Elias Hj Idris


"Aku menangis malam itu semahu-mahunya." permulaan muqaddimah novel sastera tersebut; sebuah hasil karya tulisan 'Anne Natasha Nita', iaitu nama pena penulis novel berkenaan.

"Hari sudah hampir ke pagi, namun air mataku masih galak untuk terus bercucuran. Bukan kerana aku suka menangis, sebenarnya, tetapi hanya dengan cara itu aku dapat melegakan sesak di dada. Dengan menangis aku dapat memujuk hatiku yang pilu dan penuh sayu itu. Aku menangis dan terus menangis, mengongoi bagaikan anak kecil yang laparkan susu."... ungkapan seterusnya sang penulis yang sebu dadanya dirundung pilu dan dijengah perasaan yang tidak menentu.

Gadis ini menangis apabila mendapati dirinya sudah tidak berguna lagi. Dia menangis apabila mengenangkan dirinya sudah tidak seperti sebelumnya lagi. "Kenapa ayahku sendiri yang tergamak melakukannya?"

"Rasa pilu yang tidak terkira itu terus menyentap-nyentap hati dan perasaan yang tidak ketentuan itu.  Aku bingung, kesal dan menyumpah-nyumpah diriku sendiri.  Lebihnya, aku terasa benar yang diriku ini telah tidak berguna lagi. Aku telah kehilangan segala-galanya."

"Aku masih ingat, sebaik selesai sahaja ayahku terus bergegas bangun dan mengenakan seluarnya. Tanpa menoleh ke belakang lagi dia terus keluar. Hanya yang kedengaran bunyi enjin motosikalnya yang berlalu entah ke mana? Dan aku pun mulalah menangis."

Demikian coretan seterusnya 'Anne Natasha Nita'. Rupa-rupanya dia menangis angkara dirinya ternoda dek perbuatan ayahnya sendiri di usia yang baru pun menjengah 13 tahun!

Inilah karya novel yang terhasil pada awal 1995 dan siap dicetak pada bulan Mac di tahun berkenaan; mengambil masa cuma 14 hari berturut-turut, siang dan malam untuk siap ditulis; 4 hari dan 4 malam langsung mata tidak dapat dilelapkan angkara idea yang tiba turun mencurah-curah! Kenapa?

Tempoh menulis novel ini adalah waktu senggang sewaktu menyiapkan penulisan novel "BUNGA BUKAN SEMUSIM" setebal 716 muka surat (Lihat 'Karya' di http://ikanlepu.blogspot.com/p/karya.html). Lelah berkejar waktu apabila berkurung di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang sementara menunggu masa untuk ke Ipoh bagi menerima anugerah "Novelis Perak" pada pertengahan April 1995 - 4 hari mata bersengkang yang enggan dilelapkan serasa segenggam pasir berserakan di kedua-dua kelopak biji mata. Kenapa?

Apabila sudah terlalu mengantuk (pada jam 2.00 atau 3.00 dinihari) cuba pergi berbaring di katil untuk melepaskan lelah. Namun sebaik mata dipejamkan tetiba datang berselirat 'idea' tentang cerita-cerita yang berkaitan dengan karya berkenaan. Ada beberapa kali dicuba paksa untuk melelapkan mata, pun... namun ia tetap gagal apabila hal yang sama datang menerjah. Jalan ceritanya bertambah jelas - daripada 1 'scene' ke babak yang lain. Ia memaksakan kita bangun dan mengadap kembali komputer. Cerita-cerita yang berselirat itu perlu dititipkan. Dan... dengan sekejapan saja seketika kemudian mata pun kembali mengantuk semula. Rasa berpasir di sekitar biji mata yang membenam!

Masalah ini cuma selesai sebaik karya berkenaan dilangsaikan. Cerita bohsia itu dapat disiapkan. Kesemua idea yang datang berselirat itu telah menyusut apabila berjaya dititipkan dalam komputer. Dan hasilnya, itulah novel 'AKU BOHSIA' setebal 180 muka surat.

Sebelumnya, boleh dikatakan menarik juga untuk dikongsikan bersama kerja-kerja penyiapan karya ini. Selain daripada turun ke beberapa lokasi menarik (tempat-tempat tumpuan sekelian bohsia n mat rempit) kita kena 'alert' n prihatin akan setiap yang berkaitan dengan kedua-dua kelompok dalam masyarakat ini; di kaki-kaki lima pusat beli-belah, umpamanya. Di stesen pam minyak dan pada waktu-waktu tertentu apabila ada pesta dan pertunjukan hiburan. Di sana bohsia sedia bercanda.

Kenapa gelagat kelompok ini cukup menarik untuk dirakamkan dalam karya novel?

Sehingga ke awal tahun 1990an, petempatan setinggan ada di mana-mana saja di seluruh pelosok Bandaraya Kuala Lumpur; di Kampung Abdullah Hukum, Jalan Travers, Pantai Dalam, di Jalan Klang Lama, Selayang, Cheras malah di merata tempat dalam Petaling Jaya. Keadaan tempatnya amat meloyakan serta corak kehidupan 'daif' yang cukup menjengkelkan. Anak-anak bertaburan dan menjalani kehidupan sekehendak hati mereka, tanpa kawalan.

Itulah jenis Melayu yang kerajaan mampu lahirkan selepas 'Dasar Ekonomi Baru' dilaksanakan (1972) berikutan peristiwa 13 Mei, 1969. Ibu-bapa terjebak dalam kedaifan yang amat menyedihkan di mana mereka yang kaya akan terus kaya dan dibela.

Bagaimana kita mencerap fenomena ini?


('Update' 9/12/14)

Sebagai penulis kita diberi kelebihan oleh Allah swt akan sifat keperihatinan dan kebolehan menghadam setiap peristiwa yang menjengah di ruang pemerhatian kita. Ia dirakamkan dalam otak sedar dan luar sedar yang akan terhambur keluar sebaik saja mula menulis. Kedua, mengumpulkan bahan cerita untuk novel-novel tebal bukanlah satu kerja yang mudah. Pada masa yang sama kita juga terlibat dalam pengumpulan bahan tulisan, penerbitan n pengedaran majalah di pasaran. Fenomena gadis terbiar ini (gelandangan!) ada di mana-mana - di merata kampung setinggan berkenaan, di merata kedai setempat, di pondok-pondok menunggu bas, di penjuru kompleks beli-belah yang baru merecup waktu itu.

Mereka dapat dilihat melepak sesama rakan sebaya sambil menjalani kehidupan dalam dunia mereka sendiri. Pada masa yang sama rakan sealiran mereka ialah mat-mat rempit (lelaki) yang juga datang dari petempatan sama - dari perkampungan setinggan yang lain.

Secara tidak semena-mena, tiba-tiba pada tahun 2009 ditayangkan sebuah filem yang jalan cerita, mesej dan temanya sama dengan kisah yang diungkapkan dalam novel berkenaan - melepasi waktu 14 tahun lamanya. Pun kita masih belum sedar akan kehadiran filem berkenaan - filem dengan wajah yang seiras kisah novel berkenaan!

Ia disedari sebaik stesen tv Astro menyiarkan filem berkenaan di awal 2013.  

Untuk kepastian yang lebih meyakinkan CDnya dicari di serata kedai - hingga ke Perak, Kedah sebaik gagal di kesemua tempat di Selangor. Namun gagal juga. Maka pesanan terpaksa dibuat daripada sebuah 'outlet' di Subang Jaya; siap dibayar sekali harganya untuk 4 set (Part I n II).



Setelah menyemaknya, didapati ada banyak persamaan - bukan setakat jalan cerita malah dari segi insiden, lokasi dan watak-wataknya juga. Ada 2 watak utama bohsia di dalam novel, juga 2 watak utama itu ada di dalam filem. Cuma nama watak itu ditukarkan - ada watak bernama 'Tasha', sedangkan penulis 'AKU BOHSIA' itu menggunakan nama 'Anne Natasha Nita'.

Kenapa mesti menggunakan nama 'Tasha', sedangkan ada beribu lagi nama perempuan di luar sana?


Di dalam novel ada dua watak utama mat rempit, iaitu Burt dan Jeff - sama terdapat dalam filem berkenaan; Mus dan Acai. Ada satu watak panas baran, iaitu Jeff di dalam novel dilakonkan oleh 'Acai' dalam filem. Sementelah peranan ibu ayam cuma bertukar kepada bapa ayam, lakonan Aaron Aziz dalam cubaan mengambil kesempatan selagi terluang.

Lebih menarik, watak ayahnya kaki mabuk n kaki judi - pun sama di dalam filem berkenaan; di mana si ayah menjadi punca anak gadisnya menjadi bohsia - apabila dia merogol anaknya sendiri. Pun menurut kata bos besar syarikat perfileman berkenaan... ia cuma kebetulan-kebetulan yang tidak dapat dielakkan (dibaca disengajakan)! Yeah... ada lebih 80% kebetulan!

Secara simbolik penulis lakarkan bagaimana Anne Natasha sedar yang dirinya telah di'kenduri'kan oleh mat-mat rempit apabila dia dibawa pulang ke rumah kawannya di Damansara sebaik mabuk selepas menghadiri 'tea dance' di sebuah pub. Di dalam filem, dia juga di'kenduri'kan dalam suasana bilik yang hampir sama. Kenapa tidak dibuatkan 'bohsia' filem itu dikendurikan mungkin di pondok tunggu durian, di mana-mana rumah buruk yang ditinggalkan atau di bilik sewa mat-mat rempit berkenaan?

Ia disebabkan mat-mat rempit mana ada formula bila nak buat hal mesti di tempat yang baik dan selesa? Itulah yang dinamakan 'kebetulan' itu.

Oleh kerana geng-geng bohsia dan mat rempit itu (dalam novel) selalu melepak di sekitar Bukit Bintang - Kompleks Lot 10 khususnya maka dalam filem, adegan pergaduhan di antara mat-mat rempit pun berlaku di hadapan Lot 10 juga!

Apabila mereka itu juga sering berkumpul di Kompleks Dayabumi serta di belakang bangunan mahkamah, maka dalam filem turut diadakan tempat melepak/pertemuan geng bohsia dan mat rempit di depan bangunan mahkamah - menghadap ke Dataran Merdeka.

Yeah... itupun kebetulan juga apabila kita menulis surat dan pergi menemui bos besar syarikat filem berkenaan untuk mendengar buah butir daripada percakapannya. Dan dia bertegas bahawa itu adalah cerita asal dan idea daripada anaknya sendiri. Agak malang pada waktu pertemuan itu anaknya sedang menghadapi masalah apabila 'tertekan' kerana filem terbarunya telah 'bocor' di pasaran sebelum ia sempat ditayangkan. Anaknya lari la... anaknya dah nak 'give-up' la (dalam bidang film productions) - dah tak mahu masuk pejabat lagi; nak pergi ke Arab, jual jubah2 n baju muslimah!

Dan dia tetap bertegas bahawa mereka tidak meniru atau mencuri dari mana-mana sumber dalam penerbitan filem berkenaan. Konon, mereka ada panelnya sendiri di samping turun ke bawah - menemui geng-geng bohsia dan mat rempit di merata lokasi.

Err... masih ada ke bohsia di tahun 2008!

Pun pertemuan itu berlaku seperti dalam keadaan 'dipaksakan' selepas hampir 2 jam PAnya saja yang melayan -  banyaknya tentang kisah mereka sendiri dalam penerbitan filem. Apabila didesak, sejam kemudian baru dapat bertemu dengan bos besar mereka. Itupun masih beralasan - kena jumpa seseorang. Ada hal penting! Pun kisah berlegar tentang dirinya juga - zaman susah waktu jadi konduktor bas! Masalah yang hendak dirongkaikan tetap juga tergantung n terkontang-konteng.

"Err... klu you nak saman, saman la. Kita orang takde masalah. Takde halangan apa-apa... kita ada panel sendiri yang buat skrip filem berkenaan," katanya sambil mengiring kami keluar dari bilik pejabatnya.  

Pun kita tidak terus mengambil tindakan undang-undang itu. Kita masih reserve....

Kenapa?  

(Update 11/12/14)   
Sebab-sebabnya telah diberitahu kepada wartawan Harian Metro aritu, tapi tak disiarkan. Namun kita akan menyebutnya di mahkamah nanti. 29hb Disember ini adalah tarikh 'Penyediaan Kes' di Mahkamah Tinggi KL, Jalan Duta.

Perlu diingat, tindakan ini juga dikira sebagai mewakili teman-teman karyawan lain yang mana hasil karya sastera mereka telah ditiru dan dicuri secara sembrono oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab untuk paparan di layar televisyen dan di layar perak tanpa mengira penat-jerih orang lain. Jadi, tiada tempoh masa tertentu dalam menurap kepincangan dan kebobrokan berkenaan.
45 Responses
  1. Pos ni dah di'update' 5x.


  2. kirua Says:

    Ooo ini ke kisah nye


  3. Anonymous Says:

    Kate dato yusof haslam mreka ade panel2 khas utk tlg siap kn skrip nie.mybe mmg ade yg ditiru dr novel oleh panel2 tsebut tanpa disedari oleh syamsul sndiri..


  4. Anonymous Says:

    bohsia sampai 2014 pn ada bro.. apa daaa


  5. Anonymous Says:

    Saya dah baca buku ni.. Mmg x sama pun... Kata nama Tasha tp panggilan dlm buku Anne dan scene2 yg didakwa sama adalah common sense/isu semasa life Mat Rempit bro, Mat Remit nk port mana lg? Kompomla Dataran, Pertama Komplek dan sewaktu dgnnya, kebanyakan Bohsia mmg dtg dr keluarga yg runtuh akhlak khususnya sumbang mahram, dah nama Bohsia mestilah kena main reramai, susunan scene jauh berbeza, payah nk menang ni, siap sediala gadai tanah ke apa yg patut ya bro?


  6. Anonymous Says:

    Nk tau berapa byk buku terjual? X pernah dgr lansung..


  7. Dlm writ saman tu ada detailnya; i.e scene pd minit sekian - ada di muka surat sekian (dlm novel).

    2014 tu org panggil bohsia lg ke?

    Payah nak menang? Sila dtg ke Mahkamah Tinggi KL pd 29 Disember ni. Kes bermula.

    Jumlah buku terjual? Itu tahun 1995... kamu dah dewasa ke waktu tu?


  8. Klu pihak mrk benar, nape dlm Harian Metro, 5 Disember Syamsul gabra - siap sumpah2 lg. Releks la. Ni dah masuk ke mahkamah.
    Dia ada 14 hari utk 'enter' penafian.


  9. Bohsia jangan pilih buku ini Says:

    Hmmm desperate moves sebab sengkek duit ye bang? Dah 5 tahun berlalu bang, kenapa sekarang baru bangkit? Ke baru bangun tido?

    Kalau benda nih diutarakan a year after the movie, boleh la diterima kan. Ini dah dekat 5 tahun baru mula, jelas dan nyata sebab nak apa? Duittttttt


  10. Anonymous Says:

    Laaaaa,,smapai saman2 ni ape cita la ni...:D
    Bukan nak menang kan sesiapa,kalau btol Ada peniruan,mmg hak penulis untuk bertindak....cuma aku agak pelik sedikit di sini beberapa Isu yg di bangkitkan..tahun 2005 buku ni masih terjual di kedai2 ke?nak tau cam mane syamsul boleh dapat buku tu,sebab Dah lama sgt buku tu...

    Filem bohsia 2014 ke?aku pon budak moto,Dan budak2 aku masih lagi gunakan ayat bohsia or karo,siapa kata takde org guna istilah BOHSIA Sekarang ni.... :D

    Dari ape yg penulis ni tulis Ada persamaan name Anne natasha dalam novel? dalam Filem bohsia plak Tasha..Jadi Dimana yg dikatakan Nama tu sama..terang2 Dah lain..Lain la kalau Filem itu menggunakan Nama bulat2 sama...pada aku Nama TAsha ni Bukan la Nama yg pelik bg kita org melayu..
    Nama hero pon tak sama ngan novel...

    Sentuh Pasal adegan2 yg sama plak,aku setuju ngan brader yg comment di atas,pusing2 itu lah masalah bohsia ni...dadah,race,kekah ramai2, lepak dataran,mabuk,samun,gaduh kumpulan..Dan ,kebanyakan Dari golongan keluarga yg ber masalah..aku tgk Filem itu memaparkan Isu semasa masalah remaja..takde yg aku pelik ngan idea dlm cerita itu Kerana mmg itu lah realiti yg terjadi yg aku rasa Semua org pon tahu....

    Bercakap Pasal SUMPAH ni adalah antara Perkara paling besar dosanya kalau di permainkan..aku sgt takut berSUMPAH.. kita org ISLAM pegang pada SUMPAH.sebab itu dalam mahkamah pon guna SUMPAH bro supaya apa yg kita katakan itu adalah benar SEBENAR- benarnya.....pada aku syamsul berani BERSUMPAH ,so aku yakin dia tak tiru Dan benda ini Hanya kebetulan saja.....

    Penulis mengatakan kenapa syamsul yusof seperti takut sampai bersumpah2?biasa la bro berSUMPAH pada benda yg kita tak buat...pada aku,penulis yg patut rase takut sekarang ni,sebab syamsul berani bersumpah,kalau btol syamsul yusof tak tiru,aku rase syamsul Akan lawan balik ni...

    Tapi aku harap Perkara ni di selesaikan Dengan baik,Mungkin Hanya satu kebetulan...

    Hahhh,penat aku taib..habis dahhh....pandai2 la korang setlekan,pikir sendiri... :D


  11. Anonymous Says:

    Lawakla..


  12. Anonymous Says:

    X pernah dgr pun buku ni?


  13. Anonymous Says:
    This comment has been removed by a blog administrator.

  14. Anonymous Says:

    Tp xda kena mengenala umur sy dgn bp jualan, cuma nk tau bp jualan sbb kalo jualannya sendu publisher dah bungkus jawapnya kena bungkusla kes ni pastu siap duitla byr blk counter sue...


  15. Anonymous Says:

    lawak sungguh ler... takde sama pun, yg sama pun corak n latar belakang mereka2 yg bergelar bohsia n mat rempit... luumrah ler tue... dah itu dunianya...

    dari jalan cerita tak sama pun... yg kena kenduri adalah tasya sbb berang dgn muz yg curang, tangkap cintan kat aisyah....

    pastu yg kena nak kena rogol amy, pastu lari ke rumah bapaknya tp do rogol bapaknya n dia bunuh bapaknya...

    so plot2 ceritanya agak berlainan, kalau nak sama pun yg kisah rogol, knduri... dah kata bohsia... takkan nak ada plot akad nikah, bulan madu bagai....

    aperr la... berkokok jer lebih atuk nie....


  16. Anonymous Says:

    Terbogel juga org tua ni kena bayar duit court, duit lawyer dia n Syamsul, belum campur kalo pihak diorang balas saman malu..


  17. Anonymous Says:

    Terbogel juga org tua ni kena bayar duit court, duit lawyer dia n Syamsul, belum campur kalo pihak diorang balas saman malu..


  18. Anonymous Says:

    Sumpah demi kebenaran dianggap gabra..


  19. Anonymous Says:

    Tahun 95 Mana ada panggilan Mat Rempit lg..


  20. This comment has been removed by the author.

  21. Anonymous Says:

    Kesian Pak Cik.. Tp nk buat cmna ini yg awk pilih, tulisan awk kt blog ni boleh digunakan dlm mahkamah, ni bkn tuduhan lg dah tp terang2 berckp seolah2 Syamsul sah tiru mcm ada bukti yg kukuh.. Ini kalo dia nk failkan saman pun boleh berlandaska PD tulisan blog ni shj dah cukup..


  22. Anonymous Says:

    Simpati pd Pak Cik lg lebih.. Nk menang nampaknya susah, nk naik turun mahkamah xtaula bp tahun? Kalo menang pun x seberapa bg anak Usop ni nk byr tp kalo kalah sakit pinggangla PakCik nk bye, tu belum kira kalo diorang saman balik me bagai, nk tarik dah x boleh so hadap je la.. Good luck!


  23. This comment has been removed by the author.

  24. Anonymous Says:

    Ada yg post address blog ni kt blog popular Rotikaya ttg isu saman ni, sbb tu la tiba2 ramai yg menjengah blog ni tmasukla sy.. Dah glamorla blok atuk rempit ni...


  25. Anonymous Says:

    Mestilah xda yg berani letak nama betul, kang kena saman plak! Yusof Haslam n Syamsul bolehla diorang byk duit..


  26. Anonymous Says:

    Np komen pastu delete blk owner blog? X best cmtu.. X sempat ni baca...


  27. Anonymous Says:

    Pelik kenapa ade org nk pertikai kan ape penulis novel nie buat.korg xde kat tmpt dye..mahu pn pihak symsul.so korg diam2 sudah laa..bkn nye jatuh hukum pada org len.mne ko tau pakcik nie salah..mne korg tau syamsul x salah.pkai ikut logik korg? Kes nie da msuk mahkamah la weyy..so xyah la korg lak nk sbuk2 kutuk penulis nie..n beriya2 sokong syamsul.kte x tau lg sape yg btol sape yg slh..mgkin btol syamsul x slh hnya kebetulan jln cerita sama.tggu je la nnt keputusan mhkamah br kte tau kebenaran nye...


  28. Anonymous Says:

    Mcm Mana kalo smua ni kebetulan ya? Bknla nk menyebelahi sesiapa tp isu ni common sgt, cerita KL Menjerit, Rempit n V3 pun lebih kurang sama..


  29. Anonymous Says:

    Sape yg kate da bace novel n x same ngn cite dlm filem mmg bebal. novel bpe ratus muka surat? filem duration bape lame? ak bg contoh plg senang..filem ombak rindu mmg sah2 amek dari novel ombak rindu, tapi nape ble ko bace novel n tgk filem byk x sama?? wlau pun hakikat nye jln cite di tiru dr novel.pikir sndiri laa ye..


  30. Anonymous Says:

    Yg ckp sama tu bangang sbb aku dah baca mmg x sama malah jauh sekali.. Ombak Rindu walaupun dipendekkan tp susunan scene sama, nama watak sama, opening peak ending sama yg ni Lansung x same.. 85% ko ckp sama? 5% pun xda...


  31. Agak malang apabila berita yg keluar di akhbar itu membawa persepsi yg tersasar. Kita beri alasan kenapa lambat ambil tindakan (saman), tapi tidak ditulisnya!
    Apa yg jelas dia mewakili suara pihak sana dlm siaran berita tersebut - menimbulkan 'bad impression'.
    Dan pembaca di blog 'Rotikaya' pun membuat komen yg silap n melulu drp berita yg tersasar.
    Ini adalah corak pemberitaan di negara kita.


  32. Anonymous Says:

    Ada balik? Hehehe..


  33. Anonymous Says:

    segan nak ckp aku bc buku ni masa umo 12 tahun. kantoi dgn mak sbb jalan cerita mmg x seswai. walaupun rasa agak menyesal bc pd usia amat muda tp at least ms tu aku decide bohsia amat tak cool n terus jauhkan diri dr bohsia wannabe. cuma ms 1990an tu bohsia mmg big issue. skrg ni mgkn kurg dgr bohsia (mgkn sbb aku dah tak duduk kelompok tu) sbb 'everybody is doing it'.. so ms kuar cerita bohsia tu komen pertama aku... "ada lagi bohsia ni?!"


  34. Cakap besar idak ler, tapi mungkin kesan drp novel tersebut pihak berkuasa tempatan spt MPPJ,DBKL dsb mula 'tegas' dgn petempatan setinggan.
    Flet n rumah kos rendah didirikan di merata tempat utk petempatan setinggan berkenaan. Petempatan di Cheras Baru, Kg Abdullah Hukum, Kg Kerinchi (paling liat - tentangan!)serta di spj rel keretapi di Jln Klang Lama - penduduknya diletakkan di petempatan baru; i.e rumah panjang. Di mana2 saja flet merecup naik sampaikan Dr Mahathir pernah kata kpd wartawan dr luar negara, "U see, our crane is everywhere..."


  35. Anonymous Says:

    Kesan dr novel tu Malaysia jd maju? Hehehe what a joke! Naya betoi kome ni.. Berapa byk atuk dpt jual buku ni? Jwb let...


  36. Mereka ada 14 hari utk failkan pembelaan di Mahkamah Tinggi KL - slps writ saman diserahkan.


  37. Anonymous Says:

    Yang komen pada isu ni, nampaknya golongan2 tak cukup umur, bahasa pun tak beradab. Adik-adik, kalau datang rumah orang... kita buat apa? bagi salam.. baru masuk. Baca dulu sapa penulis hebat ni.. baru nk merapu.
    Saya membaca dan memiliki hampir semua novel2 karya penulis hebat ini.
    Adalah hak penulis untuk menuntut apa saja yg dirasakan sesuai dgn penat lelahnya menulis novel asal. Tak kira lah kalau dah lama pun filem ni keluar, hak tetap hak. Dalam undang-undang tiada menyebut, anda hanya boleh menuntut hak penulisan anda dlm masa 14 hari atau 1 tahun. Bukunya pun masih ada di pasaran.

    Saya doakan penulis berjaya dalam tuntutan nya. Ianya boleh menjadi panduan untuk karyawan-karyawan filem supaya menghormati naskah asal sesuatu idea dan penulisnya. Bayarlah setimpal nya kalau nak ambil idea dan karya orang. Kata keluarga kaya raya, takkan kaya raya dgn cara merompak karya orang?

    AbgZam. Pembaca tegar karya Elias Hj Idris.


  38. Anonymous Says:

    Salam bang.. Saya berminat nk beli novel abg yg ni.. Nak buat collection. Boleh x email saya bagaimana saya dapat beli novel ini dan dimana? gap112@gmail.com


  39. Dok melalak kat media... dlm cubaan tegakkan benang nan basah!
    Kononnya, nak beri tekanan tapi diri sendiri yang nampak semakin terjerat.


  40. Unknown Says:

    ingat lagi pernah baca novel ni masa darjah 6, tahun 2004 kot. huhu. nasib dapat baca habis, bg member pinjam, jahanam sampai sekarang tak dapat balik..


  41. Unknown Says:

    ingat lagi pernah baca novel ni masa darjah 6, tahun 2004 kot. huhu. nasib dapat baca habis, bg member pinjam, jahanam sampai sekarang tak dapat balik..


  42. Kita akan terbitkan semula novel ini sebaik selesai perbicaraan. Ada sikit pembetulan di sana-sini, terutama 'part' yang kurang enak dibaca.
    Lay-out pun dah siap serta dengan cover yang baru. Tunggu masa untuk cetak saja.


  43. Anonymous Says:

    Lawak pulak aq baca komen kt sini... yg lepas tu biar kn lepas jgn lh kita bangkit kt kembali...


  44. Unknown Says:

    Akhirnya Hancusss kalah sudah..


  45. Anonymous Says:

    Kalau dia dah kata cerita dia punya,nak buat camner..mungkin Panel skrip kot yg plagiat novel ni �� who know kan..aku kata mungkin..bukan menuduh..huhu..tapi lepas bertahun kes jalan akhirnya 2019 settle..dorang menang..hmm..takleh nak kata apa la..