Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir
sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas
Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar USD40 ke
USD70billion.
Walau bagaimanapun, laman Wikipedia yang masih
boleh dilayari di Malaysia, nama Mahathir dengan misterinya telah
dipadam pada hari Isnin 17 Disember 2012 beberapa minit selepas Malaysia
Chronicle menyiarkan berita -
"Mahathir now the world's second richest
ex-leader with USD44billion!" (Mahathir sekarang bekas pemimpin kedua
terkaya dengan harta sejumlah USD44billion!).
(Sila rujuk pada
versi bergambar laman web di mana nama Mahathir disenaraikan dengan jelas
selepas Mubarak dan bandingkan ia dengan versi seperti di pautan
(
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth.)
Harus diingatkan bahawa berita itu ditulis bukan berniat jahat tetapi
berdasarkan dakwaan Wikipedia bahawa Mahathir memiliki sejumlah USD44billion. Jika benarlah dakwaan ini, ia pasti ada implikasi buruk bagi
Malaysia dan Mahathir kerana bagaimana seorang perdana menteri yang
dipilih rakyat memperolehi begitu banyak kekayaan tanpa melibatkan diri
dalam aktiviti yang korup.
Sama ada Mahathir benar-benar memiliki
harta sejumlah USD44billion atau tidak, tiada siapa yang tahu. Dan
seperti namanya yang tiba-tiba hilang dari senarai Wikipedia, konklusi
kompleks yang perlu dirungkai untuk mengetahui sejauh mana kayanya
Mahathir dan keluarganya akan memerlukan lebih dari gabungan penyiasat
Hercule Poirot dan Miss Marple. Sekumpulan pasukan terdiri daripada
akauntan, para audit, pakar kewangan dan perbankan akan diperlukan,
tidak kurang daripada itu.
Mengugut Taib dan Jeffrey?
Walaupun begitu, menurut salah satu daripada sumber rujukan Wikipedia,
modus operandi Mahathir boleh dijelaskan melalui pemahaman logik daripada apa yang dilakukan oleh Hosni Mubarak contohnya, dengan
melibatkan diri dalam setiap urusan perniagaan di dalam negara dengan
adanya monopoli, birokrasi, rasuah, nepotisma dan banyak lagi.
http://www.financetwitter.com/2011/02/marcos-mubarak-mahathir-whos-the-richest-man.html
Mahathir mula memegang kuasa pada 1981dan hanya bersara pada 2003. Pada
era 1980-an, keadaan politik dan ekonomi Malaysia tidak stabil dan
Mahathir bergelut untuk mengekalkan kuasanya dalam parti, keatas
lawannya dan juga kerajaan. Wang sentiasa membantu dalam apa jua
masalah. Ini merupakan sesuatu yang Mahathir, sekarang berusia 87 tahun
telah sedari pada masa itu.
Ada pemerhati politik percaya bahawa
dia telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengumpul wang untuk membiayai
kerjaya politiknya yang lama dengan pada mulanya menjadikan orang kuat
Sabah, Jeffrey Kitingan sebagai mangsa dan seterusnya Taib Mahmud di
Sarawak. Dan hingga kehari ini, Taib dituduh masih ‘membiayai’ Mahathir
untuk membolehkannya terus berkuasa sebagai ketua proksi Putrajaya di
Borneo.
Tidak mungkin Taib boleh kekal sebagai Ketua Menteri
begitu lama di Sarawak dan langsung tidak dijentik oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah (SPRM) tanpa dia memberi balasan kepada mereka yang
berkuasa di Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Pada masa
yang sama, mereka yang berada di Putrajaya menggunakan Taib untuk
merompak hasil kekayaan di Sarawak.
Jadi tidak hairanlah jika semua
tahu bahawa Mahathir tidak pernah suka pada Taib dan pernah cuba untuk
memperkecilkannya sejurus selepas menjadi perdana menteri pada tahun
1981 dengan hanya menyerahkannya jawatan sebagai menteri wilayah
persekutuan untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya pada Taib. Mungkin
ada sebab disebalik kegilaan ini. Kebencian Mahathir pada Taib mungkin
akan menyebabkannya kehilangan sesuatu yang amat berharga. Jadi, dia
mesti menundukkan Sarawak dan menjadikannya patuh pada Putrajaya sebagai
tabungan.
Jeffrey tidak mahu kehilangan satu sen pun dari Mahathir sebelum ISA.
Taib ‘tidak mahu’atau menolak perlantikannya sebagai menteri wilayah
persekutuan dan kembali ke Sarawak dengan satu misi. Sejurus selepas
Mahathir menjadi Perdana Menteri, dia mahu mengambil alih tugas bapa
saudaranya, Abdul Rahman Ya’kub sebagai Ketua Menteri. Pada masa itu,
Sarawak United People’s Party (SUPP) di bawah Stephen Yong mengugut untuk
meninggalkan BN selagi Rahman yang anti bukan Islam menjadi Ketua
Menteri.
Jeffrey, seperti mana keadaan politik di Sabah yang bukan menjadi rahsia, tidak mahu kehilangan walau satu sen pun wang
kepada Mahathir dan Mahathir secara kebetulannya, menjatuhkan Jeffrey
dengan menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) selama 2 tahun.
Jeffrey telah dituduh Mahathir merancang
mengeluarkan Sabah dari Malaysia secara paksaan dan menjadikan ia
sebagai sebuah republik Kristian dengan dirinya sebagai presiden. Di Sabah,
Mahathir telah dipercayai menjadi dalang yang mengaut semua wang yang
ada dalam akaun luar negara milik Jeffrey untuk dirinya sendiri dan
menjatuhkan Jeffrey hanya sejurus sebelum pilihanraya negeri itu bermula
pada tahun 1994.
Hakikatnya, Jeffrey, yang pada suatu masa
begitu kaya sehingga tidak boleh dibayangkan telah tiba-tiba jatuh
miskin setelah ditahan di bawah ISA.
Pembela Mahathir mendakwa
bahawa ramai pemegang amanah Jeffrey dan penamanya lari bersama jutaan
ringgit yang disimpan di luar negara, urusniaga di Sabah dan di
tempat-tempat lain. Ada yang menyebut jumlah hartanya di Australia
adalah sebanyak USD700juta.
Pemegang amanah dan penama ini
tidak lagi bersama Jeffrey namun ada di antara mereka yang telah mengadakan
urusan perniagaan bersama parti pemerintah, terutamanya dalam permerdagangan
balak yang dipercayai untuk membiayai kerjaya politik Jeffrey sekarang
mungkin kerana mereka merasa bersalah di atas apa yang telah berlaku
dahulu.
Penahanan Jeffrey kerana ‘Republik Kristian’ adalah kebiasaan bagi Dr Mahathir dalamn mengalihkan perhatian dalam perebutan wang. Tidak diketahui jika dan berapa banyak Mahathir dan/atau negeri itu
mungkin telah ambil atau denda Jeffrey secara rasmi atau tidak. Tetapi
ini tidak memberhentikan cakap-cakap di kedai kopi di Sabah.
Satu
petunjuk datang dari USD4bilion yang disebut Mahathir dari laporan
Price Waterhouse ke atas audit yang dijalankan ke atas Yayasan Sabah
semasa Parti Bersatu Sabah memimpin kerajaan negeri pada1994 sedang
mengalami kejatuhan. Laporan membuat penemuan ada perbezaan ketara
antara harga sebenar atau harga pasaran balak dengan harga kontrak
jangka panjang yang jauh lebih rendah.
Mahathir mungkin juga telah cuba
mengalih perhatian daripada dirinya yang sedang mencuri wang Jeffrey dengan
cuba membuktikan bahawa wang itu masih ada, tetapi hilang semasa
penguasaan Jeffrey semasa dia menerajui Yayasan Sabah.
Jawapan
yang telah diberikan Jeffrey apabila isu itu diketengahkan adalah
Mahathir berbohong. Menurut Jeffrey, balak tidak boleh dijual mengikut
harga tetap. Lebih banyak jumlah yang dibeli, lebih murah harganya dan
begitu juga sebaliknya. Lagipun, harganya pada masa hadapan tidak akan
sama.
Taib lebih bernasib baik
Walau bagaimanapun,
kebenaran mungkin terletak di antara cerita Mahathir dan penerangan
Jeffrey. Dalam apa jua keadaan, pemimpin pembangkang Sabah itu tidak
pernah didakwa atas tuduhan rasuah.
Tetapi tidak seorang pun akan
menafikan bahawa Jeffrey terlalu kaya pada suatu masa dahulu dan
sekarang hanya bergantung kepada pencen yang diberi oleh Yayasan Sabah,
parlimen dan dewan negeri. Jika kesuntukan wang, dan bekas pembantunya atau pemegang amanah tidak mampu untuk menyediakan wang secepat
mungkin, dia akan menjual tanah ataupun hartanya atau meminta bantuan
daripada abangnya, Joseph Pairin Kitingan, Huguansiou ketua kaum kadazan
tertinggi di Sabah.
Jika khabar angin itu benar, Mahathir
tentunya sudah mendapat begitu banyak kalau bukan dari Taib, tentunya
dari Jeffrey untuk mengisi geroboknya namun bekas Perdana Menteri itu
masih memastikan pemimpin Sarawak itu menikmati kemewahan agar orang
Islam mendominasi negeri yang majoriti Dayaknya beragama Kristian itu.
Dalam kes Jeffrey, Mahathir mungkin mahu memufliskannya sama sekali
supaya orang Kristian, penduduk asal di Sabah tidak mempunyai modal
untuk menentang dari segi politik sekaligus mencabar tindakan Putrajaya
untuk meminggirkan dan menyekat mereka melalui pengasingan kaum secara
sistematik, prejudis dan opportunisma seperti yang jelas dalam polisi
penjajahan dalaman.
USD100billion hilang semasa pemerintahan Dr M. Jeffrey dan Taib mungkin sasaran awal bagi Mahathir, dengan hidangan
utama telah dimamahnya sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.
Dalam buku tulisan Barry Wain,
Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in
Turbulent Times, menunjukkan sekurang-kurangnya USD100billion telah
lenyap di era pemerintahan Mahathir dari tahun 1981 hingga 2003.
Kebanyakkan daripada wang yang hilang ini mungkin wang yang diperolehi daripada
perbezaan kos sebenar prokumen, kontrak, kuota, tender, permit,
konsesi, lesen dan banyak lagi jumlah yang merugikan pembayar cukai
sebanyak dua kali ganda malah tiga dan sehingga sepuluh ganda wang
sebenar.
Baru-baru ini,
Automatic Enforcement System atau Sistem
Penguatkuasa Otomatik
(AES) telah menelan belanja lebih sepuluh kali
ganda bagi Perbendaharaan Negara.
Sebelumnya, berlaku kes
kehilangan wang oleh Bank Negara sebanyak RM30billion di bursa
pertukaran asing pada masa pemerintahan Mahathir. Kita juga mengalami
kerugian daripada skim pemerolehan pasaran Timah Antarabangsa di London,
jumlah yang tidak diketahui untuk menggantikan peranan orang Cina di
Malaysia dengan Jepun di bawah polisi perkauman jahat 'Pandang Ke Timur'
yang melakukan pembaziran ke atas Perbendaharaan Negara dengan polisi
yang sama jahatnya serta berbaur perkauman
Buy British Last.
Kesemua bukti rompakan wang ini diselindungi oleh semangat patriotik
di bawah label 'Malaysia Boleh'.
Mahathir & Co, seperti yang
diberitahu oleh bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di
Australia tidak lama dahulu, mereka membahagikan kontrak sesama sendiri.
Razaleigh dituduh oleh pentadbiran Mahathir sebagai ‘mengkhianati’ negara dengan
memburuk-burukkannya di luar negara. Nampaknya, Mahathir adalah Malaysia
dan Malaysia itu Mahathir.
Mahathir mungkin telah melakukan apa
yang dituduh oleh Razaleigh dengan mengambil wang negara untuk dirinya
sendiri melalui jaringan penama, kroni, si tamak sepertinya juga. Jika
benar, dia saling tak tumpah seperti Hosni Mubarak dan ramai lagi diktator
korup di dunia ketiga yang rakus merompak kekayaan negara sementara
menjadikan hutang terlalu tinggi pada masa pemerintahannya.
Menarik perhatian CIA?
Mungkin juga, di sebalik buku Wain dan senarai Wikipedia, Mahathir telah
meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003 kerana takut
dirinya akan dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan kuasa dan konflik
kepentingan semasa pemerintahannya.
Dia telah dituduh mencari
jalan untuk meninggalkan jawatannya, tetapi masih mengekalkan kuasa
di balik tabir untuk memastikan pihak berkuasa tidak mendakwanya.
Persepsi rakyat adalah Majlis Tertinggi Umno berada di bawah telunjuk
Mahathir sementara Najib Razak menjadi Perdana Menteri boneka dari
belakang isterinya.
Semua masih ingat lagi pada ucapan selamat
tinggal Mahathir yang ibarat sandiwara setelah menitiskan air mata di
kaca televisyen sambil mengatakan bahawa dirinya telah ‘gagal mengubah
pemikiran rakyat’. Benarkah dia peduli dan itu bukanlah misinya?
Ia mungkin satu kebetulan bahawa Wikipedia telah berjaya menyenaraikan
apa yang telah diperolehi oleh Mahathir melalui cara haram sehinggalah
kepada PRU ke-13. Ini nampaknya seperti kerja
Central Intelligence
Agency (CIA) sebagai tanda Washington mahu Mahathir dan Barisan Nasional
yang memerintah untuk tidak lagi berkuasa. Ini adalah modus operandi
biasa kerajaan AS iaitu keluarkan maklumat peribadi kewangan yang
merosakkan kredibiliti sesorang individu yang disasarkan mereka untuk
musnah.
Mahathir selama ini telah berhati-hati untuk melindungi
kekayaannya di negara yang tidak boleh diperiksa oleh sistem perbankan
antarabangsa
SWIFT dan
IBAN yang dipunyai dan biayai oleh AS untuk
menjejaki perolehan haram, pengubahan wang dan pembiayaan pengganas.
Jepun dikatakan antara negara di mana bekas Perdana Menteri itu menyimpan
kebanyakkan daripada asetnya.
Mahathir punyai banyak wang untuk melakukan kerosakan.
Kesimpulannya, Mahathir dengan hartanya yang melimpah-ruah, boleh
meneruskan pengaruh dan penguasaannya ke atas politik Melayu di Malaysia
ini, iaitu bagi komuniti yang berbahasa Melayu dari bangsa Bugis, Jawa,
Minang, Acheh dan India Muslim di Semenanjung Malaysia. Dia dilaporkan
membiayai Perkasa, persatuan ektrimis yang diketuai bonekanya Ibrahim
Ali dan percubaannya untuk campur tangan dalam hal-hal politik Parti PKR
dan PAS pimpinan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Mahathir
sememangnya sudah pun mengawal sebahagian besar wang Petronas dari Sabah
dan Sarawak. Dia telah dituduh tidak boleh membezakan antara wangnya
dan wang Petronas jika dilihat dari berapa yang dimasukkannya dalam
Yayasan Kepimpinan Perdana dan bagaimana dia dengan bebas menggunakan
pesawat koperat dan kapal layar yang dimiliki oleh syarikat minyak itu. Terdapat gambarnya bercuti di atas kapal layar tersebut di Mediterranean, sedangkan YDP Agong sebagai ketua
negara Malaysia sendiri pun tidak pernah memiliki keistimewaan tersebut.
Mahathir juga mempunyai wang untuk campur tangan di negara luar seperti
Palestin dan Bosnia-Herzegovina dan banyak lagi melalui Yayasan
Kepimpinan Perdananya - khasnya untuk menyebarkan teori merapunya tentang
kepimpinan dan pembinaan misi dan telah disyaki oleh Washington pada
masa lalu membiayai senjata di negara-negara ini. Bagi AS, ini perbuatan
melampau.
Artikel Penuh:
http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=41361%3Akes-nama-hilang-adakah-dr-m-bekas-pemimpin-kedua-terkaya-dengan-harta-%24-44-billion%3F&Itemid=2#ixzz2wDDRpTHr
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Dari segi agama pula inilah wajah sebenar beliau.