Elias Hj Idris

Misi tak berjaya pujuk Kassim.

 
1) Dia berkeras nak tafsir Al-Quran shj.
2) Dia kata hadis Nabi 60% bohong.
3) Dia kata tiada syahadah : Muhammad Rasulullah..
4) Dia kata..dia benar..dia tak kisah org kata dia sesat..kapir n murtad..
5) Dia juga sedia tanggung azab Allah d akhirat.
6) Dia fanatik kpd kajian otaknya selama 36 tahun..setan adalah gurunya.
7) Dia kata solat kita hari ni tak betul..
 
Asal Puak Anti-Hadis

Fahaman anti-Hadis atau engkarus-Sunnah diasaskan oleh Prof Dr Goldziher, seorang kelahiran Yahudi Hungary (1870) dan meninggal dunia pada tahun 1921. Goldziher telah mendapat biasiswa Zionis International Jerman bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Azhar pada tahun 1873. Dia diutus khas ke sana untuk mendalami ilmu di bidang sunnah di mana kemudiannya beliau mencetuskan elemen anti-hadis melalui 'Pembaharuan Islam'.

Pada tahun 1876 sekembalinya beliau dari Mesir beliau memegang jawatan Setiausaha Zionis International yang berpusat di Budapest. Selama 15 tahun beliau mengajar di maktab zionis Budapest bagi melahirkan graduan zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia buat mengembangkan ajaran mengengkari sunnah @ anti-hadis. Tujuannya ialah untuk melemahkan Islam dari dalam. Pengasas ajaran engkarus-Sunnah ini telah melahirkan 200 karya khas dalam jurusan berkenaan - mengengkari sunnah sambil melahirkan beratus ribu graduan yang telah diroasakkan kefahaman mereka tentang sunnah.

Kebanyakan cendekiawan Islam yang menuntut di Eropah telah terpengaruh dengan agenda Yahudi ini melalui ajaran yang diasaskan oleh Goldziher. Di antara murid-muridnya yang terkenal dari mesir ialah Dr Ali Hassan Abdul Kadir, Taha Hussin, Dr Ahmad Amin, Rashad Khalifa dan Dr Abu Rayyah.

Gerakan anti-Hadis dibawa ke Amerika Syarikat

Gerakan anti-Hadis ini telah dibawa ke Amerika Syarikat oleh Dr Rashad Khalifa (bangsa Arab keturunan Mesir), yang kemudiannya mendapat kerakyatan Amerika Syarikat. Beliau telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk, "Islam: Masa Lampau, Kini dan Masa Depan" pada pada seminar misionari Kristian dan Yahudi, 8-17 Jun 1983 di Amerika Syarikat.

Bermula dari tarikh tersebut Dr Rasyad Khalifa telah menubuhkan secara rasmi gerakan 'The Quranic Siciety' yang berpusat di Tucson - tempatnya mengajar di Universiti Tucson. Beliau dengan angkuh telah menyebut; "Hadis adalah ciptaan iblis"; mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran iblis.

Keceluparan beliau itu telah menyebabkan dia telah dibunuh penuh misteri sebaik sahaja kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa sesatnya Dr Rasyad Khalifa dan "The Quranic Society"nya itu.

Sedutan Fatwa Mufti Saudi, Syeikh Abd Aziz Ben Bazz 

"Gerakan engkarus-Sunnah yang digerakkan oleh Rasyad Khalifa adalah batil dan berbahaya, iaitu mewujudkan gerakan mengengkari sunnah dengan cara memutar-balikkan tafsir Al-Quran secara batil. Maka saya atas nama pemerintah Arab Saudi menyeru kepada seluruh muslimin agar berhati-hati terhadap gerakan yang dicetuskan oleh Rasyad Khalifa dan jangan sampai terpengaruh dengan ajaran sesat tersebut." - Fatwa No 903, Syawal 1403 (Ogos 1983).

Rujukan;
-  Fatwa Kebangsaan Anti-Hadis, 1993;
-  Fatwa Komisi Fatwa Mjalis Ulama Indonesia Pusat, 1983;
-  Keputusan Jaksa Agung Republik Indonesia, Nomor KEP 169/J.A/9/1983;
-  The Quran's Numerical Miracle: 19 Hoax and heresay Abu Aminah Bilal Philips;
-  Kod 19 Menyesatkan terbitan YADIM (Dr Abd Fatah Ibrahim);
-  Gerakan Engkarus-Sunnah, Ahmad Husnan Media Dakwah, Jakarta.

(Dikeluarkan oleh  Syuktah Dakwah dan Pendidikan Mesjid Negeri, Sabah)



2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Malangnya Dunia Islam sedang tenat rapoh dilanda Fitnah Dajjal Akhirul Zaman.
    Setelah Rasulullah SAW wafat ajaran tulen baginda telah banyak diselewengkan.
    Percecahan fahaman Islam antara Syiah dgn Sunni (ASWJ) merosakkan kesatuan.
    Pengertian AlQuran dan AlHadis sudah berbeda2 masing2 berkecamukan.
    Sudah ribuan tahun mana satu yg asli mana satu yg palsu amat sukar dipastikan.
    Ditambah lagi dgn fatwa ulamak syok sendiri maseh sesat menyesatkan.
    Tunggulah sehingga bangkit Sang Juru Penyelamat mengkhabarkan kebeneran.
    Karena antara tugas2 Imam AlMahdi itu membimbing semula manusia sejagat kepangkal jalan...


  2. Black Ops Says:

    Puak Syiah percaya hanya Hadis2 himpunan Ahlulbait Nabi itulah sebenar2 nya Hadis Nabi.
    Puak Sunni (ASWJ) mendakwa kutipan dari perawi2 sangkanya itu yg saheh Hadis2ya Nabi.
    Puak Syiah berbangga AlQuran Asli kitab yg ditulis berada ditangan Ahlulbait Imam Ali.
    Puak Sunni (ASWJ) percaya AlQuran telah dihimpon disusun oleh Para Sahabatnya Nabi.
    Hanya Imam AlMahdi tidak perlukan AlQuran dan Hadis Nabi melainkan terus Ilmu-Nya Laduni...