa’ud menamakan tanah gabungan Hijjaz dan Najd sebagai Arab Saudi.

Abdul Aziz ibnu Sa’ud kemudian menabalkan dirinya sebagai Raja Arab Saudi dengan dokongan pihak British. Fahaman Wahhabi menjadi agama rasmi di Arab Saudi dan dikembangkan ke seluruh dunia.

Mengapa Yahudi Mencipta Wahhabi?

1) Yahudi sangat faham bahawa kekuatan umat Islam adalah pada kekuatan rohnya yakni rohnya yang sangat kenal cinta dan takut kepada Allah SWT. Oleh itu umat Islam mesti dipisahkan jauh darpada Allah SWT.
2) Yahudi sangat faham, bahawa kehebatan umat Islam ialah kerana berjaya menghubungkan kekuatan roh dengan kehidupan zahir. Maka keyakinan akan adanya kuasa roh dalam kehidupan zahir itu mesti dihapuskan.
3) Yahudi sangat faham bahawa kunci kemenangan umat Islam adalah kerana adanya bantuan ghaib daripada Allah SWT, maka Yahudi menghapuskan keyakinan umat Islam kepada perkara ghaib. Maka ulama sufi dan tarikat yang mempunyai karomah itu dikatakan 'sesat' dan 'syirik'.
4) Yahudi tahu, bahawa kekuatan Islam adalah kepada pencintaan umat kepada Rasulullah SAW, Ahlul Bait dan para sahabat Baginda SAW. Maka segala peninggalan atau amalan yang boleh meyuburkan kecintaan itu mesti dimusnahkan dengan alasan bida’ah, khurafat dan syirik serta lain-lain alasan yang sengaja diada-adakan.
5) Yahudi sangat faham selemah-lemah umat Islam mereka sangat fanatik terhadap para ulama. Oleh itu ulama baru dan Islam gaya baru mesti dicipta sesuai dengan agenda Yahudi tersebut.
6) Untuk menguasai kota suci Umat Islam Haromain Yahudi tidak dapat menghancurkannya seperti tempat-tempat yang lain kerana ditakuti umat Islam sedunia akan bangkit menentang Yahudi.

Kejahatan Wahhabi yang benar-benar tegar apabila puak Wahhabi membuat fatwa bahawa setiap yang bida’ah itu sesat dan yang sesat itu pasti ke neraka. Mereka membuat fatwa bahawa umat Islam yang tidak ikut ajarannya itu sebagai sesat, halal darah dan hartanya boleh dirampas.

Membunuh keturunan Rasulullah SAW. Menghukumkan sesat keturunan Rasulullah SAW dan para sahabat yang utama.
Mereka menganggap alam roh itu tidak wujud.
Mereka menolak adanya alam zahir dan alam roh.
Mereka memusnahkan peninggalan Rasulullah SAW.

Dalam mempelajari Ilmu Usuluddin atau tauhid mereka menganut fahaman Ibnu Taimiyyah, yang menganggap bahawa Tuhan itu berjisim seperti makhluk atau mujassimah.
Di dalam fiqh dibenarkan menampal-nampal mazhab.
Mereka mengambil sumber Al-Quran dan Hadith tanpa ijma’ ulama dan qiyas.
Mereka melarang keras umat Islam daripada berdoa dengan tawassul (perantaraan).
Mereka melarang menziarahi kubur sekalipun makam Nabi Muhammad SAW.
Mereka menghancurkan bangunan atas tempat lahir Nabi SAW.
Mereka melarang memuji-muji Nabi SAW seperti bacaan qasidah, berzanji, burdah, tahlil, dan sebagainya.
Mereka melarang umat Islam daripada merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, 'israk mi'raj, dan semua perayaan hari kerayaan Islam yang lain.
Mereka melarang belajar Sifat 20 dan menuduh sesat fahaman Asy’ari, iaitu fahaman kaum Ahlus-sunnah Wal Jamaah.
Mereka melarang amalan tarikat, umpamanya tarikat Naqsabandiyyah, Syazali, Muhammadiah dan lain-lain tarikat.
Mereka mengundang Amerika untuk mengesport kekayaan minyak di Timur Tengah.
Mereka berkomplot dengan Amerika dengan membina pengkalan tentera di Arab Saudi.
Mereka meminta bantuan tentera bersekutu dalam perang, untuk menghancurkan Saddam Hussain.
Mereka mencetuskan gerakkan pengganas seperti Al-Qaeda, dan lain-lain untuk memburukkan imej Islam.
Mereka mengubah Arab Saudi menjadi Negara Yahudi, dan Haromain menjadi Kota Yahudi serta lain-lain kejahatan yang merupakan konsfirasi Yahudi seperti punk, skin head, black metal, chikano dan lain-lainnya dengan tujuan untuk menghapuskan keyakinan dan cinta umat Islam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Hasilnya, mereke kehendaki supaya umat Islam mengikut cara hidup Yahudi dengan meninggalkan Tuhan Nabi Muhammad SAW.

Jelaslah bahawa tujuan Wahhabi adalah untuk meninggalkan Allah SWT dan Rasulullah SAW dengan cara mengikuti Yahudi sepenuhnya.

Wahhabi adalah hasil buatan Yahudi. Soalnya, siapakah yang akan memerangi Wahhabi?

Kita boleh hadapi Wahhabi dan Yahudi dengan langkah-langkah ini;

1) Jangan terpengaruh dengan ajaran ini, jaga diri dan keluarga kita daripada terlibat dengan aliran ini.
2) Berpegang teguhlah kepada Ahlus-sunnah Wal Jamaah, iaitu aqidah yang dibawa Imam Abu Hassan Al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur Al-Muntaridi.
3) Kuatkan hubungan dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW - kuatkan hablum minalLah dan hablum minan-nas.
4) Berfiqh dengan salah satu mazhab yang empat, iaitu Syafi’e, Maliki, Hanbali dan Hanafi dan jangan dicampur-campur.
5) Lawanlah hawa nafsu dengan membuang segala sifat jahat dalam diri dengan bertasawuf berpandukan Imam Al-Ghazali.
6) Amalkan wirid dan zikir secara berdisiplin dan istiqamah atau amalkan tarikat yang ada mursyidnya.
7) Jangan mudah terpancing dengan bujukan manis Wahhabi.
8) Banyakkanlah bertaubat atas dosa-dosa sendiri dan dosa umat Islam.
9) Berdoalah kepada Allah SWT supaya Allah SWT segera agar segera menghhantar pemimpin yang membawa kebenaran untuk menentang Wahabi dan menghapuskan ajaran ini.

Akhir kalam, benarkah Malaysia pada hari ini telah dikuasai Wahhabi sepenuhnya tanpa kita sedari? Perhatikan keadaan di sekeliling kita dan muhasabahlah.
0 Responses